Jumaat, 9 Mei 2014

BAB 6 Tetap Setia


Marina menangis tersedu-sedan di dalam keretanya setelah dia meninggalkan Zaim Irsyad yang terpinga-pinga dengan perbuatanya. Sengaja dia meninggalkan kekasihnya itu. Dia mahu melihat samada lelaki itu sanggup atau tidak mengejarnya.
Ternyata Zaim Irsyad tidak mengejarnya. Dia benar-benar kecewa.
“ Marina sayang Zaim. Kenapa Zaim tolak lamaran Marina?” jeritannya menghiasi seluruh kereta Myvinya tetapi itu tidak lama apabila seseorang mengetuk cermin tingkapnya dari luar.
Marina terkejut besar. Zaim Irsyad? Cepat-cepat dia mengelap airmatanya yang dirasakan deras mengalir itu lalu cermin tingkap diturunkan perlahan-lahan.
“ Awak Zaim? Apa awak buat kat sini?” terketar-ketar sahaja suaranya bertanya.
“ Awak tanya saya buat apa kat sini? Saya cari awaklah, Marina. Kenapa tiba-tiba awak lari tinggalkan saya tadi? Dah tak sayangkan saya lagi ke?”
Marina pantas mengelengkan kepala. “ Bukan-bukan. Saya…err… Saya…”Entah mengapa dia rasa tergagap-gagap pula apabila Zaim Irsyad merenungnya tanpa berkelip. Hatinya rasa berdebar tidak menentu.
“ Dah, dah. Awak keluar sekarang. Saya nak cakap sesuatu dengan awak.” Tegas suara Zaim Irsyad ketika ini. Dia tidak mahu berlama-lama disini. Ayat yang sudah lama mahu diungkapkan kepada Marina tidak boleh disimpan-simpan lagi. Ikutkan hati, saat ini juga dia mahu melamar Marina namun dia perlu bersabar. Kalau terlalu cepat sangat nanti tak ada feel pula nanti.
Marina membuka pintu keretanya dan melangkah keluar dari situ setelah cemin tingkapnya ditutup semula. Dia keluar dengan perasaan yang berdebar-debar. Bermacam-macam yang terlintas di benak fikirannya sekarang. Dia berharap sangat Zaim Irsyad akan berfikir semula tentang lamarannya tadi.
“ Awak nak apa sebenarnya?” mendatar sahaja soalannya.
Zaim Irsyad merengus. “ Awak tanya saya nak apa? Saya nak awaklah!”
“ Kalau awak nak saya kenapa awak tolak lamaran saya? Saya cintakan awak sepenuh hati tapi bila saya melamar awak sebagai suami saya terus awak tolak! Awak sebenarnya cintakan saya tau tidak?”suaranya sedikit tinggi. Terkedu Zaim Irsyad dibuatnya.
“ Saya benar-benar cintakan awak, Marina dan saya betul-betul nak jadikan awak sebagai isteri saya. Kita kahwin ya sayang?” Suara Zaim Irsyad bertukar romantik. Masa inilah yang dirasakan sesuai untuk melamar Marina.
Jantung Marina berdegup laju. Sayang? Perkataan itu menyentakkan sanubarinya. Sudah lama dia kepingin untuk mendengar perkataan itu dari mulut Zaim Irsyad. Tidak sangka lelaki itu berjaya mengucapkan di hadapannya. Dia terharu. Namun untuk dia menerima lamaran lelaki itu, dia harus berfikir dua kali.
Mama dan papanya, Puan Karina dan Encik Khaleed sudah bercadang untuk membuat majlis pertunangan diantara dia dan Muhd Zafril, lelaki yang dibencinya. Habis, apa yang perlu dia lakukan untuk mengagalkan rancangan mama dan papanya?
“ Awak sanggup berubah demi saya? Awak sanggup lakukan apa sahaja untuk saya asalkan saya jadi isteri awak?” Marina berdiri dan merenung tajam anak mata Zaim Irsyad.
Zaim Irsyad tersenyum. “ Why not? Saya yang nak kahwin dengan awak. Semestinya saya akan berubah demi awak.”
“ Awak sanggup jumpa mama dan papa saya selepas ini?”
“ Untuk awak, semuanya saya sanggup. Asalkan saya dapat kahwin dengan awak.”
Marina tersenyum. Nampaknya Zaim Irsyad bersetuju untuk berjumpa mama dan papanya. Bertambah semangat dirinya untuk memiliki lelaki ini. “ Baiklah. Kalau macam tu…” Topi yang berada di kepala Zaim Irsyad ditanggalkan.
Zaim Irsyad terkedu tidak terkata. Rambutnya yang disembunyikan melalui topi lusuhnya dibiarkan lepas. “Apa yang awak cuba, Marina? Apa kaitan topi saya dan lamaran awak?” soalnya bertubi-tubi.
“  Sebelum saya bawa awak jumpa mama dan papa saya, tolong ubah penampilan awak kepada yang lebih maskulin dan bergaya. Saya tak mahu mama dan papa memandang rendah terhadap awak. Boleh awak lakukan untuk saya?” Lembut sahaja suara Marina berkata.
“ Penampilan saya selama ini tak elok ke? Saya rasa elok aje.” Zaim Irsyad menilik pakaian yang tersarung ditubuhnya.
“ Itu pendapat awak, sayang. Bagi keluarga saya, penampilan paling penting untuk tidak dipandang rendah oleh masyarakat luar.” Zaim Irsyad terdiam. Nampaknya Marina beria-ria benar mahu dia merubah dirinya.
“ Apa yang perlu saya pakai bila datang rumah awak nanti? Kat rumah saya ada baju melayu aje.”
“ Itu awak jangan risau. Pasal pakaian ni saya tahu apa yang sesuai untuk awak.” Marina sudah tersenyum-senyum. Zaim Irsyad mengerutkan dahi. Baju apa yang dia nak bagi aku pakai ni? Takkan dia nak bagi aku pakai kot? Bisiknya dalam hati.
“ Sekarang ni saya nak pergi satu tempat dan awak mesti ikut saya sekali.” Makin melebar senyuman Marina. Tidak sabar rasanya mahu merubah penampilan Zaim Irsyad.
“ Pergi mana?”
“ Adalah.” Marina mengenyit manja matanya kearah Zaim Irsyad.
“ Tapi saya pinjam motor Farhan. Saya dah cakap dengan dia saya nak pinjam motor dia dalam masa sejam sahaja. Saya rasa saya tak dapat ikut awak kot. Mungkin lain kali saya jumpa mama dan papa awak.”
“ Mana boleh macam tu! Awak dah kata awak sanggup buat apa sahaja untuk saya, mana boleh tukar ke hari lain? Tak naklah! Saya nak tukar penampilan awak hari ni jugak! Awak pulangkan aje motor tu kat Farhan. Awak naik kereta saya.”
“ Bersungguh-sungguh betul awak nak kahwin dengan saya. Awak yakin saya mampu tambat hati mama dan papa awak? Saya bukannya macam Zafril tu. Dia lagi kacak dan tampan daripada saya.” Zaim Irsyad akui Muhd Zafril lebih berketerampilan berbanding dirinya yang serba sederhana ini. Melihat Muhd Zafril berpakaian T-shirt jenama Raplh Lauren sebentar tadi dia dapat merasakan yang lelaki itu berasal dari keluarga yang senang seperti Marina. Dia apa yang ada? Cuma motor Modenas kepunyaan bapanya sahaja.
“ Kacak dan bergaya bukan ukurannya, Zaim. Saya yakin mama dan papa saya pasti bersetuju punya. Percayalah cakap saya.” Yakin benar kata-kata Marina. Tersentuh hati Zaim Irsyad mendengarnya.
“Saya hantar motor ni dulu kat Farhan. Nanti lambat karang tak sempat pulak nak tukar penampilan saya ni.” seloroh Zaim Irsyad. Tiba-tiba dia menjadi semangat untuk menukar penampilannya.
Harap-harap mama dan papa Marina akan bersetuju untuk menerimanya sebagai ahli keluarga baru mereka. Doanya dalam hati.
Marina masuk semula ke dalam kereta setelah perbincangan tidak rasmi mereka selesai. Cermin tingkap dibuka sedikit. “ Saya ikut awak dari belakang ya. Cepat tau, saya tak sabar nak tukar penampilan baru awak.” Teruja benar reaksi yang ditunjukkan Marina. Tersengih-sengih Zaim Irsyad di situ.
“ Ya, ya. Saya tahu, Sayang.” Zaim Irsyad sudah mempersiapkan diri. Helmet dipakai. Enjin motor mula dihidupkan. Sesudah itu dia memulakan perjalanan balik ke rumah diikuti Marina dari belakangnya.
Tidak jauh dari tempat mereka berbincang tadi, ada seseorang yang memerhatikan mereka berdua.
Siapakah dia?


            

6 ulasan:

Unknown berkata...

Best .

Nur Daeya berkata...

alhamdulilah...tq baby mio

wawa berkata...

smbug lgi ye jgn bgi jdi srg labah2 hehehehe

Tanpa Nama berkata...

uiks...wawa upanya..
insyallah eya x kn bg blog ni jd sarang labah2! haha

Unknown berkata...

Nak tau siapa yang perhatikan dia orang berdua, suspenslah pulak.
Keep writing sis!

Tanpa Nama berkata...

tqvm Isma...
insyallah eya akan buat yg terbaik! ;)