Selasa, 17 Februari 2015

BAB 30 (Tajuk?Biarlah rahsia) FULL ENTRY BAB TERAKHIR



Dhia menyentuh cadar katil disebelah tempat tidurnya. Sepatutnya Raymi Zikri sudah pulang ke rumah saat ini namun kelibat suaminya masih tidak muncul-muncul di dalam bilik mereka sebaik sahaja majlis perkahwinan mereka selesai petang tadi.
Ingatkan selepas majlis perkahwinan selesai, Raymi Zikri akan membawanya naik ke bilik semula namun jangkaannya meleset. Ibunya yang membawa dia ke sini dengan kerusi roda. Sungguh kecewa dirinya dengan sikap suaminya itu.
Mujur ibu tidak perasan apa yang berlaku diantara mereka, jika tidak riuh mulut ibu membebel kepadanya.
“Abang, janganlah buat Dhia begini. Baliklah. Dhia mintak maaf…Dhia janji Dhia tak buat abang kecewa lagi.”rintih Dhia keseorangan bersama tangisan yang berlagu pilu. Ikutkan kali ini, sudah tiga kali dia menangis hari ini kerana suaminya.
“Ehem, ehem.”
Raymi Zikri berdehem selepas pintu bilik dibuka. Jauh di lubuk hatinya, dia malas untuk masuk ke sini sebenarnya. Dia malas untuk bertentang mata dengan Dhia setelah apa yang dilakukan isterinya itu petang tadi.
Dhia tergamam. Abang! Hati kecilnya menjerit. Gembira suaminya sudi kembali ke bilik mereka.
“Abang dah balik?”
“Tak nampak ke abang dah balik ni?”
Dhia terpempan. Lain yang dicakap, lain yang keluar dari mulut suaminya.
Raymi Zikri bergerak menuju ke almari miliknya. Dibuka almari tersebut lalu dikeluarkan baju tidur miliknya.
“Boleh Dhia tahu abang pergi mana tadi?”
Senyap. Tiada jawapan yang keluar dari mulut suaminya. Dhia mengeluh. Apa nak jadi dengan hubungan mereka ini. Ini baru berapa hari mereka kahwin dah jadi begini. Belum lagi sepuluh tahun.
“Abang…tak boleh ke maafkan Dhia? Dhia akui Dhia silap ajak Sally ke majlis kita tapi Dhia rasa abang tak patut buat begini pada Dhia. Dhia tak rasa masalah itu terlalu besar buat kita. Abang aje yang membuatkan masalah itu menjadi berat.”luah Dhia.
Raymi Zikri mencampak baju tidurnya ke atas jubin dengan kasar. Darahnya tiba-tiba naik mencanak. “Sayang kata senanglah. Yang sakitnya hati abang! Abang kecewa tau
“Abang terlalu sensitif.” sinis suaranya.
“Ya, aku memang lelaki yang sensitif. So what?!”
Dhia mencemik. Jika tadi dia menantikan suaminya dengan penuh harapan yang tinggi entah kenapa kata-kata suaminya membuatkan dia jadi bosan dengan sikap lelaki itu.
Raymi Zikri meneruskan langkah masuk ke bilik air apabila melihat tiada jawapan daripada isterinya.
“Aku tak mampu lagi nak duduk sini. Aku tak boleh nak hadapi semua ini lagi.” katanya sendiri selepas Raymi Zikri masuk ke bilik air. Dhia nekad. Selepas ini apa yang suaminya akan katakan padanya nanti dia tidak akan ambil peduli lagi. Harapannya hanya satu sahaja malam ini. Keluar dari rumah ini dan jangan balik-balik lagi ke sini! Cukuplah dia menjadi isteri yang terlalu mengharapkan kemaafan daripada seorang suami seperti Raymi Zikri.
Cukuplah sekali!
Dhia sudah memikirkan apa yang dia akan lakukan sebaik sahaja suaminya tidur. Beg kecil yang sudah lama diperam dalam almari akan digunakan untuk meletakkan sebahagian pakaiannya.
Memang dia tidak sabar untuk keluar dari rumah ini!
Dhia meluruskan tubuhnya. Selimut yang membaluti tubuhnya sejak tadi dibetulkan sebelum matanya dibuat-buat pejam. Malam ini dia perlu kuatkan diri bangkit dari pembaringan dan senyap-senyap keluar dari bilik ini dan rumah mewah ini!
Raymi Zikri keluar dari bilik air selepas lengkap berbaju tidur. Langkahnya terhenti di depan bilik air apabila melihat Dhia yang sudah memejamkan mata.
“Tadi dah tidur sekarang ni pun nak tidur lagi. Awal betul ya sayang nak tidur.”
Dhia tahan sedih dalam hati. Sayu betul dia dengar suaminya panggil sayang. Kalau sayang kenapa tak boleh memaafkan Dhia?keluhnya dalam diam.
“Buat-buat tak dengar atau sengaja tak nak dengar? Abang tau sayang tak tidur lagi.” Bisik di telinga Dhia. Dia perasan mata Dhia bergerak-gerak ke kiri dan kanan. Tahu sangat yang Dhia tidak tidur lagi.
Berdebar-debar Dhia waktu itu namun dia tahan. Sakit hatinya pada suaminya tidak dapat dibendung lagi. Dia harus kuat menghadapi semua ini!
Sebaik punggung Raymi Zikri berlabuh di atas katil, dia duduk bersila sambil membetulkan rambutnya. Sempat lagi mengerling Dhia tajam dengan mulutnya dicebikan.
“Abang kecewa dengan kenyataan sayang dan abang nak sayang tahu mungkin abang akan kembali berhubungan dengan Sally semula. Abang nak tidur dulu. Good night!” Raymi Zikri sengaja menyakitkan hati Dhia dengan berkata begitu walaupun sebenarnya tidak. Nak bersama Salina semula? Jangan harap aku akan kembali pada dia!
Dia baring mengiring ke kanan. Malam ini dia malas mahu mengadap wajah Dhia. Selama mereka berkahwin ini dia sering tidur mengadap muka Dhia tanpa rasa bosan. Entah mengapa malam ini dia tidak suka melihat wajah itu.
Bibir Dhia menggeletar perlahan. Nak jalinkan hubungan bersama Salina? Dia menghembus nafas perlahan. Perasaan kecewa pada Raymi Zikri makin menjadi-jadi.
Tunggu ya bang. Sekejap aje lagi Dhia akan keluar dari rumah ini. Sekejap aje lagi. kata hatinya. berkobar-kobar pula rasanya nak angkat kaki dan keluar dari rumah ini.
Tidak lama selepas itu, bunyi dengkuran halus suaminya mula kedengaran. Matanya yang lama terpejam dibuka. Tegak matanya merenung kipas siling yang berputar. Dia berpaling sekilas ke belah kanan. Nyenyak betul Raymi Zikri tidur. Baguslah. Lagi nyenyak suaminya tidur lagi senang dia keluar dari sini.
Dhia turun dari katil. Kakinya dijungkitkan sedikit agar tidak memberi sebarang bunyi di atas jubin.
“Perut...bertahan ya. Jangan berikan kesakitan pada diriku waktu ini. Aku perlu keluar dari sini.”ujarnya sendirian. Beg kecil di dalam almarinya terus dibuka dan diambil beberapa helai baju dan seluar. Tidak terkecuali kain pelikat milik suaminya diambil bagi memudahkan dia tidur dengan selesa selepas dia keluar dari sini.
“Abang, Dhia tak boleh berlama disini. Terlalu lama disini Dhia makin kecewa dengan sikap abang.” Katanya dengan nada sebak.
“Nampaknya kebahagiaanku bukan disini. Kebahagiaanku di luar rumah ini. Selamat tinggal duka, selamat tinggal kecewa dan selamat tinggal abang sayang..."
Tiada langsung riak kecewa terpancar di wajah Dhia. Yang terpancar di wajahnya hanyalah riak kosong.
Lama dia merenung tubuh suaminya yang sedang lena dibuai mimpi sebelum dia mengangkat kaki meninggalkan bilik ini tanpa berpaling sedikit pun ke belakang.

“Abang, Dhia nak pergi. Mungkin Dhia takkan kembali ke sini lagi. Abang jalanilah kehidupan tanpa Dhia selepas ini. Selamat tinggal.”ucap Dhia penuh emosi. Digenggam bagasi kecilnya bersama tas tangannya.
“Kau pergilah. Tak ada siapa pun akan halang kau. Pergilah. Tak tengok muka kau senang hati aku lepas ni.”cemuh Raymi Zikri. Sudah bertukar panggilan sayang yang selalu meniti dibibirnya
Meruntun hati Dhia mendengarnya. “Kalau Dhia nak mati, abang takkan halang Dhia kan? Dhia rasa nak mati esok. Senang. Tak payah lihat muka abang. Tak payah tengok muka nenek, mak, abang Raz dan siapa-siapa yang Dhia kenali selama Dhia hidup ni.”
Raymi Zikri terdiam. Apa kena dengan isteri dia ni? Tiba-tiba cakap pasal mati. Kalau nak keluar dari rumah ini, dia boleh terima lagi. Bab mati dia memang tidak boleh terima! Dalam marah-marahnya, dia masih cinta dan sayangkan isterinya.
“Kau jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak?!” Raymi Zikri buat-buat marah.
“Dhia serius ni, bang. Dhia lagi suka mati kalau abang tak dapat maafkan Dhia.”
“Dhia!!”
Raymi Zikri pantas membuka mata dan bingkas bangun. Ya Allah, dia bermimpi rupanya! Dia berpaling ke tepi. Tubuh Dhia tiada disitu. Terkebil-kebil matanya memandang cadar yang sepi tanpa tubuh Dhia.
Ke mana pula isterinya pergi? Raymi Zikri mula rasa cemas yang teramat sangat. Dia bangun menuju ke bilik air. Isterinya tak ada!
“Astagfirullahalazim, sayang!!” Raymi Zikri duduk di hujung katil dengan perasaan berbaur kesal. Rasa bersalah dalam diri makin menebal. Dia meraup rambutnya berkali-kali. Mungkinkah Dhia meninggalkannya kerana sikapnya?
Ini tak boleh jadi. Aku mesti mintak maaf pada dia balik. Mesti! tekadnya.
“Hesy, bodohnya aku. Kenapalah aku masih duduk atas katil ni.”dengusnya. Segera dia berlari anak keluar mencari isterinya. Waktu sudah tengah malam. Mintak-mintaklah Dhia masih tidak jauh dari rumah nenek. Jika tidak mesti dia menyesal seumur hidup!

Sewaktu dia sampai di luar pagar rumah nenek, matanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Cemas jangan cakaplah. Lagi cemas perasaannya berbanding di dalam bilik tadi.
“Jamil, awak cari kat sana, saya cari kat situ.”tunjuknya dengan terburu-buru.
Mujur Jamil membantunya mencari Dhia jika tidak terhenti nafasnya mencari Dhia sendirian. Sudahlah kawasan tempat tinggal Dhia agak luas. Manalah mampu dia mencari sorang-sorang.
“Baik, Tuan.” Jamil angguk. Dia bergegas meninggalkan Raymi Zikri dan memulakan pencarian. Sebagai pekerja di rumah mewah ini, dia turut merasa gelisah dengan kehilangan tidak terduga salah seorang majikannya.
“Sayang! Jangan jauh dari abang. Baliklah sayang. Baliklah!”jerit Raymi Zikri kuat setelah dia keseorangan disitu. Tiada orang di depan rumah nenek jadi tidak salah rasanya dia menjerit sekuat hati.
Dhia tersentak apabila mendengar jeritan Raymi Zikri yang bertalu-talu itu. Baru hendak keluar dari pintu pagar rumah, suaminya terlebih dahulu mencarinya di luar rumah! Apa yang harus dia buat? Dhia memeluk erat beg kecilnya. Dengan kudrat yang tidak kuat, Dhia cuba juga untuk keluar dari rumah mewah ini sedaya yang mungkin. Asalkan Raymi Zikri tidak berjaya menjumpainya.
“Abang, Dhia mintak maaf kalau Dhia tak menyahut panggilan abang. Dhia takkan kembali pada abang buat masa ini. Dhia perlu tenangkan diri. Insyallah kita akan jumpa nanti.”katanya sendiri.
Dhia bergerak meninggalkan kawasan yang makin gelap itu. Bunyi anjing menyalak menakutkannya. Tapi dia tidak boleh berpatah balik, dia harus berani melawan ketakutannya pada bunyi-bunyi sebegitu.
Ya, Dhia harus kuat.
Keberaniannya tidak bertahan lama. Sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang berada dihadapannya direnung tidak berkelip. Dhia jadi terkedu tidak terkata.
“Inilah masanya untuk aku membalas dendam pada kau Dhia. Joe, move it!”suara seorang gadis di belakang tubuh lelaki yang menunggang motosikal menyentakkan hatinya.
Salina? Ya Allah, apa semua ini? Dhia jadi tidak tentu arah.
Bunyi ngauman motor dihadapannya menakutkan Dhia. Adakah ini petanda akhir dia di dunia ini?
Dhia memejamkan mata. Pasrah dengan apa yang berlaku dengan dirinya kini. Motor semakin menghampiri dan dia semakin lemah.
“Selamat tinggal abang…”
“Sayang jangan tinggalkan abang!!”
Kuat jeritan Raymi Zikri apabila dia melihat Dhia berada dihadapannya. Paling dia terkejut melihat sebuah motorsikal berkuasa tinggi meluncur laju dihadapan isterinya. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Dhia namun malangnya motorsikal tersebut melanggar dirinya. Terpelanting tubuhnya disitu.
 Dhia membuka luas matanya. Abang?
“Joe, tinggalkan kawasan ni cepat. Cepat!”arah Salina dengan nada kelam-kabut apabila mendapati sasarannya tidak mengena. Joe bertindak meninggalkan kawasan itu setelah mendapat arahan daripada Salina.
Dhia disitu terkaku. Longlai lututnya apabila melihat keadaan Raymi Zikri yang bergelumang dengan darah di wajah dan tengkuknya.
“Abang!!!!”

4 ulasan:

Unknown berkata...

Uwaaaaaaaaaaaaa......last n3... but so sadddd

Tanpa Nama berkata...

Sedihnya Eya... apa dah jadi ni ray pulak yg accident... baru kawin tp banyak betul rintangannya..

Unknown berkata...

Kenapa bukan Dhia yg kena langgar. Apa yg Salina pernah buat sehingga Raymie benci Salina? Cerita ni ada kekurangan sbb watak Dhia ni macam kecelaruan fikiran.

Unknown berkata...

Sedihnya...ray kna langgar...