Tangannya menutup
keseluruhan wajahnya. Dia tidak berani untuk melihat tubuh Raymi Zikri yang
hanya dibaluti dengan sehelai tuala. Dia seram! Tidak pernah dia melihat Raymi
Zikri berpenampilan begitu sejak mereka bergelar sahabat lagi.
“Aku
nak err… balik bilik aku.”Wajahnya masih ditutup dengan kedua-dua tangannya.
Biarlah dia berjalan dengan mata yang tertutup
Dhia
sudah bergerak ke kiri sedikit untuk melangkah tetapi dihalang Raymi Zikri.
Bila dia ke kanan pula, dia dihalang juga. Dhia menghempaskan keluhan keras.
“Bagi
laluan, Ray. Aku nak balik bilik aku.”
“Tak
boleh. Selagi kau tak cakap apa motif kau masuk bilik aku. Aku takkan benarkan
kau keluar dari bilik ini.” Tangan kanan Raymi Zikri menghadang pintu bilik
yang luas ini.
Dhia
mengetap bibir. Alahai, nak keluar macam mana ni? Karang aku tolak tangan dia,
tak pasal-pasal tuala dia terlondeh pulak. gerutunya.
“Aku
nak keluar jugak. Tepilah.” Dhia menolak badan Raymi Zikri dengan kasar namun
tolakkannya tidak berjaya. Raymi Zikri menariknya ke dinding menyebabkan ada
sesuatu yang jatuh ke lantai. Tersentak Dhia dibuatnya.
Raymi
Zikri membesarkan mata. Barang kesayangan aku jatuh? Turun naik nafasnya
menahan marah.
“Tak
guna!” Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Dhia dengan kuat sekali.
Dhia
terpana disitu.
Pipinya
disentuh perlahan. Aku ditampar? Kurang ajar kau, Ray! Serta-merta air matanya
jatuh menitis. Merah padam wajahnya. Dia menolak tubuh badan Raymi Zikri dengan
kasar. Cawan yang sudah pecah terburai langsung tidak dipedulikan. Walaupun
cawan itu ada kaitan dengan dirinya, dia sudah tidak peduli lagi. Memang bagus
pun cawan itu pecah!
“Kau
memang lelaki tak guna!”
“Hoi,
janda. Kau dah rosakkan barang aku lepas tu kau nak blah macam tu aje?” Raymi
Zikri menarik kasar pergelangan tangan Dhia. Turun naik nafas Dhia dibuatnya.
“Lepaskan
aku, setan!” Dhia mula mengamuk untuk dilepaskan.
“Aku
nak kau ganti balik cawan ni. Aku nak kau bayar RM sepuluh ribu ringgit!”kasar
sekali nada Raymi Zikri.
Cawan itu amat bermakna baginya. Cawan yang memaparkan gambar dia dan Dhia sedang tersenyum. Sudah lama dia menyimpannya. Tidak sangka pula Dhia buat cawan itu pecah.
Mata
Dhia membulat. Sepuluh ribu? Mamat ni dah gila ke apa? Cawan ini aku order kat
kilang aje, tak lebih lima puluh ringgit pun. Darah Dhia makin mengelegak
dibuatnya.
“Aku
takkan bayar walau sikit pun. Tak akan!” Dhia tetap berdegil. Dia meneruskan
langkahnya namun dia nasib tidak menyebelahi dirinya. Dia terpijak kaca.
“Auch!”
Dhia terduduk di atas lantai. Darah mula mengalir di hujung kakinya.
“Dhia…”
Raymi Zikri mula berubah rentak. Hampir tidak terkeluar suaranya. Dia bimbang
darah di kaki Dhia mengalir dengan banyak. Apa yang harus aku buat ni? Raymi
Zikri gigit bibir. Rasa bersalah mula menghimpit diri.
“Kau
tunggu situ. Aku ambil first aid kejap.”
Raymi Zikri mengambil baju t-shirt dan seluar khaki di dalam almari yang
bersebelahan dengan katilnya lalu dipakai. Selamba sahaja dia menyarungkan pakaiannya
dihadapan Dhia. Selepas itu, first aid yang terletak elok di bawah katilnya
dibawa ke Dhia.
“Tak
payah. Aku tak perlukan pertolongan kau.” Ego Dhia tinggi melangit. Dia bangun walaupun
dia agak lemah. Terhenjut-henjut dia berjalan.
Adoi,
sakitnya…desis Dhia dalam hati.
Raymi
Zikri makin cemas. Dia tidak akan membiarkan Dhia sakit tanpa diubati. Dengan
pantas, dia meletak first aid di atas lantai dan mencempung tubuh Dhia.
Dhia
panik.
“Apa
yang kau buat ni? Turunkan aku. Turunkan!!” Dhia memberontak.
Raymi
Zikri menahan nafas. “Kalau dah sakit, buat cara sakit. Aku dah tolong kau, dah
cukup baik.” Tubuh badan Dhia akhirnya mendarat di atas katil Raymi Zikri. Dhia
jadi tidak keruan.
“Aku
tak nak kau tolong aku. Aku nak orang lain yang tolong aku.” Dhia cuba untuk
bangun namun tidak berjaya. Raymi Zikri telah berada dihujung katil dan
memegang kakinya. Dhia terkedu.
Raymi
Zikri tidak menjawab kata-kata Dhia sebaliknya dia melihat hujung kaki Dhia
yang berdarah. Agak banyak juga yang mengalir. Mujur darah tersebut tidak jatuh
di atas cadarnya. Cepat-cepat dia membuka first aid dan mengambil kain
didalamnya lalu dilap kaki Dhia dengan penuh berhati-hati.
“Apa
kau nak buat ni?” Terketar-ketar Dhia bertanya.
Raymi
Zikri diam. Dia tidak menjawab pertanyaan Dhia sebaliknya dia leka mengelap
darah di kaki Dhia.
“Ray,
apa yang berlaku ni?” Sampuk Puan Khadijah dari belakang. Cemas sahaja
suaranya. Raymi Zikri dan Dhia sama-sama terperanjat.
“Kaki
Dhia berdarah. Ray tolong lapkan.” Hambar sahaja suaranya. Dia malas sebenarnya
mahu bertembung Puan Khadijah. Dia balik ke rumah ini pun sekejap sahaja.
Sebentar lagi dia ada date dengan
Salina di luar. Dia tidak boleh lambat. Takut gadis itu merajuk dengannya.
“Ray
pergi mana sampai lima hari tak ada kat rumah? Nenek telefon pun tak angkat.
Ray tidur kat mana?” Puan Khadijah naik berang. Geram betul dia dengan cucunya
yang sorang ini. Merajuk mengalahkan perempuan!
“Ray
tidur rumah kawan…” Wajah Puan Khadijah tidak dipandang.
“Rumah
ni ada katil ada aircond, yang mengedik sangat nak tidur rumah orang lain tu
buat apa? Kamu sengaja nak naikkan darah nenek kan?” Suara Puan Khadijah
bertukar nyaring.
“Menyesal
Ray datang ke sini. Patut Ray datang masa nenek tak ada tadi.” Usai Raymi Zikri
meletakkan plaster dihujung kaki Dhia, dia terus bangun dan mengambil
pakaiannya di dalam almari.
Dhia
mengelengkan kepala. Kecewa betul dia dengar jawapan lelaki itu. Tak boleh ke
cakap baik-baik sikit?
“Ray,
itu nenek kau. Tak boleh ke cakap baik-baik sikit. Hormatilah orang yang lebih tua
daripada kau.”
“Kau
tak ada kaitan dalam hal ini. Baik kau diam!” Tersentak Dhia dibuatnya.
Mulutnya ditutup rapat.
Puan
Khadijah tampar perlahan wajah Raymi Zikri. Geram betul dia dengan budak ni!
Raymi
Zikri terkedu. Tadi dia tampar Dhia. Sekarang nenek pulak tampar aku? Merah
padam wajahnya menahan malu. Malu kerana ditampar didepan Dhia dan pembantu
peribadi Puan Khadijah yang berdiri di luar pintu biliknya.
“Betul
apa cakap Dhia tu. Ray dah makin kurang ajar sekarang ni dengan nenek. Tak
boleh ke cakap baik-baik?”
“Nenek
yang mulakan dulu, Ray jawablah macam tu. Dahlah, Ray nak keluar dulu. Duduk
kat sini makin panas hati dibuatnya.” Acuh tak acuh saja suara Raymi Zikri.
Puan
Khadijah panas hati. Dia segera berpaling pada Dhia.
“Dhia,
telefon Raz. Cakap dengan dia ada majlis penting akan berlangsung esok. Majlis
yang ada kaitan dengan kamu berdua.” Serius sahaja nada Puan Khadijah.
Raymi
Zikri terpaku di depan pintu. Majlis penting? Ada kaitan dengan Dhia dan Abang
Raz? Dia berdebar-debar. Jantungnya bagaikan dirobek ketika ini.
Dhia
terperanjat. Majlis apa pulak ni? Takkan majlis kahwin dia kot? Dia ketap
bibir.
Nenek
ni biar betul?!
2 ulasan:
hahaha...majlis kawen Dhia dengan Raz kottt?
majlis kahwin? kalau fara nk thu, tunggu BAB SETERUSNYA...haha...
**nur daeya
Catat Ulasan