Selasa, 24 Mac 2015

PROLOG Aku Bukan Dayang Senandung!




Dua puluh tahun ke belakang…
Dengan muka tersipu-sipu malu, Puteri Dayang duduk di atas buaian taman permainan sambil ditemani rakan-rakannya yang duduk di atas rumput. Hari ini gilirannya mendendangkan lagu dihadapan rakan-rakannya itu. Meskipun dia tahu suaranya tidaklah sesedap Siti Nurhaliza tetapi dia akan cuba buat yang terbaik di hadapan teman-temannya.
“Jangan kritik suara aku tau. Aku tahu siap korang!” pesan Puteri Dayang dengan tegas. Dia memang benci mendengar kritikan.
“Ala, dari suara kau yang sengau tu aku dah tahulah suara kau tak sedap.” jerit salah seorang rakannya yang bernama Megat Danish. Hingar-bingar suasana disitu dengan jeritannya. Megat Danish mencebik sinis. Gembira kerana ada juga yang menyokong dirinya. Sejujurnya, dia memang tidak sukakan Puteri Dayang. Sudahlah tak cantik. Kulit hitam pulak tu! Ada hati nak menyanyi depan kita orang yang putih melepak ni!
Puteri Dayang mengecilkan mata. Mulutnya diketap rapat. Geram sungguh dia dengan Megat Danish yang sesuka hati mengkritiknya di hadapan rakan-rakan mereka. Memang dah lama dia berdendam dengan Megat Danish. Ikutkan hatinya, saat ini juga dia mahu belasah lelaki tak sayang mulut itu di hadapan orang yang hadir di taman ini. Biarkan lelaki itu tahu yang dia bukan gadis yang boleh direndahkan martabatnya sesuka hati!
Jaga kau, Megat. Lepas aku nyanyi aku akan cubit mulut kau sepuas hati. Biar mulut kau sumbing!tekadnya.
“Dayang, cepatlah nyanyi! Aku tak sukalah menunggu terlalu lama. Petang dah nak melabuhkan tirai ni. Dahlah kita pakai baju sekolah agama. Bau badan pun ermm…eee…dah macam apa dah.” kata salah seorang temannya, Nur Maria sambil menunjukkan jam tangannya. Sempat lagi dia bau pakaian sekolahnya yang berwarna putih dan berkain merah. Petang hampir melabuhkan tirai dan kalau boleh dia mahu balik ke rumah secepat yang boleh.
Rakan yang lain menyokong kata-kata Nur Maria. Ada betulnya kata gadis itu. Budak darjah enam seperti mereka sepatutnya balik ke rumah dan membersihkan diri setelah balik dari sekolah agama.
“Okey, okey. Aku nyanyi sekarang.” Puteri Dayang tarik nafas dan tersenyum di hadapan rakan-rakannya. Lalu bermulalah lagu yang menjadi kesukaannya sejak dari darjah satu lagi.
Laju-laju buaiku laju…
Aku nak kahwin dengan orang kaya…
Dia tarik suaranya di tahap tertinggi sambil tangannya mengayunkan buaian. Baru hendak meneruskan ayat seterusnya, ada bunyi-bunyi sumbang yang menghinanya. Siapa lagi kalau bukan Megat Danish! Paling dia terkejut, bunyi petir dan kilat berkumandang. Puteri Dayang memberanikan diri merenung ke atas. Awan sudah berarak mendung. Nampaknya sebentar lagi akan hujan. Salahnya ke sebab menyanyi tak sedap?
“Woi Dayang apa kau dah buat ni? Baru aje kau nyanyi bunyi petir, kilat semua keluar. Kau ni memang tak pandai menyanyilah. Beb, jomlah kita gerak balik rumah. Menyesal aje datang sini tengok dayang senandung ni menyanyi. Entah apa-apa.” Megat Danish mengajak rakan-rakanya balik rumah. Daripada mendengar Puteri Dayang mengalunkan lagu lebih baik mereka pulang.
Mereka semua bangun meninggalkan Puteri Dayang keseorangan disitu.
“Wei, tunggu aku. Kita baliklah sekali.” Puteri Dayang yang takut dengan perubahan cuaca di taman ini segera turun dari buaian. Buat apa dia disini jika tiada siapa yang mahu mendengar suaranya menyanyi. Beg sekolah sudah dibimbit di bahu. Mahu balik sekali dengan kawan-kawannya.
Korang jangan pedulikan dia. Dah, jom kita balik.” Begitu sekali bencinya Megat Danish terhadap Puteri Dayang.
Puteri Dayang geram. Beg bimbitnya terlepas dari tangan. Makin meluap-luap rasa bencinya pada lelaki itu. Teringat kembali kata-kata Megat Danish ketika mereka bertemu secara tidak sengaja di tangga sekolah.
“Boleh aku tahu kenapa kau tak suka bercakap dengan aku? Nak rapat apatah lagi.”
 “Rasanya aku tak perlu kot jawab pertanyaan kau.” Megat Danish mencemuh. Dia berkira-kira untuk naik ke atas namun dihalang Puteri Dayang.
“Apa ni?” Ditepis kasar tangan Puteri Dayang. Tidak suka disentuh tangan yang berkulit hitam itu.
“Cakap ajelah. Aku tak kesah pun. Cakap depan-depan lagi baik daripada cakap belakang.”
“Betul kau nak tahu?”
“Betullah. Aku tak sabar nak tahu apa yang kau katakan tentang aku. Aku janji aku tak marah dan aku janji jugak aku akan ubah apa yang tak elok dalam diri aku.”
Megat Danish mencemik. Ini sudah bagus! Ada peluang jugak aku cakap apa yang tersirat di hati aku tentang dia.
“Okey kalau kau nak tahu sangat. Aku benci orang yang berkulit hitam legam macam kau ni. Pakai apa pun tetap tak cantik.” Puteri Dayang tersentap disitu. Tahulah dia Megat Danish tidak sukakannya kerana kulitnya yang gelap.
Apalah salah orang yang berkulit gelap sepertinya? Dia akui memang dia berkulit gelap seperti orang Afrika tetapi janganlah sampai begitu sekali hinaan yang dilemparkan padanya.
Megat Danish memang tak patut!
“Sampai hati kau cakap macam tu. Kita kan kawan.”
“Kawan? Huh! Sebenarnya aku bukannya nak berkawan sangat dengan kau pun. Aku kawan dengan kau pun sebab ramai member aku kawan dengan kau. Kalau tak, tak ada maknanya aku bercakap dengan kau.” Riak sungguh kata-kata Megat Danish.
Dikala itu, perasaan bencinya kepada lelaki yang bernama Megat Danish menular.
Jam ditilik. Sudah masuk 7.15 malam. Lagi berapa minit saja lagi nak azan maghrib. Puteri Dayang melangkah lesu meninggalkan taman permainan. Baru saja dia ingin membimbit beg sekolahnya, telinganya ditarik kuat. Nyaring suaranya menjerit sakit.
Meruap-ruap kemarahan Puan Kamelia ketika ini. “Kau ni memang degillah. Aku kata lepas balik sekolah jangan pergi taman kau tetap nak pergi jugak. Kau ni memang suka buat aku marahlah.” Tanpa belas kasihan, Puan Kamelia menolak tubuh Puteri Dayang dengan kasar hingga jatuh tersembam ke atas tanah yang berair dan berlumpur.
“Ibu, sakit…” Puteri Dayang mengerang sakit. Sampai hati ibunya menolak tubuhnya dengan kasar. Habis kotor baju sekolahnya. Balik nanti mesti dia kena marah dengan ayahnya, Encik Malik.
“Padan muka kau. Memang itu yang terbaik untuk kau. Puas hati aku baju kau kotor, huh!” Puan Kamelia berpaling ke belakang dengan muka tanpa riak. Gembira kerana buat anaknya sakit. Terus dia naik motor milik suaminya dan balik ke rumah. Dibiarkan Puteri Dayang keseorangan di situ.
Di atas tanah yang berlumpur, Puteri Dayang menangis semahu-mahunya.

Balik saja ke rumah, azan maghrib telah pun berkumandang. Puteri Dayang menundukkan muka. Tidak berani memandang sekeliling. Takut apa yang dipandangnya itu adalah ayahnya.
Bibirnya diketap kuat supaya tidak terkeluar satu suara pun. Tetapi seribu kali sayang, ibu kandungnya muncul di hadapannya dengan tidak semena-mena.
Puan Kamelia menunjukkan wajah sinisnya. Nampaknya malam ini dapatlah dia melihat Puteri Dayang dirotan suaminya. Tidak sabar dia mahu Puteri Senandung dimarahi suaminya. Dia berdiri di tepi dinding dan memanggil suaminya dari tingkat atas.
“Abang oh abang. Tengok apa yang Dayang dah buat ni! Habis kotor baju dia.”
Puteri Dayang mengangkat wajah. Riaknya bertukar cemas. Apa yang ditakuti tadi telah pun berlaku. Kakinya jadi mengeletar dengan tiba-tiba.
Ibu memang kejam! Katanya dalam hati.
“Lepas ni habislah kau, dayang senandung!” cemik Puan Kamelia. Senang hatinya dapat mengelarkan anaknya sebegitu. Dari lahir lagi dia gelarkan anaknya Dayang senandung. Sudahlah hitam legam. Muka ada panau sana sini. Tetapi gelaran itu hanya terluah ketika dia berada di depan Puteri Dayang sahaja. Kalau sebut gelaran itu di depan suaminya, pasti suaminya mengamuk sakan. Dia tahu suaminya sayangkan Puteri Dayang. Terlalu sayang sehingga dia dipinggirkan. Sebab itulah dia bencikan anaknya.
“Abang, cepatlah turun. Apa yang abang buat kat atas tu? Lamanya…”
“Yang awak terjerit-jerit macam orang gila ni kenapa? Tak boleh cakap baik-baik ke?” celah Encik Malik setelah turun dari tangga. Dia tidak suka orang menjerit. Itu kepantangannya.
Puan Kamelia terdiam. Malu kerana dikritik di depan anak yang dibenci.
Puteri Dayang yang berdiri tidak jauh dari mereka kembali menundukkan muka. Bibirnya diketap kuat tanda dia takut dengan apa yang bakal berlaku selepas ini.
“Puteri ke mana tadi?” Encik Malik menghampiri anaknya yang langsung tidak memandang wajahnya.
Encik Malik tidak suka memanggil anaknya, Dayang. Dia lebih suka memanggil anaknya Puteri kerana itulah satu-satunya puteri dalam hidupnya selepas isterinya.
“Puteri, ayah tanya ni…” Encik Malik membuat suara tegas. Dia tahu anaknya mesti takut jika dia bersuara seperti itu.
“Puteri…Puteri…” Kerana terlampau takut, Puteri Dayang menitiskan airmata. Puan Kamelia di belakang Encik Malik menunjukkan muka cebiknya. Suka melihat Puteri Dayang menangis.
“Puteri pergi taman lepas balik sekolah agama tadi. Puteri mintak maaf sebab tak beritahu ayah Puteri pergi sana.”
“Ayah kan dah beritahu sebelum ni jangan main taman lepas balik sekolah. Tengok, dah kotor baju anak ayah ni kena lumpur. Nasib baik ayah beli banyak baju sekolah.”
“Puteri mintak maaf sekali lagi ayah. Puteri janji lepas ni Puteri tak buat lagi.” bersungguh-sungguh dia memberitahu agar ayah yakin pada kata-katanya.
Encik Malik menarik nafas. Bahu anaknya disentuh lembut. “Dah, pergi naik atas mandi. Ayah tahu malam nanti Puteri mesti mengaji dengan ayah lepas solat isyak. No more objection. Understand?”
Puteri Dayang memberanikan diri memandang Encik Malik. Sungguh, dia bersyukur sangat memiliki seorang ayah seperti ini. Walaupun seorang yang tegas namun kasih sayang terhadap seorang anak tidak berbelah bagi.
Tidak seperti ibunya yang suka mengkritik dan menghina dirinya yang tidak seberapa ini. Dari dia lahir lagi ibunya tidak suka terlalu rapat dengannya. Paling dia kecewa, ibunya dengan cerita rakyat Dayang Senandung yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Pantas Puteri Dayang mengangguk. “Terima kasih, ayah. Malam nanti Puteri janji Puteri akan mengaji dengan ayah. Love you!” Kejap dia memegang tangan ayahnya. Encik Malik hanya mempamerkan sebaris senyuman.
Puan Kamelia merengus. Tidak puas hati dengan apa dilihatnya. Pada firasatnya, Puteri Dayang akan dimarahi dengan teruk dengan suaminya. Tapi nampaknya tidak terjadi. Betul-betul buatkan dia sakit hati!
Puteri Dayang naik ke atas selepas perbualannya bersama ayah tercinta tamat disitu. Sempat dia berpaling ke arah Puan Kamelia yang berwajah cemberut. Senyuman sinis dihadiahkan pada ibunya tanda dia gembira ayah tidak memarahinya.
“Kamy, apa kamu tercegat kat situ lagi? Mari ikut abang sembahyang maghrib.”
Terpinga-pinga Puan Kamelia dengan arahan suaminya. Akhirnya dia akur. Suruhan suami perlu dituruti. Langkah suaminya diikut dari belakang.


3 ulasan:

Unknown berkata...

best 3x.

Unknown berkata...

Tqvm baby mio...
Teruskan membaca ya!!

Tanpa Nama berkata...

rindunya cerita nk bc citer akk... tunggu kat fb x nmpk huhu... fikir akk dah x buat story... btw besttt 😊😊😊 all the best (Y)

_Ain Mat Salleh