Saat
lafaz cerai diucapkan, Kyra menangis tak henti-henti. Khuzairi yang berdiri
tegak di sebelahnya hanya mencemikkan bibir.
“
Tolonglah jangan nak menangis depan aku. Dah terang lagi bersuluh memang salah
kau. Kau tak payahlah nak buat muka sedih kat sini.” Memang kasar tutur kata
Khuzairi ketika ini. Kata ganti nama pun sudah bertukar kasar. Makin sedih Kyra
mendengarnya. Rambut yang ditarik kasar oleh suaminya tadi dirapikan semula.
“
Abang, Kyra minta abang tarik balik penceraian tu. Kyra nak bersama abang
semula.” lirih Kyra mengucapkan ayat itu. Penuh kesungguhan dia memohon agar
bekas suaminya menarik balik kata-kata cerai yang tidak sampai setengah jam
diucapkan.
“
Apa kau cakap? Nak suruh aku hidup bersama dengan kau semula? Kau dah lenyapkan
anak aku lepas tu kau senang-senang aje nak aku hidup balik dengan kau. Jangan
harap, Kyra! Bukan semudah itu akan kembali pada kau. Kau memang isteri yang
tak guna. Sudah lama aku nasihatkan kau jangan pergi urut rumah orang, kau
degil! Tengok sekarang apa dah jadi? Anak aku dah tak ada. Ini semua salah kau.
Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Kau ingat tu!” bukan main marah Khuzairi
saat ini.
Gugur
airmata Kyra apabila Khuzairi berkata begitu. Bekas suaminya terang-terang
tidak akan memaafkannya. Ah, apalah malang nasibku ini.gumamnya dalam hati.
“
Abang kata abang sayangkan Kyra sepenuh hati. Takkan disebabkan anak kita tak
ada abang tak nak maafkan Kyra? Puas Kyra mohon untuk beri penjelasan tapi
abang tak nak dengar.” sayu sahaja suara Kyra.
“
Memang aku sayangkan kau tapi itu berapa jam yang lepas! Masa ini hati aku dah
tertutup nak sayang dan cintakan kau. Kau tau tak jantung aku err… rasa nak
gugur bila ibu bagi tahu yang anak aku dah tak ada. Kau err…” bergetar suara
Khuzairi. Menambahkan rasa pilu dihati Kyra.
“
Abang, maafkanlah Kyra. Please,
abang. Kita bersama semula. Kyra tak nak berpisah dengan abang. Abang jangan
buat Kyra macam ni. Kyra sayangkan abang.” Kyra merayu bersungguh-sungguh. Jika
Khuzairi tiada disisinya lagi, siapa lagi yang akan menyayanginya selepas ini?
“
Sudah! Aku tak nak dengar lagi kau merayu pada aku. Hubungan kita dah berakhir.
Kita jumpa kat mahkamah nanti.” Khuzairi cuba untuk tidak menangis didepan Kyra.
Dia harus kuat melawan kesedihan ini. Egonya tinggi melangit saat ini.
Sebahagian
pakaian miliknya yang selama ini disimpan di dalam almari dimasukkan ke dalam
beg galas yang terletak di atas almari. Kyra sudah resah. Dia bangun dan
menghampiri Khuzairi. Dia tidak akan puas selagi Khuzairi tidak memaafkan
dirinya. Darah yang mengalir dicelah kangkangnya langsung tidak mematahkan
semangat Kyra untuk mendekati lelaki itu.
Biarlah
darah itu mengalir banyak mana pun, janji dia dapat melunaskan impiannya untuk
bersatu semula dengan Khuzairi. Bila cinta sudah tersemat dihati buat lelaki
itu, fikirannya hanya satu. Untuk mendapatkan semula cinta daripada Khuzairi.
Khuzairi
buat-buat tidak endah tatkala Kyra menghampirinya. Dia bertambah ligat mengemas
pakaiannya dan barang-barang peribadinya yang lain. Tidak semua pakaiannya
diambil. Biarlah, bila dia keluar nanti dia akan membeli pakaian lain.
“
Abang, tolong jangan pergi. Jangan tinggalkan Kyra.” rintih Kyra berkali-kali.
Esakannya kedengaran kuat. Nampaknya Khuzairi nekad untuk meninggalkan dirinya.
Khuzairi
pekakkan telinga. Dia mendengus tatkala Kyra merayu-rayu padanya. “ Aku
tinggalkan rumah ni dah cukup bagus. Kalau aku suruh kau keluar dari rumah ni,
kau sanggup?” Kyra tersentap. Keluar dari sini? Lagilah dia tidak sanggup! Mana
mungkin dia tinggalkan rumah yang penuh dengan kenangan bersama Khuzairi. Terpaksalah
dia melepaskan Khuzairi pergi dari rumah ini walaupun hatinya separuh
merelakan.
Ketika
Khuzairi siap memasukkan barang-barangnya ke dalam beg, dia berpaling mengadap
Kyra. Mukanya tegang sahaja. Tiada langsung riak ceria diwajahnya. “ Aku nak
pergi. Minggu depan aku akan call kau
untuk proses perceraian. Selamat tinggal.” Itu sahaja pesanan Khuzairi sebelum
dia melangkah keluar dari bilik yang pernah menjadi syurga buat mereka berdua.
Kyra
terkaku di depan almari. Airmatanya merembes keluar tidak henti-henti.
Sampai
hati abang! Akhirnya dia terjelepok jatuh disitu. Pengsan tanpa sesiapapun yang
menyedarinya.
***
Berapa
hari selepas itu, Kyra dimasukkan ke hospital kerana darah yang mengalir
dicelah kangkangnya. Rakan baiknya, Asmah serta ibunya Puan Azlina yang
bertungkus-lumus menjaganya. Hanya dua
insan itulah yang dirasakan masih menyayangi dirinya.
“
Kyra, aku bawakan bubur lambuk untuk kau ni. Bukalah mata tu.” Bisik Asmah ke
telinga Kyra. Dia tahu Kyra sudah bangun tapi rakan baiknya itu tetap
memejamkan mata. Sudah berkali-kali dia membawakan makanan yang sedap untuk
Kyra makan namun Kyra tetap tidak mahu makan. Apabila Kyra membuka mata, hanya
air masak yang menjadi alas perut wanita itu. Entah apalagi cara yang sesuai
untuk memujuk Kyra makan. Puan Azlina pun sama sepertinya. Puas memujuk tetapi
tetap tidak diendahkan Kyra.
Badan
Kyra pun tidak berisi seperti dulu semasa mengandung. Berat badan Kyra sudah
turun mendadak. Mungkin disebabkan tidak makan dan menjadikan air masak sebagai
alas perut, berat badan Kyra makin turun.
Ideanya
tiba-tiba muncul dibenak fikirannya. Rasanya tidak salah untuk dia mengenakan
Kyra yang tidak mahu bangun itu. Dia kembali berbisik. “ Tadi Khuzairi call aku tau. Dia kata dia nak berbaik
dengan kau semula. Dia menyesal sebab ceraikan kau. Kejap lagi dia datang nak
jenguk kau. Kalau kau tak bangun, macam mana kau nak tengok muka Khuzairi kan?”
Mendengarkan
kata-kata Asmah, Kyra mula mencelikkan mata. Dirinya yang selama berapa hari
ini seperti orang hilang arah tiba-tiba menjadi teruja apabila Asmah
memberitahunya tentang Khuzairi. “ Aaa… Asmah, betul ke?” tergagap-gagap dia
menuturkan kata.
“
Haa… buka pun mata kau. Susahnya nak tengok kau buka mata Kyra oii! Kenapa kau
degil sangat ni? Aku masakkan bubur untuk kau., kau langsung tak nak jamah. Tahan
ke perut kau tu nak minum air masak aje?”
“
Aaa…aku tanya ni Asmah. Betul ke apa yang kau cakap tu? Khuzairi nak bersama
aku balik?”tidak berkelip pandangan mata Kyra pada Asmah. Dia betul-betul
mengharapkan jawapan dari mulut Asmah.
Asmah
berdiri tegak lalu dia mencekak pinggang. “ Kau ingat betul ke? Aku saja aje
cakap macam tu. Dah kau tak nak makan aku terpaksalah cakap macam tu.”
Airmata
Kyra merembes keluar. Asmah mula kelam-kabut. Ingatkan Kyra akan marah padanya.
Rupa-rupanya Kyra menangis. Salahnya juga kerana memikirkan idea sebegitu. “ Sorry lah, Kyra. Aku terpaksa kaitkan Khuzairi
bila kau tak nak makan.”
“
Kau tahu kan aku cuba nak lupakan dia. Kenapa kau mesti sebut nama dia sekarang
ni? Aku sedih, Asmah. Sampai hati kau buat aku macam ni.” Badan Kyra yang lemah
dipalingkan ke kiri. Saat ini dia tidak mahu melihat wajah Asmah. Sedihnya
hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Selepas
berapa hari dia berpisah dengan Khuzairi, hospital sudah menjadi seperti rumah
keduanya. Dia tidak lalu untuk makan. Asyik teringatkan Khuzairi serta anaknya
yang lenyap dalam kandungannya. Dua hari lepas sewaktu dia sedang tidur dia
didatangi tiga orang wanita muda yang berbaju putih. Wajah mereka sangat cantik
dan bersih.
Dalam
mimpi tersebut, mereka meminta izin untuk mengambil anaknya tinggal
bersama-sama mereka. Kyra merayu kepada mereka supaya tidak mengambil anaknya,
tetapi mereka memberitahu akan menjaga anaknya dengan baik di sebuah tempat
yang cantik dan indah. Ketika itu Kyra sudah jadi tidak tentu arah dan mula
meracau-racau sehinggakan doktor dan beberapa jururawat datang untuk menenangkan
dirinya.
“
Asmah, kau keluarlah. Aku nak bersendirian. Cakap dengan doktor aku nak keluar
esok. Aku tak nak tinggal kat sini lama-lama.” ucap Kyra tanpa memandang wajah
Asmah yang berdiri di belakangnya. Asmah tersentak. Kyra nak balik rumah? Mulutnya
terkunci rapat. Dia rasa bersalah. Sepatutnya dia tidak menyebut nama Khuzairi
lagi. Akhirnya Asmah mengatur langkah keluar dari bilik itu. Bubur yang dibuat
khas untuk Kyra dibiarkan di atas laci kecil bersebelahan katil Kyra.
Jika
itu kehendak Kyra, Asmah turutkan sahaja. Asalkan Kyra tidak memarahinya
selepas ini.
****
Atas
permintaan Kyra, doktor akhirnya memberikan Kyra pulang ke rumah keesokan
paginya. Paling gembira tentulah ibunya, Puan Azlina. Marahnya pada Asmah
lenyap begitu sahaja ketika rakannya itu menawarkan untuk menghantarnya pulang
ke rumah.
“
Betul kau tak marah aku lagi?” tanya Asmah setelah mereka sampai di depan rumah
Kyra. Puan Azlina sudah mengangkut beg galas Kyra masuk ke dalam rumah. Bila
ada peluang, Asmah terus bertanya kerana dia tidak mahu perselisihan faham
berlaku diantara mereka berdua. Dia sayangkan rakannya itu.
Kyra
tersenyum nipis. Dia mengambil sebelah tangan Asmah lalu digenggam erat. “ Buat
apa aku nak marah kau? Kau kan kawan aku dunia akhirat. Aku tak nak sebab tu
kita bergaduh.”
“
Terima kasih, Kyra. Dari hospital tadi aku memang asyik fikir pasal kau aje.
Jiwa aku memang tak tenang kalau kau tak maafkan aku. Bila kau dah maafkan aku,
hati aku rasa tenang sangat-sangat. Dah, jom kita masuk dalam. Aku tahu kau mesti
rindu dengan rumah ni kan? Rumah ni kan banyak kenangan kau dengan Khuzai…
opss!” Asmah pantas menekup mulutnya sendiri. Alamak, aku dah terlepas cakaplah
pulak pasal Khuzairi.gumamnya dalam hati.
Kyra
tersenyum hambar. Asmah sebut pasal Khuzairi lagi. Hmm… bisiknya dalam hati.
“
Jom kita masuk.” Mendatar sahaja suara Kyra berkata. Kyra memulakan langkah masuk ke dalam rumah
sedangkan Asmah kaku di depan keretanya. Perasaan bersalah dalam diri Asmah
begitu menebal disaat ini.
Kenapalah
aku ni asyik sebut Khuzairi aje. Huh! Asmah mengetuk kepalanya sendiri. Mengakui
keterlanjuran kata-katanya sebelum dia turut sama melangkah masuk ke dalam
rumah teres dua tingkat milik Kyra.
****
Hari
ini, Khuzairi telah memfailkan perceraian di Makhamah Syariah setelah empat
hari dia meninggalkan Kyra. Kini dia hanya perlu menunggu sahaja surat cerai
dari pihak makhamah untuk melancarkan proses perceraian mereka.
Berapa
hari selepas menceraikan Kyra, dia nekad untuk tinggal dihotel. Biarlah wangnya
habis kerana menetap lama dihotel. Dia tidak kisah. Rumah untuknya akan dicari
nanti tapi bukan sekarang.
“
Nadia, saya masuk lambat sikit hari ni. Ada hal penting nak kena uruskan.” Itu sahaja
pesanan yang diberikan kepada Nadia ketika dia menelefon setiausahanya itu. Hal
penting yang dimaksudkan tentulah untuk berjumpa dengan Kyra. Teringin sekali
dia melihat keadaan bekas isterinya itu. Adakah masih sedih dengan perpisahan
mereka ataupun sudah mula redha dengan apa yang berlaku. Jika Kyra masih sedih,
memang padan muka wanita itu tapi jika sebaliknya? Hmm… memang sahlah Kyra hipokrit!
Rumah
Kyra yang tidak jauh dari makhamah syariah memberinya peluang untuk sampai ke situ
tidak sampai dua puluh minit. Kereta Camrynya diletakkan betul-betul didepan
rumah Kyra.
Keluar
dari kereta, dia perhatikan kediaman rumah Kyra yang sunyi. Biasanya tingkap
akan terbuka di tepi pintu utama untuk memberi udara masuk. Aik, takkan Kyra tak
ada kut? katanya dalam hati.
Pintu
pagar yang tidak berkunci membolehkan Khuzairi masuk dengan senang hati. Agaknya
Kyra sedang tidur kut. Itu yang sunyi aje rumah ni. tekanya.
Sewaktu
Khuzairi hendak mengetuk pintu utama, dia terkejut kerana pintu utama itu
tersingkap sedikit. Dia jadi pelik. Kalau Kyra tidur atau keluar, pintu rumah
mesti tertutup. Apahal pula tak tutup ni? gumamnya.
Melihat
tiada siapa yang berada disekelilingnya, pintu utama itu dikuak lebar. Khuzairi
mula bergerak masuk ke dalam rumah Kyra. Sudah arif akan rumah itu, dia mengorak
langkah menaiki tangga menuju ke bilik yang pernah menjadi biliknya. Dia pasti
Kyra mesti ada disitu.
Tombol
pintu dipulas perlahan. Nampaknya pintu bilik tidak dikunci. Dia menyelinap
masuk dengan selambanya lalu ditutup pintu tersebut.
Tatkala
dia masuk ke dalam bilik itu, hidungnya sudah mula menghidu sesuatu yang tidak
enak. Apa bendalah bau busuk ni? Dia menutup mata sambil menarik nafas panjang.
Hesy, selama ni bukan ke Kyra menjaga bilik ini dengan bersih? Kenapa bau pelik
datang dalam bilik ni? Rasa nak muntah pun ada. Tangannya menutup hidup. Dia
tidak sanggup untuk membau sekeliling bilik ini. Dengan terpaksa dia
menghampiri Kyra yang sedang enak dibuai mimpi. Betul tekaannya, Kyra tidak
rasa sedih pun dengan kehilangannya. Memang wanita ni dasar hipokrit! Kata
sedih bila dia melafazkan cerai tapi dia rasa macam tak aje.
“Woi,
beruang!”
Satu
suara dari belakang mengejutkan Kyra dari lena. Dia berpaling ke belakang
dengan mata yang terkebil-kebil. Terkejut bukan kepalang kerana orang yang
memanggilnya adalah Khuzairi! Berani betul Khuzairi panggil aku beruang! Dahlah
datang tanpa diundang. Lepas tu main masuk aje bilik ni.
Ibu
ni tak perasan ke Khuzairi datang rumah ni? Aduhai, kenapalah aku mesti bertemu
dengan dia lagi. Desisnya dalam hati.
Kyra
bingkas bangun sambil mengosok matanya berulang kali. Rambutnya yang sedikit
kusut-masai membuatkan Khuzairi mentertawakan dirinya. Cepat-cepat dia
mengemaskan rambutnya dan merenung tajam lelaki itu. “Ada yang tak kena ke
dengan rambut saya ni sampai awak ketawa sakan?” berubah nada suaranya.
Panggilan abang tidak lagi terbit dibibirnya.
Ketawa
Khuzairi mati apabila melihat renungan tajam bekas isterinya. Dia mula tunjuk
lagak. “ Memang tak kena pun! Kau mesti dah lama tak basuh rambut kau sejak
kita bercerai kan? Huh, patutlah bau bilik ni tak macam bau bilik orang. Macam
bau beruang yang dah bertahun tak mandi. Eeii…busuknya!” Khuzairi
mengibas-gibas tangan kanannya berkali-kali sambil menutup hidung.
Bulat
mata Kyra mendengarnya. “ Awak keluar sekarang, keluar dari bilik ni!”marah
betul Kyra saat ini. Dia tidak dapat terima kritikan lelaki itu terhadap rambutnya.
Rasanya bukan rambut penyebab biliknya menjadi busuk. Mungkin muntah yang tidak
dilap di tepi katilnya itu yang membuatkan bau dibiliknya terasa lain macam.
“
Amboi beruang dah marahlah... memang patutlah aku panggil kau beruang. Dahlah
badan gemuk, tak cantik. Macam hantu pulak tu. Eeii… Siapa yang dapat kau ni
memang malanglah!”
“Khuzairi!!”jeritan
Kyra bergema di sekeliling rumah.
“
Apa? Nak marah aku? Aku tak heranlah kau nak menjerit ke apa ke. Aku dah tak
kesah dah. Aku datang sini bukan nak rujuk dengan kau balik.” Khuzairi bersuara
lantang.
“
Habis awak datang sini nak buat apa? Nak tengok kesedihan saya ke?! Awak jangan
ingat saya akan terus meratap perpisahan tu. Saya dah tak nak ingat apa yang
berkaitan dengan awak lagi. Awak boleh berambus dari sini. Berambus!” Jerkah Kyra.
Khuzairi
tergamam mendengarnya. Begitu sekali cara percakapan Kyra. Dia ingatkan dia
sahaja yang mampu marah Kyra. Rupanya tidak. Kyra sudah jauh berubah.
“
Huh, aku menyesal datang sini. Patutnya aku tak payah jejakkan kaki kat sini.
Hey, Kyra kau dengar sini! Aku nak ingatkan kau yang makhamah akan panggil kau
untuk lancarkan proses perceraian. Dokumen semua sudah aku bagi kat pihak makhamah.
Lagi dua minggu surat cerai akan keluar. Kau tunggulah. Aku tak sabar nak
lenyapkan kau dari hidup aku. Selamat tinggal, Amylia Nur Kyra.” tanpa menunggu
walau sesaat, Khuzairi bergegas keluar dari bilik itu dan meninggalkan rumah
yang banyak kenangan buatnya.
Kyra
menjerit kuat. Bila perkataan cerai muncul dibibir Khuzairi, rasa marahnya
meluap-luap. Dia mula menyesal kerana terlalu mencintai lelaki itu.
Mulai
hari ini dan saat ini, jangan harap aku akan sukakan kau. Sekarang kau musuh
aku, Khuzairi! bisiknya dalam hati.
6 ulasan:
best..menci dengan kucai tu huh.sengal.....
sape yg x bnci kucai tu...hehe
terserlah lah perangai asli kucai...
xpe kyra...
bangun dari lena kyra....
kyra akan bangkit dlm bab2 seterusnya ;)
aaaaaaaaaaaaaaa
dulu cinta skg benciiiii
eya.......
kita sambung lg...........
ps; tlg ilangkan pass word bukan robot tu..... menci kuasa doblas....
dulu benci skrg skeee!! hehe
Catat Ulasan