Isnin, 18 November 2013

BAB 2 JANGAN TINGGALKAN AKU


Saat lafaz cerai diucapkan, Kyra menangis tak henti-henti. Khuzairi yang berdiri tegak di sebelahnya hanya mencemikkan bibir.
“ Tolonglah jangan nak menangis depan aku. Dah terang lagi bersuluh memang salah kau. Kau tak payahlah nak buat muka sedih kat sini.” Memang kasar tutur kata Khuzairi ketika ini. Kata ganti nama pun sudah bertukar kasar. Makin sedih Kyra mendengarnya. Rambut yang ditarik kasar oleh suaminya tadi dirapikan semula.
“ Abang, Kyra minta abang tarik balik penceraian tu. Kyra nak bersama abang semula.” lirih Kyra mengucapkan ayat itu. Penuh kesungguhan dia memohon agar bekas suaminya menarik balik kata-kata cerai yang tidak sampai setengah jam diucapkan.
“ Apa kau cakap? Nak suruh aku hidup bersama dengan kau semula? Kau dah lenyapkan anak aku lepas tu kau senang-senang aje nak aku hidup balik dengan kau. Jangan harap, Kyra! Bukan semudah itu akan kembali pada kau. Kau memang isteri yang tak guna. Sudah lama aku nasihatkan kau jangan pergi urut rumah orang, kau degil! Tengok sekarang apa dah jadi? Anak aku dah tak ada. Ini semua salah kau. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Kau ingat tu!” bukan main marah Khuzairi saat ini.
Gugur airmata Kyra apabila Khuzairi berkata begitu. Bekas suaminya terang-terang tidak akan memaafkannya. Ah, apalah malang nasibku ini.gumamnya dalam hati.
“ Abang kata abang sayangkan Kyra sepenuh hati. Takkan disebabkan anak kita tak ada abang tak nak maafkan Kyra? Puas Kyra mohon untuk beri penjelasan tapi abang tak nak dengar.” sayu sahaja suara Kyra.
“ Memang aku sayangkan kau tapi itu berapa jam yang lepas! Masa ini hati aku dah tertutup nak sayang dan cintakan kau. Kau tau tak jantung aku err… rasa nak gugur bila ibu bagi tahu yang anak aku dah tak ada. Kau err…” bergetar suara Khuzairi. Menambahkan rasa pilu dihati Kyra.
“ Abang, maafkanlah Kyra. Please, abang. Kita bersama semula. Kyra tak nak berpisah dengan abang. Abang jangan buat Kyra macam ni. Kyra sayangkan abang.” Kyra merayu bersungguh-sungguh. Jika Khuzairi tiada disisinya lagi, siapa lagi yang akan menyayanginya selepas ini?
“ Sudah! Aku tak nak dengar lagi kau merayu pada aku. Hubungan kita dah berakhir. Kita jumpa kat mahkamah nanti.” Khuzairi cuba untuk tidak menangis didepan Kyra. Dia harus kuat melawan kesedihan ini. Egonya tinggi melangit saat ini.
Sebahagian pakaian miliknya yang selama ini disimpan di dalam almari dimasukkan ke dalam beg galas yang terletak di atas almari. Kyra sudah resah. Dia bangun dan menghampiri Khuzairi. Dia tidak akan puas selagi Khuzairi tidak memaafkan dirinya. Darah yang mengalir dicelah kangkangnya langsung tidak mematahkan semangat Kyra untuk mendekati lelaki itu.
Biarlah darah itu mengalir banyak mana pun, janji dia dapat melunaskan impiannya untuk bersatu semula dengan Khuzairi. Bila cinta sudah tersemat dihati buat lelaki itu, fikirannya hanya satu. Untuk mendapatkan semula cinta daripada Khuzairi.
Khuzairi buat-buat tidak endah tatkala Kyra menghampirinya. Dia bertambah ligat mengemas pakaiannya dan barang-barang peribadinya yang lain. Tidak semua pakaiannya diambil. Biarlah, bila dia keluar nanti dia akan membeli pakaian lain.
“ Abang, tolong jangan pergi. Jangan tinggalkan Kyra.” rintih Kyra berkali-kali. Esakannya kedengaran kuat. Nampaknya Khuzairi nekad untuk meninggalkan dirinya.
Khuzairi pekakkan telinga. Dia mendengus tatkala Kyra merayu-rayu padanya. “ Aku tinggalkan rumah ni dah cukup bagus. Kalau aku suruh kau keluar dari rumah ni, kau sanggup?” Kyra tersentap. Keluar dari sini? Lagilah dia tidak sanggup! Mana mungkin dia tinggalkan rumah yang penuh dengan kenangan bersama Khuzairi. Terpaksalah dia melepaskan Khuzairi pergi dari rumah ini walaupun hatinya separuh merelakan.
Ketika Khuzairi siap memasukkan barang-barangnya ke dalam beg, dia berpaling mengadap Kyra. Mukanya tegang sahaja. Tiada langsung riak ceria diwajahnya. “ Aku nak pergi. Minggu depan aku akan call kau untuk proses perceraian. Selamat tinggal.” Itu sahaja pesanan Khuzairi sebelum dia melangkah keluar dari bilik yang pernah menjadi syurga buat mereka berdua.
Kyra terkaku di depan almari. Airmatanya merembes keluar tidak henti-henti.
Sampai hati abang! Akhirnya dia terjelepok jatuh disitu. Pengsan tanpa sesiapapun yang menyedarinya.
***
Berapa hari selepas itu, Kyra dimasukkan ke hospital kerana darah yang mengalir dicelah kangkangnya. Rakan baiknya, Asmah serta ibunya Puan Azlina yang bertungkus-lumus menjaganya.  Hanya dua insan itulah yang dirasakan masih menyayangi dirinya.
“ Kyra, aku bawakan bubur lambuk untuk kau ni. Bukalah mata tu.” Bisik Asmah ke telinga Kyra. Dia tahu Kyra sudah bangun tapi rakan baiknya itu tetap memejamkan mata. Sudah berkali-kali dia membawakan makanan yang sedap untuk Kyra makan namun Kyra tetap tidak mahu makan. Apabila Kyra membuka mata, hanya air masak yang menjadi alas perut wanita itu. Entah apalagi cara yang sesuai untuk memujuk Kyra makan. Puan Azlina pun sama sepertinya. Puas memujuk tetapi tetap tidak diendahkan Kyra.
Badan Kyra pun tidak berisi seperti dulu semasa mengandung. Berat badan Kyra sudah turun mendadak. Mungkin disebabkan tidak makan dan menjadikan air masak sebagai alas perut, berat badan Kyra makin turun.
Ideanya tiba-tiba muncul dibenak fikirannya. Rasanya tidak salah untuk dia mengenakan Kyra yang tidak mahu bangun itu. Dia kembali berbisik. “ Tadi Khuzairi call aku tau. Dia kata dia nak berbaik dengan kau semula. Dia menyesal sebab ceraikan kau. Kejap lagi dia datang nak jenguk kau. Kalau kau tak bangun, macam mana kau nak tengok muka Khuzairi kan?”
Mendengarkan kata-kata Asmah, Kyra mula mencelikkan mata. Dirinya yang selama berapa hari ini seperti orang hilang arah tiba-tiba menjadi teruja apabila Asmah memberitahunya tentang Khuzairi. “ Aaa… Asmah, betul ke?” tergagap-gagap dia menuturkan kata.
“ Haa… buka pun mata kau. Susahnya nak tengok kau buka mata Kyra oii! Kenapa kau degil sangat ni? Aku masakkan bubur untuk kau., kau langsung tak nak jamah. Tahan ke perut kau tu nak minum air masak aje?”
“ Aaa…aku tanya ni Asmah. Betul ke apa yang kau cakap tu? Khuzairi nak bersama aku balik?”tidak berkelip pandangan mata Kyra pada Asmah. Dia betul-betul mengharapkan jawapan dari mulut Asmah.
Asmah berdiri tegak lalu dia mencekak pinggang. “ Kau ingat betul ke? Aku saja aje cakap macam tu. Dah kau tak nak makan aku terpaksalah cakap macam tu.”
Airmata Kyra merembes keluar. Asmah mula kelam-kabut. Ingatkan Kyra akan marah padanya. Rupa-rupanya Kyra menangis. Salahnya juga kerana memikirkan idea sebegitu. “ Sorry lah, Kyra. Aku terpaksa kaitkan Khuzairi bila kau tak nak makan.”
“ Kau tahu kan aku cuba nak lupakan dia. Kenapa kau mesti sebut nama dia sekarang ni? Aku sedih, Asmah. Sampai hati kau buat aku macam ni.” Badan Kyra yang lemah dipalingkan ke kiri. Saat ini dia tidak mahu melihat wajah Asmah. Sedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Selepas berapa hari dia berpisah dengan Khuzairi, hospital sudah menjadi seperti rumah keduanya. Dia tidak lalu untuk makan. Asyik teringatkan Khuzairi serta anaknya yang lenyap dalam kandungannya. Dua hari lepas sewaktu dia sedang tidur dia didatangi tiga orang wanita muda yang berbaju putih. Wajah mereka sangat cantik dan bersih.
Dalam mimpi tersebut, mereka meminta izin untuk mengambil anaknya tinggal bersama-sama mereka. Kyra merayu kepada mereka supaya tidak mengambil anaknya, tetapi mereka memberitahu akan menjaga anaknya dengan baik di sebuah tempat yang cantik dan indah. Ketika itu Kyra sudah jadi tidak tentu arah dan mula meracau-racau sehinggakan doktor dan beberapa jururawat datang untuk menenangkan dirinya.
“ Asmah, kau keluarlah. Aku nak bersendirian. Cakap dengan doktor aku nak keluar esok. Aku tak nak tinggal kat sini lama-lama.” ucap Kyra tanpa memandang wajah Asmah yang berdiri di belakangnya. Asmah tersentak. Kyra nak balik rumah? Mulutnya terkunci rapat. Dia rasa bersalah. Sepatutnya dia tidak menyebut nama Khuzairi lagi. Akhirnya Asmah mengatur langkah keluar dari bilik itu. Bubur yang dibuat khas untuk Kyra dibiarkan di atas laci kecil bersebelahan katil Kyra.
Jika itu kehendak Kyra, Asmah turutkan sahaja. Asalkan Kyra tidak memarahinya selepas ini.
****
Atas permintaan Kyra, doktor akhirnya memberikan Kyra pulang ke rumah keesokan paginya. Paling gembira tentulah ibunya, Puan Azlina. Marahnya pada Asmah lenyap begitu sahaja ketika rakannya itu menawarkan untuk menghantarnya pulang ke rumah.
“ Betul kau tak marah aku lagi?” tanya Asmah setelah mereka sampai di depan rumah Kyra. Puan Azlina sudah mengangkut beg galas Kyra masuk ke dalam rumah. Bila ada peluang, Asmah terus bertanya kerana dia tidak mahu perselisihan faham berlaku diantara mereka berdua. Dia sayangkan rakannya itu.
Kyra tersenyum nipis. Dia mengambil sebelah tangan Asmah lalu digenggam erat. “ Buat apa aku nak marah kau? Kau kan kawan aku dunia akhirat. Aku tak nak sebab tu kita bergaduh.”
“ Terima kasih, Kyra. Dari hospital tadi aku memang asyik fikir pasal kau aje. Jiwa aku memang tak tenang kalau kau tak maafkan aku. Bila kau dah maafkan aku, hati aku rasa tenang sangat-sangat. Dah, jom kita masuk dalam. Aku tahu kau mesti rindu dengan rumah ni kan? Rumah ni kan banyak kenangan kau dengan Khuzai… opss!” Asmah pantas menekup mulutnya sendiri. Alamak, aku dah terlepas cakaplah pulak pasal Khuzairi.gumamnya dalam hati.
Kyra tersenyum hambar. Asmah sebut pasal Khuzairi lagi. Hmm… bisiknya dalam hati.
“ Jom kita masuk.” Mendatar sahaja suara Kyra berkata.  Kyra memulakan langkah masuk ke dalam rumah sedangkan Asmah kaku di depan keretanya. Perasaan bersalah dalam diri Asmah begitu menebal disaat ini.
Kenapalah aku ni asyik sebut Khuzairi aje. Huh! Asmah mengetuk kepalanya sendiri. Mengakui keterlanjuran kata-katanya sebelum dia turut sama melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat milik Kyra.
****
Hari ini, Khuzairi telah memfailkan perceraian di Makhamah Syariah setelah empat hari dia meninggalkan Kyra. Kini dia hanya perlu menunggu sahaja surat cerai dari pihak makhamah untuk melancarkan proses perceraian mereka.
Berapa hari selepas menceraikan Kyra, dia nekad untuk tinggal dihotel. Biarlah wangnya habis kerana menetap lama dihotel. Dia tidak kisah. Rumah untuknya akan dicari nanti tapi bukan sekarang.
“ Nadia, saya masuk lambat sikit hari ni. Ada hal penting nak kena uruskan.” Itu sahaja pesanan yang diberikan kepada Nadia ketika dia menelefon setiausahanya itu. Hal penting yang dimaksudkan tentulah untuk berjumpa dengan Kyra. Teringin sekali dia melihat keadaan bekas isterinya itu. Adakah masih sedih dengan perpisahan mereka ataupun sudah mula redha dengan apa yang berlaku. Jika Kyra masih sedih, memang padan muka wanita itu tapi jika sebaliknya? Hmm… memang sahlah Kyra hipokrit!
Rumah Kyra yang tidak jauh dari makhamah syariah memberinya peluang untuk sampai ke situ tidak sampai dua puluh minit. Kereta Camrynya diletakkan betul-betul didepan rumah Kyra.
Keluar dari kereta, dia perhatikan kediaman rumah Kyra yang sunyi. Biasanya tingkap akan terbuka di tepi pintu utama untuk memberi udara masuk. Aik, takkan Kyra tak ada kut? katanya dalam hati.
Pintu pagar yang tidak berkunci membolehkan Khuzairi masuk dengan senang hati. Agaknya Kyra sedang tidur kut. Itu yang sunyi aje rumah ni. tekanya.
Sewaktu Khuzairi hendak mengetuk pintu utama, dia terkejut kerana pintu utama itu tersingkap sedikit. Dia jadi pelik. Kalau Kyra tidur atau keluar, pintu rumah mesti tertutup. Apahal pula tak tutup ni? gumamnya.
Melihat tiada siapa yang berada disekelilingnya, pintu utama itu dikuak lebar. Khuzairi mula bergerak masuk ke dalam rumah Kyra. Sudah arif akan rumah itu, dia mengorak langkah menaiki tangga menuju ke bilik yang pernah menjadi biliknya. Dia pasti Kyra mesti ada disitu.
Tombol pintu dipulas perlahan. Nampaknya pintu bilik tidak dikunci. Dia menyelinap masuk dengan selambanya lalu ditutup pintu tersebut.
Tatkala dia masuk ke dalam bilik itu, hidungnya sudah mula menghidu sesuatu yang tidak enak. Apa bendalah bau busuk ni? Dia menutup mata sambil menarik nafas panjang. Hesy, selama ni bukan ke Kyra menjaga bilik ini dengan bersih? Kenapa bau pelik datang dalam bilik ni? Rasa nak muntah pun ada. Tangannya menutup hidup. Dia tidak sanggup untuk membau sekeliling bilik ini. Dengan terpaksa dia menghampiri Kyra yang sedang enak dibuai mimpi. Betul tekaannya, Kyra tidak rasa sedih pun dengan kehilangannya. Memang wanita ni dasar hipokrit! Kata sedih bila dia melafazkan cerai tapi dia rasa macam tak aje.
“Woi, beruang!”
Satu suara dari belakang mengejutkan Kyra dari lena. Dia berpaling ke belakang dengan mata yang terkebil-kebil. Terkejut bukan kepalang kerana orang yang memanggilnya adalah Khuzairi! Berani betul Khuzairi panggil aku beruang! Dahlah datang tanpa diundang. Lepas tu main masuk aje bilik ni.
Ibu ni tak perasan ke Khuzairi datang rumah ni? Aduhai, kenapalah aku mesti bertemu dengan dia lagi. Desisnya dalam hati.
Kyra bingkas bangun sambil mengosok matanya berulang kali. Rambutnya yang sedikit kusut-masai membuatkan Khuzairi mentertawakan dirinya. Cepat-cepat dia mengemaskan rambutnya dan merenung tajam lelaki itu. “Ada yang tak kena ke dengan rambut saya ni sampai awak ketawa sakan?” berubah nada suaranya. Panggilan abang tidak lagi terbit dibibirnya.
Ketawa Khuzairi mati apabila melihat renungan tajam bekas isterinya. Dia mula tunjuk lagak. “ Memang tak kena pun! Kau mesti dah lama tak basuh rambut kau sejak kita bercerai kan? Huh, patutlah bau bilik ni tak macam bau bilik orang. Macam bau beruang yang dah bertahun tak mandi. Eeii…busuknya!” Khuzairi mengibas-gibas tangan kanannya berkali-kali sambil menutup hidung.
Bulat mata Kyra mendengarnya. “ Awak keluar sekarang, keluar dari bilik ni!”marah betul Kyra saat ini. Dia tidak dapat terima kritikan lelaki itu terhadap rambutnya. Rasanya bukan rambut penyebab biliknya menjadi busuk. Mungkin muntah yang tidak dilap di tepi katilnya itu yang membuatkan bau dibiliknya terasa lain macam.
“ Amboi beruang dah marahlah... memang patutlah aku panggil kau beruang. Dahlah badan gemuk, tak cantik. Macam hantu pulak tu. Eeii… Siapa yang dapat kau ni memang malanglah!”
“Khuzairi!!”jeritan Kyra bergema di sekeliling rumah.
“ Apa? Nak marah aku? Aku tak heranlah kau nak menjerit ke apa ke. Aku dah tak kesah dah. Aku datang sini bukan nak rujuk dengan kau balik.” Khuzairi bersuara lantang.
“ Habis awak datang sini nak buat apa? Nak tengok kesedihan saya ke?! Awak jangan ingat saya akan terus meratap perpisahan tu. Saya dah tak nak ingat apa yang berkaitan dengan awak lagi. Awak boleh berambus dari sini. Berambus!” Jerkah Kyra.
Khuzairi tergamam mendengarnya. Begitu sekali cara percakapan Kyra. Dia ingatkan dia sahaja yang mampu marah Kyra. Rupanya tidak. Kyra sudah jauh berubah.
“ Huh, aku menyesal datang sini. Patutnya aku tak payah jejakkan kaki kat sini. Hey, Kyra kau dengar sini! Aku nak ingatkan kau yang makhamah akan panggil kau untuk lancarkan proses perceraian. Dokumen semua sudah aku bagi kat pihak makhamah. Lagi dua minggu surat cerai akan keluar. Kau tunggulah. Aku tak sabar nak lenyapkan kau dari hidup aku. Selamat tinggal, Amylia Nur Kyra.” tanpa menunggu walau sesaat, Khuzairi bergegas keluar dari bilik itu dan meninggalkan rumah yang banyak kenangan buatnya.
Kyra menjerit kuat. Bila perkataan cerai muncul dibibir Khuzairi, rasa marahnya meluap-luap. Dia mula menyesal kerana terlalu mencintai lelaki itu.

Mulai hari ini dan saat ini, jangan harap aku akan sukakan kau. Sekarang kau musuh aku, Khuzairi! bisiknya dalam hati.

6 ulasan:

Unknown berkata...

best..menci dengan kucai tu huh.sengal.....

Unknown berkata...

sape yg x bnci kucai tu...hehe

Unknown berkata...

terserlah lah perangai asli kucai...
xpe kyra...
bangun dari lena kyra....

Unknown berkata...

kyra akan bangkit dlm bab2 seterusnya ;)

Nana Mohd Yasin berkata...

aaaaaaaaaaaaaaa
dulu cinta skg benciiiii


eya.......

kita sambung lg...........

ps; tlg ilangkan pass word bukan robot tu..... menci kuasa doblas....

Unknown berkata...

dulu benci skrg skeee!! hehe