Sejak Marina mematikan talian tadi, fikirannya betul-betul runsing. Entah apa yang membuatkan Marina bertindak memutuskan hubungan dengannyapun dia tak tahu. Sudah lebih tiga tahun mereka bercinta dan menyemai kasih takkan macam itu sahaja Marina memutuskan hubungan?
Zaim Irsyad takkan biarkan perkara ini terjadi. Marina tetap akan menjadi miliknya!
***
Marina memandang side mirror kanan kereta Myvinya setelah lampu isyarat berwarna merah.Air matanya mengalir lagi. Ternyata Muhd Zafril masih setia mengikutinya dari belakang keretanya. Sampai hati lelaki itu membuatnya begini! Salahkah dia memperolehi kebahagiaan sendiri? Mengapa lelaki itu mengugutnya begitu sekali? Apa salah dia pada lelaki itu? Ya Allah, aku tak kuat menghadapi dugaanMu ini.Tubir matanya mengalir dan terus mengalir.
Mahu sahaja dia menelefon kedua ibu dan ayahnya dirumah tetapi bila difikirkan balik, telefon bimbitnya sudah diambil Muhd Zafril. Memang dasar lelaki tak guna! Marina mengenggam erat stereng kereta.
Lampu isyarat sudah bertukar hijau. Marina kembali memfokuskan pada pemanduan. Side mirror kanan dipandang sekilas sebelum dia meneruskan perjalanan.
Marina resah apabila motor Kawasaki berwarna hijau Muhd Zafril berdiri megah di sebelah keretanya. Ikutkan hatinya, dia mahu memandu selaju yang mungkin namun dia sukar untuk berbuat begitu. Jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan awam mematikan hasratnya untuk memandu laju. Marina pasrah. Biarlah Muhd Zafril mahu mengikutnya pulang ke rumah janji lelaki jahat itu tidak mengapa-apakan dirinya.Marina cuba menenangkan diri.
Ketika masih memandu, wajah Zaim Irsyad terbayang-bayang di fikirannya. Ah, ini semua salah Muhd Zafril. Lelaki itu memang tak guna! Marina memandang sinis ke arah side mirror kanannya. Muhd Zafril memang tidak puas mengikutnya dari belakang. Kenapalah kau muncul Zafril disaat hubungan aku dan Zaim dalam keadaan tegang? Aku benci dengan apa yang kau buat ni. Aku benci! Marina mengenggam stereng keretanya dengan erat.Lirih jiwanya saat ini.
Masuk sahaja di kawasan Bukit Antarabangsa, cermin kereta ditatap sekilas. Ya Allah, dah bengkak mata aku sebab banyak menangis. Bila balik nanti tak pasal-pasal mama dan papa tanya pasal apa mata aku bengkak. Tisu di atas dashboard ditarik lalu segera dilap bekas air matanya. Apabila dia tengok matanya sudah berkeadaan seperti biasa, dia menghembuskan nafas perlahan. Timbul rasa lega kerana dia tidak perlu menunjukkan air matanya di hadapan kedua mama dan papanya.
Saat keretanya menghampiri kawasan perumahannya, dia melihat Muhd Zafril terlebih dahulu
kembali berdamping disebelah keretanya. Jantungnya mula berdengup kencang. Jika lelaki itu
sudah berada di sisinya, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Balik ke rumah nanti dia terpaksa
membohongi kedua mama dan papanya yang dia bersetuju untuk bertunang dengan lelaki tak guna itu.
Kawasan perumahannya agak lengang pada waktu ini. Kebanyakan jiran-jiran yang tinggal disini pergi bekerja dan sekolah. Selepas pukul 5.30 petang sahaja kawasan ini akan kembali riuh dengan suara budak-budak dan orang dewasa.
Motor Kawasaki Muhd Zafril memecut laju meninggalkan Marina sehingga dia bertindak memberhentikkan
motornya selang tiga buah rumah kedua ibu bapa gadis itu.Terus dia mendepakan tangan, memaksa
Marina memberhentikkan keretanya disitu.
Marina apalagi, terus membrekkan keretanya sehingga dia terdorong ke depan.Marina mengucap nafas
panjang. Lelaki ini memang dah gila!Dia keluar apabila melihat tidak ada seorang pun yang lalu di kawasan itu. Dia mendekati Muhd Zafril dengan renungan tajam. Ikutkan hatinya memang dia dah langgar mamat gila ini tadi. Buat menyakitkan hati sahaja!
" Kau memang suka mampus awal kan? Huh,patut aku tolak saja 'lamaran' kau tadi. Buang masa aku aje takut dengan kau." Matanya dijengilkan.Memang dia benci betul dengan lelaki yang bernama Muhd Zafril ini.
Muhd Zafril menurunkan kedua-dua tangannya sambil tersenyum sinis memandang Marina. Gadis ini bila marah makin bertambah comel. Makin berkobar-kobar semangatnya untuk mendapatkan Marina.Segera dia mendekatkan wajahnya didepan Marina.
Marina cepat-cepat menutup mata. Ah, mamat ni nak buat apa kat aku ni? Janganlah dia nak cium aku kat tengah jalan ni sudah. Aku tak mahu! jeritnya dalam hati.
Muhd Zafril sudah mengeluarkan pistol mainannya di dalam poket seluar belakangnya. Nampaknya Marina masih mempunyai rasa takut terhadapnya. Dia cepat-cepat mengacukan pistol mainan itu ke perut Marina.
Bibir Marina bergetar. Ya Allah, kenapa lelaki ini sanggup buat aku begini? Aku benci dia. Aku benci dia! jeritnya lagi walaupun hanya dalam hati.
" Jangan kau cakap sebarangan ya, Marina sayang... kau cakap aje kata-kata yang menguriskan hati aku, aku tak teragak-agak tembak kau.Aku betul-betul ni."ugut Muhd Zafril walaupun dalam hati dia mahu tergelak melihat wajah Marina yang begitu pucat itu.
" Kau jangan sentuh dia, setan!" Dush! Satu tamparan hinggap di muka Muhd Zafril hingga lelaki itu terjelepok jatuh diatas jalan tar itu.
Marina membuka mata. Jantungnya berdegup kencang. Zaim?
" Awak!!" Tanpa sedar Marina memeluk Zaim Irsyad dengan erat.
Zaim Irsyad terkedu disitu.
****
“Tolong
selamatkan Marina, Zaim. Marina takut!” Marina menangis semahu-mahunya di dada
bidang Zaim Irsyad. Makin bertambah sayang dia pada lelaki ini. Kedatangan Zaim
Irsyad memang tepat pada masanya.
“
Sabar sayang. Zaim ada kat sini. Jangan takut ya. Dia tak boleh buat apa-apa
pada awak lepas ni. ” Zaim Irsyad menepuk perlahan belakang Marina dengan
selamba. Sepanjang perhubungan mereka selama ini, tidak pernah mereka terlalu
dekat seperti ini. Jantungnya berdegup kuat. Jiwanya lemah apabila berdepan
dengan situasi sebegini.
Marina
rasa damai di pelukan Zaim Irsyad. Bertuah siapa yang menjadi isteri kepada
lelaki ini.
Muhd
Zafril menyentuh seluar jeansnya yang dipenuhi dengan batu-betul kecil berwarna
hitam. Sakit punggungnya apabila ditolak dengan kasar oleh lelaki yang menumbuknya
tadi. Pistol mainan yang agak jauh dari tempat dia jatuh membuatkan dia
penasaran. Habislah kalau mereka berdua tahu itu pistol mainan. Pasti Marina
akan membatalkan pertunangan mereka yang bakal berlangsung Dia harus mendapatkan
semula pistol itu.
Walaupun
dia tidak berdaya berdiri seperti biasa namun dia gagahkan diri untuk mengheret
tubuhnya mendekati pistol mainan itu. Biarlah mereka berdua mahu gelakan
dirinya, dia tidak kisah. Janji mereka berdua tidak tahu pistol itu adalah
pistol mainan!
Saat
Marina leka di dalam pelukan Zaim Irsyad, lelaki itu tiba-tiba meleraikannya
dan terus menghampiri Muhd Zafril yang sedang mengambil sesuatu di atas jalan
tar yang penuh dengan batu-batu kecil itu. Marina tergamam. Segera dia mengesat
air matanya.
“
Kau nak buat apa dengan benda ni? Nak bunuh kekasih aku ke?” Zaim Irsyad
memijak pistol kecil milik Muhd Zafril tanpa perasaan bersalah. Selamba sahaja
dia memijak pistol kecil itu.
Muhd
Zafril langsung terkedu. Argh, mamat ni dah dapat dulu pistol mainan tu. Apa
yang perlu aku buat ni? Ah! “ Bagi pistol aku balik.”
Marina
menyorok di belakang badan Zaim Irsyad. Dia tidak mahu bertembung mata dengan
lelaki kejam seperti Muhd Zafril.
Zaim
Irsyad mencebik. Dia menundukkan badannya sedikit lalu mengambil pistol kecil
berwarna hitam itu dan dibelek-belek dengan senyuman sinis.
“
Pistol mainan ni? Dah tak ada cara lain ke kau nak mempermainkan kekasih aku,
hah?” kasar sungguh nada Zaim Irsyad. Muhd Zafril mengetap bibir. Akhirnya,
terbongkar juga rahsia pistol itu.
Marina
terkejut. Tidak sangka Muhd Zafril menipunya dengan cara ini. Mengunakan pistol
mainan yang seakan-akan pistol sebenar memperdayakan dirinya agar dia terlibat
dengan pertunangan yang tidak diduga itu?
Dengan
sedikit keberanian, dia menampar Muhd Zafril dengan sekuat hatinya. Dia mahu
lelaki itu tahu yang dia bukan gadis yang boleh diperdayakan!
“
Aku benci kau, Zafril. Aku benci kau sampai bila-bila! Jangan harap aku akan
bertunang dengan kau.” tempik Marina. Laju langkahnya memasuki keretanya yang
berada di tengah-tengah kawasan perumahan rumahnya sebelum dia meninggalkan Zaim
Irsyad dan Muhd Zafril disitu tanpa sebarang kata.
Zaim
Irsyad terpinga-pinga. Dia yang selamatkan Marina, senang-senang pula gadis itu
meninggalkan dirinya? Takkan gadis itu marahkan dirinya? Kalau ya, apa yang dia
telah lakukan?
“
Jangan kau muncul depan aku dan Marina lagi, faham? Kalau aku nampak muka kau
lagi, aku tak teragak-agak laporkan pada polis.” Zaim Irsyad mencekak pinggang
sambil jari telunjuknya menghala ke wajah Muhd Zafril yang sudah pucat lesi. “
“Kau
balik sekarang. Balik!” Kali ini Zaim Irsyad pula yang menempik Muhd Zafril.
Lelaki itu nampak gayanya agak takut dengan ugutannya. Selepas ini pasti lelaki
ini tidak berani mahu menganggu Marina lagi.
Muhd
Zafril terkial-kial bangun dari atas jalan tar itu. Dia memandang wajah lelaki
yang telah menyelamatkan Marina daripada diganggu olehnya. Tak adalah hensem
mana pun, tapi macam mana Marina boleh terpikat dengan lelaki ini? Dia rasa dia
lagi hensem daripada lelaki ini.
“
Sempat lagi kau pandang muka aku ya? Kau ada niat jahat terhadap aku pulak ke?”
Mata Zaim Irsyad terjengil.
Muhd
Zafril mengeleng-gelengkan kepala. Takut penumbuk kali ketiga akan hinggap di wajahnya
lagi. Segera dia berlalu dari tempat itu dengan hati yang kecewa.
Zaim
Irsyad lega. Nampaknya lelaki itu mendengar katanya. Selepas ini kehidupan Marina
akan kembali tenang dan dia boleh meneruskan hajatnya untuk memperisterikan
Marina.
Tapi
kenapa Marina tiba-tiba meninggalkannya tadi? Dia benar-benar tidak faham. Apa
salahnya pada gadis itu?
1 ulasan:
Eeeeee , sgt kejam si Zafril poyooo too , lau ye pon suka sgt at Marina to , xyah laa smpai nk ugut2 .. Hmm .. Si Zaim lakk , bila marina ajk kahwin , ko xnk , bila si Marina terpaksa ckap xsuka at ko , bru laa ko hegeh2 nk timer lamaran si Marina to .. Hmm .. Tp kan , bila asi Zaim to tumbukk muka Zafril to , betapa sweet nya sbb Marina dlm dakapan Zaim , hehehehe ,, sgt2 suka Eya ..
Catat Ulasan