Isnin, 10 Jun 2013

BAB 1 DIRIKU BUKAN MATERIALISTIK!



Sebaik sahaja kaki Nur Khaleeda jejak di kedai Poh Kong, matanya terbeliak melihat barang kemas yang dipamerkan di dalam kaca yang dikhaskan untuk meletakkan rantai dan cincin. Dia terpukau melihat keadaan itu. Rasa tidak percaya dia akan singgah di kedai itu buat kali kedua.
Dikerling suaminya, Amysar Shah yang jelas menunjukkan ketidakpuashatian sebaik sahaja mereka berdua masuk ke sini. Dia mencebir.
“Abang…kenapa buat muka moyok ni? Tak hensemlah suami Eda kalau tak senyum.”rengeknya manja. Dia menyentuh kedua-dua bahu suaminya dan mempamerkan segaris senyuman lebar.
Namun, suaminya masih tidak senyum. Muka lelaki itu tetap seperti tadi. Dia hampa. Mahu merajuk, dia rasa itu bukan jalan penyelesaiannya. Dia yang memaksa suaminya datang ke sini. Takkan nak balik tiba-tiba kan? Nanti tak dapatlah dia nak tunjukkan barang kemas yang dibeli kepada teman sepejabatnya.
“Abang tak sukalah pergi sini. Kan bang dah cakap banyak kali. Pakai apa yang ada. Barang kemas yang ada kat rumah tu tak berkarat lagi. Buat apa nak beli yang baru, kan membazir tu.”marah Amysar Shah dengan nada perlahan. Dia berusaha untuk tidak menjatuhkan maruah isterinya di kedai ini.
“Ala, abang. Sekali aje. Dah lama Eda tak merasa pakai barang kemas baru. Eda cemburulah tengok kawan-kawan pejabat Eda pakai barang kemas yang terbaru. Eda pun nak pakai jugak.”
Nur Khaleeda merengus. Dia tidak berpuas hati pada pendapat suaminya. Biarlah dia mahu membeli barang kemas. Apa salahnya jika tubuh badannya disaluti dengan barang kemas yang berkilauan?
Amysar Shah mengeluh perlahan. Isterinya ini ada sahaja peelnya. Baginya, tidak perlulah membeli barang kemas terlalu banyak. Pencuri dan peragut sudah ramai di kota metropolitan ini. Itu yang ditakutinya sekarang.
“Eda ni suka menjawab. Abang dah marah banyak kali pasal barang kemas ni, Eda tetap tak dengar juga. Degil! Abang bukannya banyak duit nak beli barang kemas lagi. Tunggulah gaji abang masuk dulu. Nanti abang belikan.”Amysar Shah berjanji walaupun pada hakikatnya dia tidak sanggup membelikan isterinya barang kemas lagi.
Berapa bulan yang sudah, dia terpaksa mengikat perut semata-mata untuk membelikan seutas rantai putih yang mempunyai nama mereka berdua, khas untuk isterinya ketika ulang tahun mereka yang ke dua. Gajinya sebagai pekerja penjawat awam tidak mampu untuk melunaskan hajat isterinya yang telah berapa kali tertunggak.
Kini, dia terpaksa mengikat perut buat kali kedua. Tak dapat makan dengan kawan-kawan kat office pun tidak mengapalah. Janji hasrat isterinya dapat ditunaikan.
“Ala, abang ni. Kalau tak cukup, Eda boleh tambahkan sikit. Eda janji lepas ni Eda tak mintak barang kemas dari abang lagi. Eda promise!”janji Nur Khaleeda. Dia tidak pasti samada janjinya itu benar-benar dari lubuk hatinya atau tidak. Apa yang penting, barang kemas pasti menjadi miliknya hari ini jugak!
“Tak payah nak promise dengan abang. Dah, pergi ambil duit ni, beli apa yang Eda nak. Ini aje yang mampu abang bagi. Kalau tak cukup, Eda pandai-pandailah tambah sendiri.”ujar Amysar Shah sambil memberi beberapa keping not lima puluh kepada isterinya sebelum dia melangkahkan kaki untuk keluar dari kedai yang tidak mempunyai sebarang makna baginya. Lebih baik dia berehat di dalam kereta lagi bagus!
Nur Khaleeda memuncungkan bibir. “Habis Eda beli sorang-sorang lah ni? Abang ni, bukan nak temankan pun.”katanya setelah suaminya bergerak keluar dari situ.
“Tapi tak apalah. Abang tak ada pun tak apa. Eda boleh pilih barang kemas yang Eda nak!”sambungnya lagi dengan mata yang bersinar. Dapatlah dia membeli barang kemas yang dia mahukan.
Segera dia menghampiri kaca yang mempamerkan barang kemas itu dan tersenyum kepada pekerja disitu.
Tak sabarnya nak tunjukkan pada rakan-rakan sepejabatnya esok!
*****
Nur Khaleeda menekan interkom diatas mejanya lalu dipanggil dua rakan sepejabat yang paling akrab sepanjang empat tahun dia bekerja di syarikat percetakan yang diberi nama Percetakan Puncak Gemilang Sdn Bhd iaitu Nora Abdullah dan Fatimah Wahab.
Pagi yang bercahaya ini seharusnya dimulakan dengan menunjuk koleksi barang kemas terbarunya. Apalagi kalau bukan gelang dan cincin!
Nora Abdullah dan Fatimah Wahab sama-sama mengetuk pintu bilik rakan sepejabatnya setelah menerima panggilan daripada rakannya tadi.
“Korang tengok ni. Cantik kan gelang dengan cincin yang aku beli semalam? Anggun gitu.”Dengan bangga Nur Khaleeda mempamerkan gelang berwarna emas dan cincin yang dibelinya semalam kepada rakan-rakan pejabatnya yang tekun memerhati ukiran yang berada di tangan kanannya.
‘Mesti diorang cemburu tengok aku dapat beli gelang dengan cincin ni.’bisiknya dalam hati.
“Cantik. Tapi mana kau dapat duit nak beli gelang dengan cincin ni? Mahal tu. Aku nak beli gelang dengan cincin macam kau pun aku tak mampu. Inikan pula kau yang beli.”sampuk Nora, rakan pejabatnya yang bermulut becok. 
“Aah lah Eda. Suami kau bukannya orang kaya pun. Kau pernah bagi tahu aku yang suami kau kerja biasa-biasa aje. Aku hairan lah jugak. Gaji tak sampai tiga ribu, bila beli gelang dengan cincin nak dekat lima ribu.”sampuk seorang lagi rakannya yang bernama Fatimah.
Nur Khaleeda menyengetkan mulut. Eeii…mulut perempuan ni takde insurans langsung! Ada jugak kena masuk cili api dalam mulut tu. Biar pedih tak payah bercakap lagi!gumamnya.
“Korang ni…kalau bercakap mesti tak fikir dulu kan? Suami aku memanglah tak banyak duit tapi dia ikat perut semata-mata nak belikan aku barang kemas. Itu tandanya suami aku sayangkan aku.”kata Nur Khaleeda sambil tersenyum-senyum.
“Suami korang mesti dah lama tak beli barang kemas kan? Aku setiap tahun dapat barang kemas tau.”sambungnya lagi dengan nada riak.
Nora dan Fatimah saling berpandangan. Entah apa yang best pasal barang kemas pun mereka tidak tahu. Rakan pejabatnya yang seorang ini memang ratu barang kemas di dalam syarikat yang mereka bekerja. Setiap kali suaminya menghadiahkan barang kemas, rakannya pasti menunjukkan kepada mereka berdua.
Semakin lama rakannya menunjukkan barang kemas itu, semakin jelik mereka berdua mahu melihatnya. Mereka juga mempunyai barang kemas namun tidaklah sampai menunjuk atau mempamerkan di dalam pejabat. Hanya pada hari tertentu sahaja mereka pakai.
            “Kau tak takut kena ragut ke? Gelang dengan cincin kau kan mahal, kalau peragut rompak gelang kau. Menyesal tak sudahlah kau jawabnya.”ucap Nora diiringi sindiran. Fatimah disebelah mengangguk. Mengiyakan apa yang rakannya katakan.
            Nur Khaleeda naik berang. Mereka ini harapkan nama saja rakan pejabat tapi mulut tak boleh nak jaga. “Korang ni, mulut boleh tahan puaka jugak kan? Korang ingat peragut nak curi ke gelang aku yang mahal ni? Langkah mayat aku dululah beb! Lengan baju aku yang panjang ni peragut takkan nampaklah.”balas Nur Khaleeda dengan berlagak.
            Nora dan Fatimah sekali lagi berpandangan. Mereka berdua menggelengkan kepala dengan sikap rakannya yng satu ini. Berapa kali mereka membebel, memberi nasihat tetap tak jalan jugak. Rakannya terlalu riak setiap kali berbicara dengan mereka berdua.
            “Kau jangan riak sangat, Eda. Tak pasal-pasal Allah tarik balik nikmat yang Dia dah bagi pada kau selama ni. Kita orang cuma nak nasihatkan kau. Dahlah, aku dengan Nora nak sambung buat kerja. Kau jangan khusyuk sangat tengok gelang baru tu. Tak siap kerja, balik lewatlah maknanya.”pesan Fatimah sebelum dia mengajak Nora untuk balik ke bilik masing-masing.
            Nur Khaleeda menjuih lidahnya sedikit setelah rakan-rakan pejabatnya berlalu dari biliknya. Ada dia hairan dengan setiap kata-kata rakan-rakannya? Tak ada maknanya! Sekelumit nasihat yang diberi pun tidak masuk ke fikirannya. Sekelumit pun tarak!

           

9 ulasan:

NurAtiZa berkata...

Memang materialistik betul lah...

Hiedayah Sidi berkata...

Betul... memeng nak kena bagi pengajaran ni hehehe... cewah tetiba emo ni..

Afifah Yusof berkata...

Wah, menarik. Jalan cerita lain dari lain :)

Nana Mohd Yasin berkata...

ayat memanaskan enjin yg menarik
kita tunggu yg seterusnya...
chaiyok eya....

Tanpa Nama berkata...

hehe..mmg perempuan ni materialistik btul! keke..
anyway..tq atiza sbb sdi bce.. ;)

Tanpa Nama berkata...

kak Hiedayah, jgn emo kak! keke
mmg kne bg pengajaran jgk pada perempuan materialistik ni! ;)

Tanpa Nama berkata...

wat kak Afifah,
alhamdulilah..tq sebab sdi ckp citer ni menarik!

Tanpa Nama berkata...

wat kakak nana syg,
menarik ye?
nnt eya buat episod seterusnya! hehe
Jgn lpe bce tau!

Clover Girl berkata...

Su datang singah blog akak dan baca entri2 akak. Wish u good luck akak,su tunggu novel2 akak. Hehe :)