Aimi Husna memeluk leher
suaminya penuh erat dengan mukanya dirapatkan ke muka suaminya. Mohd Haffizat
tersenyum. Dia suka dibelai begitu. Harap malam ini menjadi titik permulaan
mereka bermadu asmara bersama.
“Sayang manja sangatlah hari
ni. Ada apa-apa yang abang tak tahu ke?”dia menoleh ke kiri. Wajah isterinya
dikucup hangat.
Aimi Husna asyik dengan
kucupan hangat yang menghiasi pipinya. Dia senyum nipis. “Abang rasa dah berapa
hari kita kahwin?”tanya dia sambil merenung dalam wajah suaminya. Apabila soalan
itu tiba-tiba terkeluar dari bibirnya, hatinya mula berasa sebak.
Mohd
Haffizat mengira dengan jarinya. “Rasa-rasanya dah empat hari kita kahwin.
Kenapa sayang tanya?”
“Dah empat hari kita kahwin
kan? Maknanya malam ni malam terakhirlah abang tidur dengan sayang. Lepas ni
sayang dah tak boleh jumpa abang lagi dah…”jawab Aimi Husna dengan nada sebak.
Dia terus masuk ke dalam bilik air dan menangis teresak-esak dibelakang pintu
bilik air.
“Sayang…”terkedu Mohd
Haffizat dibuatnya tatkala isterinya meluru masuk ke dalam bilik air. Sungguh
dia lupa esok adalah hari keberangkatannya ke rumah asalnya. Patutlah isterinya
bersedih.
Mohd Haffizat menolak kerusi
roda dan terus ke bilik air. Pintu bilik air itu diketuk berkali-kali namun
tidak sekalipun isterinya bertindak untuk membukakan pintu itu.
“Sayang…bukalah pintu
ni.”rayunya berkali-kali. Sedikit kuat ketukannya kali ini.
Didalam bilik air, Aimi Husna
menangis sepuas hatinya. Kenapalah aku terlalu emosional saat suamiku ingin
meninggalkan diriku…sepatutnya waktu inilah aku patut mengembirakan hatinya.
Ya tuhanku, kuatkanlah
hatiku…pohonnya dalam hati. Dia bangkit dari duduk dibelakang pintu. Dikesat
airmatanya. Tombol pintu bilik air dibuka perlahan-lahan.
“Sayang…”Mohd Haffizat
terpana.
“Abang…”Aimi Husna keluar dan
termangu didepan pintu bilik air. Dia tterdiam seribu bahasa.
Mohd Haffizat mengambil
tangan isterinya lalu dicium penuh kasih. Aimi Husna terharu.
“Sayang kenapa mesti sedih?
Kan abang dah cakap sepanjang kita berdua masih bersama, abang nak sayang
happy. Abang tengok sayang makin sedih bila abang nak tinggalkan sayang.”
“Sayang tak boleh nak
sembunyikan perasaan sedih sayang. Sayang mengaku jujur yang sayang memang tak
gembira. Sayang asyik fikirkan pasal abang nak balik aje.”katanya dengan
berterus-terang.
“Bukannya kita tak dapat
jumpa lagi selepas ni. Sayang berdoalah agar kita dapat bertemu semula selepas
abang balik rumah ibu.”
“Selepas sayang habis solat,
sayang selalu berdoa agar lepas ni kita dapat berjumpa semula.”
“Dah, lepas ni abang tak nak
sayang tunjukkan muka sedih kat depan abang. Abang tak suka.”kata Mohd Haffizat
dengan nada tegas.
“Hmm…”Aimi Husna senyum
sungging.
“Sayang bawak abang duduk
atas katil. Tak manis kalau bercakap sambil duduk depan tandas ni.”arah Mohd
Haffizat.
“Hmm…”jawab Aimi Husna
sepatah. Dia lantas menolak kerusi roda suaminya kemudian diangkat
perlahan-lahan tubuh suaminya dan duduk dikatil bersebelahan dengan lampu
kecil.
“Ahh…”Mohd Haffizat lega
kerana dapat duduk diatas katil. “Sayang jangan pergi mana-mana. Duduk sini
sebelah abang.”permintaan daripada suaminya membuatkan dia berada didalam riak
serba-salah/
“Hmm..”dia masih seperti
tadi. Suaminya berubah riak wajah.
“Hmm…hmm…hmm…dah takde suara
ke nak bercakap?”sindir Mohd Haffizat sinis.
Aimi Husna memuncungkan
bibir.
“Abang ni
mengada-ngadalah.”rajuknya.
“Cakaplah dengan abang. Abang
bukannya keseorangan kat dalam bilik ni. ”Mohd Haffizat pura-pura marah.
Sebenarnya dia nak gelak tengok wajah isterinya yang sedang monyok itu.
“Pandang muka abang
sayang…”tangan kirinya memegang muka isterinya. Aimi Husna tunduk sambil
tersipu malu.
“Pandanglah muka abang. Buat
apa nak tunduk.”
“Sayang seganlah. Panahan
mata abang tu boleh buat sayang cair.”dia masih dalam keadaan tersipu-sipu
malu.
“Sayang tahu tak malam ni,
malam apa?”giat dia mengusik isterinya.
“Malam ni malam khamis. Esok
baru jumaat. Kenapa abang tanya? Dah tak sabar nak balik ke?”kata Aimi Husna
dengan nada yang perlahan.
“Abang bukan tak sabar nak
balik tapi abang rasa…”Mohd Haffizat mengambil peluang dengan menutup lampu
bilik tidur. Serta-merta ruang bilik tidur menjadi gelap.
Aimi Husna tergamam.
Airliurnya bagaikan tersekat dikerongkong.
“Abang rasa nak jalankan
tanggungjawab abang sebelum abang balik rumah…”ujar suaminya penuh romantis.
Mohd Haffizat mula merapatkan diri pada isterinya.
Aimi Husna kaku disitu. Nafas
suaminya yang menderu desah di wajahnya membuatkan dia bertindak untuk menutup
mata.
Mohd Haffizat tersenyum dalam
gelap. membaringkan isterinya. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, mereka
berdua mengharungi malam pertama tanpa memikirkan masalah lain.
*****
Aimi Husna terjaga pada pukul
tiga dua puluh minit pagi. Lampu yang ditutup suaminya dibuka kembali. Dilihat
suaminya sedang enak tidur dengan dengkuran kecil. Dia mengelus rambut suaminya
penuh kasih lalu mengucup pipi suaminya.
Terkebil-kebil matanya
memandang cahaya terang pada lampu katil sebelah suaminya. Dia ingin menutup
lampu namun bila difikirkan balik, ada baiknya dia membiarkan sahaja lampu itu
terbuka. Lebih senang dia menatap wajah suaminya lama-lama.
Malam tadi merupakan malam yang
amat membahagiakan bagi dirinya. Tersentuh hatinya dengan belaian yang
diberikan suaminya.
Perasaan sedih kembali
menusuk ke dalam sanubarinya. Lama dia memandang suami kesayangannya. Lagi
berapa jam sahaja suaminya akan berangkat pergi dari rumah ini. Payahnya dia
untuk melepaskan suaminya pergi tapi apakan daya, dia tidak boleh menghalang
suaminya keluar dari sini. Ibu mertuanya menunggu kedatangan suaminya.
“Abang, sayang rasa sayang
tidur kat bawah ajelah. Sayang nak cuba tidur sorang-sorang.”ungkapnya sendiri
dengan rasa sebak, seraya itu dia melangkahkan kaki turun ke bawah.
Cahaya yang terang diruang
tamu digelapkan. Dia tidur diatas sofa tanpa bantal. Dia kembali melelapkan
mata.
*****
Mohd Haffizat tersenyum
sengih walaupun matanya terpejam. Dia bermimpi isterinya sedang memeluknya erat
dari belakang. Dia membalas pelukan itu tetapi tidak lama. Isterinya sekejap
sahaja memeluk dirinya dan secara tiba-tiba menghilang.
Matanya terbuka tiba-tiba.
Apa yang dia nampak kini hanyalah gelap. Tangan kirinya tercari-cari kelibat
isterinya namun dia sedikit terperanjat apabila isterinya tiada diatas katil.
Dia membuka lampu agar bilik kembali terang.
“Sayang…”panggilnya dengan
suara yang perlahan. Dia bangkit dari pembaringan dan bersandar dikatil. Hendak
bangun, dia tiada daya. Mana pulak sayang dia ni?gumamnya. Dia melihat jam
didinding baru menunjukkan enam pagi.
“Sayang…”panggilnya sekali
lagi namun kali ini nada dia agak kuat sedikit.
“Hesy, mana pulak isteri aku
ni?”katanya sendiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kepalanya
terjenguk-jenguk ke bilik air. Tiada orang. Pintu bilik air pun terbuka.
“Sayang!!!”kali ini dia tidak
boleh memperlahankan nada suaranya lagi. Kuat suaranya. Satu rumah boleh dengar
suaranya.
Aimi Husna yang sedang asyik
tidur tiba-tiba terbangun. Matanya ditenyeh berkali-kali. Abang panggil!
Mesti dia cari aku ni.desisnya.
Dengan langkah malas, dia
naik ke biliknya.
Pintu bilik dikuak lebar. “Abang
panggil sayang?”matanya digosok-gosok agar mengantuknya hilang.
“Sayang pergi mana? Abang
panggil nama sayang berkali-kali, sayang tak dengar ke?”marah Mohd Haffizat.
Terpana Aimi Husna
mendengarnya. Marah betul suaminya. Apa dia nak jawab ni? “Sayang tidur kat
bawah tadi. Maaflah sayang tak dengar abang panggil sayang tadi.”dia merapati
suaminya. “Abang nak apa?”katanya perlahan.
“Sayang tidur kat bawah?
Kenapa tak tidur sebelah abang? Malu kat abang ke pasal semalam?”sindir Mohd
Haffizat. Masih lagi dengan nada marah.
“Taklah. Sayang cuma rasa tak
sedap badan bila tidur kat katil ni. Tu yang sayang tidur kat bawah tu.”terpaksa
dia menipu untuk mengembirakan hati suaminya yang nampak agak marah dengannya.
Dia mengeluh dalam hati. Pagi-pagi lagi dah kena marah dengan suami.
Aimi Husna mendengar helaan
nafas suaminya yang agak keras. Marahlah tu! Dia dapat merasakan suaminya
seakan-akan tidak suka dengan jawapannya.
“Sayang dah pandai menipu ni.
Mana sayang belajar menipu ni?”terkedu dia dengan kata-kata suaminya.
Pantas dia menjawab. “Sayang
tak menipulah. Sayang sakit belakang.”tipunya lagi.
“Sayang tak payah nak berdalihlah.
Abang tahu sayang saja tidur kat bawah tu. Sayang ni, kejap lagi abang dah nak
balik, sayang buat hal pulak. Abang terasa dengan sikap sayang.”
Aimi Husna mengaru-garu
lehernya sambil keningnya dijongketkan. “Abang ni, tu pun nak terasa. Sayang
tidur bawah sekali aje. Nanti sayang tidurlah sama dengan abang balik.”rungutnya.
“Bila sayang nak tidur dengan
abang lagi? Tak ada maknanya dah. Pagi nanti abang dah nak balik. Doktor akan
datang bawa abang pergi hospital.”
Aimi Husna menundukkan
wajahnya sambil bermain-main dihujung selimut. “Pagi nanti?”
“Aah. Saja abang tak nak bagi
tahu sayang.”dalam marah suaminya, lelaki itu tetap mengungkapkan sayang
terhadapnya. Tiada perkataan kau yang meniti dibibir lelaki itu.
“Sayang nak buat macam mana
kalau abang dah nak balik rumah cepat sangat.”
“Bukan abang nak balik
sangat. Abang terpaksa.”
“Pukul berapa abang nak
balik?”
“Sebelum tengah hari.”
Aimi Husna mengetap bibir.
Dah tak lama dah. Lagi berapa jam saja suaminya akan berangkat pulang.bisiknya
dalam hati. Selepas ini, dia akan kesepian tanpa suami disisi.
“Nanti sayang kemas baju dan
barang-barang abang.”katanya acuh tak acuh. “Sayang bawak abang ke bilik air.
Kita solat sama-sama.”
“Mungkin ini kali terakhir kita solat berjemaah bersama-sama.”
Aimi Husna tidak menjawab.
Sedihnya makin bermukim dihati. Dia menghampiri suaminya dan memegang tangan
lelaki itu. Kerusi roda yang sudah dibuka awal-awal lagi diletak elok didepan katil
bersebelahan dengan suaminya.
Mohd Haffizat duduk dikerusi
roda sambil merenung tajam kearah isterinya. Diperhatikan sahaja tingkah
isterinya yang sedang melipat seluar dikedua-dua hujung kakinya.
Aimi Husna buat endah tak
endah dengan pandangan suaminya. Dia membawa suaminya ke bilik air.
“Hari ni hari terakhir kita
solat berjemaah bersama-sama, sayang tolong abang ambikkan air sembahyang.”
“Betul ni?”teruja Mohd
Haffizat mendengarnya. Walaupun dia gembira melihat suaminya gembira namun
hatinya tetap bersedih.
“Betul.”jawabnya dengan nada
malas. “Sayang rasa kita mandi sekalilah. Mandi sebelum sembahyang lebih elok.
Badan bersih dan wangi apabila ‘berhubung’ dengan tuhan.”jelasnya. Dia
membiarkan suaminya didepan pintu bilik air. Dia mengambil dua tuala yang
mereka gunakan di belakang pintu.
Mohd Haffizat makin teruja
mendengarnya. Dalam acuh tak acuh isterinya menjawab setiap soalannya,
isterinya tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Aimi Husna menyaktkan dua
tuala itu dibahunya. Setelah itu dia membawa suaminya masuk ke dalam bilik air.
Tercapai jugak hasrat
suaminya untuk mandi bersama dengannya…
*****
Aimi Husna menghayati bacaan
doa yang dibacakan suaminya. Airmatanya menitik tiba-tiba. Sayu dia mendengar
suara suaminya membaca doa. Dia pasti doa yang dibaca itu ada kaitan dengan
mereka berdua.
Setelah selesai berdoa, Aimi
Husna bangun dan merapati suaminya. Dia mencium tangan lelaki itu lebih lama
daripada biasa.
Mohd Haffizat tersenyum
sambil mengusap telekung yang dipakai isterinya.
“Abang nak mintak maaf kalau
selama ni abang ada terkasar bahasa pada sayang. Abang hargai apa yang sayang
lakukan selama ini. Perhatian dan cinta yang sayang berikan abang takkan
lupakan sampai bila-bila.”
“Sayang nak mintak maaf jugak
kalau sayang selalu buat abang marah. Abang maafkan sayang ye kalau sayang ada
terkasar bahasa.”dia masih tidak memandang wajah suaminya.
“Abang maafkan sayang dari
dunia sampai akhirat.”ujar suaminya lembut.
Aimi Husna mengangkat muka. “Abang
memang suami yang baik. Sayang janji akan jadi isteri yang setia.”
“Janji?”Mohd Haffizat
memainkan jari kelingking.
“Janji…”Aimi Husna menyatukan
jari kelingking ke jari kelingking suaminya. Jari mereka bersatu.
Insyallah, dia akan setia
pada suaminya selagi hayat dikandung badan…
8 ulasan:
Kenapa ya sampai kena tinggalan tanpa kembali?
d kne tnggalkan isterinya sbb d x nk ibu d thu yg diorang dh kahwin tnpa restu keluarga..
ibu d gilakan harta..itu yg d nak smbunyikn perkahwinan diorang tu.. ;)
sedihnya mesti lpsni belakon buat 2 j
Tak kenal kan
btul kak..dioran kne buat2 x knl..
tp insyallah eya akn knlkn diorang jgak..kihkih
best2.. tapi sedih hehe
hehe..sedih lg ye dik..x pe, xpe..
nnt diorang akan bahagia jgk..insyallah.. ;)
kesianye...dieorg bru jer kawin dh terpaksa berpisah....so sad
nak buat macamana dik Mira..dh itu takdir yg tlh ditetapkan allah..
insyallah mereka akan bahagia jgk nnt.. ;)
Catat Ulasan