Dhia
cuba untuk melangkah seperti biasa namun dia terasa kakinya berdenyut-denyut.
Baru dia hendak turun beriringan bersama Muhd Razree, kakinya buat hal.
Puan Khadijah awal-awal lagi sudah turun ke bawah menemui tetamu
yang hadir.
Kakinya yang baru meniti anak tangga pertama terhenti. Muhd Razree
yang berada disebelahnya mengerutkan dahi.
“Sayang kenapa?”
“Kaki Dhia berdenyut-denyutlah, Abang Raz. Nak jalan sama dengan Abang
Raz memang lambatlah Dhia turun. Better Abang
Raz turun dulu. Dhia menyusul kemudian ya?”Sedih sahaja suaranya. Selendang
yang berada diatas kepalanya dibetulkan. Mahu tampak manis didepan lelaki itu.
“Tak nak. Abang tetap nak Dhia turun bersama dengan abang.” Muhd
Razree mengelengkan kepala. Menunjukkan dia tidak puas hati dengan kata-kata
gadis itu. Baru dia hendak memperkenalkan Dhia sebagai kekasih hatinya
dihadapan tetamu yang hadir, Dhia menyatakan sebegitu.
“Tapi Abang Raz…”
“Biar abang dukung Dhia turun ke bawah.” Tidak semena-mena tubuh
Dhia digendong Muhd Razree. Terperanjat besar Dhia dibuatnya. Dia berpaut pada
leher lelaki itu supaya tidak jatuh. Jatuh kang buat malu aje!
“Abang, turunkan Dhia. Tak manis orang yang bukan mahram Dhia buat
macam ni. Dhia tak nak Abang Raz dapat malu. Ini kan majlis penting kita.”
“Abang buat bersebab, sayang. Dhia jangan banyak cakap ya. Abang
dukung Dhia ni, Dhia patut rasa bangga tau. Ini kali pertama abang dukung
seorang perempuan. Kita turun ya.” Muhd Razree bertindak menuruni anak tangga
itu dengan penuh perlahan dan berhati-hati. Laju pulak tak pasal-pasal mereka
jatuh berguling-guling.
Dhia terharu. Hampir menitis airmatanya dengan pengakuan jujur dari
Muhd Razree. Baiknya lelaki ini. Kenapalah aku tak jumpa dia enam tahun lepas?
Kalaulah aku jumpa dia waktu itu, mesti dia lelaki dan sahabat yang paling aku
sayang.
Sampai sahaja di anak tangga terakhir, Muhd Razree menurunkannya ke
lantai. Dhia memandang anak mata lelaki itu dengan rasa sayang yang mula
bercambah.
“Terima kasih, Abang Raz. Dhia hargai pengorbanan Abang Raz kendong
Dhia dari atas. Mesti sakit tangan Abang Raz kan sebab pegang Dhia terlalu
lama? Dhia ni dahlah berat macam anak gajah.” Dalam dia mengucapkan terima
kasih kepada lelaki itu sempat lagi dia mengkritik dirinya.
Meletus ketawa Muhd Razree apabila mendengar ayat terakhir Dhia.
Dhia buat mulut muncung. Geram apabila Muhd Razree mentertawakannya. Orang ucap
terima kasih bukan nak jawab balik. Diketawakan kita pula. Sabar ajelah wahai
hati.
“Hesy, boleh pulak dia gelakkan kita!” Dhia masih dengan mulut
muncungnya. Dia menarik selendang dari atas kepalanya dan melilit lehernya yang
jinjang. “Abang Raz pergilah layan tetamu kat depan tu. Kejap lagi Dhia
menyusul. Dhia ada hal kejap kat dapur.”
Dhia nak pergi mana pulak ni? Muhd Razree mula tidak tentu arah.
Segera dia menarik selendang yang melekat di leher gadis itu. Dhia segera
berpaling. Selendangnya ditarik hingga ke bahagian dada.
Laa…tadi bukan main ketawakannya. Ini apasal pulak ni? Dhia
mengerutkan dahi.
Aksi selendang ditarik itu seperti adegan yang berlaku dalam drama
Kuch Kuch Hota Hai. Di mana Aman menarik kain yang dipakai Anjali ketika mereka
sedang menyanyi bersama.
“Dhia nak lari ke mana, sayang? Dhia jangan nak jauhkan diri
daripada Abang Raz ya? Abang Raz dukung Dhia sampai ke ruang tamu. Biar tetamu
tahu yang Dhia kekasih awal dan akhir Abang Raz, nak?”ugutnya.
“Dhia, Raz…Apa yang dok
bersembang lagi tu? Imam dah tunggu lama kat ruang tamu tu. Majlis malam ni nak
kena habiskan cepat. Lambat nanti tetamu bosan.” sampuk Puan Khadijah dari belakang.
Kedua-duanya berpaling. Terkejut apabila melihat Raymi Zikri disitu dengan wajah
yang bengis. Lelaki ni dah kenapa? Muka macam mintak penampar aje. Dhia
mencebik.
“Raz tak fahamlah, nek. Majlis apa yang penting sangat malam ni
sampai tak boleh hari minggu? Raz peliklah. Dari Raz sampai rumah ni sampailah
sekarang. Nenek masih tak jawab-jawab soalan Raz.”
Puan Khadijah menyinga. Lantas dicubit lengan Muhd Razree dan Raymi
Zikri yang dia sahaja dari tadi. Menjerit kecil mereka berdua.
“Eh, Ray yang kena pulak?” Raymi Zikri tidak berpuas hati. Lengan
kanannya diusap berkali-kali. Seketika, dia merenung tajam kearah Dhia yang
tersenyum sinis kepadanya.
“Memang patut pun korang kena
dengan nenek. Belum tua lagi dah nyanyuk! Majlis yang nenek buat ni sempena
memperingati hari ke 22 tahun mama dan papa korang
meninggal. Kalau nenek tak buat majlis ni, sampai bila-bila korang tak ingat
tarikh mama dan papa kamu tu.”
Muhd Razree dan Raymi Zikri saling berpandangan sebelum mereka
sama-sama menunduk.
“Maafkan Raz, nek. Kerana kesibukan kerja, Raz lupa hari ni hari
memperingati mama dan papa.” Dia rasa bersalah sangat. Rupa-rupanya majlis
malam ini adalah majlis tahlil mama dan papanya yang sudah menghembuskan nafas
terakhir semasa dia kecil lagi.
Dhia juga menundukkan wajah. Tidak berani bertentang mata dengan
Puan Khadijah.
“Sudah. Kamu semua pergi ambil air sembahyang dulu. Nenek bagi masa
sepuluh minit sahaja. Kita kena percepatkan majlis. Lambat nanti, tetamu bosan
pulak.” Tegas Puan Khadijah sebelum dia melangkah pergi meninggalkan
ketiga-tiga anak muda itu.
“Baik, nek.” Mereka menjawab serentak.
“Dhia sayang, apa kata kita ambil air sembahyang sama-sama nak?
Kita ambik dekat dapur.”ajak Muhd Razree dengan nada romantis. Wajah Dhia
kembali ceria. Muhd Razree yang berada dekat dengannya tidak diendahkan. Malah
jauh sekali untuk dipandang. Dia masih sakit hati dengan adiknya.
“Abang Raz rasa tak puaslah dukung Dhia tadi. Abang nak dukung lagi
sekali boleh?” ujar Muhd Razree nakal. Berubah kelat wajah Raymi Zikri
mendengar ayat tak semenggah abangnya.
“Err…Abang Raz, tak payahlah.
Cukuplah Abang Raz dukung Dhia kat tangga tadi.” Teragak-agak Dhia menjawab.
Sempat lagi dia memandang Raymi Zikri yang nampak tidak senang dengan perlakuan
Muhd Razree.
Muhd Razree buat muka simpati. “Ala…Abang Raz tak puaslah.
Hurm…”Dia pun turut terikut Dhia. Membuat mulut muncung seperti itik.
“Abang Raz buat lepas kita kahwin ya. Nak dukung Dhia sebanyak mana
pun tak mengapa. Dhia bagi aje, okey?” Manja sekali suara Dhia.
Raymi Zikri yang panas hati terus melangkah pergi dari situ. Tidak
sanggup dia melihat sikap Dhia yang terlebih manja itu.
Dhia dan Muhd Razree menjeling sahaja pemergian Raymi Zikri.
Setelah itu, mereka berdua berjalan bersama-sama menuju ke dapur untuk mengambil
wuduk.
Entah kenapa, dia tidak senang dengan abangnya yang lebih mendapat
perhatian dan layanan istimewa daripada Dhia. Dia? Jangankan bermanja, nak
bermesra pun tidak ada.
Eh, Ray. Jangan-jangan kau cemburu Dhia rapat dengan Abang Raz tak?
satu suara berbisik kepadanya.
Yes, aku cemburu! So what?!
Raymi Zikri mengeluh panjang. Akhirnya terluah juga pengakuan itu
walaupun hanya dalam hati.
Dhia…aku cemburu…kau tak tahu. luahnya penuh emosi.
Salina
sudah tidak tahan lagi. Duduk di
dalam kereta mewah Raymi Zikri membuatkan dia berasa senak! Sudahlah perutnya
lapar. Sejak petang tadi dia tidak menjamah sebarang makanan pun.
Namun dia sabar. Sabar sebab apa?
Sebab Raymi Zikri membawanya ke rumah Puan Khadijah, wanita berusia yang pernah
muncul di akhbar Malaysia. Memang terkejut juga bila melihat rumah mewah wanita
berusia itu dari jauh. Memang Raymi Zikri seorang yang kaya. Bertuah lelaki itu
mempunyai seorang nenek yang kaya-raya.
Jika dia berkahwin dengan Raymi
Zikri, pasti dia mendapat tempias dari kemewahan lelaki itu. Salina mula membayangkan
kehidupannya setelah berkahwin dengan lelaki itu. Wow, mesti dirinya dilimpahi
dengan kemewahan dan kebahagiaan. Tak payah kerja dan goyang kaki sahaja duduk
dirumah besar ini. Bestnya!
Namun lamunannya terhenti setakat
itu sahaja. Raymi Zikri mengetuk jendela kereta ditempat yang dia duduk kini.
Salina tersenyum sambil menurunkan cermin disebelahnya. Selepas ini dia nekad
untuk menambat hati Raymi Zikri dengan sikapnya yang boleh dikatakan manis dan
bersopan-santun? Eh, ya ke aku tergolong dalam sikap begitu? Macam tak aje.
gelaknya dalam hati.
“Sally, bersiap sedia ya. Kejap lagi
majlis tahlil nak selesai, Abang Ray nak kenalkan Sally pada nenek. Sally kena
bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Nenek Abang Ray ni lain sikit
orangnya.” Ujarnya dengan nafas tercungap-cungap.
Lagi berapa minit bacaan tahlil
menghampiri penamat, Raymi Zikri bertindak keluar dari rumah Puan Khadijah. Dia
perlu membawa Salina berjumpa neneknya. Kesian gadis ini. Terpaksa duduk dalam
keretanya selama setengah jam tanpa mempelawanya ke majlis yang dikatakan dari
mula amat penting buat Dhia dan Muhd Razree.
Salina keluar dari kereta. Jubah dan selendang pemberian Raymi
Zikri dibetulkan agar tampak kemas, kemudian dia memandang wajah lelaki itu
yang agak mendung. Tidak seperti tadi. Ceria dan tergelak sahaja dengan
telatahnya tadi.
“Sally rasa takut pulak bila abang
cakap macam tu. Nenek Abang Ray garang macam singa ke?”
Raymi Zikri mengelengkan kepala. “Tak adalah garang macam singa.
Tapi dia cerewet sikit. Dia tak suka perempuan lain rapat dengan Abang Ray
selain Kak Dhia. Jadi Sally kena tunjukkan pada nenek Abang Ray yang Sally
lebih baik daripada Kak Dhia.”
“Siapa Kak Dhia, Abang Ray? Sally tak pernah dengar pun nama dia
bila kita bersama.” Salina cemburu. Baru dia hendak memasang angan-angan untuk
berkahwin dengan Raymi Zikri, ada pula yang memotong jalannya.
Riak wajah Raymi Zikri
berubah. Salahnya juga kerana menyebut nama Dhia didepan Salina. “Err…Pasal Kak
Dhia tu, Sally tak payahlah tanya pasal dia. Bagi Abang Ray, Sally lagi cantik
daripada Kak Dhia. Kita pergi sekarang ya.”pujuk Raymi Zikri. Malam ini dia
mahu memperkenalkan Salina sebagai kekasih hatinya dihadapan semua tetamu yang
hadir. Biar orang ramai tahu yang dia sudah ada kekasih yang lagi cantik dan
hebat daripada Dhia.
“Sally takutlah, Abang Ray.” Hatinya sudah berdebar-debar.
Jantungnya berdegup kencang. Sebentar lagi dia akan bertemu Puan Khadijah.
“Jangan takut, sayang. Abang Ray akan bersama Sally.” Diberi
kata-kata semangat kepada Salina supaya rasa gemuruh gadis itu hilang.
Salina menarik nafas dalam-dalam.
Demi Abang Ray, aku sanggup berdepan dengan Puan Khadijah!
“Banyaknya makanan malam ni. Tak sabar Dhia nak makan!” Dhia jadi teruja apabila melihat makanan melayu yang telah
tersedia diatas meja di dalam khemah yang Puan Khadijah sediakan untuk tetamu
yang hadir pada malam ini. Tidak sangka Puan Khadijah menempah catering. Muhd Razree disisinya hanya
ketawa kecil. Suka benar apabila melihat Dhia begitu teruja dengan makanan yang
ditempah Puan Khadijah.
“Kita makan sekarang ya. Dhia nak apa? Abang Raz ambilkan.”
“Dhia nak hati Abang Raz boleh?” Dhia kenyit mata. Muhd Razree
tersenyum lebar. Wah, dah pandai kenyit mata dengan dia sekarang ni. Boleh
tahan juga Dhia ni. desisnya.
Muhd Razree menarik sedikit baju melayunya. “Nah, ambiklah hati
Abang Raz. Abang Raz dengan rela hatinya memberi.”
Terlopong mulut Dhia dibuatnya. Merah mukanya menahan malu. Pantas
dia menarik baju melayu lelaki itu. “Hesy, Abang Raz ni. Tak eloklah orang
tengok. Malulah sikit.”
“Dhia yang nak hati Abang Raz. Abang Raz bagilah. Tak bagi karang
merajuk.” Muhd Razree ketawa. Makin merah muka Dhia.
“Dahlah. Jangan cakap pasal tu. Dhia nak basuh tangan kejap. Abang
Raz ambik aje lauk apa yang best.
Kita duduk kat buaian okey?” Dhia mengenyit mata.
Muhd Razree mengangguk. Laju sahaja tangannnya menyenduk nasi dan
lauk yang berada didepannya.
Sampai di dapur, Dhia segera memulas kepala paip. Air menderu
keluar. Dhia terus menyisingkan sedikit lengan baju kurungnya. Selendang yang
berada di atas kepala dililit ke lehernya.
Raymi Zikri yang masuk dari pintu belakang bersama Salina tergamam
apabila melihat tingkah Dhia didepan singki. Penuh tekun dia memerhatikan
tingkah Dhia didepan singki. Paling dia tidak sangka, Dhia mengangkat kakinya
masuk ke dalam singki.
Dhia…Dhia. Tingkah kau memang selamba. Cuma sikap kau aje yang
menyakitkan hati.desisnya dalam hati.
“Abang, tengoklah perempuan tu. Ada tandas kat belakang dia pun
tapi tak nak guna. Nak juga angkat kaki dia masuk dalam singki tu. Sally tak
pernah pun buat macam tu. Siapa yang jadi boyfriend
dia, mesti malu sebab dapat perempuan macam perempuan tu.”
Raymi Zikri mula panas hati. Sedap-sedap aje minah ni kutuk orang.
Dia tak sedar pulak tingkah dia yang manja itu membuatkan orang tidak senang.
cemuhnya. Mahu sahaja dia menjerit pada Salina apa yang terbuku dihatinya namun
disebabkan hubungan mereka baru bermula, dia bersabar sahaja.
“Sally pergi depan dulu, boleh tak? Abang Ray nak jumpa seseorang kejap.”
Kali ini nadanya berubah serius. Mukanya juga berubah keruh.
Mulut Salina memuncung. “Ala, habis Dhia nak duduk dengan siapa? Dahlah
Sally tak kenal siapa-siapa pun selain Abang Ray. Abang Ray jumpa orang tu bila
kita nak baliklah ya? Sally takutlah sorang-sorang kat sini.”rengeknya.
Raymi Zikri mengeluh, Menyesal pulak dia membawa Salina malam ini.
Patutnya dia datang seorang diri sahaja tadi.
“Abang Ray dah tunaikan permintaan Sally petang tadi jadi Abang Ray
harap Sally pun ikut jugak permintaan Abang Ray. Abang Ray hanya nak satu aje
dari Sally. Pergi duduk depan dulu. Kejap lagi Abang Ray datang.” Kali ini dia
tidak akan mengalah dengan sikap manja Salina lagi.
“Err…Abang Ray macam marah Sally aje…” Wajah Salina muram.
Raymi Zikri mengeluh keras. “Abang Ray tak marah, Abang Ray cuma
cakap aje.”
“Hurm, yalah. Tapi jangan lambat!”sedikit marah suara Salina
sebelum dia berlalu dari situ dengan muka yang berkerut masa.
Raymi buat muka selamba sahaja. Marah Salina langsung tidak
mematahkan semangatnya untuk bertemu Dhia yang kini sedang khusyuk membasuh
kakinya.
Perlahan-lahan Raymi Zikri mendekati Dhia sebelum dia bertindak
menarik selendang yang berada di leher jinjang gadis itu dengan kasar tanpa
menghiraukan perasaan gadis itu.
Terjelepok tubuh Dhia dibadan Raymi Zikri. Dhia terkedu sekaligus
membulatkan mata. Ya Allah, dia ni lagi! Apa lagi yang Ray nak dari aku ni?
Dhia merintih dalam hati.
Raymi Zikri mengenggam erat selendang itu. Senyuman jahat terukir
dibibirnya. Peluang bersama Dhia ketika ini tidak akan dilepaskan. Tanpa menunggu lagi, dia mengikat pinggang
Dhia menggunakan selendang itu dan menarik Dhia rapat kepadanya.
“Ya Allah, apa yang kau buat ni Ray?!" Dhia mula gelabah. Dia
mahu menjerit memanggil Muhd Razree namun hanya sia-sia. Raymi Zikri sudah
menekup mulutnya.
“Aku nak kau manjakan aku sebagaimana kau manjakan Abang Raz tadi.
Cepat!!" tempik Raymi Zikri ganas.
Sekali lagi mata Dhia membulat. Lelaki ni dah gila ke apa sampai
nak suruh dimanjakan?
“Kau jangan mengarut boleh tak? Lepaskan aku, Ray. Lepaskan!!” Dhia
menumbuk keras kedua-dua bahu Raymi Zikri tetapi lelaki itu tetap bersikap
selamba. Semakin galak Raymi Zikri merapatkan tubuhnya sehingga nafasnya
bagaikan tersekat.
Raymi Zikri menarik tubuh Dhia keluar dari pintu belakang dengan
sedikit kasar. Mujur Muhd Razree dan Salina tiada disitu. Jika tidak pasti
berlaku kekecohan.
Raymi Zikri menyandarkan Dhia di dinding konkrit setelah dia
menutup pintu belakang. Tangannya melekap di dinding tersebut sambil anak
matanya memandang wajah Dhia yang jelas kegelisahan.
“Kau tahu kenapa aku buat begini pada kau?” Turun naik nafasnya
apabila bertembung mata dengan Dhia.
“Aku tak tahu dan aku tak nak tahu, Ray.”Air matanya menitis. “Tolonglah
bukan selendang ni. Aku tak ganggu pun hidup kau semenjak kita putus sahabat.”
Raymi Zikri membuka selendang yang membaluti tubuh mereka berdua. “Aku
akan lepaskan kau kalau kau jadi sahabat aku semula. Aku nak kita sambung
semula persahabatan kita.Aku rindukan kenangan kita masa dulu.”Pengakuan penuh
ikhlas akhirnya terluah juga dibibirnya.
Ikhlaskan lelaki ini? Patutkan aku menerimanya sebagai sahabat
semula? Dhia memberanikan diri membalas anak mata Raymi yang tajam
merenungnya.
“Err…aku…aku…”Kelu lidah Dhia untuk menjawab saat ini.
“Hey, what’s going on here?!!”
Dhia terkedu menelan air liur. Abang Raz? Ya Allah, habislah aku!!
3 ulasan:
apa pasl laa si Raz nie menyibukk sggt .. Ray bru jee nk luah kn soal hati dy pd Dhiya .. eeeee kcau daun tol laa .. huhh ... oh eYA .. TLONG LAA HAPUSKN Raz dari muka bumi ini .. hehehehe ..
apa sebenarnya...yg berlaku ni..antara Dhia dan mamat sengal
Kak cepat2 sambung!! Tk sabar nk thu kesudahannya!!
Catat Ulasan