Minuman
yang dihidangkan Salina tidak disentuh langsung apatah lagi mahu menghirupnya.
Fikirannya menerawang memikirkan kata-kata Puan Khadijah. Serius ke nenek nak melangsungkan majlis penting mereka berdua
esok? Tapi kenapa hati aku tak suka majlis penting itu berlangsung?
Hati…kenapa kau buat aku begini? Raymi Zikri menghela nafas.
Malam esok, dia terpaksa kembali semula ke rumah Puan Khadijah
kerana majlis penting itu. Sebenarnya dia malas nak pergi. Tapi mengingatkan
kesihatan Puan Khadijah yang tidak menentu sekarang ini, nak tak nak dia
terpaksalah pergi. Kalau tak pergi, memang sakit lagilah Puan Khadijah nanti.
Malam esok nak ajak siapa erk? Takkan nak ajak Zack kot? Kalau bawa
dia, mesti nenek tak suka. Dahlah lelaki tu pakai selebet sangat.
Ajak Sally? Raymi Zikri berfikir sejenak. Bawa Salina jumpa Puan
Khadijah? Boleh juga. Dapatlah dia memperkenalkan Salina sebagai kekasihnya.
“Abang Ray…”
Raymi Zikri seperti terkena renjatan elektrik apabila Salina
memegang tangan kanannya. Pantas dia menarik tangannya dengan kasar. Hampir
terjatuh cawan dihadapnya.
Salina tersentak. Serta-merta air mukanya berubah sedih. Mukanya
ditundukkan. Sedikit berkecil hati dengan Raymi Zikri. Belum pernah Raymi Zikri
mengasarinya.
“Sally, Abang Ray minta maaf. Abang Ray tak sengaja nak buat Sally
macam tu. Abang tengah fikir sesuatu tadi.” Lemah suara Raymi Zikri. Dia mengengsot
sedikit kerusinya dan mendekati Salina. Gadis itu perlu dipujuk.
“Tak pernah orang lain buat macam tu pada Sally. Semua yang rapat dengan
Sally tak pernah berkasar pada Sally. Abang orang pertama yang buat Sally
begini. Sally sedih tau.” Air matanya bergenang.
“Ala…ala….Abang Ray minta maaf ya. Abang dah kata tadi Abang Ray
tengah fikirkan sesuatu. Sally janganlah menangis. Malu orang tengok tau. Kita
ni kat depan awam. Bukannya dalam kereta. Kalau dalam kereta lainlah.” Raymi
Zikri masih cuba memujuk Salina.
“Abang cakap senanglah. Yang kena Sally bukan abang!” Salina
merengus dan memalingkan wajahnya.
Ya Allah…betul ke ini kekasih aku? Mengapa dia ni manja sangat?
Dhia tak adalah manja macam dia ni. Raymi Zikri mula panas hati.
Ah, Dhia lagi. Ray, kau kata benci kat dia tapi kenapa kau tak
henti-henti sebut nama dia? Raymi Zikri mengelengkan kepala. Seharusnya nama
itu tidak disebut lagi. Nama Dhia perlu dibuang jauh-jauh dari hidupnya.
“Sally cakap aje apa yang Sally nak. Nanti abang tunaikan.”Itu
sahaja yang terlintas difikirannya agar Salina tidak merajuk dengannya.
Ting! Terus Salina memandang wajah Raymi Zikri dengan muka teruja. Hah!
Itu yang dia suka tentang Raymi Zikri. Kalau dia merajuk, mesti lelaki itu akan
tunaikan permintaannya. Wah, bestnya dapat teman lelaki begini!!
Salina mengeluarkan kertas kecil dari poket seluarnya. “Sally nak
abang transfer duit lima ribu kat akaun Sally lepas ni. Sally perlukan
duit tu sangat-sangat.”
Raymi Zikri terkejut besar. “Banyaknya. Sally nak buat apa dengan
duit tu?” Hampir semput nafasnya mendengar permintaan Salina.
“Zack kata abang kaya. Takkan lima ribu ringgit pun nak berkira?”
Muncung bibirnya dengan pertanyaan Raymi Zikri.
Raymi Zikri terkejut lagi. Zack cakap aku kaya? Dia tu memandai
aje! Puan Khadijah yang lebih kaya daripada dia. Dia apa yang ada? Nothing!
“Sally cakap dulu Sally nak buat apa dengan duit tu dulu. Baru
abang bagi.”
Yes! Itu yang dia suka nak dengar. Salina buat muka minta simpati.
“Sally sebenarnya nak dermakan duit tu pada anak-anak yatim di
Darul Kifayah. Sally kesian tengok mereka. Kehidupan mereka tak macam kehidupan
Abang Ray. Dia orang hidup susah. Itu sebablah Sally minta Abang Ray transfer
duit lima ribu tu kat akaun Sally.” Salina berterus terang.
Raymi Zikri tersenyum lebar. Prihatin juga kekasih dia ini. Bertuah
dia memiliki Salina. Dalam manjanya gadis ini, terserlah sikap prihatinnya
terhadap orang yang kurang bernasib baik.
“Beruntung Abang Ray dapat Sally. Kejap lagi Abang Ray bagi cheque
pada Sally lapan ribu ringgit. Sally suka tak?” Akhirnya dia mengalah.
Terpaksalah dia mengeluarkan sedikit simpannya. Tak mengapalah. Janji kebajikan
anak-anak yatim itu terpelihara dengan wang yang diberikannya.
Laju Salina mengangguk dengan senyuman yang melebar sampai ke
telinga. Siapa tak suka kalau dapat lapan ribu ringgit kan?
“Lepas Abang Ray bagi cheque pada Sally, kita pergi satu
tempat nak?” Hilang bayangan Dhia dalam fikirannya. Timbul pula keinginannya
untuk berjalan-jalan bersama Salina sepanjang hari ini.
“Pergi mana? Tapi tak boleh lama-lama tau. Sally ada kerja malam
ni.” Salina perlu bersiap petang ini. Majikannya ada kerja penting untuknya malam
ini. Jadi dia tidak boleh terlambat.
“Ala, kejap aje. Tak lama mana pun. Abang Ray nak bawa Sally pergi
shopping!”
Makin bertambah teruja Salina mendengarnya. “Ini yang Sally sayang
abang sangat-sangat ni!”
Raymi Zikri tersenyum nipis. Dia membawa Salina keluar
membeli-belah bukan sekadar suka-suka tetapi ada perkara penting yang dia
perlukan bantuan daripada gadis ini.
Kenyataan
Puan Khadijah petang tadi
membuatkan fikiran Dhia bercelaru. Sampai sekarang dia tidak keluar dari bilik
memikirkan kata-kata wanita berusia itu. Hujung kakinya disentuh dengan
berhati-hati. Kesan daripada terkena cawan kaca di bilik Raymi Zikri tadi
membuatkan dia tidak dapat bergerak seperti biasa. Jalannya terjingkit-jingkit.
Betul ke nenek nak buat majlis
kahwin aku esok? Tapi kenapa Abang Raz tak bagi tahu apa-apa pun kat aku? Bukan
ke dia terlalu sibuk dengan kerja? Lagi pulak, kalau esok mereka berdua kahwin,
Abang Raz tu dah ambil ke kursus kahwin ke? Rasanya sekalipun dia tidak pernah
mendengar dari mulut lelaki itu pasal kursus kahwin. Pasal nak kahwin cepat
adalah.
Bertubi-tubi soalan terlintas
difikirannya sehinggakan dia naik jemu! Asyik soalan itu sahaja yang terfikir
di benaknya.
“Dhia, kamu okey ke?”tanya Puan
Khadijah setelah pintu bilik diketuk. Dulang berisi jus orange dan semangkuk
bubur yang dimasak oleh pembantu rumahnya ditatang lalu diletakkan ke atas meja
solek bersebelahan katil Dhia.
Dhia tersentak. Nenek! Pantas Dhia
membetulkan kedudukannya sebelum matanya bertembung dengan anak mata wanita
berusia itu.
“Dhia okey aje. Hurm… Susah-susah
nenek aje bawa makanan untuk Dhia.” Dhia cuba berdiplomasi pada Puan Khadijah
walaupun hakikatnya dia tiada selera untuk menjamah makanan pada waktu ini. Pandang
wajah wanita itu pun dia tidak mahu saat ini.
Kerana Puan Khadijah, fikirannya
runsing. Patutlah Muhd Razree tidak mahu menetap di rumah ini lagi. Suka buat
fikiran orang bercelaru!
“Tak apa. Nenek tengok Dhia tak
keluar bilik lepas Ray balik, itu yang nenek bawakan makanan untuk kamu. Kaki
Dhia dah okey? Tadi nenek tengok banyak darah kat lantai bilik Ray.” Puan
Khadijah melihat hujung kaki Dhia yang ditampal plaster. Mujur tidak ada
apa-apa. Kalau tidak risau hatinya.
“Tak seteruk macam tadi. Dah baik
sikit. Cuma jalan kena jingkit-jingkit sikit.”
“Nak nenek telefon doktor peribadi
nenek? Boleh dia betulkan kaki Dhia.” Risau diwajah Puan Khadijah makin ketara.
Dhia hanya senyum nipis. “Tak payah
susah-susah, nek. Kaki Dhia bukannya kritikal pun sampai nak kena panggil
doktor. Insyallah dalam masa dua hari lagi kaki ni boleh jalan macam biasa.”
Dhia terdiam seketika sebelum meneruskan bicara. “Err…nenek, pasal tadi
tu…nenek betul-betul dan nekad ke nak buat esok?” Teragak-agak dia menyoal.
Puan Khadijah bangun dari katil Dhia
dan mengadap gadis itu. Keluhan panjang dilepaskan. “Nenek dah nekad, Dhia.
Majlis tu tetap akan berlangsung esok!”
“Tapi majlis apa nek? Dari tadi Dhia
terfikir majlis apa yang penting sangat untuk Dhia dan Abang Raz sampai tak
boleh buat hari lain? Kalau nenek nak nikahkan kami berdua esok, Dhia rasa tak
mungkin sebab Abang Raz tak pergi lagi kursus kahwin. Dhia tak apalah sebab dah
pernah kahwin sebelum ni.” Dihujung ayatnya, suaranya berubah perlahan.
“Mana kamu tahu Raz tak pergi kursus
kahwin? Dia dah pergi tau. Sebelum kamu bercinta dengan dia lagi.” Terpaksa
Puan Khadijah mereka cerita. Raz nak pergi kursus kahwin? Memang taklah! Asyik
keluar pergi luar daerah aje. Manalah sempat nak buat semua itu.
Puan Khadijah terpaksa menipu Dhia.
Dia tidak mahu rancangannya rosak untuk majlis esok. Hanya majlis esok yang
akan memulihkan semula hubungan Raymi Zikri dan Dhia.
Wajah Dhia berubah muram. Maknanya
betullah esok majlis kahwin mereka!
Tapi mengapa keceriaan diwajahnya
tidak terserlah seperti mana cerianya dia ketika bersama Imran dahulu?
Adakah dia tidak ikhlas dengan
perkahwinan kali ini?
Malam
keesokannya, Dhia diberikan baju kurung moden lace berwarna pink. Kali ini
warnanya lebih ceria berbanding baju kurung peplumnya semalam dan membuatkan
dia kelihatan seperti anak muda belasan tahun. Pandai Puan Khadijah memilih
baju ini.
Walaupun pakaian itu cantik untuknya
namun dia rasa ada seperti yang tidak kena pada dirinya. Tapi apa ya?
Dhia berdiri dihadapan cermin dan
menyolek sedikit wajahnya agar tidak pucat. Malam ini malam yang penting
untuknya dan Muhd Razree jadi dia mahu berpenampilan menarik di hadapan tetamu
yang hadir.
“Amira, saya rasa macam ada yang tak
kenalah bila pakai baju ni. Awak rasa apa ya?”soal Dhia. Dia tahu Amira ada di
tepi almarinya. Memerhatikan dia sedang buat apa. Jadi dia tidak perlu memaling
ke belakang.
“Sayang kena pakai tudung…Itu sebab
tak selesa.”
Bisikkan suara ditelinganya
mengejutkan Dhia. Ray! Apa dia buat dalam bilik ni? Jantung Dhia berdegup laju.
Lajunya dengupan jantungnya seperti racing car di Litar Sepang. Matanya
mencari-cari kelibat Amira disekeliling biliknya. Tapi tiada. Aduhai, apa mamat
ni buat kat dalam bilik aku ni? Dia ni tak ada adab sopan langsung. Main masuk
aje bilik orang!
“Terkejut kan aku masuk bilik kau?”
Raymi Zikri tersenyum mengejek. Kemudian dia memandang Dhia dari kepala ke
hujung kaki gadis itu. “Hurm…not bad penampilan kau hari ni. Cantik. Baru
sepadan dengan Abang Raz masa akad nikah kejap lagi.”
“Apa tujuan kau datang bilik aku
masa aku tengah bersiap?”
“Laa…cool lah beb. Aku datang nak
tengok orang yang aku sayang secara dekat. Takkan itu pun tak boleh kot? Ini
pun aku masuk senyap-senyap tanpa pengetahuan nenek. Kalau tak, mesti dia marah
aku masuk bilik kau.”
Raymi Zikri datang ke sini bukan
melalui dari pintu utama rumah sebaliknya dia menyelinap masuk dari pintu
belakang yang disediakan khas untuk pembantu rumah nenek. Dapatlah dia berjumpa
Dhia secara senyap-senyap. Salina yang berada didalam keretanya dibiarkan
keseorangan buat seketika. Selepas ini dia akan membawa gadis itu berjumpa Puan
Khadijah. Dia mahu memperkenalkan Salina sebagai cinta hatinya.
Tersentuh hati Dhia mendengarnya.
Dia mengadap cermin soleknya semula. Nafasnya turun naik saat ini. “Aku bukan
yang kau sayang lagi, Ray. Lebih baik kau keluar dari bilik aku. Aku tak nak
rosakkan mood aku dengan melihat muka kau didepan aku.” Dhia cuba menguatkan
semangat walaupun dia rasa hatinya rapuh.
“Aku datang sini untuk ucapkan
tahniah pada kau. Itu niat aku datang jumpa kau depan-depan. Dan aku harap kau
akan berbahagia dengan Abang Raz lepas kahwin nanti.” Kendur suaranya
melafazkan kata-kata itu.
Dhia berdiri kaku dihadapan cermin.
Tidak percaya Raymi Zikri akan mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Adakah
lelaki itu telah memaafkan dirinya dan ingin menjalinkan semula persahabatan
yang telah terputus dalam beberapa hari ini?
“Terima kasih sebab mendoakan kebahagiaan aku.Aku harap kau dan
err...Salina jugak akan bahagia. Hingga ke jannah.” Tersekat-sekat nafasnya
menjawab kata-kata Raymi Zikri.
Raymi Zikri mendekati Dhia lalu dibisikkan sesuatu ke telinga gadis
manis itu. Makin berdegup kencang jantung Dhia dibuatnya.Matanya terpejam
rapat.
“Semestinya aku akan bahagia dengan Salina. Oh ya, aku datang sini
bukan semata-mata nak ucapkan tahniah sahaja tapi aku harap sesuatu daripada
kau lepas majlis penting itu berlangsung.”
“Apa dia?”Terketar-ketar Dhia menjawab.Matanya masih lagi terpejam
erat.
“Cepat-cepat tinggalkan rumah ini dengan Abang Raz. Aku benci
tengok muka kau.”
Luluh hati Dhia mendengarnya. Lantas selendang pemberian Raymi
Zikri yang berada di kepalanya dicampak ke lantai.
“Kau keluar sekarang. Keluar!!” Dhia menolak tubuh Raymi Zikri yang
tersenyum sinis kearahnya. Tolakan itu sudah biasa buatnya. Biarlah kali ini
dua beralah.
“Okey, aku keluar. Jangan lupa tau apa yang aku cakapkan tadi.
Harap-harap majlis ni cepatlah habis erk? Tak sabar aku nak tengok kau keluar
dari rumah ini.” Raymi Zikri melambai dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan.
“Argh!!” Dhia memekik.
Puan Khadijah yang baru hendak naik ke tangga bilik Dhia tersentak
apabila mendengar suara jeritan gadis itu yang agak nyaring. Bergegas dia masuk
ke bilik dan mendekati Dhia yang berwajah muram. Ya Allah, kenapa dengan Dhia
ni? Dia mula cemas.
“Dhia sayang, kenapa menjerit ni?”
Dhia menarik nafas. Dia mengelengkan kepala sebagai tanda tiada
apa-apa yang berlaku. “Nothing to worried, nenek. Dhia saja menjerit
sebab Dhia tak sabar sangat nak kahwin dengan Abang Raz.”
Puan Khadijah menarik nafas lega. Ingatkan Dhia menjerit sebab
tertekan. “Mari, kita turun bawah. Majlis dah nak mula ni.” Senyuman Dhia mati
apabila Puan Khadijah berkata begitu.
“Dah nak mula ke, nek?” Dhia bangun dari katil dan memegang tangan
Puan Khadijah. “Dhia rasa macam hari ini bukan majlis kahwin Dhia dan Abang
Raz. Nenek cuba tengok ni. Baju yang Dhia pakai simple aje. Make-up pun tak
macam pengantin.”
“Siapa cakap majlis malam ni majlis kahwin Dhia? Nenek rasa nenek
tak cakap majlis kahwin pun.”
Dhia tersentak. Berubah riak wajahnya. Kalau bukan majlis kahwin,
majlis apa? Dhia mula berasa tidak sedap hati.
“Err…maksud nenek malam ini bukan majlis nikah kami berdua? Habis
tu majlis apa?”
“Kamu turun aje bawah dulu. Nanti kamu tahulah majlis apa.” Puan
Khadijah tersenyum lebar. Dia memetik jarinya. Seorang lelaki masuk ke dalam
bilik Dhia dengan lengkap berbaju melayu.
Bertambah terkejut Dhia dibuatnya. Abang Raz?
“Abang Raz…” Dhia tergamam melihat penampilan lelaki itu. Sungguh
kacak dan maskulin sehingga mulutnya terlopong besar kerana berasa kagum.
Muhd Razree mengambil selendang yang terbiar di atas lantai lalu
dipakaikan diatas kepala Dhia. Terkedu Dhia dibuatnya.
“Mari kita turun bawah bersama. Majlis nak dekat mula tu. Abang tak
nak majlis ni berakhir sampai lewat tengah malam.”Muhd Razree cuba meriuhkan
suasana.
Dhia tergelak kecil sekaligus dia merenung anak mata Muhd Razree. Lelaki
ini sungguh tenang dalam apa jua keadaan.
‘Terima kasih Abang Raz sebab sudi ceriakan malam ku.” katanya dalam
hati.
1 ulasan:
Cepat2 sambung eh kak!! Excited nk thu rancangan nenek
Catat Ulasan