Bosan duduk di rumah, Zaim Irsyad melepak
seketika bersama teman rapatnya, Farhan di taman permainan Kampung Malaysia
Raya. Sengaja dia mengajak rakannya itu ke sini ketika kawasan ini dalam
keadaan sunyi sepi. Maklumlah, waktu pagi yang segar ini, budak-budak sedang
belajar di sekolah. Senanglah mereka berbual dalam keadaan tenang sahaja.
“ Kau
dah berapa bulan duduk rumah, Zaim. Tak nak cari kerja ke?” tanya Farhan
selepas dia melihat skrin telefonnya. Mana tahu ada mesej yang masuk. Dia sudah
memaklumkan pada pihak pengurusan di tempat kerjanya yang dia akan mengambil
cuti sehari.
Zaim Irsyad bangun dan mundar-mandir didepan
Farhan. “ Kau sama aje macam ayah aku. Asyik cakap bila nak kerja, bila nak
kerja. Aku bosanlah dengar.”
Farhan turut sama bangun. “ Kalau aku jadi ayah
kau pun, aku pun akan ungkap perkara yang sama juga. Kau tu, malas sangat.
asyik duduk terperap aje kat rumah menghabiskan duit mak ayah kau.”
“ Baik aku tak payah jumpa kau kalau kau nak
cakap pasal ni.” Zaim Irsyad mendengus. Kakinya sudah bersedia untuk bergerak
balik ke rumah. Ingatkan dia datang sini mahu menghilangkan bosan dan bebelan
ayahnya dirumah.
“ Ala mamat ni merajuk pulak dah. Okey lah, aku
tak cakap pasal tu lagi. Kau nak cakap apa? Kalau kau ada masalah, aku ada
untuk selesaikan masalah kau.” Kebiasaannya jika mereka berdua, pasti Zaim
Irsyad mahu meluahkan masalah peribadinya.
“ Macam tulah aku nak dengar. Kau memang kawan
yang baik.” Zaim Irsyad lega. Mujur Farhan memahaminya. Dia tahu dalam keadaan
yang tertekan ini, dia rasa Farhan lah orang yang dirasakan sesuai untuk
mendengar masalahnya. Jika dia meluahkan masalah kepada ibunya, dia pasti ibu
akan berbincang dengan ayah untuk menyelesaikan masalahnya.
“ Cakaplah. Aku tak boleh lama ni. Mak ayah aku
tak kasi keluar lama-lama. Nanti kena potong duit untuk sebulan. Aku dahlah tak
ada duit nak pergi kerja.”
“ Kau dah kerja, Aan? Aku tak tahu pun.” Zaim
Irsyad teruja. Dia kembali duduk disebelah Farhan. Baguslah Farhan sudah
bekerja. Dapatlah dia meringankan beban ibu bapanya. Tapi dia? Bila nak bekerja
pun dia tak pasti lagi. Sudah berapa bulan kena membebel dengan ayah dia tetap
berkeras mahu duduk dirumah. Dah orang tak minat nak bekerja buat masa
sekarang, mana boleh paksa-paksa!
“ Tulah, asyik terperap aje kat rumah. Nak
suruh kau telefon aku pun bukan main payah. Dah besar-besar pun nak duduk bawah
ketiak mak ayah kau lagi. Kerjalah beb, best! Aku baru berapa hari kerja,
banyak pengalaman yang aku dapat. Kau duduk aje kat kampung ni tanpa buat
apa-apa manalah ayah kau tak susah hati.” ujar Farhan panjang lebar.
Zaim Irsyad diam. Kerja memang best untuk orang
yang baru pertama kali merasa pengalaman baru itu. Memang dia teringin untuk
bekerja tapi entah kenapa dia susah untuk bekerja buat masa sekarang. Dia lebih
suka menghabiskan masa duduk dirumah.
“ Woi, macam mana kau dengan Marina? Hubungan
korang okey tak setakat ni?” Farhan menyiku lengan Zaim Irsyad. Dia menukar topik.
Nampaknya lelaki itu tidak berapa gemar bercakap pasal kerja.
“ Okey? Huh, tak ada maknanya nak okey. Aku
ajak kau datang sini sebab nak bagi tahu pasal minah tulah.”
“ Apasal dengan minah tu? Dia dah ada pakwe
baru ke?” sakat Farhan.
Zaim Irsyad renung Farhan dengan tajam. Serius
sahaja wajahnya. “ Langkah mayat aku dululah kalau dia nak ada pakwe lain. Aku
sayang dia beb.” Memang diakui dia sayangkan Marina.
“ Wowo…kawan aku cemburu beb. Haa, apasal
dengan minah tu? Ceritalah.” Farhan tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut
pasal Marina.
“ Dia proposed
aku dua hari lepas. Jadi suami dia.” Perlahan sahaja nada Zaim Irsyad.
Farhan terkebil-kebil mendengarnya. Dia rasa
tidak percaya pula Marina melamar Zaim Irsyad. Kagum dia dengan Marina. Sanggup
menebalkan muka untuk melamar Zaim Irsyad. “ Dahsyat gila minah tu. Tabik lah
aku dengan dia. Dia betul-betul sayangkan kaulah tu. Itu sebab dia melamar kau.
Nak harapkan kau mula dulu, memang taklah.”
“ Kau rasa aku patut terima lamaran dia ke tak?
Dah dua hari aku fkir pasal ni. Aku memang cintakan dia tapi bila fikir balik
aku manalah ada kerja. Lepas kahwin, suami kena tanggung isteri. Dia anak orang
kaya. Aku orang biasa aje. Mana nak cari duit tanggung diri dia.”
“ Aku rasa
better kau terima aje lamaran dia.” Farhan bagi cadangan.
“ Cuba kau bagi sebab yang munasabah sikit
sebab apa aku perlu terima lamaran dia.”
“ Sebab pertama, dia anak orang kaya. Kalau kau
kahwin dengan dia, aku yakin dia takkan biarkan kau hidup macam ni. Dia akan
bagi kau segala-galanya. Apa yang kau nak aku gerenti kau akan dapat. Sebab
kedua pula, kerana kau cintakan dia. Haa, logik tak jawapan aku?” Farhan
tersengih.
“ Ceh, jawapan tak menarik langsung.” Zaim
Irsyad mencebik. “ Bagilah jawapan logik sikit.” Ada benarnya kata-kata Farhan
itu namun jawapan itu masih lagi tidak memuaskan hatinya.
Farhan ketawa. “ Bagi aku itu jawapan yang logik.
Terpulang pada kau nak cakap jawapan itu menarik atau tak. Kalau aku jadi kau,
aku dah terima lamaran minah tu. Sebab apa? Sebab aku tahu dia betul-betul
sayang dan cinta kat kau. Bukan senang wei perempuan proposed lelaki. Patutnya kau terharu dia buat macam tu. Terima ajelah dia. Aku yakin dia akan
bahagiakan kau.”
“ Kau dah cakap macam tu, aku terima ajelah.” kata
Zaim Irsyad. Betul kata Farhan. Baik dia terima sahaja lamaran Marina. Dia
yakin gadis itu akan membahagiakan dirinya selepas berkahwin nanti. Dia yakin
akan itu.
***
Marina menangis sepuas hatinya setelah dia
duduk di tempat tersorok Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Tidak ada sesiapa di
tempat yang dia duduk ini memudahkan dirinya menangis sepuas hatinya.
“ Zaim… Zaim, aku nak kahwin dengan
kau. Terimalah aku, Zaim!” Marina menjerit sedikit sambil menekup muka.
“ Oh, sebab Zaim lah kau tak nak
terima lamaran aku ya Marina.” Marina sepantas kilat berpaling ke belakang. Zafril?
Marina menelan air liur. Apa mamat ni buat kat sini? Takkan dia ikut aku dari
belakang kereta kau kut. Ini tak boleh jadi ni.
“ Apa kau buat kat sini hah setan?
Dah tahu aku benci kau, kenapa kau masih menganggu hidup aku?” jerkah Marina.
Sejak dari sekolah menengah lagi dia memang tak sukakan Muhd Zafril. Lelaki itu
kerap kali membulinya di sekolah sewaktu rehat. Bila dia makan bersama
teman-temannya di kantin sekolah, lelaki itu dengan selamba sahaja mengambil
makanan yang dibeli itu.
“ Aku nak kau setuju jadi isteri
aku. Aku dah lama minat kat kau, Marina.” Muhd Zafril tersengih-sengih. Macam
orang gila lagaknya.
“ Kau ingat aku nak setuju? Jangan
harap, setan!” Marina pantas mengangkat kaki dan mahu pergi dari situ. Ingatkan
bila ke sini Taman Tasik Permaisuri ini dia akan mendapat sedikit ketenangan,
rupanya tidak. Makin tertekan adalah!
“ Jangan membantah cakap aku, Marina
sayang…” Muhd Zafril menarik kasar lengan Marina sehingga rapat ke tubuhnya.
Pistol yang berada ditangannya diacukan ke perut kempis Marina. Sudah sampai
masanya dia mengugut Marina.
Marina terkedu. Matanya terbeliak
besar. Pistol? Ya Allah, apa yang Zafril cuba buat pada aku ni? Aku tak mahu
mati sekarang. Aku nak kahwin dengan Zaim! Jerit Marina.
“ Kenapa pistol ada kat tangan kau
ni? Mana kau dapat benda ni?!” Marina menjerit.
“ Suka hati akulah pistol ni aku
dapat kat mana. Aku tak nak buang masa lagi. Kau tak setuju dengan lamaran aku,
aku akan bunuh kau.” ugut Muhd Zafril. Sengaja dia membawa pistol mainan yang
seakan-akan pistol sebenar semata-mata mahu mengugut Marina setuju kahwin
dengannya.
“ Aku setuju! Err… Tolong jangan
bunuh aku. Aku tak nak mati sekarang.” Terketar-ketar suara Marina. Dia begitu
takut dengan keadaan sekarang. Muhd Zafril memang sudah gila!
Muhd Zafril puas. Akhirnya, Marina setuju juga
berkahwin dengannya. Pandai betul minah ni kena tipu dengan aku! Dari dulu lagi
dia memang sukakan gadis bertudung ini. Itulah sebab masa di sekolah menengah
dulu, dia kerap kali menyakat Marina.
Pistol mainan itu disimpan semula ke poket
seluar jeansnya. “ Aku nak kau telefon pakwe kau tu dan cakap kau nak putus.
Kau tak cakap, aku betul-betul bunuh kau. Aku tak main-main dalam hal ni.” ugut
Muhd Zafril lagi.
Serta-merta air mata Marina jatuh. Muhd Zafril
terkedu didepan gadis itu. Tak sangka gadis itu akan menangis. Timbul simpati
dalam dirinya namun tidak diluahkan. Dia takut Marina akan menarik balik
keputusannya untuk tidak mengahwini dirinya.
“ Cakaplah cepat. Tak payah nak buat drama
sedih kat sini.” Muhd Zafril buat suara seperti gangster. Marina bertambah
takut.
Beg tangan yang disandang dibuka zipnya.
Telefon bimbit kesayangannya diambil dengan teragak-agak. Nombor telefon Zaim
Irsyad dicari. Apabila nombor kekasihnya dijumpa, cepat-cepat dia melekapkan
telefon bimbitnya ke telinga.
Muhd Zafril tersenyum lebar. Nampaknya Marina
tidak membantah kata-katanya. Dia berpeluk tubuh sambil merenung tajam wajah
Marina yang sudah kecut itu.
Marina mengetap bibir. Air matanya ditepis
cepat-cepat. Dia tidak mahu Zaim Irsyad perasan yang dia sedang bersedih. Air
mata ditahan semahu-mahunya.
***
Zaim Irsyad yang baru sahaja menjejakkan kaki
ke perkarangan rumahnya setelah berjumpa Farhan sebentar tadi terkejut apabila
Marina menelefonnya. Dia mengerutkan dahi sebelum dia menjawab panggilan
kekasihnya itu.
Apa kata aku kenakan Marina? Aku nak tengok apa
reaksi dia bila aku marahkan dia pasal lamaran hari tu. Zaim Irsyad sengih. “
Assalamualaikum, Marina… Apa yang awak nak lagi? Saya kan dah cakap saya tak
nak kahwin dengan awak buat masa ni. Awak memang suka kan naikkan kemarahan
saya.” Zaim Irsyad buat suara marah.
Marina mengelengkan kepalanya.“ Bukan. Bukan
itu yang saya mahu katakan.” Dada Marina dihimpit rasa sebak. Marina bingkas
berdiri dan berpeluk tubuh tanpa memandang wajah kekasihnya. “ Saya dah buat
keputusan untuk berpisah dengan awak. Saya tak nak teruskan perhubungan ni
lagi. Dulu, awak tempat untuk saya mengungkapkan kata cinta dan menitipkan rasa
rindu setiap hari tetapi sayang… rasa rindu dan cinta itu hanya saya saja yang
luahkan pada awak.”
Mulut Zaim Irsyad terlopong mendengarnya.
Berpisah?
Muhd Zafril yang berdiri didepan Marina sudah
tersenyum puas. Dia menunjukkan tanda bagus pada gadis itu kerana telah
mengikut arahannya. Makin bertambah sedih Marina disitu.
“ Saya dah fikir perkara ni masak-masak dan
saya rasa tak guna nak tunggu awak lagi kalau awak tak sudi nak terima lamaran
saya.” Perlahan sahaja nada suara Marina ketika di ayat akhirnya. Dia tidak
mahu Muhd Zafril tahu yang dia yang memulakan dulu melamar Zaim Irsyad untuk
dijadikan suami.
Zaim Irsyad dihujung talian sudah mendengus. “
Apa yang awak cakap ni? Selama kita bercinta ni awak tak pernah mengalah untuk
terus sayangkan saya tapi kenapa tiba-tiba awak jadi macam ni? Saya baru bercadang
nak terima lamaran awak tu. Awak tak boleh buat saya macam ni Marina. Awak tak
sayang saya lagi ke?”
Marina memejam mata sambil mengetap bibir. Ya
Allah, ini memang dugaan terbesar buatku. Walaupun dalam hati dia memang
gembira sekali apabila Zaim Irsyad bersetuju untuk menerimanya sebagai isteri
namun sekarang ini tidak mampu berbuat apa-apa. Muhd Zafril ada didepan
matanya. “ Sudahlah awak. Tak payah sayangkan saya lagi. Selamat tinggal Zaim.”
“ Marina!” Zaim Irsyad mengamuk. Baru hendak
menjernihkan suasana, Marina kembali mengeruhkan keadaan.
“ Enough,
Marina!” Muhd Zafril menarik telefon bimbit Marina lalu dimatikan talian sebelum
dia menutup telefon gadis itu dengan selamba. Marina terkejut. Dia kembali
menitiskan air mata dengan menunduk ke bawah.
Zaim Irsyad tergamam dihujung talian. Siapa
lelaki yang menyebut nama Marina tadi? Yang peliknya, suara lelaki itu
kedengaran amat tegas dan lantang. Setahu dia, Marina tidak pernah rapat dengan
mana-mana lelaki selain dirinya.
“ Takkan Marina curang dengan aku kut? Tak
mungkin!” Zaim Irsyad menjerit tidak puas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan