Nur Adriana terjaga
dari lena yang panjang. Agak lama dia tidur tanpa gangguan sesiapa yang berada
di rumah ini. Dia tabik kepada ibu tiriya kerana memberinya peluang untuk tidur
lebih lama.
Dalam
beberapa hari ini, tidurnya tidak pernah lena. Asyik-asyik lenanya diganggu
dengan bayangan seorang lelaki di dalam fikirannya. Siapakah lelaki itu? Dia
pun tidak pasti. Lelaki di bayangannya agak samar-samar.
Adakah
lelaki di dalam bayangannya ialah Zeril Iskandar? Jika benar, kenapa lelaki itu
muncul di mimpinya?
Nur
Adriana tidak terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sebaliknya
dia keluar untuk meminum segelas air. Tekaknya rasa dahaga. Sejak balik dari
hospital tadi, dia langsung tidak meneguk sebarang minuman untuk menghilangkan
dahaga.
Baru
sahaja di membuka sedikit pintu, wajah ibu tirinya tersembul di muka pintu.
Terperanjat besar dia. Mujur dia tidak cepat melatah. Dadanya diurut perlahan.
“Kau
ni kenapa berdiri depan pintu ni? Dah takde kerja lain nak buat?”sindirnya
dengan nada kasar. Bengang betul ada orang berdiri depan bilik dia tanpa
memberi salam.
“Maafkan
ibu, Adriana. Ibu salah sebab tak ketuk pintu dulu. Ibu sebenarnya nak ajak
Adriana turun makan. Ayah tunggu kat bawah tu.”pelawa Puan Farzana lembut. Anak
tiriya ada memberitahu pagi tadi jangan ketuk pintu bilik masa anaknya sedang
enak dibuai mimpi dan dia patuhi arahan itu.
Nur
Adriana mengeluh. “Ayah ada kat bawah?”katanya perlahan. Mesti ayah akan tanya
dia pergi mana semalam? Takkan nak jawab dia temankan Zeril Iskandar kat
hospital? Eeii..simpang malaikat empat puluh empat dia nak jawab macam itu.
“Jomlah.
Kita makan sama-sama.”Puan Farzana menarik lembut tangan anak tirinya.
Sesungguhnya, dia ingin berbaik semula dengan Nur Adriana. Kesian dia tiada
peluang untuk berkasih sayang dengan ibu kandungnya. Dia sebagai ibu tiri akan
menggalas tanggunjawab sebagai ibu kepada Nur Adriana dengan penuh kasih
sayang.
Nur
Adriana rimas ditarik begitu namun dalam hati dia suka dengan perubahan yang
ditonjolkan ibu tirinya. Ini baru ibu yang baik! Bukan macam dulu. Keras kepala
dan suka cakap lepas!
“Kau
janganlah tarik tangan aku kuat sangat!”dia meleraikan pegangan itu tetapi
pantas ditangkap Puan Farzana.
“Ala,
Adriana ni…ibu tak tarik kuat sangatlah. Ibu tarik lembut kan?”
Nur
Adriana angkat kening. ‘Lain betul gaya percakapan dia kat aku.Best lah
pulak!’detiknya dalam hati.
Sampai
sahaja di tangga yang terakhir, kakinya kaku tidak bergerak. Puan Farzana
berlari anak membukakan kerusi untuknya. Dia terpana. Banyaknya lauk hari ni!
“Duduk
sini, Adriana.”ajak Puan Farzana mesra.
Nur
Adriana akur. Kakinya mula bergerak ke tempat yang ibu tirinya sediakan. Dia
duduk sambil mempamerkan senyuman kepada ayah yang sedang asyik menikmati
makanannya tetapi dibalas hambar.
“Ayah,
sorry sebab Adriana tak bagi tahu
yang Adriana keluar semalam.”katanya perlahan. Apabila dia melihat wajah ayah
yang agak tegang itu, dia rasa takut. Ayah marah pada dia ke?katanya dalam
hati.
Ahmad
Jamil menghentikan suapannya kemudian merenung dalam wajah anaknya. “Kamu tahu
tak sepanjang malam ayah risaukan kamu? Kamu pergi mana? Nak kata kamu jumpa
Adibah dengan Noreen, ayah dah pergi rumah dia. Kereta kamu kat situ langsung
ayah tak jumpa.”sedikit marah nada suara Ahmad Jamil. Dia sedih apabila anaknya
keluar tanpa memberitahu dia.
Nur
Adriana terdiam membisu. Nasi yang sudah terisi di pinggan ditenung lama.
Hilang seleranya untuk makan bersama ayah dan ibu tirinya.
“Adriana
bukan saja-saja nak keluar, ayah. Adriana sebenarnya keluar mencari angin. Lama
tak keluar jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Maaflah sebab buat ayah susah
hati.”dia memusingkan jari jemarinya di sekeling pinggan berwarna putih itu,
menghilangkan rasa gelisah dihati kerana terpaksa menipu ayahnya.
Ahmad
Jamil menghela nafas panjang. Puan Farzana mengambil peluang menyentuh lengan
suaminya. “Dahlah tu, bang. Kat depan rezeki tak elok nak marah-marah.”tegur
Puan Farzana. Hari ini dia sengaja masak banyak lauk untuk memikat sang suami
yang sejak kebelakangan ini tidak berselera untuk menjamu selera.
“Hmm…”hanya
itu yang disebut Ahmad Jamil. Dia kembali menyuap nasi di mulutnya. Adakah dia
terlalu emosional?
“Ayah
marahkan Dhia lagi ke?”katanya dengan suara sebak.
“Hmm…takdelah.
Mana ayah marah. Kamu makanlah. Ayah tengok badan kamu dah makin susut sebab
tak makan banyak. Ibu dah masak banyak-banyak ni, makanlah sampai
kenyang.”dalam dia beremosi, kesihatan anaknya tetap diutamakan.
Nur
Adriana lega. Ayah dah tak marah lagi! Dia mula mengambil lauk-lauk yang
dirasakan boleh masuk ke tekak. Kecur air liurnya melihat lauk-lauk yang
terhidang. Pandai ibu tirinya mengambil hati ayahnya.
‘Erk?
Aku puji dia ke?’katanya dalam hati. Ini kali pertama dia memuji wanita berusia
itu.
“Makan,
Adriana.”pelawa Puan Farzana. “Makan banyak-banyak tau.”katanya dengan gembira.
Dia suka apabila orang makan masakannya.
Nur
Adriana membalas pelawaan itu dengan senyuman. Dia mula membaca doa makan dan
terus menikmatinya hingga je suapan terakhir.
Ahmad
Jamil sudah selesai makan. Air basuh tangan yang disediakan isterinya dicucui
sehingga bersih.
“Abang
nak tengok TV kejap.”katanya kepada isteri setelah bangkit dari kerusi kayu
itu. Puan Farzana mengangguk. Direnung pula wajah anaknya “Adriana, ayah nak jumpa kamu lepas kamu dah
habis makan kat depan TV.”
Nur Adriana terasa kelu untuk menjawab. Ayah
nak apalagi ni?rengusnya dalam diam.
****
Nur
Adriana bersandar di sofa. Dia duduk bersebelahan dengan ayahnya. Muka ayahnya
jelas kelihatan tegang. Dia pulak jadi takut melihat ayahnya sebegitu.
TV
dibuka tanpa sesiapa yang melihatnya. Ayahnya merenung dia tajam. Dia pulak
yang termalu sendiri. Tak biasa ditenung sedalam itu. Apa yang ayahnya tension
kan sangat, dia pun tak tahulah.gumamnya.
Puan
Farzana bergerak ke dapur sambil membawa pinggan dan cawan kotor yang digunakan
sewaktu mereka bertiga makan tadi. Dia senang dengan apa yang dilalui sekarang.
Hatinya berasa lapang apabila anak tirinya sudi untuk membalas kata dengannya.
Tidak seperti dulu yang suka menengking apabila dia membalas kata.
Perbincangan
diantara Nur Adriana dan suaminya seboleh mungkin dia tidak mahu menganggu.
Biarlah mereka berdua menyelesaikan permasaah mereka tanpa melibatkan dia.
****
“Kepala
ayah agak berserabut sekarang. Macam-macam hal yang terjadi. Runsing ayah
dibuatnya.”keluh Ahmad Jamil perlahan. Dia meluahkan apa yang terbuku di
hatinya.
“Ayah…,”Nur
Adriana memegang lembut bahu ayahnya. “Ayah runsing pasal apa? Hmm? Adriana tak
nak ayah sakit disebabkan terlalu fikirkan masalah. Cuba cerita kat Adriana apa
yang berlaku sebenarnya? Kalau tak cerita takkan dapat selesaikan masalah.”tuturnya
lembut.
Ahmad
Jamil panggung kepala. Fikirannya kusut dengan masalah. Nur Adriana jadi pelik.
Dia menjatuhkan tangannya ke sisi. Ayah ni risaukan pasal apa? Dia pun jadi
takut tengok ayahnya begini.desisnya.
Nur
Adriana mengeluh. “Masalah akan dapat diselesaikan sekirannya kita mencari
jalan penyelesaian. Adriana sebagai anak ayah akan cuba tolong selesaikan
masalah ayah.”
Ahmad
Jamil angkat muka lalu direnung wajah anaknya. “Adriana, pihak TNB akan sampai
sekejap sahaja lagi. Ayah takde duit nak bayar semua tu. Nak harapkan duit ibu
kamu, tak cukup nak lunaskan tiga bulan bil elektrik dalam rumah ni. Ayah
tension sangat!”dia kembali panggung kepala. Mencari solution bukannya mudah.
Mana dia nak dapat duit sebanyak lima ratus ringgit? Gajinya sebagai iman di
masjid tidak cukup membiayai keperluan rumah.
Nur
Adriana menarik nafas. Ingatkan masalah apa yang teruk sangat tadi! “Ayah,
setakat bil rumah, insyallah Adriana akan bantu. Ala, bukannya banyak sangat
pun nak kena bayar.”
Puan
Farzana yang baru sahaja keluar dari dapur, membawa kain lap untuk membersihkan
meja. Telinganya yang dapat menangkap perbualan suami dan anak tirinya pantas
mencantas perbulan mereka berdua.
“Ibu
pun dah buntu macam mana nak tolong ayah kamu, Adriana. Hasil buat kuih talam
tu tak cukup nak bayar keperluan rumah.”katanya lembut.
Nur
Adriana mengangkat kening dan dikalihkan pandangannya kearah ibu tirinya. Dia
ingin membalas dengan ayat yang pedas, tapi dia tahu disebelahnya ada ayah yang
tidak tahu tentang keretakan hubungannya dengan ibu tirinya.
Puan
Farzana yang perasan riak wajah Nur Adriana sedikit tegang terus mengalihkan tumpuannya
kepada mengelap meja. Takut pulak tengok anak tirinya memberi reaksi sebegitu.
Baik dia jangan menyampuk perbualan mereka.
Usai
mengelap meja, dia terus masuk ke dapur. Peti ais dibuka. Nampknya dia kekurangan
bahan untuk memasak mala mini. Pada malam ini di surau, tempat suaminya menjadi
iman ada buat ceramah jadi dia diberi mandat untuk menyiapkan kuih-muih yang
telah ditempah oleh pihak surau.
Kuih
talam yang selalu dibuat tidak dapat buat hari ini. Pihak surau ingin dia
membuat kuih-muih yang lain daripada kuih talam. Dia bercadang ingin membuat
kuih karipap dan seri muka untuk pengunjung yang datang.
Masalahnya,
mana dia nak cekau duit untuk beli bahan untuk membuat dua jenis kuih-muih itu?
Manalah dia banyak duit nak beli bahan dalam kuantiti yang banyak? Sudahlah
ramai pengunjung datang memeriahkan masjid malam ini. Kalau tak siap, teruk dia
kena marah dengan pihak surau!
Disebalik
peti ais disebelah singki, dia mendengar penuh khusyuk apa yang suami dan anak
tirinya bualkan. Kelihatan Nur Adriana sedang sibuk mententeramkan suaminya.
“Kalau
itu yang ayah risaukan, ayah serah semuanya pada Adriana.”katanya dengan
bangga. “Adriana tahu macam mana nak selesaikan masalah ayah.”
Ahmad
Jamil terkejut! Dia memandang mata redup anaknya. Serasa tidak percaya dengan
apa yang anaknya katakan. “Adriana nak selesaikan masalah ayah? Cuba bagi tahu
ayah macam mana nak selesaikan masalah ini!”balasnya sambil berdiri tegak. “TNB
akan datang. Mana Adriana nak cari duit untuk bayar semua bil elektrik tu?Adriana
kata akan tolong bantu ayah bayar semua tu, tapi Adriana tak kerja macam mana
nak selesaikan semuanya?!!”sedikit marah suara ayahnya.
Nur
Adriana yang masih duduk lantas memegang tangan ayahnya. Dia seboleh mungkin
tidak mahu ayah menjauhkan diri darinya. Terkejut juga dia melihat kemarahan
ayahnya.
“Ayah,
sebenarnya Adriana dapat duit dari seseorang. Itu yang Dhia nak tolong ayah.”
Ahmad
Jamil merenungnya tajam. “Adriana dapat duit dari siapa?”
Nur
Adriana segera bangun. Tangannya mengenggam tangan ayah, erat. “Adriana dapat
duit sebab selamatkan seseorang, ayah.”
“Selamatkan
seseorang? Siapa ‘seseorang’ tu?”sinis nada suaranya.
“Kalau
ayah tengok kat TV10 hari tu, ada berita siarkan tentang kehilangan anak yang
berumur dua puluh enam tahun. Dan Adriana lah yang berjaya temui orang itu dan
mendapat habuan yang ditetapkan.”
Bulat
mata Ahmad Jamil mendengarnya. Dia memegang kedua-dua bahu anaknya. Nur Adriana
lega. Ayahnya tidak lagi menunjukkan sikap marah.
“Ayah
tak salah dengar kan?”Ahmad Jamil tersenyum. Berapa habuan yang diterima
anaknya dia tidak mahu mengambil kira. Asalkan bil elektrik dibayar dan mereka
sekeluarga dapat hidup dengan tenang.
“Betul.
Ayah memang tak salah dengar!”dia juga turut memegang kedua-dua bahu ayahnya.
Dia tergelak kecil.
Sementara
itu, di dapur Puan Farzana tersenyum girang melihat anak-beranak itu dalam
suasana kegembiraan. Alhamdulilah…bersyukur kepada Allah kerana sudi
mengembalikan keharmonian keluarga mereka.
Sekejap
lagi, dia akan meminta sejumlah wang dari anak tirinya untuk memberi
bahan-bahan untuk membuat kuih-muih. Ala…wang habuan yang diterima Nur Adriana
semestinya banyak. Lebih dari cukup
untuk membeli bahan-bahan membuat kuih.
Apabila
kakinya bergerak mahu melangkah ke ruang tamu, dia terdengar pintu diketuk dari
luar. Puan Farzana pantas melangkah membuka pintu tersebut.
Terkejut
mereka semua apabila melihat orang dihadapannya.
Nur
Adriana membulatkan mata. Terlopong mulutnya melihat insan yang berada di pintu
itu.
Kenapalah
dia mesti datang kembali?Hmm…
8 ulasan:
smbng lgi♥
insyallah dik..akk akn trus mnyambung sblum karya BSP ni tamat d blog
Salam. sapa yg dtg eh? cepat2 sambung yer dik. hehe.
hehe..nnt eya sambung ye kak Eifa..
tq sbb sdi komen..
Eya byk kali sasul nama dhia hbhahaha. Tu mesti madz kan nak keputusan. Sambung lg dek
hehe...asyik sasul nme Dhia aje..hehe
insyallah eya smbung lg..
Inche x-tunang yg dtg kut...
hehe...rsenya btul kot d dtg!! hehe
Catat Ulasan