Selasa, 14 Mei 2013

BAB 37 Pulanglah Padaku



Koperal Mansur mendekati pelawat yang memanggil dirinya. Dia berdiri tegak bersebelahan dengan pelawat tersebut setelah masuk ke satu bilik yang dikhaskan untuk pelawat mengunjungi pesalah yang duduk di lokap.

“Ada apa, encik?”soal Koperal Mansur dengan nada serius.

“Boleh bagi peluang untuk kami berdua berbual sebentar?”soal Muzaffar Ikram dengan nada tegas.

Nur Mariana tersentak. Berbual? Biar betul Muzaffar Ikram ingin berbual dengaannya? Tapi untuk apa? Bukan ke semua rahsia tentang kecurangannya telah terbongkar beberapa hari yang lalu.

Untuk apalagi bekas suaminya mahu berbual dengannya? Takkan mahu berbaik semula kut? Jika benarlah lelaki itu mahu berbaik semula dengannya, adakah dia akan menerimanya semula? Of course yes! Tapi dia kena cerai talak tiga, mana boleh sesuka hati rujuk semula?

“Baiklah. Tapi tidak boleh lebih lima belas minit. Saya tunggu diluar bilik ini.”kata Koperal Mansur dengan tegas. Dia lantas keluar dari situ tanpa menganggu mereka berdua. Pintu yang terbuka luas tadi ditutup rapat.

Agak khuatir juga dia melihat riak wajah lelaki yang datang mengunjungi pesalah yang baru ditahan ini. Dengan raut wajah yang tegang dan serius, dia dapat merasakan pasti sesuatu telah berlaku pada lelaki itu sehingga wajahnya dilihat ditumbuhi jambang halus.

Dia akan menunggu diluar sehingga mereka berdua selesai berbincang. Walaupun dia teringin mengetahui apa yang mereka berdua bincangkan namun apakan daya…dia tiada kaitan dengan pasangan itu.

*****

Tiada sepatah perkataan pun yang meniti dibibir bekas suaminya. Nur Mariana resah tidak menentu. Kata mahu berbual tapi mulut itu seakan digam kuat. Tutup sahaja mulut lelaki itu. Cara pandangan Muzaffar Ikram menakutkan dirinya yang kini hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam bilik kecil ini.

Just straight to the point, abang. Kita tak banyak masa untuk berbual…”ucapnya, memulakan perbualan. Jika suasana di bilik ini berterusan senyap dan sunyi, baik dia duduk di lokap semula.

Mata Muzaffar Ikram masih tidak lari dari tempat lain. Panahan mata lelaki itu tajam merenung anak matanya yang hitam bundar. Dia mengetap bibir tanda semakin takut dengan renungan lelaki itu.

“Cakaplah abang…”desak Nur Mariana.Dengan kekuatan yang ada, dia memberanikan diri memegang tangan lelaki itu.

Namun, pegangan tangan itu sukar melembutkan hati lelaki Muzaffar Ikram. Pantas dia membalas pegangan bekas isterinya lalu dia bangun dan memulas tangan perempuan itu.

Nur Mariana menjerit tetapi Muzaffar Ikram lebih cekap menekup mulutnya. Dia terkedu, tidak terkata apa-apa.

“Kau jangan menjerit. Kalau kau menjerit, nahas kau!!”Muzaffar Ikram tidak menjerit. Dia hanya bersuara perlahan. Takut polis akan masuk ke dalam bilik ini dan menangkapnya.Rambut Nur Mariana dicekup kuat. Nur Mariana hanya menahan peritnya ditarik rambut dihati.

“Umm…”hanya itu sahaja yang mampu diluahkan. Dia mahu melontarkan suaranya bagi anggota polis mendengar rintihannya namun bekas suaminya pantas bertindak.

“Kalau ikutkan hati aku, aku nak bunuh kau sekarang juga tapi aku tahan sebab aku tahu dan aku sedar yang aku ada kat balai polis. Tapi kau jangan ingat kau boleh selamat, Mariana. Dendam aku pada kau akan terbalas selepas ini…biar kau meringkuk dalam penjara lama sikit. Penjara Wanita Kajang menanti kau selepas ini…”kata Muzaffar Ikram dengan penuh dendam.

Mulut Nur Mariana yang ditekup itu dilepaskan lalu tanpa perasaan bersalah, Dia menolak kasar perempuan itu sehingga jatuh menyembah bumi. Dia puas! Puas kerana dendamnya akan terbalas juga akhirnya…

Nur Mariana mengerang kesakitan yang amat sangat. Sampai hati Muzaffar Ikram menolaknya tanpa perasaan belas kasihan.

Muzaffar Ikram segera menarik pintu keluar bilik itu. Dia membiarkan Nur Mariana terkapai-kapai di atas lantai tanpa menghulurkan bantuan. Tiada rasa simpati akan tertumpah buat perempuan yang bernama Nur Mariana lagi. No more!!

Dirinya memanggil anggota polis yang membawa mereka ke dalam bilik ini.

Koperal Mansur terkejut dengan sapaan pelawat itu. Sekejap betul mereka berbincang? Bisiknya dalam hati.

“Polis, saya rasa perempuan di dalam bilik ini ada baiknya diletakkan ke penjara.”

Koperal Mansur mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan apa yang lelaki itu katakan.

“Mungkin polis tak faham dengan apa yang saya katakan tapi ada baiknya polis letak dia terus ke penjara. Kerana perempuan itu telah menyebabkan kematian ibu saya dan kerana dia jugalah saya menjadi anak yatim!!”lantang Muzaffar Ikram bersuara. Anggota polis itu terkejut mendengarnya.

Patutlah riak wajah lelaki ini tampak muram dan serius sahaja. Rupa-rupanya ibu kandungnya sudah meninggal dunia! Dia terus masuk ke dalam bilik itu dan menekup pergelangan perempuan itu yang nampak sudah tidak tentu arah.

Nur Mariana tergamam. Dia kelihatan terpinga-pinga dicekup polis. Bekas ibu mertuanya sudah meninggal dunia? Habislah dirinya!! Mana ada tempat untuk dia melarikan dia? Polis sudah pun menangkapnya.

Selepas ini, sudah tentu dia akan dimasukkan ke dalam penjara!!

Muzaffar Ikram tersenyum puas! Akhirnya…impian untuk melihat bekas isterinya meringkuk dalam penjara terlaksana sudah!

Namun, jiwanya tertekan. Hatinya pilu. Dia kini sudah menjadi anak yatim piatu. Tiada siapa yang sudi menyayanginya lagi didunia ini…

 

*******

Dhia terperanjat apabila Razree membawanya ke rumah nenek selepas waktu kerja. Hatinya mendongkol geram.

“Abang bawa Dhia pergi sini, kenapa? Dhia nak balik rumahlah…penat tau tak!” dengusnya. Setelah seharian bekerja di dalam pejabat dengan pelbagai ragam dari pelanggan yang tidak habis-habis menelefon untuk membuat tempahan dalam bentuk cetak, dia dihidangkan pula dengan kejutan yang tidak disangka-sangka ini.

“Dhia ni asyik cakap penat, penat, penat aje! Tadi kan dah tidur dalam kereta. Tak kurang lagi ke ‘kepenatan’ tu?”Razree separuh menyindir. Geram pula apabila melihat Dhia tidak berapa gemar untuk berkunjung ke rumah nenek.

“Dhia nak balik tidurlah! Nanti hari lain Dhia jenguklah nenek. Please, abang…hantar kita balik jom!”rayu Dhia dengan penuh perasaan. Sempat lagi dia menguap didepan kekasihnya.

Razree mengambil tangannya lalu menutup mulut Dhia dengan lembut. Dhia terus berhenti menguap.”Hesy, abang ni. Dhia ada tanganlah nak tutup mulut sendiri.”muncung bibirnya berkata.

“Kita lawat nenek sekejap. Sekejap aje. Lepas tu abang hantar Dhia balik. Abang promise.”Razree mengangkat tangan tanda berjanji dengan apa yang dikatakan dari mulutnya.

Dhia mencebirkan bibir. “Dhia bencilah promise, promise ni!”dia masuk ke dalam rumah nenek dengan hentakan kaki.

Bukan dia malas mahu singgah ke rumah nenek tapi dirinya yang banyak kerja yang perlu diuruskan sejak dua hari ini membuatkan dia terlampau letih untuk kemana-mana. Yang dia nampak hanyalah katil, katil dan katil sahaja!!

Razree tersengih. Dia memahami keadaan kekasihnya yang agak penat tetapi apa boleh buat, impian yang terpendam selama menjadi kekasih kepada insan yang bernama Nurul Haifa Nadhiya harus dilaksanakan seberapa segera. Dia kalau boleh tidak mahu berpisah dengan perempuan itu.

Biarlah hubungan mereka tamat dengan perkahwinan. Itu saja tekadnya ketika ini… Dia mahu melamar Dhia didepan nenek hari ini juga!

Razree masuk sambil menayangkan muka sengihnya disamping kekasihnya.

“Sampai hati tak tunggu abang…”rajuk Razree, sengaja dia menayangkan muka sedih.

Dhia geram terus mencubit lengan lelaki itu. Razree mengaduh. “Woo…sakitnya.”

“Tak payah nak buat muka sedih sangatlah kan? Dhia yang patut sedih sebab abang tak beritahu Dhia awal-awal yang abang nak bawa Dhia kat sini.”rengusnya.

“Abang bukan tak nak beritahu Dhia. Ini nenek pun tak tahu tau yang abang bawa Dhia datang sini.”

“Abang ni kan…nenek terkejut nanti kita berdua datang. Tak pasal-pasal nenek pengsan buat kali kedua nanti. Biar ajelah nenek rehat kat dalam bilik tu. Nak kacau nenenk buat apa?”katanya setelah mereka berdua sampai di tangga menuju ke bilik nenek.

“Abang bawa Dhia datang hari ni bersebab.”

“Sebab apa?”langkahnya terhenti sewaktu dia meniti anak tangga yang pertama.

Razree membisikan sesuatu ditelinga Dhia. Dhia mengerutkan dahi. “Sebab abang nak khabarkan pada nenek tentang kita.”ditekankan perkataan kita itu agar Dhia dapat memahami maksud tersirat itu.

Dhia membulatkan mata. Dia menelan airliur apabila mendengar jawapan ‘bernas’ daripada kekasihnya.

“Abang rasa tak terlalu awal ke kita buat semua ni?”tanya Dhia dengan gelisah.

Razree tersenyum nipis. “Bagi Dhia, ini terlalu awal tetapi bagi abang…inilah masanya. Umur abang semakin hari semakin meningkat. Abang tak nak tunggu lagi.

            “Bila kita dah kahwin nanti, abang akan bagi ruang dan peluang untuk Dhia mencintai abang.” ujarnya dengan nada bersungguh.

“Abang tahu pintu hati Dhia masih belum terbuka buat abang…tapi percayalah, lepas kita kahwin nanti abang yakin akan buat Dhia cintakan abang!”sambungnya lagi.

 Dhia tersentuh dengan kata-kata kekasihnya. Begitu tulus abang Razree mencintainya namun dia perlukan masa untuk memberikan cintanya kepada lelaki itu. Jika tuhan memberinya ruang untuk mencintai lelaki itu, insyallah dia akan setia kepada lelaki itu buat selama-lamanya...

Teringatkan nenek yang sedang berehat didalam bilik, dia terfikirkan sesuatu. Adakah nenek akan setuju jika mereka disatukan?

5 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

nak lagiiiii.... kesian pulak kat pompuan jhat tu..

Unknown berkata...

hihi..kesian k dik? ntahlh..akk x sngka muz brtindk mcm tu..

lee jee joong berkata...

Padan muka mariana tu. Dia la sbb dhia bercerai kan??. Sian kat raz kalau dhia tolak cintanya. Susah nak dapat laki sejati ni. Byk nak main2. Ni dah ada yg bersungguh ni terima la dhia ye?? :)

Tanpa Nama berkata...

padan muka mariana kan kak?hehe..insyallah Dhia akan terima Razreewlaupun sementara sahaja hubungan mereka berdua

Nana Mohd Yasin berkata...

aik, ciput nya n3 kali ni?
baru nk berjiwang, dh abis...

jadi ke dhia kawin ngan razree?
jeng3....

lagi...lagi...