Dhia
menyentuh cadar katil disebelah tempat tidurnya. Sepatutnya Raymi Zikri sudah
pulang ke rumah saat ini namun kelibat suaminya masih tidak muncul-muncul di
dalam bilik mereka sebaik sahaja majlis perkahwinan mereka selesai petang tadi.
Ingatkan selepas majlis perkahwinan
selesai, Raymi Zikri akan membawanya naik ke bilik semula namun jangkaannya
meleset. Ibunya yang membawa dia ke sini dengan kerusi roda. Sungguh kecewa
dirinya dengan sikap suaminya itu.
Mujur ibu tidak perasan apa yang berlaku diantara
mereka, jika tidak riuh mulut ibu membebel kepadanya.
“Abang, janganlah buat Dhia begini.
Baliklah. Dhia mintak maaf…Dhia janji Dhia tak buat abang kecewa lagi.”rintih
Dhia keseorangan bersama tangisan yang berlagu pilu. Ikutkan kali ini, sudah tiga
kali dia menangis hari ini kerana suaminya.
“Ehem, ehem.”
Raymi Zikri berdehem selepas pintu bilik
dibuka. Jauh di lubuk hatinya, dia malas untuk masuk ke sini sebenarnya. Dia
malas untuk bertentang mata dengan Dhia setelah apa yang dilakukan isterinya
itu petang tadi.
Dhia tergamam. Abang! Hati kecilnya
menjerit. Gembira suaminya sudi kembali ke bilik mereka.
“Abang dah balik?”
“Tak nampak ke abang dah balik ni?”
Dhia terpempan. Lain yang dicakap, lain
yang keluar dari mulut suaminya.
Raymi Zikri bergerak menuju ke almari
miliknya. Dibuka almari tersebut lalu dikeluarkan baju tidur miliknya.
“Boleh Dhia tahu abang pergi mana tadi?”
Senyap. Tiada jawapan yang keluar dari
mulut suaminya. Dhia mengeluh. Apa nak jadi dengan hubungan mereka ini. Ini
baru berapa hari mereka kahwin dah jadi begini. Belum lagi sepuluh tahun.
“Abang…tak boleh ke maafkan Dhia? Dhia
akui Dhia silap ajak Sally ke majlis kita tapi Dhia rasa abang tak patut buat
begini pada Dhia. Dhia tak rasa masalah itu terlalu besar buat kita. Abang aje
yang membuatkan masalah itu menjadi berat.”luah Dhia.
Raymi Zikri mencampak baju tidurnya ke
atas jubin dengan kasar. Darahnya tiba-tiba naik mencanak. “Sayang kata
senanglah. Yang sakitnya hati abang! Abang kecewa tau
“Abang terlalu sensitif.” sinis suaranya.
“Ya, aku memang lelaki yang sensitif. So what?!”
Dhia mencemik. Jika tadi dia menantikan
suaminya dengan penuh harapan yang tinggi entah kenapa kata-kata suaminya
membuatkan dia jadi bosan dengan sikap lelaki itu.
Raymi Zikri meneruskan langkah masuk ke bilik air apabila melihat tiada jawapan daripada isterinya.
Raymi Zikri meneruskan langkah masuk ke bilik air apabila melihat tiada jawapan daripada isterinya.
“Aku tak mampu lagi nak duduk sini. Aku
tak boleh nak hadapi semua ini lagi.” katanya sendiri selepas Raymi Zikri masuk
ke bilik air. Dhia nekad. Selepas ini apa yang suaminya akan katakan padanya
nanti dia tidak akan ambil peduli lagi. Harapannya hanya satu sahaja malam ini.
Keluar dari rumah ini dan jangan balik-balik lagi ke sini! Cukuplah dia menjadi
isteri yang terlalu mengharapkan kemaafan daripada seorang suami seperti Raymi
Zikri.
Cukuplah sekali!
Dhia sudah memikirkan apa yang dia akan
lakukan sebaik sahaja suaminya tidur. Beg kecil yang sudah lama diperam dalam
almari akan digunakan untuk meletakkan sebahagian pakaiannya.
Memang dia tidak sabar untuk keluar dari
rumah ini!
Dhia meluruskan tubuhnya. Selimut yang membaluti tubuhnya sejak tadi dibetulkan sebelum matanya dibuat-buat pejam. Malam ini dia perlu kuatkan diri bangkit dari pembaringan dan senyap-senyap keluar dari bilik ini dan rumah mewah ini!
Dhia meluruskan tubuhnya. Selimut yang membaluti tubuhnya sejak tadi dibetulkan sebelum matanya dibuat-buat pejam. Malam ini dia perlu kuatkan diri bangkit dari pembaringan dan senyap-senyap keluar dari bilik ini dan rumah mewah ini!
Raymi Zikri keluar dari bilik air selepas
lengkap berbaju tidur. Langkahnya terhenti di depan bilik air apabila melihat Dhia
yang sudah memejamkan mata.
“Tadi dah tidur sekarang ni pun nak tidur
lagi. Awal betul ya sayang nak tidur.”
Dhia tahan sedih dalam hati. Sayu betul dia dengar suaminya panggil sayang. Kalau sayang kenapa tak boleh memaafkan Dhia?keluhnya dalam diam.
Dhia tahan sedih dalam hati. Sayu betul dia dengar suaminya panggil sayang. Kalau sayang kenapa tak boleh memaafkan Dhia?keluhnya dalam diam.
“Buat-buat tak dengar atau sengaja tak
nak dengar? Abang tau sayang tak tidur lagi.” Bisik di telinga Dhia. Dia
perasan mata Dhia bergerak-gerak ke kiri dan kanan. Tahu sangat yang Dhia tidak
tidur lagi.
Berdebar-debar Dhia waktu itu namun dia
tahan. Sakit hatinya pada suaminya tidak dapat dibendung lagi. Dia harus kuat
menghadapi semua ini!
Sebaik punggung Raymi Zikri berlabuh di
atas katil, dia duduk bersila sambil membetulkan rambutnya. Sempat lagi
mengerling Dhia tajam dengan mulutnya dicebikan.
“Abang kecewa dengan kenyataan sayang dan
abang nak sayang tahu mungkin abang akan kembali berhubungan dengan Sally
semula. Abang nak tidur dulu. Good night!”
Raymi Zikri sengaja menyakitkan hati Dhia dengan berkata begitu walaupun
sebenarnya tidak. Nak bersama Salina semula? Jangan harap aku akan kembali pada
dia!
Dia baring mengiring ke kanan. Malam ini
dia malas mahu mengadap wajah Dhia. Selama mereka berkahwin ini dia sering
tidur mengadap muka Dhia tanpa rasa bosan. Entah mengapa malam ini dia tidak
suka melihat wajah itu.
Bibir Dhia menggeletar perlahan. Nak
jalinkan hubungan bersama Salina? Dia menghembus nafas perlahan. Perasaan
kecewa pada Raymi Zikri makin menjadi-jadi.
Tunggu ya bang. Sekejap aje lagi Dhia
akan keluar dari rumah ini. Sekejap aje lagi. kata hatinya. berkobar-kobar pula
rasanya nak angkat kaki dan keluar dari rumah ini.
Tidak lama selepas itu, bunyi dengkuran halus suaminya mula kedengaran. Matanya yang lama terpejam dibuka. Tegak matanya merenung kipas siling yang berputar. Dia berpaling sekilas ke belah kanan. Nyenyak betul Raymi Zikri tidur. Baguslah. Lagi nyenyak suaminya tidur lagi senang dia keluar dari sini.
Tidak lama selepas itu, bunyi dengkuran halus suaminya mula kedengaran. Matanya yang lama terpejam dibuka. Tegak matanya merenung kipas siling yang berputar. Dia berpaling sekilas ke belah kanan. Nyenyak betul Raymi Zikri tidur. Baguslah. Lagi nyenyak suaminya tidur lagi senang dia keluar dari sini.
Dhia turun dari katil. Kakinya dijungkitkan
sedikit agar tidak memberi sebarang bunyi di atas jubin.
“Perut...bertahan ya. Jangan berikan kesakitan
pada diriku waktu ini. Aku perlu keluar dari sini.”ujarnya sendirian. Beg kecil
di dalam almarinya terus dibuka dan diambil beberapa helai baju dan seluar.
Tidak terkecuali kain pelikat milik suaminya diambil bagi memudahkan dia tidur
dengan selesa selepas dia keluar dari sini.
“Abang, Dhia tak boleh berlama disini.
Terlalu lama disini Dhia makin kecewa dengan sikap abang.” Katanya dengan nada
sebak.
“Nampaknya kebahagiaanku bukan disini.
Kebahagiaanku di luar rumah ini. Selamat tinggal duka, selamat tinggal kecewa
dan selamat tinggal abang sayang..."
Tiada langsung riak kecewa terpancar di
wajah Dhia. Yang terpancar di wajahnya hanyalah riak kosong.
Lama dia merenung tubuh suaminya yang
sedang lena dibuai mimpi sebelum dia mengangkat kaki meninggalkan bilik ini
tanpa berpaling sedikit pun ke belakang.
“Abang, Dhia nak pergi. Mungkin Dhia takkan kembali ke sini lagi.
Abang jalanilah kehidupan tanpa Dhia selepas ini. Selamat tinggal.”ucap Dhia
penuh emosi. Digenggam bagasi kecilnya bersama tas tangannya.
“Kau pergilah. Tak ada siapa pun akan
halang kau. Pergilah. Tak tengok muka kau senang hati aku lepas ni.”cemuh Raymi
Zikri. Sudah bertukar panggilan sayang yang selalu meniti dibibirnya
Meruntun hati Dhia mendengarnya. “Kalau
Dhia nak mati, abang takkan halang Dhia kan? Dhia rasa nak mati esok. Senang.
Tak payah lihat muka abang. Tak payah tengok muka nenek, mak, abang Raz dan
siapa-siapa yang Dhia kenali selama Dhia hidup ni.”
Raymi Zikri terdiam. Apa kena dengan
isteri dia ni? Tiba-tiba cakap pasal mati. Kalau nak keluar dari rumah ini, dia
boleh terima lagi. Bab mati dia memang tidak boleh terima! Dalam
marah-marahnya, dia masih cinta dan sayangkan isterinya.
“Kau jangan cakap yang bukan-bukan boleh
tak?!” Raymi Zikri buat-buat marah.
“Dhia serius ni, bang. Dhia lagi suka
mati kalau abang tak dapat maafkan Dhia.”
“Dhia!!”
Raymi Zikri pantas membuka mata dan
bingkas bangun. Ya Allah, dia bermimpi rupanya! Dia berpaling ke tepi. Tubuh
Dhia tiada disitu. Terkebil-kebil matanya memandang cadar yang sepi tanpa tubuh
Dhia.
Ke mana pula isterinya pergi? Raymi Zikri
mula rasa cemas yang teramat sangat. Dia bangun menuju ke bilik air. Isterinya
tak ada!
“Astagfirullahalazim, sayang!!” Raymi
Zikri duduk di hujung katil dengan perasaan berbaur kesal. Rasa bersalah dalam
diri makin menebal. Dia meraup rambutnya berkali-kali. Mungkinkah Dhia
meninggalkannya kerana sikapnya?
Ini tak boleh jadi. Aku mesti mintak maaf
pada dia balik. Mesti! tekadnya.
“Hesy, bodohnya aku. Kenapalah aku masih
duduk atas katil ni.”dengusnya. Segera dia berlari anak keluar mencari
isterinya. Waktu sudah tengah malam. Mintak-mintaklah Dhia masih tidak jauh
dari rumah nenek. Jika tidak mesti dia menyesal seumur hidup!
Sewaktu dia sampai di luar
pagar rumah nenek,
matanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Cemas jangan cakaplah. Lagi cemas
perasaannya berbanding di dalam bilik tadi.
“Jamil, awak cari kat sana, saya cari kat
situ.”tunjuknya dengan terburu-buru.
Mujur Jamil membantunya mencari Dhia jika
tidak terhenti nafasnya mencari Dhia sendirian. Sudahlah kawasan tempat tinggal
Dhia agak luas. Manalah mampu dia mencari sorang-sorang.
“Baik, Tuan.” Jamil angguk. Dia bergegas
meninggalkan Raymi Zikri dan memulakan pencarian. Sebagai pekerja di rumah
mewah ini, dia turut merasa gelisah dengan kehilangan tidak terduga salah
seorang majikannya.
“Sayang! Jangan jauh dari abang. Baliklah
sayang. Baliklah!”jerit Raymi Zikri kuat setelah dia keseorangan disitu. Tiada
orang di depan rumah nenek jadi tidak salah rasanya dia menjerit sekuat hati.
Dhia tersentak apabila mendengar jeritan
Raymi Zikri yang bertalu-talu itu. Baru hendak keluar dari pintu pagar rumah,
suaminya terlebih dahulu mencarinya di luar rumah! Apa yang harus dia buat?
Dhia memeluk erat beg kecilnya. Dengan kudrat yang tidak kuat, Dhia cuba juga
untuk keluar dari rumah mewah ini sedaya yang mungkin. Asalkan Raymi Zikri
tidak berjaya menjumpainya.
“Abang, Dhia mintak maaf kalau Dhia tak
menyahut panggilan abang. Dhia takkan kembali pada abang buat masa ini. Dhia
perlu tenangkan diri. Insyallah kita akan jumpa nanti.”katanya sendiri.
Dhia bergerak meninggalkan kawasan yang
makin gelap itu. Bunyi anjing menyalak menakutkannya. Tapi dia tidak boleh
berpatah balik, dia harus berani melawan ketakutannya pada bunyi-bunyi
sebegitu.
Ya, Dhia harus kuat.
Keberaniannya tidak bertahan lama. Sebuah
motorsikal berkuasa tinggi yang berada dihadapannya direnung tidak berkelip.
Dhia jadi terkedu tidak terkata.
“Inilah masanya untuk aku membalas dendam
pada kau Dhia. Joe, move it!”suara
seorang gadis di belakang tubuh lelaki yang menunggang motosikal menyentakkan
hatinya.
Salina? Ya Allah, apa semua ini? Dhia
jadi tidak tentu arah.
Bunyi ngauman motor dihadapannya
menakutkan Dhia. Adakah ini petanda akhir dia di dunia ini?
Dhia memejamkan mata. Pasrah dengan apa
yang berlaku dengan dirinya kini. Motor semakin menghampiri dan dia semakin
lemah.
“Selamat tinggal abang…”
“Sayang jangan tinggalkan abang!!”
Kuat jeritan Raymi Zikri apabila dia
melihat Dhia berada dihadapannya. Paling dia terkejut melihat sebuah motorsikal
berkuasa tinggi meluncur laju dihadapan isterinya. Cepat-cepat dia berlari
mendapatkan Dhia namun malangnya motorsikal tersebut melanggar dirinya.
Terpelanting tubuhnya disitu.
Dhia membuka luas matanya. Abang?
“Joe, tinggalkan kawasan ni cepat.
Cepat!”arah Salina dengan nada kelam-kabut apabila mendapati sasarannya tidak
mengena. Joe bertindak meninggalkan kawasan itu setelah mendapat arahan daripada
Salina.
Dhia disitu terkaku. Longlai lututnya
apabila melihat keadaan Raymi Zikri yang bergelumang dengan darah di wajah dan
tengkuknya.
“Abang!!!!”