Koperal Mansur
mendekati pelawat yang memanggil dirinya. Dia berdiri tegak bersebelahan dengan
pelawat tersebut setelah masuk ke satu bilik yang dikhaskan untuk pelawat mengunjungi pesalah yang duduk di lokap.
“Ada apa, encik?”soal
Koperal Mansur dengan nada serius.
“Boleh bagi peluang
untuk kami berdua berbual sebentar?”soal Muzaffar Ikram dengan nada tegas.
Nur Mariana tersentak.
Berbual? Biar betul Muzaffar Ikram ingin berbual dengaannya? Tapi untuk apa?
Bukan ke semua rahsia tentang kecurangannya telah terbongkar beberapa hari yang
lalu.
Untuk apalagi bekas
suaminya mahu berbual dengannya? Takkan mahu berbaik semula kut? Jika benarlah
lelaki itu mahu berbaik semula dengannya, adakah dia akan menerimanya semula? Of course yes! Tapi dia kena cerai talak
tiga, mana boleh sesuka hati rujuk semula?
“Baiklah. Tapi tidak
boleh lebih lima belas minit. Saya tunggu diluar bilik ini.”kata Koperal Mansur
dengan tegas. Dia lantas keluar dari situ tanpa menganggu mereka berdua. Pintu
yang terbuka luas tadi ditutup rapat.
Agak khuatir juga dia
melihat riak wajah lelaki yang datang mengunjungi pesalah yang baru ditahan
ini. Dengan raut wajah yang tegang dan serius, dia dapat merasakan pasti
sesuatu telah berlaku pada lelaki itu sehingga wajahnya dilihat ditumbuhi
jambang halus.
Dia akan menunggu
diluar sehingga mereka berdua selesai berbincang. Walaupun dia teringin mengetahui
apa yang mereka berdua bincangkan namun apakan daya…dia tiada kaitan dengan
pasangan itu.
*****
Tiada sepatah
perkataan pun yang meniti dibibir bekas suaminya. Nur Mariana resah tidak
menentu. Kata mahu berbual tapi mulut itu seakan digam kuat. Tutup sahaja mulut
lelaki itu. Cara pandangan Muzaffar Ikram menakutkan dirinya yang kini hanya
mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam bilik kecil ini.
“Just straight to the point, abang. Kita tak banyak masa untuk
berbual…”ucapnya, memulakan perbualan. Jika suasana di bilik ini berterusan
senyap dan sunyi, baik dia duduk di lokap semula.
Mata Muzaffar Ikram
masih tidak lari dari tempat lain. Panahan mata lelaki itu tajam merenung anak
matanya yang hitam bundar. Dia mengetap bibir tanda semakin takut dengan
renungan lelaki itu.
“Cakaplah abang…”desak
Nur Mariana.Dengan kekuatan yang ada, dia memberanikan diri memegang tangan
lelaki itu.
Namun, pegangan tangan
itu sukar melembutkan hati lelaki Muzaffar Ikram. Pantas dia membalas pegangan
bekas isterinya lalu dia bangun dan memulas tangan perempuan itu.
Nur Mariana menjerit
tetapi Muzaffar Ikram lebih cekap menekup mulutnya. Dia terkedu, tidak terkata
apa-apa.
“Kau jangan menjerit.
Kalau kau menjerit, nahas kau!!”Muzaffar Ikram tidak menjerit. Dia hanya bersuara
perlahan. Takut polis akan masuk ke dalam bilik ini dan menangkapnya.Rambut Nur
Mariana dicekup kuat. Nur Mariana hanya menahan peritnya ditarik rambut dihati.
“Umm…”hanya itu sahaja
yang mampu diluahkan. Dia mahu melontarkan suaranya bagi anggota polis
mendengar rintihannya namun bekas suaminya pantas bertindak.
“Kalau ikutkan hati
aku, aku nak bunuh kau sekarang juga tapi aku tahan sebab aku tahu dan aku
sedar yang aku ada kat balai polis. Tapi kau jangan ingat kau boleh selamat,
Mariana. Dendam aku pada kau akan terbalas selepas ini…biar kau meringkuk dalam
penjara lama sikit. Penjara Wanita Kajang menanti kau selepas ini…”kata
Muzaffar Ikram dengan penuh dendam.
Mulut Nur Mariana yang
ditekup itu dilepaskan lalu tanpa perasaan bersalah, Dia menolak kasar
perempuan itu sehingga jatuh menyembah bumi. Dia puas! Puas kerana dendamnya
akan terbalas juga akhirnya…
Nur Mariana mengerang
kesakitan yang amat sangat. Sampai hati Muzaffar Ikram menolaknya tanpa
perasaan belas kasihan.
Muzaffar Ikram segera
menarik pintu keluar bilik itu. Dia membiarkan Nur Mariana terkapai-kapai di
atas lantai tanpa menghulurkan bantuan. Tiada rasa simpati akan tertumpah buat
perempuan yang bernama Nur Mariana lagi. No more!!
Dirinya memanggil
anggota polis yang membawa mereka ke dalam bilik ini.
Koperal Mansur
terkejut dengan sapaan pelawat itu. Sekejap betul mereka berbincang? Bisiknya dalam
hati.
“Polis, saya rasa
perempuan di dalam bilik ini ada baiknya diletakkan ke penjara.”
Koperal Mansur
mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan apa yang lelaki itu katakan.
“Mungkin polis tak
faham dengan apa yang saya katakan tapi ada baiknya polis letak dia terus ke
penjara. Kerana perempuan itu telah menyebabkan kematian ibu saya dan kerana
dia jugalah saya menjadi anak yatim!!”lantang Muzaffar Ikram bersuara. Anggota polis
itu terkejut mendengarnya.
Patutlah riak wajah
lelaki ini tampak muram dan serius sahaja. Rupa-rupanya ibu kandungnya sudah
meninggal dunia! Dia terus masuk ke dalam bilik itu dan menekup pergelangan
perempuan itu yang nampak sudah tidak tentu arah.
Nur Mariana tergamam. Dia
kelihatan terpinga-pinga dicekup polis. Bekas ibu mertuanya sudah meninggal
dunia? Habislah dirinya!! Mana ada tempat untuk dia melarikan dia? Polis sudah
pun menangkapnya.
Selepas ini, sudah
tentu dia akan dimasukkan ke dalam penjara!!
Muzaffar Ikram
tersenyum puas! Akhirnya…impian untuk melihat bekas isterinya meringkuk dalam
penjara terlaksana sudah!
Namun, jiwanya tertekan.
Hatinya pilu. Dia kini sudah menjadi anak yatim piatu. Tiada siapa yang sudi
menyayanginya lagi didunia ini…
*******
Dhia terperanjat
apabila Razree membawanya ke rumah nenek selepas waktu kerja. Hatinya
mendongkol geram.
“Abang bawa Dhia pergi
sini, kenapa? Dhia nak balik rumahlah…penat tau tak!” dengusnya. Setelah
seharian bekerja di dalam pejabat dengan pelbagai ragam dari pelanggan yang
tidak habis-habis menelefon untuk membuat tempahan dalam bentuk cetak, dia
dihidangkan pula dengan kejutan yang tidak disangka-sangka ini.
“Dhia ni asyik cakap
penat, penat, penat aje! Tadi kan dah tidur dalam kereta. Tak kurang lagi ke ‘kepenatan’
tu?”Razree separuh menyindir. Geram pula apabila melihat Dhia tidak berapa
gemar untuk berkunjung ke rumah nenek.
“Dhia nak balik
tidurlah! Nanti hari lain Dhia jenguklah nenek. Please, abang…hantar kita balik
jom!”rayu Dhia dengan penuh perasaan. Sempat lagi dia menguap didepan
kekasihnya.
Razree mengambil
tangannya lalu menutup mulut Dhia dengan lembut. Dhia terus berhenti menguap.”Hesy,
abang ni. Dhia ada tanganlah nak tutup mulut sendiri.”muncung bibirnya berkata.
“Kita lawat nenek
sekejap. Sekejap aje. Lepas tu abang hantar Dhia balik. Abang promise.”Razree
mengangkat tangan tanda berjanji dengan apa yang dikatakan dari mulutnya.
Dhia mencebirkan
bibir. “Dhia bencilah promise, promise
ni!”dia masuk ke dalam rumah nenek dengan hentakan kaki.
Bukan dia malas mahu
singgah ke rumah nenek tapi dirinya yang banyak kerja yang perlu diuruskan
sejak dua hari ini membuatkan dia terlampau letih untuk kemana-mana. Yang dia
nampak hanyalah katil, katil dan katil sahaja!!
Razree tersengih. Dia
memahami keadaan kekasihnya yang agak penat tetapi apa boleh buat, impian yang
terpendam selama menjadi kekasih kepada insan yang bernama Nurul Haifa Nadhiya
harus dilaksanakan seberapa segera. Dia kalau boleh tidak mahu berpisah dengan
perempuan itu.
Biarlah hubungan
mereka tamat dengan perkahwinan. Itu saja tekadnya ketika ini… Dia mahu melamar
Dhia didepan nenek hari ini juga!
Razree masuk sambil
menayangkan muka sengihnya disamping kekasihnya.
“Sampai hati tak
tunggu abang…”rajuk Razree, sengaja dia menayangkan muka sedih.
Dhia geram terus
mencubit lengan lelaki itu. Razree mengaduh. “Woo…sakitnya.”
“Tak payah nak buat
muka sedih sangatlah kan? Dhia yang patut sedih sebab abang tak beritahu Dhia
awal-awal yang abang nak bawa Dhia kat sini.”rengusnya.
“Abang bukan tak nak
beritahu Dhia. Ini nenek pun tak tahu tau yang abang bawa Dhia datang sini.”
“Abang ni kan…nenek
terkejut nanti kita berdua datang. Tak pasal-pasal nenek pengsan buat kali
kedua nanti. Biar ajelah nenek rehat kat dalam bilik tu. Nak kacau nenenk buat
apa?”katanya setelah mereka berdua sampai di tangga menuju ke bilik nenek.
“Abang bawa Dhia
datang hari ni bersebab.”
“Sebab apa?”langkahnya
terhenti sewaktu dia meniti anak tangga yang pertama.
Razree membisikan
sesuatu ditelinga Dhia. Dhia mengerutkan dahi. “Sebab abang nak khabarkan pada
nenek tentang kita.”ditekankan perkataan kita itu agar Dhia dapat memahami
maksud tersirat itu.
Dhia membulatkan mata.
Dia menelan airliur apabila mendengar jawapan ‘bernas’ daripada kekasihnya.
“Abang rasa tak
terlalu awal ke kita buat semua ni?”tanya Dhia dengan gelisah.
Razree tersenyum
nipis. “Bagi Dhia, ini terlalu awal tetapi bagi abang…inilah masanya. Umur
abang semakin hari semakin meningkat. Abang tak nak tunggu lagi.
“Bila kita dah kahwin nanti, abang
akan bagi ruang dan peluang untuk Dhia mencintai abang.” ujarnya dengan nada
bersungguh.
“Abang tahu pintu hati
Dhia masih belum terbuka buat abang…tapi percayalah, lepas kita kahwin nanti
abang yakin akan buat Dhia cintakan abang!”sambungnya lagi.
Dhia tersentuh dengan kata-kata kekasihnya.
Begitu tulus abang Razree mencintainya namun dia perlukan masa untuk memberikan
cintanya kepada lelaki itu. Jika tuhan memberinya ruang untuk mencintai lelaki
itu, insyallah dia akan setia kepada lelaki itu buat selama-lamanya...
Teringatkan nenek yang
sedang berehat didalam bilik, dia terfikirkan sesuatu. Adakah nenek akan setuju
jika mereka disatukan?
5 ulasan:
nak lagiiiii.... kesian pulak kat pompuan jhat tu..
hihi..kesian k dik? ntahlh..akk x sngka muz brtindk mcm tu..
Padan muka mariana tu. Dia la sbb dhia bercerai kan??. Sian kat raz kalau dhia tolak cintanya. Susah nak dapat laki sejati ni. Byk nak main2. Ni dah ada yg bersungguh ni terima la dhia ye?? :)
padan muka mariana kan kak?hehe..insyallah Dhia akan terima Razreewlaupun sementara sahaja hubungan mereka berdua
aik, ciput nya n3 kali ni?
baru nk berjiwang, dh abis...
jadi ke dhia kawin ngan razree?
jeng3....
lagi...lagi...
Catat Ulasan