Khamis, 5 Februari 2015

BAB 28 (Tajuk?Biarlah Rahsia) FULL ENTRY



Dhia duduk berteleku berbaring di atas katil tanpa sedikit pun memandang Raymi Zikri yang sedang membetulkan sampin di hadapan cermin. Cincin di tangan kanannya dipandang sayu. Cincin inilah yang membawanya ke alam bahagia. Cincin ini jugalah tanda dia sudah menjadi isteri kepada Raymi Zikri.
Meskipun baju pengantinnya kali ini tidak seindah baju pengantinnya ketika berkahwin dengan Imran dahulu, tidak mematahkan semangatnya untuk berdampingan bersama Raymi Zikri di atas pelamin sebentar lagi.
“Sayang…diam aje. Senyumlah sikit.” ucap Raymi Zikri setelah siap membetulkan sampin. Dia berjalan menghampiri Dhia lalu mencium dahi isterinya.
Dhia mengeluh sedikit sebelum dia mengangkat wajah dan tersenyum nipis kearah suami tercinta.
“Segak suami Dhia ni. Macam pahlawan melayu dulu-dulu.” pujinya.
“Mestilah. Sayang pulak walaupun tengah baring tetap cantik macam bidadari.” Raymi Zikri mencuit manja dagu Dhia. Jika Dhia memujinya, apa salahnya dia memuji isterinya balik?
Dhia tersenyum hambar.  Alhamdulilah, Raymi Zikri masih memujinya cantik. Begitu pun, hatinya masih libang-libung dengan kenyataan doktor semalam sebelum suaminya pulang menjenguknya ke hospital.
“Abang, boleh Dhia tahu apa impian abang lepas kita kahwin?” tanya Dhia teragak-agak. Doanya dalam hati janganlah Raymi Zikri menjawab anak dalam pertanyaannya ini. Tangannya mencuit dagu suaminya.
Raymi Zikri tersenyum simpul. Impian? Memang dia ada banyak impian selepas berkahwin dengan Dhia. Sebelum berkahwin dia tidak pernah terfikir apa-apa impian pun. Bila lepas kahwin baru dia terfikir impian yang dia perlu kecapi bersama Dhia.
“Abang ada banyak impian lepas kahwin dengan sayang. Tapi semua impian itu biarlah abang simpan dalam hati. Abang takut tak jadi.” Katanya dengan muka masam. Benar, dia ada banyak impian yang perlu dia lunaskan bersama Dhia tetapi cukuplah sekadar dia dan Allah sahaja yang tahu.
“Ala abang ni, cakap ajelah. Satu pun tak apa. Dhia tak kisah. Janji Dhia tahu apa impian abang.” Dhia jawab takut-takut bersama debaran yang mengunung tinggi.
“Kejap ya. Abang nak ambik sesuatu dalam bagasi abang. Lupa pulak nak bukak lepas dukung sayang balik semalam.” Raymi Zikri menepuk dahi. Lupa pula dia hadiah untuk isteri tercinta. Memang banyak hadiah yang dia beli dari Dubai selepas dia berjumpa nenek di hotel.
“Abang bawak apa?” Mahu bangkit dari pembaringan, Dhia tidak mampu.
Raymi Zikri menghampiri isterinya semula. Sebuah kotak besar berbentuk empat segi berwarna hitam dibuka. Dua pakaian kecil yang comel dan satu jubah labuh berwarna maroon dipamerkan kepada Dhia.
“Cantik kan semua baju yang abang beli ni? Abang belikan khas untuk Dhia. Bila abang ternampak jubah ni, abang pantas teringatkan impian utama abang.”
“Cantik memang cantik. Terima kasih, abang tapi apa kaitan jubah dengan baju kecil ni dalam impian abang?” Dhia bertanya walaupun dia sudah tahu apa yang Raymi Zikri mahu katakan padanya selepas ini.
“Baju kecil ni untuk anak kita dan jubah labuh ini abang nak sayang pakai bila sayang mengandung nanti. Tak sabarnya abang nak ada anak dengan sayang. Harap-harap malam pertama yang abang ‘buat’ pada sayang hari tu akan berhasil dalam beberapa bulan lagi. Kalau sayang nak tahu, itu impian abang paling utama selepas kahwin dengan sayang dan abang harap sayang akan laksanakan impian abang tu secepat yang mungkin.”
Merah padam wajah Dhia mendengarnya. Masya Allah, apa yang ditakuti sudah terluah di bibir Raymi Zikri. Dhia jadi gundah-gulana. Rambut Raymi Zikri diusap lembut.
“Abang, maafkan Dhia sebab tak dapat tunaikan hasrat abang. Doktor sahkan Dhia tak boleh mengandung…lepas ni.” tergagap-gagap Dhia berkata.
Raymi Zikri terpana. Pantas dia berdiri tegak. Mukanya berubah menjadi merah padam. “Tak err…boleh mengandung? Sayang jangan bergurau dengan abang. Pasal anak ni tak boleh dibuat main. Abang tak suka.”
“Dhia cakap betul bang. Ini kenyataan bukan gurauan.” Dhia mengambil tangan kanan Raymi Zikri yang berdiri tegak disebelahnya lalu digenggam erat.
Raymi Zikri mengelengkan kepalanya berapa kali. Tangan kanan yang dipegang isterinya ditarik kasar lalu dia terduduk di atas jubin bilik.
Tergamam Dhia disitu. “Abang, Dhia tak ada niat nak sakitkan hati abang tapi…”
Stop it!”
“Bukan Dhia sengaja, bang.” terketar-ketar Dhia berkata. Takutnya dia saat ini melihat raut wajah Raymi Zikri yang berubah garang.
I say stop it!”jerkah Raymi Zikri sekuat hati.
Dhia tersentak. Luluh hatinya mendengar jerkahan pertama daripada suaminya. Salahkah dia berterus-terang keadaan yang sebenar? Dia tidak mahu Raymi Zikri terus berimpian memiliki anak dengan cepat selepas ini.
I’ll make a move, now.”
“Abang…” meleret-leret suara Dhia. Tanpa sedar, air matanya mengalir laju.
Raymi Zikri buat-buat tidak dengar. Dia melangkah keluar dengan perasaan kecewa. Baru mengimpikan anak bersama Dhia dalam masa terdekat ini, Dhia sudah mengatakan dia tidak boleh mengandung selepas ini. Hancur impiannya. Hancur harapannya.
Buat mood aku hancur aje! dengus Raymi Zikri selepas pintu dihempas dengan kuat. Dia merenung pintu dengan cebikan di bibir.
Puan Khadijah yang sedang mengarahkan pekerja untuk meletakkan bunga mawar di tepi tangga terkejut apabila mendengar hempasan dari bilik atas. Segera dia naik ke atas dan melihat apa yang berlaku.
Hurm…Ray rupanya yang hempas pintu tu. Puan Khadijah mengelengkan kepala. Dia melangkah menghampiri Raymi Zikri yang sedang bersandar di tepi dinding, berhadapan dengan bilik. Nampak cucunya itu sedang menghadapi masalah. Tapi masalah apa? Rasanya setakat ini cucunya itu tidak mengalami masalah yang berat.
“Cucu nenek. Awat ni?” Puan Khadijah menepuk bahu Raymi Zikri sehingga terangkat bahunya kerana terkejut.
Raymi Zikri berpaling ke kiri. Riak wajahnya kembali kepada asal. Dengan nenek dia tidak boleh bermasam muka nanti banyak soalan pulak yang ditanya.
Selepas kejadian di hotel kelmarin, Puan Khadijah telah banyak berubah terutama dari segi sikap. Sikap neneknya telah berubah seratus peratus daripada asal. Makin garang dan makin pemarah! Entah mengapa dia agak takut dengan sikap nenek ini. Mungkinkah perubahan sikap itu ada kaitan dengan Abang Raz? Mungkin kot.
“Tak ada apa-apalah, nek. Ray tengah gementar aje. Biasalah kali pertama naik pelamin.”
“Betul ni?” Puan Khadijah angkat kening. Jawapan Raymi Zikri tidak memuaskan hatinya. Pasti ada sesuatu yang berlaku ni. desisnya dalam hati.
“Betul ni?” Sekali lagi Puan Khadijah bertanya.
Raymi Zikri membetulkan baju melayunya. “Betul. Nothing to worry ya, nek.”
“Nenek dengar pintu terhempas tadi. Kamu gaduh dengan Dhia ke?”
“Tak ada, nek. Nenek ni suka fikir yang bukan-bukan. Dahlah, Ray nak masuk bilik dulu.”
“Masuklah. Nenek nak tengok jugak kamu masuk dalam bilik.” ujarnya sinis. Dia pasti ada sesuatu yang berlaku diantara Raymi Zikri dan Dhia. Jika tidak, hempasan pintu itu takkan berlaku pada majlis perkahwinan hari ini.
Raymi Zikri berdebar-debar. Ya Allah, nenek ni menakutkanlah! jeritnya dalam hati. Dia teragak-agak mendekati pintu biliknya. Tombol pintu dipegang dengan rasa gementar.
“Nenek turunlah dulu, nanti Ray masuk.” Dalam tidak sedar, dia terlepas kata yang memungkinkan nenek memikir yang bukan-bukan terhadap hubungan dia dan Dhia sekarang ini.
“Aik, bilik kamu kan? Buat apa nak suruh nenek turun bawah baru kamu masuk? Kamu gaduh dengan Dhia ya?” sekali lagi ayat sinis diucapkan kepada cucunya.
Aduh, Ray. Tengok! Apa yang kau cakap tadi nenek dah perasaan kau ada masalah dengan Dhia. satu suara berbisik di telinganya.
“Ray masuk dululah nek.” Raymi Zikri mengetap bibir. Baru aje keluar, dah kena masuk balik. Ray, Ray. Kepalanya digelengkan. Tanpa menunggu lagi, terus dia masuk semula ke bilik. Muram sahaja wajahnya.
Puan Khadijah mencebik. Tahu sangat Raymi Zikri ada sembunyikan sesuatu daripadanya. Tengok riak wajah pun dia dah tahu. Dia berpatah balik semula turun ke bawah. Sempat juga dia berpaling semula ke belakang melihat samada cucunya sudah masuk ke bilik ataupun belum.
Apabila melihat kelibat Raymi Zikri masuk ke bilik, Puan Khadijah segera turun ke bawah membantu apa-apa yang patut.
Di dalam bilik, Raymi Zikri bersandar di belakang pintu. Dhia yang baru sahaja berhenti menangis terkejut bukan kepalang apabila suaminya masuk ke bilik mereka semula.
“Abang…Dhia tak sangka kata-kata Dhia akan membuatkan abang marah sampai begini sekali. Dhia mintak…”
Keep your mouth shut!” Raymi Zikri menengking Dhia. Dia berjalan laju kemudian masuk ke bilik air dan menghempas pintu.
“Abang, jangan buat Dhia begini…” Dhia meraung keseorangan disitu.



4 ulasan:

Unknown berkata...

Kesiannya Dhia...yg Ray tu tiba2 nk marah kenapa? Langsung x bg dhia chance trgkn...
Geram plk ati nihhh..aishhhhh..bkn dhia nk kan????

Unknown berkata...

yay! dhia gado dgn ray..

Unknown berkata...

yay! dhia gado dgn ray..

Eijan berkata...

ada cara lain utk dpt anak tu…teknologi dah ada IUI dan IVF lagipun salur fallopian Dhia tu 1 aje yg dah luka/putus kot…sebelah lagi masih ada….