Sebaik sahaja kaki Nur Khaleeda jejak
di kedai Poh Kong, matanya terbeliak melihat barang kemas yang dipamerkan di
dalam kaca yang dikhaskan untuk meletakkan rantai dan cincin. Dia terpukau
melihat keadaan itu. Rasa tidak percaya dia akan singgah di kedai itu buat kali
kedua.
Dikerling suaminya, Amysar Shah yang
jelas menunjukkan ketidakpuashatian sebaik sahaja mereka berdua masuk ke sini.
Dia mencebir.
“Abang…kenapa buat muka moyok ni? Tak
hensemlah suami Eda kalau tak senyum.”rengeknya manja. Dia menyentuh kedua-dua
bahu suaminya dan mempamerkan segaris senyuman lebar.
Namun, suaminya masih tidak senyum. Muka
lelaki itu tetap seperti tadi. Dia hampa. Mahu merajuk, dia rasa itu bukan
jalan penyelesaiannya. Dia yang memaksa suaminya datang ke sini. Takkan nak
balik tiba-tiba kan? Nanti tak dapatlah dia nak tunjukkan barang kemas yang
dibeli kepada teman sepejabatnya.
“Abang tak sukalah pergi sini. Kan bang
dah cakap banyak kali. Pakai apa yang ada. Barang kemas yang ada kat rumah tu
tak berkarat lagi. Buat apa nak beli yang baru, kan membazir tu.”marah Amysar
Shah dengan nada perlahan. Dia berusaha untuk tidak menjatuhkan maruah
isterinya di kedai ini.
“Ala, abang. Sekali aje. Dah lama Eda
tak merasa pakai barang kemas baru. Eda cemburulah tengok kawan-kawan pejabat Eda
pakai barang kemas yang terbaru. Eda pun nak pakai jugak.”
Nur Khaleeda merengus. Dia tidak
berpuas hati pada pendapat suaminya. Biarlah dia mahu membeli barang kemas. Apa
salahnya jika tubuh badannya disaluti dengan barang kemas yang berkilauan?
Amysar Shah mengeluh perlahan.
Isterinya ini ada sahaja peelnya. Baginya, tidak perlulah membeli barang kemas
terlalu banyak. Pencuri dan peragut sudah ramai di kota metropolitan ini. Itu
yang ditakutinya sekarang.
“Eda ni suka menjawab. Abang dah marah
banyak kali pasal barang kemas ni, Eda tetap tak dengar juga. Degil! Abang
bukannya banyak duit nak beli barang kemas lagi. Tunggulah gaji abang masuk
dulu. Nanti abang belikan.”Amysar Shah berjanji walaupun pada hakikatnya dia
tidak sanggup membelikan isterinya barang kemas lagi.
Berapa bulan yang sudah, dia terpaksa
mengikat perut semata-mata untuk membelikan seutas rantai putih yang mempunyai
nama mereka berdua, khas untuk isterinya ketika ulang tahun mereka yang ke dua.
Gajinya sebagai pekerja penjawat awam tidak mampu untuk melunaskan hajat
isterinya yang telah berapa kali tertunggak.
Kini, dia terpaksa mengikat perut buat
kali kedua. Tak dapat makan dengan kawan-kawan kat office pun tidak mengapalah.
Janji hasrat isterinya dapat ditunaikan.
“Ala, abang ni. Kalau tak cukup, Eda
boleh tambahkan sikit. Eda janji lepas ni Eda tak mintak barang kemas dari
abang lagi. Eda promise!”janji Nur Khaleeda. Dia tidak pasti samada janjinya
itu benar-benar dari lubuk hatinya atau tidak. Apa yang penting, barang kemas
pasti menjadi miliknya hari ini jugak!
“Tak payah nak promise dengan abang.
Dah, pergi ambil duit ni, beli apa yang Eda nak. Ini aje yang mampu abang bagi.
Kalau tak cukup, Eda pandai-pandailah tambah sendiri.”ujar Amysar Shah sambil
memberi beberapa keping not lima puluh kepada isterinya sebelum dia
melangkahkan kaki untuk keluar dari kedai yang tidak mempunyai sebarang makna
baginya. Lebih baik dia berehat di dalam kereta lagi bagus!
Nur Khaleeda memuncungkan bibir. “Habis
Eda beli sorang-sorang lah ni? Abang ni, bukan nak temankan pun.”katanya
setelah suaminya bergerak keluar dari situ.
“Tapi tak apalah. Abang tak ada pun tak
apa. Eda boleh pilih barang kemas yang Eda nak!”sambungnya lagi dengan mata
yang bersinar. Dapatlah dia membeli barang kemas yang dia mahukan.
Segera dia menghampiri kaca yang
mempamerkan barang kemas itu dan tersenyum kepada pekerja disitu.
Tak sabarnya nak tunjukkan pada
rakan-rakan sepejabatnya esok!
*****
Nur Khaleeda menekan interkom diatas
mejanya lalu dipanggil dua rakan sepejabat yang paling akrab sepanjang empat
tahun dia bekerja di syarikat percetakan yang diberi nama Percetakan Puncak
Gemilang Sdn Bhd iaitu Nora Abdullah dan Fatimah Wahab.
Pagi yang bercahaya ini seharusnya
dimulakan dengan menunjuk koleksi barang kemas terbarunya. Apalagi kalau bukan
gelang dan cincin!
Nora Abdullah dan Fatimah Wahab
sama-sama mengetuk pintu bilik rakan sepejabatnya setelah menerima panggilan
daripada rakannya tadi.
“Korang tengok ni. Cantik kan gelang dengan cincin yang aku
beli semalam? Anggun gitu.”Dengan bangga Nur Khaleeda mempamerkan gelang
berwarna emas dan cincin yang dibelinya semalam kepada rakan-rakan pejabatnya
yang tekun memerhati ukiran yang berada di tangan kanannya.
‘Mesti diorang cemburu tengok aku dapat beli gelang dengan cincin
ni.’bisiknya dalam hati.
“Cantik. Tapi mana kau dapat duit nak beli gelang dengan
cincin ni? Mahal tu. Aku nak beli gelang dengan cincin macam kau pun aku tak
mampu. Inikan pula kau yang beli.”sampuk Nora, rakan pejabatnya yang bermulut
becok.
“Aah lah Eda. Suami kau bukannya orang kaya pun. Kau pernah
bagi tahu aku yang suami kau kerja biasa-biasa aje. Aku hairan lah jugak. Gaji
tak sampai tiga ribu, bila beli gelang dengan cincin nak dekat lima ribu.”sampuk
seorang lagi rakannya yang bernama Fatimah.
Nur Khaleeda menyengetkan mulut. Eeii…mulut perempuan ni
takde insurans langsung! Ada jugak kena masuk cili api dalam mulut tu. Biar
pedih tak payah bercakap lagi!gumamnya.
“Korang ni…kalau bercakap mesti tak fikir dulu kan? Suami
aku memanglah tak banyak duit tapi dia ikat perut semata-mata nak belikan aku
barang kemas. Itu tandanya suami aku sayangkan aku.”kata Nur Khaleeda sambil
tersenyum-senyum.
“Suami korang mesti dah lama tak beli barang kemas kan? Aku
setiap tahun dapat barang kemas tau.”sambungnya lagi dengan nada riak.
Nora dan Fatimah saling berpandangan. Entah apa yang best
pasal barang kemas pun mereka tidak tahu. Rakan pejabatnya yang seorang ini
memang ratu barang kemas di dalam syarikat yang mereka bekerja. Setiap kali
suaminya menghadiahkan barang kemas, rakannya pasti menunjukkan kepada mereka
berdua.
Semakin lama rakannya menunjukkan barang kemas itu, semakin
jelik mereka berdua mahu melihatnya. Mereka juga mempunyai barang kemas namun
tidaklah sampai menunjuk atau mempamerkan di dalam pejabat. Hanya pada hari
tertentu sahaja mereka pakai.
“Kau
tak takut kena ragut ke? Gelang dengan cincin kau kan mahal, kalau peragut
rompak gelang kau. Menyesal tak sudahlah kau jawabnya.”ucap Nora diiringi
sindiran. Fatimah disebelah mengangguk. Mengiyakan apa yang rakannya katakan.
Nur
Khaleeda naik berang. Mereka ini harapkan nama saja rakan pejabat tapi mulut
tak boleh nak jaga. “Korang ni, mulut boleh tahan puaka jugak kan? Korang ingat
peragut nak curi ke gelang aku yang mahal ni? Langkah mayat aku dululah beb!
Lengan baju aku yang panjang ni peragut takkan nampaklah.”balas Nur Khaleeda
dengan berlagak.
Nora
dan Fatimah sekali lagi berpandangan. Mereka berdua menggelengkan kepala dengan
sikap rakannya yng satu ini. Berapa kali mereka membebel, memberi nasihat tetap
tak jalan jugak. Rakannya terlalu riak setiap kali berbicara dengan mereka
berdua.
“Kau
jangan riak sangat, Eda. Tak pasal-pasal Allah tarik balik nikmat yang Dia dah
bagi pada kau selama ni. Kita orang cuma nak nasihatkan kau. Dahlah, aku dengan
Nora nak sambung buat kerja. Kau jangan khusyuk sangat tengok gelang baru tu.
Tak siap kerja, balik lewatlah maknanya.”pesan Fatimah sebelum dia mengajak
Nora untuk balik ke bilik masing-masing.
Nur
Khaleeda menjuih lidahnya sedikit setelah rakan-rakan pejabatnya berlalu dari
biliknya. Ada dia hairan dengan setiap kata-kata rakan-rakannya? Tak ada
maknanya! Sekelumit nasihat yang diberi pun tidak masuk ke fikirannya.
Sekelumit pun tarak!
9 ulasan:
Memang materialistik betul lah...
Betul... memeng nak kena bagi pengajaran ni hehehe... cewah tetiba emo ni..
Wah, menarik. Jalan cerita lain dari lain :)
ayat memanaskan enjin yg menarik
kita tunggu yg seterusnya...
chaiyok eya....
hehe..mmg perempuan ni materialistik btul! keke..
anyway..tq atiza sbb sdi bce.. ;)
kak Hiedayah, jgn emo kak! keke
mmg kne bg pengajaran jgk pada perempuan materialistik ni! ;)
wat kak Afifah,
alhamdulilah..tq sebab sdi ckp citer ni menarik!
wat kakak nana syg,
menarik ye?
nnt eya buat episod seterusnya! hehe
Jgn lpe bce tau!
Su datang singah blog akak dan baca entri2 akak. Wish u good luck akak,su tunggu novel2 akak. Hehe :)
Catat Ulasan