“Abang Raz, makanlah
banyak-banyak. Sedap lauk yang katering ni masak.”
Dhia
cuba mengambil perhatian Muhd Razree dengan menyenduk gulai kawah ke dalam
pinggan lelaki itu. Tetapi sayang…Muhd Razree langsung tidak mahu menatap
wajahnya apatah lagi mahu tersenyum.
“Abang
Raz janganlah macam ni. Dhia susah hati sangat tengok Abang Raz tak bercakap
satu perkataan pun. Dhia betul-betul tak tahu nak buat macam mana supaya Abang
Raz bercakap dengan Dhia semula. ” Dhia cuba juga menarik perhatian Muhd Razree
sekali lagi. Dia menopang dagu memandang Muhd Razree.
Muhd
Razree menghentikan suapan. Dia bertemu pandang wajah Dhia. Garang matanya
merenung wajah Dhia yang manis.
Dhia
mengerling kearah lain sambil mengetap bibirnya. Takut dia melihat mata itu.
Hilang senyumannya.
“Best kan dapat berpeluk dengan Ray tadi.
Sampai selendang kat kepala pun dah berpindah ke tempat lain.”sindir Muhd
Razree dengan sinis. Apa yang terpendam dalam hatinya beberapa minit yang lepas
terlepas jua dihadapan Dhia. Kali ini nadanya tidak lembut seperti selalu.
Dhia
tersentak. Dia meraba kepalanya. Oh, baru dia ingat. Selendang itu ada pada
Raymi Zikri. Huh, Raymi Zikri. Kalau kau tak peluk aku tadi, mesti aku tengah
bahagia dengan Abang Raz sekarang ni. dengusnya.
“Ray
yang peluk Dhia, okey? Dhia mana berani nak peluk-peluk lelaki yang bukan
mahram ni. Dhia dah cuba nak larikan diri daripada dia tapi dia tetap juga nak
peluk Dhia. Takkan sebab itu aje abang Raz marahkan Dhia? Kalau Abang Raz
cemburu sebab itu, Dhia minta maaf banyak-banyak. Dhia janji lepas ni Dhia
takkan rapat dengan dia lagi kalau itu yang Abang Raz mahukan.”
Muhd
Razree naik angin. Segera dia bangun dari tempat duduknya. “Dhia ingat dengan
perkataan maaf, Abang Raz akan lupakan kejadian tadi? Sorry, sayang. I’m really
disappointed. Abang Raz tak dapat nak fikir apa-apa buat masa ini. Abang
Raz nak balik dulu. Assalamualaikum.”
Dhia
jadi terpinga-pinga. Salam yang diberikan Muhd Razree hanya mampu dijawab dalam
hati. Tergamak Muhd Razree marahkannya didepan tetamu yang hadir.
Jika Abang Raz kecewa dengan Dhia,
Dhia lagi kecewa dengan Abang Raz…Desisnya dalam hati.
Dhia bangun dari kerusi yang didudukinya
dengan wajah mendung. Tidak ada maknanya dia duduk disini tanpa ditemani Muhd
Razree. Lelaki itu sudah balik ke rumah. Baik dia naik atas dan berehat.
“Assalamualaikum Cik Dhia…” Seorang
gadis menyapanya. Dhia tersentak.
“Waalaikumsalam…” Salam disambut
dengan nada acuh tak acuh sahaja. Gadis mana pulak yang tiba-tiba bagi salam
kat aku ni? Rasanya aku tak pernah jumpa dia pun sebelum ni. katanya dalam
hati.
“Saya memang Dhia. Tapi saya tak
tahu nama awak siapa. Rasanya ini kali pertama kita jumpa kan?”
“Erm… Saya Nur Salina, panggil Sally
aje…Erm..makwe Abang Ray. Opss…makwe Raymi Zikri.” Salina tergelak sendiri.
Badannya sengaja dilenggokkan.
Penampilan Salina yang dirasakan
lebih muda daripadanya itu diperhatikan dari atas hingga ke hujung baju kurung
gadis itu dengan rasa jelik. Harap muka saja cantik tapi perangai hampeh!
Kenapalah Ray pilih gadis sebegini jadi teman wanita?
“Siapa ya Raymi Zikri? Saya tak
pernah dengar pun nama tu.” Dhia mencebik. Dia pura-pura tidak kenal Raymi
Zikri.
Salina tergelak lagi. Cuma kali ini
gelaknya lebih sinis. “Tak kenal konon. Tadi bukan main berpeluk sakan dengan boyfriend
saya, itu kata tak kenal? Awak jangan ingat awak lebih tua daripada saya, saya
boleh relakan tangan teman lelaki saya menyentuh awak. Saya takkan benarkan
perkara itu berlaku!”
Dhia mengangkat kening. Nampaknya
Salina telah menunjukkan perangainya yang sebenar. Memang gadis ini talam dua
muka! Depan Raymi Zikri bolehlah dia mengedik dan bermanja tetapi dengan dia?
Jangan harap ya!
“Wah, dahsyat jugak cemburu kau ya
Cik err… apa tadi? Sally…Hurm…nama penuh Salina, tapi mengedik nak panggil
Sally. Mak ayah kau dah bagi nama yang baik untuk kau tapi kau ubah nama lain.
Tak patut, tak patut.” Dhia mengubah nada suaranya kepala lebih keras dan
sedikit kasar.
“Biarlah! Aku punya nama aku punya
sukalah nak ubah. Yang kau sibuk apahal?!” Salina mula menunjuk taringnya. Dia
turut bercakap dengan nada kasar.
Dhia mula menyinga. Gadis ini tidak
boleh dibiarkan begitu sahaja. Dia harus mengingatkan Salina yang dia lebih tua
daripada gadis itu! Tangannya mula diangkat tinggi. Mahu memberi pengajaran
kepada Salina namun tidak semena-mena tangannya dipegang dari atas.
Erk, Ray? Dhia menelan liur. Segera
dia merentap tangannya dari pegangan Raymi Zikri. Lelaki ini memanglah. Suka
sangat sentuh tanpa fikir halal dan haram! Lainlah kalau jadi suami. Nak pegang
lama-lama pun tak mengapa.
Raymi Zikri terasa hati. Sampai hati
Dhia merentap tangannya. Baru dia hendak merasa memegang tangan Dhia yang lembut,
Dhia sudah menolaknya. Hurm.
“Abang Ray…Kak Dhia nak pukul Sally.
Sally takut.” Rengek Salina. Tangannya laju memeluk lengan Raymi Zikri.
Raymi Zikri tersentak. Cepat-cepat
dia menolak tangan Salina. “Err…Sally. Tetamu ramai kat sini. Tak elok dia
orang tengok.”
Salina tetap berdegil. Dia tetap
menarik lengan Raymi Zikri. “Sally nak pegang jugak tangan Abang Ray. Sally tak
nak Kak Dhia tampar Sally.”rengek Salina lagi. Makin mengelegak darah Dhia
mendengarnya.
“Kau ni memang perempuan gedik ar.
First time aku jumpa perempuan yang terlampau gedik macam kau ni. Memang
padanlah kau orang bercinta. Sorang gedik sorang mengada-mengada.”kata Dhia
dengan berterus-terang.
Raymi Zikri mengecilkan mata. Tajam
renungannya kepada Dhia. “Kau cakap aku mengada-ngada? Kau memang tak sayang
mulut kau kan? Kau memang suka kalau aku…” Bergetar bibirnya mahu menghabiskan
ayat terakhir.
Salina membuat muka teruja. Dia
melepaskan lengan Raymi Zikri Dia yakin pasti Raymi Zikri mahu menampar mulut Dhia selepas ini.
Huh, itulah. Cakap orang gedik dengan mengada-ngada lagi. Kan dah kena!
Dhia disitu sedikit pun tidak berasa
takut. “Kalau aku apa? Tampar? Huh, tamparlah! Aku tak takutlah.”
“Aku tak cakap aku nak tampar tapi
aku nak cium mulut kau!” Raymi Zikri menapak sedikit kehadapan.
Dhia
membulatkan mata. Pantas dia mara sedikit ke belakang. Raymi Zikri memang
seorang yang sukar dijangka seperti Puan Khadijah. Perkara yang jarang dibuat
orang, perkara itulah yang lelaki itu akan buat.
Salina sudah membeliakkan mata. Cium
Dhia? Alamak, ini tak boleh jadi ini!
“Abang Ray, jangan buat perkara yang
bukan-bukan. Sudahlah, kita makan dulu. Sally dah lapar ni. Biarlah Kak Dhia
nak cakap kita gedik ke mengada-ngada ke. Sally tak kesah pun. Kita makan dulu
ya.” ajak Salina bersungguh-sungguh. Dia perlu tamatkan perbicaraan ini. Jika
berlanjutan akan bertambah buruk.
Raymi Zikri berbisik sekilas ke
telinga Dhia. “Nasib baik Sally ada kat sini. Kalau tidak mulut kau akan jadi
santapan aku malam ini.” Dhia menelan airliur.
Mamat ni betul-betul kurang ajar!
Tak senonoh langsung!!
Dhia menghentak kakinya dengan kasar
menuju ke biliknya. Tidak jadi dia hendak bermesra dengan tetamu yang hadir.
Baik dia berehat dalam bilik lagi bagus!
Belum Dhia sempat
menukar pakaian tidurnya, dia dikejutkan Puan Khadijah dengan
berita Muhd Razree kemalangan di tepi jalan. Mengucap panjang dia mendengarnya.
Menitik juga air matanya kerana terlalu sedih.
Malam itu juga dia bersama-sama Puan
Khadijah dan Jamil bergegas ke Hospital Serdang. Hatinya gundah gulana.
Bagaimanalah keadaan Abang Raz ketika ini. Harapannya, janganlah Muhd Razree
mengalami kecederaan parah. Dia tidak sanggup untuk melihat tubuh badan Muhd
Razree diselaputi luka dan darah.
Dhia yakin, kemalangan tersebut
pasti ada kaitan dengan dirinya. Masakan tidak, selama ini Muhd Razree memandu
dengan cermat tanpa sebarang kemalangan. Tidak pernah lelaki itu memotong
kereta atau motorsikal selama mereka menjadi kekasih.
“Abang…please
wake up.”gamit Dhia setelah dia tiba disisi Muhd Razree yang masih tidak
sedarkan diri. Air matanya mengalir tidak henti. Puan Khadijah dan Jamil
disisinya hanya mendiamkan diri sahaja melihat keadaan Muhd Razree.
“Abang…bangunlah. Dhia datang ni.” Dhia
tidak berputus asa. Dia mengoncang badan Muhd Razree.
Muhd Razree akhirnya membuka mata
setelah mendengar suara kekasih hatinya. “Dhia…”suaranya tengelam timbul.
Dhia teruja. “Syukur alhamdulilah
Abang Raz dah bangun. Abang Raz jangan banyak cakap ya. Dhia ada kat sini
temankan Abang Raz. Nenek dengan Jamil pun ada kat sini temankan Abang Raz.”
“Dhia…Abang Raz sayang Dhia. Jangan
tinggalkan Abang Raz.” ucap Muhd Razree penuh emosi. Tersentuh hati Dhia.
“Abang Raz, Dhia pun sayang Abang
Raz jugak. Dah ya. Jangan banyak cakap. Rehat dulu. Bila Abang Raz dah sihat,
kita cakap banyak-banyak ya. Abang Raz nak luah cinta dan sayang pada Dhia
sebanyak mana pun Dhia sanggup dengar.”
“Okey…”
Setelah mendengar pengakuan Dhia, Muhd Razree terus melelapkan mata.
Dhia
lega. Akhirnya mereka berbaik juga. Syukur alhamdulilah.
“Nenek,
Dhia rasa Dhia nak bermalam kat sinilah. Nak jaga Abang Raz. Tak apa kan?”
Puan
Khadijah mengangguk. “Hurm…elok jugak tu. Raz kat sini tak ada siapa nak jaga
dia. Nenek pun tak boleh berlama kat sini. Banyak kerja nak kena settle kat
rumah tu.”
“Nenek
baliklah dulu. Berlama kat sini bukannya Raz pandang nenek pun. Dia pandang
kamu aje.” Dhia terus ketawa kecil mendengar kata-kata Puan Khadijah.
“Ada-ada
ajelah nenek ni. Oh ya, nenek nak balik ni, jangan bagi tahu Ray tau pasal
Abang Raz kemalangan. Kalau boleh Dhia tak nak dia tahu. Biarlah kita-kita aje
yang tahu pasal ni.” bisiknya perlahan.
“Hesy,
apalah Dhia ni. Ray kan adik Raz. Mestilah dia kena tahu sekali.”
“Tapi,
nek…” Aduh, kenapalah aku cakap pasal Ray tadi. Kalau tidak nenek dah keluar
dari wad ni tadi.rintihnya dalam hati.
“Biarkan
dia tahu. Dahlah, nenek balik dulu. Nanti nenek bawa baju kamu untuk hari esok.
Kamu jaga diri tau.” Puan Khadijah menyentuh bahu kanan Dhia.
Dhia
mengangguk lemah. Serasa tiada daya saat ini untuk meneruskan kata.
Setengah jam selepas Puan Khadijah dan Jamil
meninggalkan dia dan Muhd Razree disitu, Dhia mula berasa mengantuk. Mulutnya sudah
berapa kali menguap.
“Mana aku nak tidur ni? Hurm…” Dhia
tercari-cari tempat mana yang sesuai untuk dia berbaring. Mahu tidur disebelah
Abang Raz? Kau jangan buat hal Dhia. Ingat sikit had kau. bisik satu suara.
Akhirnya Dhia membuat keputusan
untuk tidur diatas kerusi yang tidak jauh dari katil Muhd Razree. Biarlah tak
ada bantal dan selimut tebal sekalipun. Janji dia dapat tidur.
Baru dia memejamkan mata. Ada pula
yang menganggunya. Hai, siapa pulaklah yang call aku malam-malam buat ni? Dhia
merungut.
Dhia melihat skrin telefon
bimbitnya. Nombor siapa pulak ni?
“Hello…”
“Dhia, kau keluar sekarang. Aku nak
cakap sesuatu dengan kau.” Pantas talian dimatikan.
Dhia berdiri tegak. Terkejut
mendengar suara Raymi Zikri ditalian. Dia datang sini?
Ya Allah, cepatnya nenek bagi tahu
dia!!
Dhia merenung wajah bersih Muhd
Razree yang terpejam sebelum dia melangkah malas keluar dari wad itu.
“Kau nak apa lagi ni?” Nampak sahaja
raut wajah Raymi Zikri dihadapan mata, dia terus berpaling ke tepi.
“Masa kau datang tadi, kau ada pegang tangan Abang Raz tak?"
Soalan pertama yang Raymi Zikri tanya kepada Dhia sebaik gadis itu keluar dari
wad.
“Tak.”
“Abang Raz ada cium tangan kau tak?”
“Hurm...tak.” Mendatar sahaja jawapan Dhia.
“Abang Ray ada tenung muka kau tak?”
Langkahnya terhenti. Dia berpaling mengadap Raymi Zikri dengan raut
wajah serius.
“Kau ni kenapa tanya soalan macam tu? Dah macam suami aku pulak.”
cebiknya.
Raymi Zikri buat muncung itik. “Aku cemburu Dhia. Sanggup kau
bergegas ke mari semata-mata nak tengok dia yang accident. Hurm...Lepas
ni aku cadang nak accident lah. Biar kau jaga dan rawat aku kat rumah.” Tersengih-sengih
mulutnya menjawab.
“Are you out of mind?!” Terjengil mata Dhia apabila
mendengar kenyataan Raymi Zikri.
“Demi kau, aku sanggup accident.”
“Kau jangan merepek boleh tak. Aku malaslah nak layan kau punya
merepek malam-malam ni. Lagi bagus kau baliklah. Mata aku dah mengantuk sangat
ni.”
“Kalau aku cakap serius, kau bukannya nak ambil kesah pun.”
Dhia tergelak sinis. “Serius? Bila masa kau serius Ray? Bagi aku
setiap perkataan kau adalah merepek.”
“Kau nak cakap aku merepek, cakaplah. Tapi bagi aku, setiap
kata-kata aku adalah serius dan aku tidak akan sekali-kali memungkiri janji
dengan apa yang aku luahkan dari mulut aku.”
“Seriuslah sangat.”Dhia menyindir. “Kau cakaplah cepat. Aku tak
dapat berlama ni. Mata aku dah tak tahan nak tutup ni.” Dhia memegang tombol
pintu wad Muhd Razree. Dia berkira-kira untuk masuk ke dalam.
Raymi Zikri melutut dihadapan Dhia tanpa menghiraukan orang ramai disitu. “Sudikah kau menjadi isteri aku wahai Dhia?”
Dhia membulatkan mata. OMG!! Dia ni dah gila ke apa?!!