Mendung yang berarak mungkin bakal menerbitkan hujan lebat
sebentar lagi. Baru nak menjengah masuk ke waktu tengah hari, dah nak hujan.
Kuasa Allah…siapa yang boleh menghalang daripada menurunkan
hujan…
“Abang, dari pagi tadi tengok TV. Muka sayang abang langsung
tak nak tengok.”rungutnya. Dia duduk disebelah suaminya. Dilihat suaminya tidak
memandang langsung dirinya sejak dari pagi tadi.
Mohd Haffizat berdebar. Matanya menjeling wajah isteri
tersayang sebelum menumpukan perhatian kepada rancangan TV. Benar, dia memang
sukar untuk melihat wajah isterinya ketika ini. Bila sahaja terpandang wajah
isterinya, dia terasa ingin menangis. Wajah isterinya sudah bertukar kepada
yang lebih muram.
“Abang ni kenapa? Pandanglah sayang…”rengek Aimi Husna. Dia
betul-betul berharap suaminya akan memandang dirinya namun dia hampa, suaminya
bertambah giat menonton TV. Dia mendengus keras.
“Dahlah kalau tak nak pandang muka sayang. Sayang nak masak
dulu. Tengah hari abang dah nak gerak balik rumah.”sinis suaranya.
Mohd Haffizat terkedu. Dia segera menarik tangan isterinya
namun pantas ditolak isterinya. Mujur tangan yang ditepis isterinya tidak
membuatkan dia jatuh tersungkur menyembah bumi. Kalau tidak, masuk hospitallah
jawabnya hari ini.
“Sayang, tak nak temankan abang ke?”lembut nada yang
dilontarkan Mohd Haffizzat bagi memujuk isterinya.
“Takpelah. Abang teruskan tengok TV kegemaran abang tu.
Sayang nak masak sebelum abang balik.”sinis kata-katanya sebelum dia berlalu
masuk ke dapur.
Terdiam Mohd Haffizat dibuatnya. Dia menonton TV dengan
perasaan bersalah.
Aimi Husna berdiri didepan singki sambil matanya berair
keluar. Diketap bibirnya rapat-rapat agar esakannya tidak terdorong keluar.
Tangannya memegang kukuh singki didepannya. Namun, airmata bukan mudah untuk
pendam. Tiba masa dia akan keluar juga.
Nampaknya dia kalah dalam memendam tangisannya. Airmatanya
meluru keluar tanpa ditahan. Sedihnya masya Allah! Kenapa jiwa aku tak tenang
sekarang ni?dia mememgang dadanya yang agak berdebar itu.
Diperhatikan jam didinding dapur. Hampir pukul 12 tengah
hari. Lagi satu jam 45 minit lagi. Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini…bisiknya
dalam hati.
Hari ini dia mahu masak makanan kegemaran suaminya, asam
pedas ikan sembilang dan kangkung masak belacan. Walaupun dia tidak sepakar
chef terkenal, tapi dia tetap mencuba untuk memuaskan selera suaminya.
Selang sejam kemudian, setelah menanak nasi dan memasak
lauk-pauk, dia membawa satu persatu hasil tangannya ke meja ruang tamu yang
berbentuk empat segi itu.
“Abang…makanlah. Sayang dah siap masak.”ujar Aimi Husna
tanpa berpaling sedikit pun kearah suaminya yang masih lagi setia di depan TV.
“Abang tak nak makan!”rengus Mohd Haffizat tanpa
mempedulikan perasaan isterinya.
Terkaku Aimi Husna ditepi meja. “Abang kenapa ni? Sayang
ajak elok-elok kan?”dia mula panas membahang dengan tingkah suaminya yang
berada diluar sedar. Dah nak balik pun buat perangai. Huh!
“Abang tak nak makan, abang tak nak makan!! Sayang makanlah
sorang-sorang. Biarlah abang perut kosong kat sini.”tegas kata-kata suaminya.
Aimi Husna menarik nafas lalu dihembuskan perlahan-lahan.
Dia menghampiri suaminya yang sedang ‘berangin’ itu dan memaut tubuh suaminya.
“Abang? What’s wrong with you? Sayang cakap baik-baik
kan?”Aimi Husna cuba berlembut dengan suaminya namun suaminya pantas menepis
pantas.
Mohd Haffizat memandang tajam wajah isterinya. “Baru sayang
nak bercakap dengan penuh kasih sayang kat abang? Dah berapa hari sayang buat
abang macam tu. Bila abang cakap, sayang jawab acuh tak acuh. Abang kat sini
bukannya lama lagi pun tau. Lagi berapa jam aje lagi doktor tu nak sampai ambik
abang. So, jangan bagi abang pergi dengan keadaan berduka.”panjang lebar
bebelan suaminya.
Aimi Husna terkedu sekaligus mengucap panjang dengan apa
yang dikatakan suaminya.
“Maafkan sayang, abang. Sayang tak bermaksud nak lukakan
hati abang.”
“Sayang dah banyak kali ungkapkan kata maaf tapi tetap buat
perkara yang sama jugak. Kalau abang mendiamkan mulut sepanjang hari ini, mesti
sayang bengang jugak kan?”jantungnya turun naik menahan marah.
Aimi Husna terduduk di sebelah kerusi roda suaminya. “Abang,
janganlah menghukum sayang. Sayang tahu sayang dah banyak buat hati abang kesal
dengan sikap sayang. Sayang buat macam tu sebenarnya nak dapat perhatian abang
sebelum abang balik rumah.”
“Sayang…please don’t be fool.”Aimi Husna terpaku. “Nak dapat
perhatian dari abang sekalipun, takkan sampai nak buat muka monyok macam tu?
Cubalah ceria sikit. Sayang pergi aje kat abang, abang akan ikhlaskan hati
abang menyentuh sayang dengan seikhlas hati. Abang tak marah pun.”sambungnya
lagi.
Aimi Husna terdiam seketika sambil tangannya bermain-main
dengan baju suaminya.
“Jadi, bagilah abang peluang nak tengok wajah ceria sayang
sebelum abang balik.”
Aimi Husna tersenyum simpul. Baru dia tahu kehendak suaminya
yang inginkan dia ceria dan gembira.
“Haa…kan sayang abang ni gembira. Barulah abang suka dan
bertambah sayang.”dia mencuit dagu isterinya yang agak runcing itu.
“Abang ni pandai mengayat!”muncung bibirnya. “Jangan guna
sayang-sayang kat orang lain. Kalau sayang tahu, sayang tak nak kawan abang.”
“Siapa nak kawan dengan sayang? Sayang bukan kawan abang.
Sayang isteri abang.”tekan Mohd Haffizat perkataan isteri itu.
Aimi Husna malu-malu kucing. “Abang ni, suka nakal dengan
sayang. Ada aje ayat yang sayang tak dapat jawab kata-kata abang tu.”
“Haa…kan abang bekas pensyarah. Memang sayang tak dapatlah
nak jawab kata-kata abang.”dia tergelak kecil. “Sayang, jom makan. Nak zohor
tu. Kejap lagi abang dah nak balik.”
Aimi Husna terus terdiam membisu apabila suaminya
mengungkapkan perkataan balik.
“Sayang, bila abang balik nanti abang harap hubungan kita ni
kekal sampai bila-bila. Janji dengan abang yang sayang akan setia dengan abang.
Tiada orang yang dapat memisahkan kita kecuali Allah. Hanya dia yag berkuasa
menentukan takdir kita dimasa hadapan.”janjinya.
Aimi Husna mengangguk. Dia meramas tangan suaminya. “Abang
tak perlu berjanji apa-apa. Sayang tak suka perkataan janji tu.”dia mengeleng
tanda tidak suka.
“Yelah…yelah. Abang janji takkan ungkap perkataan janji tu.”
Aimi Husna tersenyum. “Abang, kita makan sama-sama. Perut
abang mesti dah lapar kan? Sayang masak makanan kegemaran abang tau.”dia
berubah teruja. “Abang wajib makan sebelum abang balik.”
“Kegemaran abang? Lauk apa?”suaminya pula yang teruja.
“Masak asam pedas ikan sembilang dan kangkung masak belacan.
Pasti terangkat punya.”Aimi Husna menunjukkan tanda bagus.
“Wow! Abang suka dua lauk tu. Ini yang buat abang nak bawak
dua lauk ni balik rumah ibu mertua sayang ni.”dia tersengih.
“Abang jangan memandai. Karang tak pasal-pasal ibu abang
rasa pelik pulak ada tupperware kat abang.”
“Ala, bukannya ibu tahu itu tupperware sayang. Nanti kejap
lagi sayang bagi sebelum abang balik ye. Abang balik aje rumah, abang nak makan
masakan sayang dulu. Masakan ibu abang, abang tolak ke tepi dulu.”dia ketawa
mengekeh.
“Fuhyoo…pentingnya masakan sayang ni. Ini yang sayang
bertambah-tambah sayang ni.”dia pun turut ketawa sama.
“Lepas ni kita sembahyang sama-sama ye? Sayang dah kemaskan
beg abang pagi tadi kan?Nanti doktor tak adalah tunggu lama-lama.”dia menyuap
nasi dan lauk pauk yang dimasak isterinya ke dalam mulutnya.
“Dah…”suaranya berubah menjadi kendur.
Mohd Haffizat yang menunduk sedikit ketika makan merenung
tajam kearah isterinya. Diambil tangan kirinya dan menghentak sedikit di tepi
pinggan isterinya.
Aimi Husna tersentak. “Abang ni, sayang tengah sedap makan
tau. Janganlah buat macam tu.”
“Haa..siapa suruh buat suara tak ceria? Abang kan dah kata,
dengan abang mesti ceria.”
“Okey…okey. Sayang ceria okey?”dia melebarkan senyumannya
sampai ke telinga. Baru puas hati dia dapat kenakan suaminya. Eeii..geram betul
dengan suaminya yang cakap pasal balk, balik dan balik! Sabar ajelah wahai
hati…
Mohd Haffizat terasa ingin tersedak. Kelakar betul dia
melihat raut wajah isterinya yang sebegitu.
“Sayang makanlah cepat. Dah azan zohor ni.”dia kembali
mengunyah makanan didalam mulutnya.
“Mana boleh makan cepat-cepat! Tercekik nanti.”dia tampar
tangan suaminya lembut.
“Ada aje nak menjawabnya…”kata Mohd Haffizat sinis. Dia
makan semula.
Mereka berdua meneruskan makan tanpa sebarang bualan.
Sedang suaminya menikmati makanannya, pandangan Aimi Husna
tertoleh ke arahnya. Seketika, dia sempat merenung jam dinding.
Masa semakin terhad…argh, hati. Tenangkanlah hatiku ini…
*****
Tepat jam satu empat puluh lima minit tengah hari, beg
pakaian suaminya sudah tersedia di sofa ruang tamu. Selesai dia solat berjemaah
bersama suami tercinta, dia terus mengemas barang-barang keperluan suaminya.
Semasa suaminya duduk diatas, dia sempat mengambil hadiah
yang berisi perakam suara di laci berdekatan TV. Mujur suaminya tidak nampak
hadiah yang bakal diberikan kepada lelaki itu. Kalau tidak, hilanglah susprise!
“Sayang dah ke belum?”jerit Mohd Haffizat dari atas. Dia
mahu turun ke bawah. Pakaian yang telah digosok dengan rapi oleh isterinya
sudah siap dipakai.
Aimi Husna terkejut. Pantas dia menyorokkan hadiah yang
dibeli semalam di dalam beg suaminya.
“Sekejap bang. Lepas ni sayang naik atas.”balasnya sambil
menjerit sedikit. Mungkin suaminya menyuruh dia memapah lelaki itu turun ke
bawah.
Kebiasaannya, dia akan membawa kerusi roda milik suaminya
sebelum dia memapah suaminya turun ke ruang tamu. Hari ini hari terakhir dia
memapah suaminya. Kenangan bersama suaminya akan tersemat kukuh di sanubari.
Tatkala Aimi Husna sudah sampai dibiliknya, suaminya
bertanya. “Sayang, doktor tu dah sampai ke belum?”
Aimi Husna pantas menggeleng. “Belum lagi, bang. Kejap lagi
sampailah tu. Abang dah tak sabar nak balik ke?”tanya dia dengan suara yang
perlahan. Ada sedikit sebak dihatinya bila bibirnya menyebut perkataan balik.
Mohd Haffizat mengeleng. “Tak adalah. Ikutkan hati abang,
abang tak nak balik kat rumah asal abang tu. Tapi sebab abang kena tunjukkan
muka abang kat parents abang, abang terpaksa balik.”
Aimi Husna gembira mendengarnya. Dia faham suaminya memang
berat hati mahu melepaskan dirinya keseorangan dirumah ini. Suaminya diangkat
lalu diletakkan dengan cermat diatas katil. Kerusi roda kepunyaan suaminya
perlu diturunkan dulu.
Tidak semena-mena, rumah teres dua tingkat ini bergema
dengan suara nyaring yang pada penilaiannya adalah seorang lelaki.
Takkanlah doktor itu kut?desisnya.
Dada Aimi Husna berdegup kencang daripada kebiasannya.
“Sayang, abang rasa doktor lelaki yang rawat abang dah sampailah…”suara
suaminya berubah kendur.
“Sayang pun rasa macam tu jugak.”menggeletar bibirnya
menjawab.
“Sayang turunkan kerusi roda ni dulu ye. Nanti sayang papah
abang pulak.”katanya dengan bibir yang masih menggeletar. Segera dia turun
membawa kerusi roda suaminya turun ke bawah.
Tatkala kerusi roda suaminya sudah menjejakkan ke lantai,
dia bergegas pula ke pintu depan rumah. Memang sah, memang tepat! Seorang
doktor lelaki yang datang lengkap berjubah putih disertai dengan stetoskop. Dia
terpaku memandang lelaki itu. Tampak hensem dan bergaya walaupun sekadar
berjubah putih.
“Doktor yang merawat suami saya kan?”tanya sekadar ingin
tahu.
“Benar, saya doktor kepada Mohd Haffizat. Saya nak ambik dia
bawa balik ke rumah.”balas doktor lelaki itu.
Dalam diam, Aimi Husna terpukau dengan kata-kata doktor
lelaki itu yang bergaya dalam pakaian dan percakapan.
Bertahan Aimi…bertahan Aimi…ingat kau dah ada status
isteri.bisiknya dalam hati.
“Sebelum tu, nama doktor siapa?”
“Oh, lupa pulak nak kenalkan diri. Saya, Doktor Akil
Qayyum.”lelaki itu menghulurkan tangan tanda perkenalan namun Aimi Husna hanya
tersenyum.
“Saya, Aimi Husna. Isteri Mohd Haffizat.”mereka berdua
tersenyum bersama.
“Sayang, kenapa lama sangat kat bawah tu?”jerit suaminya
dengan tiba-tiba.
“Kejap, bang.”dia mula gelabah.
Aimi Husna segera mengambil beg kepunyaan suaminya lalu
diserahkan kepada doktor lelaki itu. “Doktor masukkan ni dalam kereta dulu.
Saya ambik suami saya kat atas kejap.”
Doktor Aqil Qayyum hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
Tanpa menunggu sesaat pun, dia membawa beg kepunyaan pesakitnya masuk ke dalam
kereta Honda Civicnya.
Aimi Husna segera berlari naik ke atas. Agak sakit kakinya
kerana menghentak kuat diatas tangga menuju ke biliknya.
Sampai sahaja dibilik, suaminya duduk menopang dagu diatas
katil. Dia tersenyum nipis.
“Abang, kita turun ye. Doktor dah sampai tu.”arah Aimi Husna
tergesa-gesa.
“Hmm…”itu sahaja balasan jawapannya.
Aimi Husna memaut rapat kedua-dua bahu suaminya seerat
mungkin. Dia perlahan-lahan membawa suaminya turun meniti tangga.
*******
Mohd Haffizat merenung isterinya lama tanpa berkelip. Aimi
Husna turut berpandangan sama seperti suaminya. Rasanya mereka berdua tidak
mampu untuk berpisah namun takdir sudah menentukan, mereka harus akur.
Doktor Aqil Qayyum hanya duduk didalam kereta. Dia tidak
mahu mencampuri urusan rumahtangga mereka berdua. Biarlah mereka ‘berpisah’
tanpa diganggu atau dikacau pihak lain.
“Abang, kalau dah balik tu, jangan lupakan sayang walaupun
sesaat.”dia mengusap pipi suaminya.
“Abang akan tetap ingat sayang. Sayang tu yang abang
risaukan. Jangan rapat dengan mana-mana lelaki yang lebih kacak dari abang.
Abang merajuk nanti.”
“Sayang akan setia dengan abang aje. Abang suami sayang dan
sayang isteri abang.”hatinya mula rasa sebak.
“Perpisahan ini hanyalah sementara. Insyallah, ada masa
abang akan jumpa sayang jugak.”
“Janji?”Aimi Husna menunjukkan jari kelingkingnya ke
suaminya.
“Janji…”dia menyambungkan jari kelingkingnya ke jari isteri.
Mata Aimi Husna sudah memerah. “Sebelum abang pergi, sayang
nak hadiahkan sesuatu untuk abang.”
Mohd Haffizat mengerutkan dahi. “Hadiah? Hadiah apa sayang?”
“Kat
belakang badan sayang ni ada hadiah yang sayang nak bagi kat bang. Abang pilih
yang kiri ke yang kanan?”teka Aimi Husna dengan sengihan.
“ Waktu abang nak balik ni sayang nak main-main pulak.
Kenapa tak nak bagi terus?”
“Abang ni, sayang nak bergurau senda dengan abang pun tak
boleh ke?”muncung mulut Aimi Husna.
“Betul ni nak pilih kiri?”
“Betul…”Mohd Haffizat tersenyum. Dia tidak sabar menanti
hadiah yang akan diberikan isterinya. Inilah kali pertama dia mendapat hadiah
dari isteri tersayang.
Aimi Husna mengepal tangan kirinya yang kosong itu lalu
dihulurkan kepada suaminya. “Tara…ini hadiah untuk abang.”dia ketawa manja.
“Aik? Kosong aje? Abang ingatkan sayang betul-betul nak bagi
hadiah kat abang. Sayang tipulah.”
“Sayang bukan tipu abanglah.”rungut Aimi Husna.
“Habis tu, tangan sayang tak ada hadiah pun. Baik sayang
bagi diri sayang aje kat abang.”Mohd Haffizat mengusik isterinya.
Merah muka Aimi Husna menahan malu. “Abang ni nakallah.”dia
menepuk lembut bahu suaminya. “Sayang tak tipu abang. Hadiah yang sayang nak
bagi kata bang sebenarnya adalah…,”dia mengetap bibir sebelum dia dengan
beraninya mengucup pipi lelaki itu, lama.
Mohd Haffizat terpana.
“Inilah hadiah sayang untuk abang.”dia menitiskan airmata.
Mohd Haffizat mengetap bibir. Terharu isterinya menangis didepannya.
“Sayang ada satu lagi hadiah, tapi sayang letak kat dalam beg
abang.”ujarnya. “Hadiah
lagi?”Mohd Haffizat berkerut dahi. “ Nanti abang bukak bila dah sampai rumah
ye.”Mata Mohd Haffizat pun turut memerah. Sedih hatinya tatkala melihat
isterinya menangis.
Aimi Husna menghentikan suaminya didepan kereta Honda Civic
itu.
Dilihat doktor lelaki yang setia menanti kedatangan suaminya
sudah keluar dari kereta. Pintu kereta penumpang dibuka luas. Memberi peluang
kepada pesakitnya untuk masuk ke dalam.
“Sayang, abang nak pergi dah. Sayang jaga diri elok-elok.”
Aimi Husna mengangguk pantas. “Insyallah…”suaminya mengesat
airmatanya yang kian membanjiri pakaiannya. Dia mengetap bibir.
Setelah doktor lelaki itu membawa suaminya masuk ke dalam,
airmatanya makin mengalir deras. Tak sanggup membiarkan suaminya pergi dari
sisinya.
Pintu kereta telah ditutup. Kerusi roda telah dimasukkan
doktor lelaki itu ke bonet belakang kereta.
“Selamat tinggal, sayang…”Mohd Haffizat membuka tingkap sisi
kereta. Tangannya melambai-lambai isteri tersayang.
“Selamat tinggal, abang…”dia sempat memaut erat tangan
suaminya.
Kereta mula berbunyi. Aimi Husna berdebar. Dia tahu apa
maksud kereta berbunyi itu. Itu tandanya kereta akan bergerak. Serasa tangannya
tidak mahu dilepaskan di tangan suaminya. Dalam keterpaksaan, dia melepaskan
tangan suaminya. Doktor lelaki itu sempat melambai dari tempat duduk hadapan.
Tanpa menunggu lagi, kereta itu terus meninggalkan rumah
teresnya. Dia jatuh terjelepok diatas simen itu. Tangisannya menderu-deru.
Teringat bait-bait lagu yang dinyanyikan untuk suaminya didalam kereta.
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
“Abang, selamat tinggal….”katanya lirih.
2 ulasan:
kesiannya kat lepa.. smbng lagi
best♥
kesian kan dik?
nnt akk smbung lg..insyallah ;)
Catat Ulasan