“Ray,
bukak pintu ni. Cepat!!” ketuk Puan Khadijah dari luar dengan nada marah-marah.
Terburu-buru lagaknya mengetuk pintu. Seperti sedang cemaskan sesuatu.
Raymi Zikri tergamam. Baru hendak
berbaring sebentar nenek sudah memanggilnya. Keluhan berat dilepaskan sebelum
dia turun dari katil dan menuju ke muka pintu bilik. Jalannya seperti orang
kurang waras sahaja.
“Abang, nenek nak apa tu?” soal Dhia
antara dengar dan tidak. Matanya masih terpejam rapat. Lagi dua puluh minit
majlis akan berlangsung dia perlukan rehat yang cukup. Sebentar lagi pasti
ramai tetamu yang mahu merapati mereka dan dia kalau boleh tidak mahu nampak
penat dihadapan tetamu.
Raymi Zikri tidak mempedulikan soalan
Dhia sebaliknya dia membuka pintu. Wajah nenek yang merah padam itu dipandang
tidak berkelip.
Apa kena dengan nenek aku ni? Masa jumpa
tadi tak adalah muka garang macam ni. Jumpa kali kedua dah jadi lain macam
pulak. desis Raymi Zikri dalam hati.
“Hurm…nenek nak apa? Ray baru aje nak
baring.” Raymi Zikri mengosok matanya. Tadi dia temankan Dhia tidur sekarang
ini dia pula yang terasa nak tidur.
“Kamu tengok siapa yang datang ni!” marah
Puan Khadijah sambil menarik pergelangan tangan seorang gadis tidak jauh
darinya.
Raymi Zikri membulatkan mata. Terkejut
dengan apa yang dilihatnya. Salina? Nafasnya bagaikan terhenti sekarang ini.
Dia segera berpaling ke belakang. Ternyata Dhia lebih terkejut berbanding
dirinya.
“Ray tak ajak dia pun nek…”
terketar-ketar Raymi Zikri menjawab.
“Habis tu apa dia buat kat sini?”
Mencerlung matanya memandang cucunya. Marahnya meluap-luap.
“Puan, lepaskan saya.” Hampir menangis
Salina disitu kerana puan Khadijah membuatnya begini.
“Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak
dapat jawapan dari cucu aku!”
“Bukan abang Ray yang ajak saya. Dhia
yang ajak saya ke sini. Saya datang ajelah.” tergagap-gagap dia menjawab.
“Apa?!!” jerkah Puan Khadijah. Dhia yang
ajak Salina ke sini?
“Dhia, betul ke apa yang budak ni
cakapkan?”
Dhia di atas katil terkedu tidak terkata.
Nampaknya selepas ini dia akan dimarahi Puan Khadijah dengan teruk.
“Betul ke tidak?!” marah Puan Khadijah
kuat. Dia paling pantang majlis penting buat keluarganya dihadiri orang yang
dibenci.
“Betul, nek.” Dhia juga ikut
tergagap-gagap apabila menjawab. Kepalanya menunduk sahaja.
“Tak faham betullah aku dengan korang ni.” rengus Puan Khadijah. Dia
menurunkan tangan Salina dengan kasar.
“Nenek, Dhia mintak maaf. Sepatutnya Dhia
tak ajak Salina ke sini.” Salahnya kerana terlalu ikutkan perasaan sehingga
perasaan suami dan nenek tidak dihiraukan.
“What
ever!” Puan Khadijah menjuih bibir sebelum dia berlalu semula ke bawah.
Berdiri di sini bersama gadis yang dibenci serta cucu-cucunya membuat dia sakit
hati sahaja. Ada baiknya dia melayan tetamu di bawah.
Dhia sedih. Nampaknya nenek tidak dapat
menerima kemaafannya.
Itulah Dhia. Lain kali sebelum buat tu,
fikir. Jangan ikut suka aje. bisik satu suara yang tidak dikenali.
“Kau pergi balik, Sally. Merosakkan
majlis aku aje, huh!” Raymi Zikri merengus buat kesekian kalinya. Dia
menyilangkan tangan sebagai tanda yang dia terlalu bencikan gadis dihadapannya
ini.
“Sally ingatkan kedatangan Sally ke
majlis hari ni akan buat Sally dan abang Ray bersama semula tetapi nampaknya
tidak. Kak Dhia penipu! Sally takkan diamkan diri selepas ini. Sally akan
sakitkan hati akak sebagaimana sakitnya hati Sally dimarahi Puan Khadijah
sebentar tadi. Akak tengoklah apa Sally akan buat nanti.” Itu tekadnya selepas
ini. Meruntuhkan rumahtangga Dhia adalah keutamaannya sekarang. Tidak kira apa
yang berlaku, dia tetap mahukan Raymi Zikri sebagai kekasih akhir hayatnya!
Tidak sangka Dhia sakit. Patutlah nampak
tak bermaya sekarang ini. Muka pun nampak puncat aje bila mengenakan solekan.
Salina berlari anak meninggalkan Dhia dan
Raymi Zikri dengan raut wajah yang bengis. Tak mengapalah dia tidak dapat
menjamu selera di majlis ini. Janji hatinya puas dapat melihat Dhia dimarahi
Puan Khadijah dihadapan matanya. Tidaklah dia terlalu kecewa sangat bila balik
nanti.
“Puas kan hati Dhia dapat sakitkan hati
nenek dan abang? Puas?!” Tadi dia cuba untuk mengawal riak marahnya namun
selepas kedatangan Salina ke sini tiba-tiba barannya kembali menggunung.
Dhia diam sahaja. Mahu berlawan dirinya
tidak terdaya.
“Abang cakap ni!!”jerit Raymi Zikri.
“Abang janganlah marah Dhia macam nenek
tadi. Dhia takut. Senyumlah sikit.” Akuinya jujur.
“Sayang ingat setelah apa yang sayang
buat tadi boleh buat abang tersenyum gembira? Lain kali fikir dulu sebelum
sesuatu. Jangan main redah aje tanpa fikirkan perasaan suami sendiri!” marah
Raymi Zikri tanpa memikirkan perasaan isteri tercinta.
“Abang, Dhia ajak dia ke majlis kita
bukan ada niat apa-apa pun. Dhia cuma nak...” kata-katanya terhenti disitu.
“Cuma apa? Cuma nak tunjukkan pada dia
yang kita sedang bahagia, begitu?!” Raymi Zikri pantas mencelah. Garang riak
mukanya sehingga Dhia jadi takut.
“Bukan niat Dhia begitu, bang...” Hampir
menangis Dhia saat itu. Sampai hati Raymi Zikri meninggikan suara kepadanya.
Sepatutnya majlis perkahwinan ini
diselang-seli dengan gurauan dan gelak ketawa dari suami tercinta tetapi apa
yang dia dapat? Dia dimarahi dengan teruk oleh suaminya.
“Dah, diam. Jangan banyak cakap. Solek
muka tu balik. Macam muka pontianak aje rupanya.” Dalam dia marah-marah Dhia
sempat lagi dia menilik muka isterinya itu.
Dhia akhirnya menangis. Sudah berapa kali
dia cuba tahan dari menangis dihadapan Raymi Zikri namun tidak sangka
tangisannya pecah juga dia hadapan suami tercinta.
“Dhia betul-betul mintak maaf, bang…”
Diantara dengar atau tidak Dhia mengucapkan ayat itu.
Lima belas minit kemudian, Jamil datang
di depan biliknya. Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung selepas ini.
Mereka tidak boleh terlambat. Lambat nanti tetamu tertunggu-tunggu.
“Dah siap?”
“Dah bang…kejap ya Dhia nak bangun.” Dhia
cuba untuk bangkit dari katil sendirian. Dia tahu dia tidak mampu. Nak harapkan
Raymi Zikri mendukungnya, lelaki itu masih dalam keadaan marah.
“Jangan mengada-ngada nak bangun sendiri!
Sayang tu sakit!”dalam marahnya, Raymi Zikri tetap mengambil berat tentang
kesihatan dan keadaan isterinya.
“Biar abang dukung.” sambungnya lagi.
Cepat-cepat dia mengangkat tubuh Dhia dan membawanya keluar dari bilik.
“Abang…”
“Diam.” Sepatah itu sahaja yang dijawab
Raymi Zikri. Dia terus membawa Dhia turun ke bawah. Sebahagian tetamu sudah
berkerumun di tepi tangga. Hanya senyuman hambar yang dia berikan kepada tetamu
yang hadir.
Dhia rasa tidak selesa apabila Raymi
Zikri mendukungnya dengan wajah tegang. Mahu sahaja dia menggunakan kerusi roda
yang diambil dari hospital dan menolaknya sampai ke tempat pelamin.
“Abang, ini majlis kahwin kita. Ramai
tetamu akan memerhatikan tingkah laku kita. Dhia tahu abang masih marah pada
Dhia tapi satu aje yang Dhia mintak sebelum kita duduk atas pelamin. Senyum.
Itu aje yang Dhia mintak dari abang.”katanya dengan nada perlahan.
Raymi Zikri tidak beriak. Kekal tegang
dan serius sahaja mukanya. Kepalanya menegak sahaja tanpa menunduk memandang
Dhia. Apa yang Dhia katakan padanya tidak diambil peduli. Apa yang penting
majlis perlu diteruskan dan sebaik sahaja majlis selesai, dia mahu menenangkan
diri diluar. Duduk di rumah ketika ini bikin jiwanya tertekan. Dia rasa benci
pula untuk melihat wajah Dhia selepas kedatangan Salina tadi.
“Abang...abang dengar tak apa yang Dhia
cakapkan ni?” Dhia cuba memujuk suaminya.
“Jangan banyak cakap. Diam aje. Selagi
tetamu tak ada kat depan mata abang selagi itulah abang takkan tersenyum depan
sayang.”
Dhia diam. Terasa hati kecilnya dengan
kata-kata suaminya. Menyesal sungguh dia menyuruh Salina datang ke sini tadi.
Jika tidak pasti hubungan mereka akan kembali seperti biasa.
“Dhia sayang abang. Maafkanlah Dhia.”
Akhirnya dia bersandar di dada Raymi Zikri. Dia cuba untuk tidak menangis saat
ini. Dia tidak mahu Puan Khadijah dan tetamu yang lain perasan akan kepincangan
rumahtangga mereka di majlis perkahwinan ini.
Nafas Raymi Zikri jadi tidak menentu. Di sabarkan
hatinya untuk tidak memarahi Dhia di hadapan tetamu. Isterinya cuma bersandar
di dadanya sahaja bukan berkata-kata.
“Kalau sayang abang, sayang takkan berani
ajak Salina ke sini. Tak sangka sayang ada niat mahu abang kembali pada Sally.”
Dhia diam.
“Sepatutnya abang fikir dua kali sebelum
abang kahwin dengan sayang. Hurm…”
Mengeletar bibir Dhia tatkala mendengar
ungkapan itu. Fikir dua kali nak kahwin dengan aku?
Abang maafkan Dhia!! ucapnya dalam hati.
1 ulasan:
Lari dhia lariiiii.biar ray sorg2
Catat Ulasan