“Assalamualaikum
abang. Dhia dah balik ni. Bukalah pintu!”
Suara
teruja Dhia bergema tatkala mengetuk pintu rumah dua tingkat itu. Raymi Zikri
yang berdiri diluar perkarangan rumah Dhia tersenyum melihat tingkah Dhia. Dia
tahu Dhia tidak sabar mahu bertemu suaminya, Imran.
Selama
seminggu mereka bekerja di luar daerah, Raymi Zikri perasan Dhia sering melihat
gambar-gambar Imran di dalam telefon. Begitu sayang sekali Dhia pada Imran.
Jika satu hari nanti dia mempunyai isteri, dia mahukan isteri seperti Dhia.
Isteri yang manja dan mencintainya sepenuh hati.
“Ray,
aku ketuk banyak kali tak bukak pun.
Dia ada ke tak ni?” Muncung bibirnya apabila tiada sahutan daripada Imran. Dia
betul-betul menyesal kerana tidak membawa kunci sebelum ke Melaka hari itu.
Sudahnya, dia terpaksa mengetuk pintu rumah ini banyak kali.
Abang tengah tidur ke? Dhia mengaru kepala.
Biasanya Imran tidak suka tidur sebelum waktu maghrib menjelang. Suaminya lebih
suka membaca buku di bilik bacaan yang bersebelahan dengan bilik mereka. Tapi
takkanlah tak dengar kot? Rumah mereka bukannya besar mana pun sampai tidak
boleh dengar orang ketuk pintu dari luar.
“
Itulah, semangat nak pergi Melaka sampai lupa bawa kunci rumah.” sindir Raymi
Zikri diiringi dengan ketawa kecil. Dhia membuat muncung itiknya. Dia tahu dia bersalah dalam hal ini.
“Kau tengok kereta dia ada kan? Cuba
kau ketuk sekali lagi. Mana tahu kali ni dia bukak ke?” Raymi Zikri cuba menyedapkan hatinya walaupun dia sudah
hampir putus asa mengetuk pintu rumahnya.
“Hurm…yalah, yalah.” Lemah saja
suaranya. Dia kembali mengadap pintu rumah itu dengan satu semangat. Harap-harap
suaminya akan bukak pintu ini. doanya
dalam hati.
“
Assalamualaikum!” Salam diberi sekali lagi setelah pintu diketuk sekali lagi.
Kali ini suaranya bertukar lebih kuat berbanding tadi.
“Waalaikumsalam!”laung Imran dari dalam.
Dhia kembali menunjukkan rasa
terujanya. Ternyata salamnya kali ini didengar Imran dari dalam. Dia gembira
bukan kepalang. Dia menunjukkan tanda bagus kepada Raymi Zikri. Sahabatnya itu
hanya tersenyum memandangnya.
Pintu dibuka dari dalam. Abang! Dhia
tersenyum lebar sampai ke telinga. Rasa gembiranya tidak dapat diungkap dengan
kata-kata. Sudah lama dia rindukan Imran. Sudah beberapa hari tidurnya
terganggu kerana menyebut nama Imran di hotel tempat dia menginap.
“ Abang! How much I missed you!” Tanpa rasa malu, dia terus memeluk tubuh
Imran sekuat hati. Raymi Zikri mengelengkan kepala melihat tingkah laku Dhia
yang tidak berapa sopan itu. Tidak mahu melihat adegan itu, dia terus berpatah
masuk ke dalam keretanya untuk mengambil bagasi Dhia di tempat duduk pemandu.
Imran pula hanya mendiamkan diri.
Terkaku seketika apabila dipeluk isterinya yang sudah beberapa hari tidak
pulang ke rumah.
“ Abang rindukan Dhia tak, hurm?” Manja
suaranya kedengaran sambil memeluk leher suaminya. Dia tahu Imran pasti tidak
selesa dipeluk dihadapan Raymi Zikri.
“ Abang, tutup pintu tu. Dah maghrib
ni!” jerit satu suara dari tingkat atas. Dhia terkedu. Suara perempuan mana
pulak ni? Rasanya dia seorang perempuan yang menghuni rumah dua tingkat ini.
Takkanlah Imran bawa balik perempuan lain kot dalam rumah ni? Hatinya mula
bersangka yang tidak baik terhadap suaminya.
“ Sekejap Rina. Ada orang datang ni.”
laung Imran.
Dhia membulatkan mata. Rina? Siapa
pulak perempuan yang bernama Rina ini? Hatinya mendongkol geram. Jangan-jangan
suaminya pasang lain tak?
“ Siapa Rina, bang? Apa hubungan abang
dengan dia?” Dhia tidak boleh bersabar lagi. Wajah Imran direnung tajam.
Suaminya itu nampak tidak selesa direnung begitu. Biarkan. Dia mahu Imran tahu
yang dia sedang cemburu sekarang ini!
“ Err… itu, itu…” Tergagap-gagap Imran
mahu menjawab soalan Dhia. Dia takut Dhia tidak dapat terima jawapannya.
“Dhia tanya abang. Siapa Rina tu?!!”
Kali ini suaranya naik satu oktaf. Marahnya betul-betul tidak boleh
disembunyikan lagi.
“Dhia apa kena ni?” Raymi Zikri tiba
didepan pintu rumah Dhia setelah dia lihat ada sesuatu yang tidak kena dengan
pasangan suami isteri ini. Rasa tidak percaya Dhia meninggikan
suara terhadap Imran.
Imran berpaling kearah lain. Tidak
berani untuk bertentang mata dengan Raymi Zikri. Dia malu kerana lelaki itu
mendengar Dhia memarahinya.
Dhia tidak menjawab sebaliknya dia
memandang Imran tanpa mengerdipkan mata. “Kalau abang tak nak cakap, Dhia akan
jumpa dia sendiri.” Dhia berkira-kira untuk naik ke tingkat atas. Mahu
bersemuka dengan Rina secara empat mata.
“Jangan!” Imran pantas memaut lengan
Dhia selepas isterinya itu melangkah masuk ke dalam rumah. “ Jangan jumpa dia,
Dhia. Abang takkan benarkan.” Suara Imran kali ini bertukar tegas.
“ Takkan benarkan? Abang dah gila ke?
Ini rumah Dhia lah. Takkan Dhia tak boleh berjumpa dengan dia kot? Dhia tak
kira, Dhia tetap nak jumpa dia jugak.”
Imran membawa Dhia keluar dan berdiri
didepan pintu. “ Dia isteri baru abang…” Dhia tergamam disitu. Raymi Zikri
disebelahnya terperanjat besar. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“ Isteri abang?” Menggeletar tubuh Dhia
mendengarnya. “ Maknanya dia madu Dhia?” Imran hanya mengangguk. Dia tahu Dhia
pasti akan marahkannya tapi dia tidak boleh berbuat apa. Rina sudah pun menjadi
isterinya.
“ Kenapa abang buat Dhia macam ni,
kenapa?!” Dhia memukul dada Imran tanpa memikirkan Raymi Zikri yang berada di
tengah-tengah mereka.
Imran mengambil kedua-kedua tangan Dhia
lalu digenggam erat. Dhia tersentak. “ Dulu Dhia pernah katakan pada abang,
kalau Dhia tak dapat mengandungkan anak abang, Dhia rela abang kahwin lain. Dan minggu lepas,
bila Dhia pergi kerja dengan Ray, abang ambil keputusan kahwin dengan Rina
tanpa fikir panjang.”
“Dhia ingatkan abang tak ingat
kata-kata tu…” Dhia tiba-tiba menangis.
“Abang akan ingat Dhia. Abang tak boleh
bersabar lagi. Umur abang semakin hari semakin meningkat. Abang nak rasa jadi
seorang ayah kepada anak-anak abang tapi Dhia asyik kata tunggu. Sampai bila
abang boleh tunggu Dhia? Kalau Dhia tak dapat mengandungkan anak abang, Dhia
bagi tahu aje terus. Kenapa mesti rahsiakan hal besar tu dari abang?” Makin
mencurah-curah airmata Dhia mengalir dipipi apabila Imran berkata begitu.
Memang benar, doktor sahkan perutnya
mengalami masalah. Pada asalnya dia mahu memberitahu Imran tetapi fikirannya
berkali-kali berkata jangan.
“Sampai hati abang buat Dhia macam ni.
Dhia bukan tak nak bagi anak pada abang, Dhia perlukan masa untuk semua ni.”
“Anak tidak memerlukan masa untuk
membuatnya, Dhia,” pintas Imran.
Adakah aku terlalu pentingkan diri sehingga
kepentingan suamiku tidak diambil peduli? Dhia menekup muka bersama tangisan
yang tidak henti-henti.
“ Abang dah buat keputusan. Keputusan
ini abang dah fikir banyak kali sebelum abang kahwin dengan Rina lagi.”
“Keputusan apa, bang?” Dhia dan Raymi Zikri
saling berpandangan.
“ Abang ceraikan Dhia dengan talak
satu. Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua.” Tanpa mempedulikan mereka
berdua, Imran terus menutup pintu dan naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat
maghrib.
Dhia jatuh terjelepok di atas lantai tanpa
berkata apa-apa.
Raymi Zikri meraup-raup rambutnya berkali kali sambil memegang
streng kereta. Malam ini moodnya berubah seratus peratus. Dhia yang sedang
memejamkan mata disebelahnya dipandang dengan rasa meluat. Jika tidak kerana
Dhia, pasti dia sedang berehat di rumah dengan tenang tanpa memikirkan sebarang
masalah.
Teringat
dia dengan kata-kata Dhia tadi sebelum dia membawa sahabatnya ini keluar dari
kawasan perumahan Alam Damai. Kata-kata itulah yang membuatkan dia rasa benci
untuk melihat Dhia secara dekat.
“Tolong
bawa aku keluar dari rumah ni, Ray. Imran dah ceraikan aku.” Teresak-esak Dhia
menangis. Dia berharap sangat Raymi Zikri membantunya keluar dari sini. Hanya
sahabatnya itu yang dapat membantunya saat ini.
Raymi
Zikri merengus. Wajah Dhia yang menangis sedikit pun tidak membuatkan dia rasa
simpati terhadap wanita berusia dua puluh lima tahun ini.
“Kau
nak aku bawak kau keluar dari sini? Huh!
Dah tipu aku masih ada hati nak mintak
tolong dengan aku? Kau uruskan hal kau sendiri. Aku nak balik!” Raymi Zikri
berpaling ke belakang.Kakinya mula melangkah keluar dari perkarangan rumah
Imran. Dia perlu balik cepat, takut neneknya, Puan Khadijah akan memerahinya
secara bertubi-tubi di rumah nanti.
Sejak
ibu bapanya meninggal dunia, nenek menjaga dia dan abangnya, Muhd Razree. Hanya
wanita itu tempat dia mengadu dan meluahkan rasa walaupun neneknya seorang yang
sangat cerewet.
Ray
nak balik? Habis aku macam mana? Dhia jadi gelisah. Dia tahu Raymi Zikri
marahkannya. Hari itu dia akan katakan pada Raymi Zikri yang Imran tidak mahu
dia mengandung buat masa ini. Tidak sangka hari ini sahabatnya terdengar dengan
jelas perbualan mereka berdua. Pasti lelaki itu membencinya.
Dhia cepat-cepat menarik bahu Raymi Zikri. Terkedu lelaki itu
dibuatnya.
“Kau nak apalagi ni?” jerkah Raymi
Zikri.
“Please,
Ray. I really-really need your help. Aku
janji aku takkan minta apa-apa daripada kau lepas ni.” Bersungguh-sungguh Dhia
berkata.
“ Kau dah tipu aku lepas tu kau nak
suruh aku tolong kau? Jangan harap Dhia, jangan harap!” rengus Raymi Zikri.
Tanpa menghiraukan Dhia, dia terus masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan
Dhia.
Dhia terkedu. Terus dia berlari
mengikut kereta Raymi Zikri dari belakang. Dia tidak peduli dengan mata-mata
jiran yang memandangnya. Tapi tidak semena-mena, perutnya terasa sakit yang
amat sangat. Ah, baru dia sedar hari ini hari pertamanya datang period.
“Ray, tunggu aku. Argh!” Dia terjelepok
jatuh sekali lagi. Kali ini bukan diatas lantas tetapi diatas jalan tar yang
mempunyai banyak kereta di tepi jalan. Orang yang lalu-lalang menghampiri
dirinya.
Di dalam kereta, Raymi Zikri melihat
cermin kanan keretanya dengan perasaan berbelah-bagi. Dhia sanggup berlari dari
belakang keretanya kerana mahu mengikutnya bersama. Gaya pemanduannya yang laju
bertukar perlahan. Sekali lagi dia melihat cermin tetapi tiada kelibat Dhia
disitu. Hanya orang ramai yang kelihatan tidak jauh dari keretanya. Dia mula
rasa tidak sedap hati.
Kereta Audi A6nya berhenti di tepi
jalan. Kemudian dia keluar dan menjenguk kepalanya ke kiri dan kanan. “Mana
perempuan tu pergi? Takkan ada orang kacau dia kot?” Dia bertanya pada diri
sendiri. Memang diakui dia marahkan Dhia tetapi dia tetap sayangkan sahabatnya
itu.
“ Ya Allah, sakitnya perut aku!” jerit
Dhia dengan kuat. Perutnya diusap berkali-kali. Mahu disapu minyak angin, dia
datang ke sini dengan tangan kosong sahaja. Semua beg yang berisi pakaian masih
ada dirumah Imran.
Raymi Zikri yang mendengar terpana.
Hah, itu pun Dhia! Tapi mengapa Dhia dikerumuni dengan ramai orang? Ada yang
tidak kena dirinya ke? Dia mula risau.
Saat dia keluar, terbuntang matanya
melihat keadaan Dhia yang lemah tidak berdaya. “Ya Allah, Dhia!” Tidak sangka
Dhia terbaring di atas jalan tar ini. Orang ramai disitu mula memberikan laluan
kepadanya apabila nama Dhia dipanggil dengan kuat. “Ya Allah, apa dah jadi
dengan kau ni?” Raut wajah Raymi Zikri bertukar menjadi gelisah.
“Aku sakit perut, Ray. Tolong err…aku.”
Terketar-ketar Dhia berkata.
Terkejut Raymi Zikri mendengarnya.
Terus dia mendukung Dhia dan membawanya masuk ke dalam kereta. Berharap Dhia
akan pulih setelah masuk ke dalam keretanya.
4 ulasan:
Sambung lg ....best
Xsbar nk tau smbngan dia...next n3 plezz
Nak kahwin lain, bukan kena ada dapatkan persetujuan isteri-1 ke? *bingung,maaf!*
wat tasneem Wahida...
Mungkin awak x bce kot ayat ni...btw, tqvm sbb sudi bg komen..
**Dari nur daeya
Imran mengambil kedua-kedua tangan Dhia lalu digenggam erat. Dhia tersentak. “ Dulu Dhia pernah katakan pada abang, kalau Dhia tak dapat mengandungkan anak abang, Dhia rela abang kahwin lain. Dan minggu lepas, bila Dhia pergi kerja dengan Ray, abang ambil keputusan kahwin dengan Rina tanpa fikir panjang.”
“Dhia ingatkan abang tak ingat kata-kata tu…” Dhia tiba-tiba menangis.
Catat Ulasan