Isnin, 1 April 2013

BAB 32 Berilah Sayang Peluang



Nur Adriana terjaga dari lena yang panjang. Agak lama dia tidur tanpa gangguan sesiapa yang berada di rumah ini. Dia tabik kepada ibu tiriya kerana memberinya peluang untuk tidur lebih lama.

Dalam beberapa hari ini, tidurnya tidak pernah lena. Asyik-asyik lenanya diganggu dengan bayangan seorang lelaki di dalam fikirannya. Siapakah lelaki itu? Dia pun tidak pasti. Lelaki di bayangannya agak samar-samar.

Adakah lelaki di dalam bayangannya ialah Zeril Iskandar? Jika benar, kenapa lelaki itu muncul di mimpinya?

Nur Adriana tidak terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sebaliknya dia keluar untuk meminum segelas air. Tekaknya rasa dahaga. Sejak balik dari hospital tadi, dia langsung tidak meneguk sebarang minuman untuk menghilangkan dahaga.

Baru sahaja di membuka sedikit pintu, wajah ibu tirinya tersembul di muka pintu. Terperanjat besar dia. Mujur dia tidak cepat melatah. Dadanya diurut perlahan.

“Kau ni kenapa berdiri depan pintu ni? Dah takde kerja lain nak buat?”sindirnya dengan nada kasar. Bengang betul ada orang berdiri depan bilik dia tanpa memberi salam.

“Maafkan ibu, Adriana. Ibu salah sebab tak ketuk pintu dulu. Ibu sebenarnya nak ajak Adriana turun makan. Ayah tunggu kat bawah tu.”pelawa Puan Farzana lembut. Anak tiriya ada memberitahu pagi tadi jangan ketuk pintu bilik masa anaknya sedang enak dibuai mimpi dan dia patuhi arahan itu.

Nur Adriana mengeluh. “Ayah ada kat bawah?”katanya perlahan. Mesti ayah akan tanya dia pergi mana semalam? Takkan nak jawab dia temankan Zeril Iskandar kat hospital? Eeii..simpang malaikat empat puluh empat dia nak jawab macam itu.

“Jomlah. Kita makan sama-sama.”Puan Farzana menarik lembut tangan anak tirinya. Sesungguhnya, dia ingin berbaik semula dengan Nur Adriana. Kesian dia tiada peluang untuk berkasih sayang dengan ibu kandungnya. Dia sebagai ibu tiri akan menggalas tanggunjawab sebagai ibu kepada Nur Adriana dengan penuh kasih sayang.

Nur Adriana rimas ditarik begitu namun dalam hati dia suka dengan perubahan yang ditonjolkan ibu tirinya. Ini baru ibu yang baik! Bukan macam dulu. Keras kepala dan suka cakap lepas!

“Kau janganlah tarik tangan aku kuat sangat!”dia meleraikan pegangan itu tetapi pantas ditangkap Puan Farzana.

“Ala, Adriana ni…ibu tak tarik kuat sangatlah. Ibu tarik lembut kan?”

Nur Adriana angkat kening. ‘Lain betul gaya percakapan dia kat aku.Best lah pulak!’detiknya dalam hati.

Sampai sahaja di tangga yang terakhir, kakinya kaku tidak bergerak. Puan Farzana berlari anak membukakan kerusi untuknya. Dia terpana.  Banyaknya lauk hari ni!

“Duduk sini, Adriana.”ajak Puan Farzana mesra.

Nur Adriana akur. Kakinya mula bergerak ke tempat yang ibu tirinya sediakan. Dia duduk sambil mempamerkan senyuman kepada ayah yang sedang asyik menikmati makanannya tetapi dibalas hambar.

“Ayah, sorry sebab Adriana tak bagi tahu yang Adriana keluar semalam.”katanya perlahan. Apabila dia melihat wajah ayah yang agak tegang itu, dia rasa takut. Ayah marah pada dia ke?katanya dalam hati.

Ahmad Jamil menghentikan suapannya kemudian merenung dalam wajah anaknya. “Kamu tahu tak sepanjang malam ayah risaukan kamu? Kamu pergi mana? Nak kata kamu jumpa Adibah dengan Noreen, ayah dah pergi rumah dia. Kereta kamu kat situ langsung ayah tak jumpa.”sedikit marah nada suara Ahmad Jamil. Dia sedih apabila anaknya keluar tanpa memberitahu dia.

Nur Adriana terdiam membisu. Nasi yang sudah terisi di pinggan ditenung lama. Hilang seleranya untuk makan bersama ayah dan ibu tirinya.

“Adriana bukan saja-saja nak keluar, ayah. Adriana sebenarnya keluar mencari angin. Lama tak keluar jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Maaflah sebab buat ayah susah hati.”dia memusingkan jari jemarinya di sekeling pinggan berwarna putih itu, menghilangkan rasa gelisah dihati kerana terpaksa menipu ayahnya.

Ahmad Jamil menghela nafas panjang. Puan Farzana mengambil peluang menyentuh lengan suaminya. “Dahlah tu, bang. Kat depan rezeki tak elok nak marah-marah.”tegur Puan Farzana. Hari ini dia sengaja masak banyak lauk untuk memikat sang suami yang sejak kebelakangan ini tidak berselera untuk menjamu selera.

“Hmm…”hanya itu yang disebut Ahmad Jamil. Dia kembali menyuap nasi di mulutnya. Adakah dia terlalu emosional?

“Ayah marahkan Dhia lagi ke?”katanya dengan suara sebak.

“Hmm…takdelah. Mana ayah marah. Kamu makanlah. Ayah tengok badan kamu dah makin susut sebab tak makan banyak. Ibu dah masak banyak-banyak ni, makanlah sampai kenyang.”dalam dia beremosi, kesihatan anaknya tetap diutamakan.

Nur Adriana lega. Ayah dah tak marah lagi! Dia mula mengambil lauk-lauk yang dirasakan boleh masuk ke tekak. Kecur air liurnya melihat lauk-lauk yang terhidang. Pandai ibu tirinya mengambil hati ayahnya.

‘Erk? Aku puji dia ke?’katanya dalam hati. Ini kali pertama dia memuji wanita berusia itu.

“Makan, Adriana.”pelawa Puan Farzana. “Makan banyak-banyak tau.”katanya dengan gembira. Dia suka apabila orang  makan masakannya.

Nur Adriana membalas pelawaan itu dengan senyuman. Dia mula membaca doa makan dan terus menikmatinya hingga je suapan terakhir.

Ahmad Jamil sudah selesai makan. Air basuh tangan yang disediakan isterinya dicucui sehingga bersih.

“Abang nak tengok TV kejap.”katanya kepada isteri setelah bangkit dari kerusi kayu itu. Puan Farzana mengangguk. Direnung pula wajah anaknya  “Adriana, ayah nak jumpa kamu lepas kamu dah habis makan kat depan TV.”

 Nur Adriana terasa kelu untuk menjawab. Ayah nak apalagi ni?rengusnya dalam diam.

****

Nur Adriana bersandar di sofa. Dia duduk bersebelahan dengan ayahnya. Muka ayahnya jelas kelihatan tegang. Dia pulak jadi takut melihat ayahnya sebegitu.

TV dibuka tanpa sesiapa yang melihatnya. Ayahnya merenung dia tajam. Dia pulak yang termalu sendiri. Tak biasa ditenung sedalam itu. Apa yang ayahnya tension kan sangat, dia pun tak tahulah.gumamnya.

Puan Farzana bergerak ke dapur sambil membawa pinggan dan cawan kotor yang digunakan sewaktu mereka bertiga makan tadi. Dia senang dengan apa yang dilalui sekarang. Hatinya berasa lapang apabila anak tirinya sudi untuk membalas kata dengannya. Tidak seperti dulu yang suka menengking apabila dia membalas kata.

Perbincangan diantara Nur Adriana dan suaminya seboleh mungkin dia tidak mahu menganggu. Biarlah mereka berdua menyelesaikan permasaah mereka tanpa melibatkan dia.

****

“Kepala ayah agak berserabut sekarang. Macam-macam hal yang terjadi. Runsing ayah dibuatnya.”keluh Ahmad Jamil perlahan. Dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Ayah…,”Nur Adriana memegang lembut bahu ayahnya. “Ayah runsing pasal apa? Hmm? Adriana tak nak ayah sakit disebabkan terlalu fikirkan masalah. Cuba cerita kat Adriana apa yang berlaku sebenarnya? Kalau tak cerita takkan dapat selesaikan masalah.”tuturnya lembut.

Ahmad Jamil panggung kepala. Fikirannya kusut dengan masalah. Nur Adriana jadi pelik. Dia menjatuhkan tangannya ke sisi. Ayah ni risaukan pasal apa? Dia pun jadi takut tengok ayahnya begini.desisnya.

Nur Adriana mengeluh. “Masalah akan dapat diselesaikan sekirannya kita mencari jalan penyelesaian. Adriana sebagai anak ayah akan cuba tolong selesaikan masalah ayah.”

Ahmad Jamil angkat muka lalu direnung wajah anaknya. “Adriana, pihak TNB akan sampai sekejap sahaja lagi. Ayah takde duit nak bayar semua tu. Nak harapkan duit ibu kamu, tak cukup nak lunaskan tiga bulan bil elektrik dalam rumah ni. Ayah tension sangat!”dia kembali panggung kepala. Mencari solution bukannya mudah. Mana dia nak dapat duit sebanyak lima ratus ringgit? Gajinya sebagai iman di masjid tidak cukup membiayai keperluan rumah.

Nur Adriana menarik nafas. Ingatkan masalah apa yang teruk sangat tadi! “Ayah, setakat bil rumah, insyallah Adriana akan bantu. Ala, bukannya banyak sangat pun nak kena bayar.”

Puan Farzana yang baru sahaja keluar dari dapur, membawa kain lap untuk membersihkan meja. Telinganya yang dapat menangkap perbualan suami dan anak tirinya pantas mencantas perbulan mereka berdua.

“Ibu pun dah buntu macam mana nak tolong ayah kamu, Adriana. Hasil buat kuih talam tu tak cukup nak bayar keperluan rumah.”katanya lembut.

Nur Adriana mengangkat kening dan dikalihkan pandangannya kearah ibu tirinya. Dia ingin membalas dengan ayat yang pedas, tapi dia tahu disebelahnya ada ayah yang tidak tahu tentang keretakan hubungannya dengan ibu tirinya.

‘Sibuk aje menyampuk. Lesing karang!’ngomelnya dalam hati.

Puan Farzana yang perasan riak wajah Nur Adriana sedikit tegang terus mengalihkan tumpuannya kepada mengelap meja. Takut pulak tengok anak tirinya memberi reaksi sebegitu. Baik dia jangan menyampuk perbualan mereka.

Usai mengelap meja, dia terus masuk ke dapur. Peti ais dibuka. Nampknya dia kekurangan bahan untuk memasak mala mini. Pada malam ini di surau, tempat suaminya menjadi iman ada buat ceramah jadi dia diberi mandat untuk menyiapkan kuih-muih yang telah ditempah oleh pihak surau.

Kuih talam yang selalu dibuat tidak dapat buat hari ini. Pihak surau ingin dia membuat kuih-muih yang lain daripada kuih talam. Dia bercadang ingin membuat kuih karipap dan seri muka untuk pengunjung yang datang.

Masalahnya, mana dia nak cekau duit untuk beli bahan untuk membuat dua jenis kuih-muih itu? Manalah dia banyak duit nak beli bahan dalam kuantiti yang banyak? Sudahlah ramai pengunjung datang memeriahkan masjid malam ini. Kalau tak siap, teruk dia kena marah dengan pihak surau!

Disebalik peti ais disebelah singki, dia mendengar penuh khusyuk apa yang suami dan anak tirinya bualkan. Kelihatan Nur Adriana sedang sibuk mententeramkan suaminya.

“Kalau itu yang ayah risaukan, ayah serah semuanya pada Adriana.”katanya dengan bangga. “Adriana tahu macam mana nak selesaikan masalah ayah.”

Ahmad Jamil terkejut! Dia memandang mata redup anaknya. Serasa tidak percaya dengan apa yang anaknya katakan. “Adriana nak selesaikan masalah ayah? Cuba bagi tahu ayah macam mana nak selesaikan masalah ini!”balasnya sambil berdiri tegak. “TNB akan datang. Mana Adriana nak cari duit untuk bayar semua bil elektrik tu?Adriana kata akan tolong bantu ayah bayar semua tu, tapi Adriana tak kerja macam mana nak selesaikan semuanya?!!”sedikit marah suara ayahnya.

Nur Adriana yang masih duduk lantas memegang tangan ayahnya. Dia seboleh mungkin tidak mahu ayah menjauhkan diri darinya. Terkejut juga dia melihat kemarahan ayahnya.

“Ayah, sebenarnya Adriana dapat duit dari seseorang. Itu yang Dhia nak tolong ayah.”

Ahmad Jamil merenungnya tajam. “Adriana dapat duit dari siapa?”

Nur Adriana segera bangun. Tangannya mengenggam tangan ayah, erat. “Adriana dapat duit sebab selamatkan seseorang, ayah.”

“Selamatkan seseorang? Siapa ‘seseorang’ tu?”sinis nada suaranya.

“Kalau ayah tengok kat TV10 hari tu, ada berita siarkan tentang kehilangan anak yang berumur dua puluh enam tahun. Dan Adriana lah yang berjaya temui orang itu dan mendapat habuan yang ditetapkan.”

Bulat mata Ahmad Jamil mendengarnya. Dia memegang kedua-dua bahu anaknya. Nur Adriana lega. Ayahnya tidak lagi menunjukkan sikap marah.

“Ayah tak salah dengar kan?”Ahmad Jamil tersenyum. Berapa habuan yang diterima anaknya dia tidak mahu mengambil kira. Asalkan bil elektrik dibayar dan mereka sekeluarga dapat hidup dengan tenang.

“Betul. Ayah memang tak salah dengar!”dia juga turut memegang kedua-dua bahu ayahnya. Dia tergelak kecil.

Sementara itu, di dapur Puan Farzana tersenyum girang melihat anak-beranak itu dalam suasana kegembiraan. Alhamdulilah…bersyukur kepada Allah kerana sudi mengembalikan keharmonian keluarga mereka.

Sekejap lagi, dia akan meminta sejumlah wang dari anak tirinya untuk memberi bahan-bahan untuk membuat kuih-muih. Ala…wang habuan yang diterima Nur Adriana semestinya banyak.  Lebih dari cukup untuk membeli bahan-bahan membuat kuih.

Apabila kakinya bergerak mahu melangkah ke ruang tamu, dia terdengar pintu diketuk dari luar. Puan Farzana pantas melangkah membuka pintu tersebut.

Terkejut mereka semua apabila melihat orang dihadapannya.

Nur Adriana membulatkan mata. Terlopong mulutnya melihat insan yang berada di pintu itu.

Kenapalah dia mesti datang kembali?Hmm…

8 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

smbng lgi♥

Unknown berkata...

insyallah dik..akk akn trus mnyambung sblum karya BSP ni tamat d blog

eifa berkata...

Salam. sapa yg dtg eh? cepat2 sambung yer dik. hehe.

Unknown berkata...

hehe..nnt eya sambung ye kak Eifa..
tq sbb sdi komen..

lee jee joong berkata...

Eya byk kali sasul nama dhia hbhahaha. Tu mesti madz kan nak keputusan. Sambung lg dek

Unknown berkata...

hehe...asyik sasul nme Dhia aje..hehe
insyallah eya smbung lg..

onnie areyou berkata...

Inche x-tunang yg dtg kut...

Unknown berkata...

hehe...rsenya btul kot d dtg!! hehe