Mohd Haffizat leka meneliti penampilan
isterinya yang agak berlainan seperti hari biasa.
“Sayang
pakai cantik-cantik ni nak pergi mana? Siap pakai tudung lagi.”wajahnya
cemberut. Takkan isterinya nak pergi bekerja kot? Habis tu, dia tinggal
soranglah macam ni?
Aimi
Husna lengkap berbaju kurung dan bertudung. Hari ini dia mahu ke satu tempat yang suaminya tidak ketahui.
Biarlah ini menjadi rahsianya.
“Sayang
nak keluar beli barang jap.”jawabnya dengan senyuman. Dibelek-belek dirinya di
cermin. Done! Cantik jugak aku bertudung ye…bisiknya dalam hati.
“Sayang
nampak cantik sangat hari ni. Abang ingatkan sayang nak pergi kerja.”wajahnya
masih masam.
“Kalau
sayang pergi kerja, siapa nak jaga abang? Abang tu bukannya kuat nak bangun
pun.”balas Aimi Husna.
“Takkanlah
beli barang sampai pakai macam ni? Orang kalau beli barang keperluan tak ada
maknanya nak pakai baju kurung berkelip-kelip ni. Sayang nak beli barang kat
mana kat mana sebenarnya?”
“Adalah…,”Aimi
Husna menjeling manja sambil membetulkan tudungnya.
“Abang
nak tahu ni. Manalah tahu driver abang datang nak ambik abang hari ni. Tak
dapatlah sayang nak nak tengok muka abang lepas ni.”Mohd Haffizat sengaja buat
muka sedih.
Aimi
Husna terpempam. “Hah! Abang sajalah tu nak buat sayang sedih kan? Sayang pakai
macam ni pun salah ke? Sayang nak melaram sikit pun tak boleh.”
“Bukan
tak boleh sayang. Abang suka sayang pakai macam ni. Suka sangat! Tapi takkanlah
nak pergi kedai sampai macam ni sekali? Nanti orang lain tengok sayang pelik
aje. Macam nak pergi kenduri orang kahwin pulak.”sindirnya.
“Ala,
bang. Sayang pakai sekejap aje. Balik dari kedai nanti sayang tak pakai dah.”
Mohd
Haffizat mengelengkan kepala. “Tudung tu, bagi abang better pakai terus. Tutup
aurat kan wajib bagi seorang perempuan.”
“Sayang
tahu…,”Aimi Husna tersenyum.
“Dah
tu, kenapa tak nak pakai terus? Kan lebih manis di mata abang?”
Aimi
Husna mendengus. “Eeii..abang ni banyak cakaplah. Sayang keluar dululah. Nanti
nak masak makanan tengah hari.”usulnya. Dia menghampiri suaminya.
“Ada
pulak cakap abang macam tu. Nakal!”dia menarik hidung Aimi Husna sehingga
isterinya mengaduh kesakitan.
“Abang
ni…merah nanti hidung sayang. Tak nak kawan abang!”rajuknya manja.
“Sayang
bukan kawan abang. Sayang isteri abang.”katanya sedikit tegas.
“Sayang
pergi dulu ye. Assalamualaikum…”tangan Mohd Haffizat dikucup lembut lalu dicium
kedua-dua belah pipi Mohd Haffizat.
“Abang
dah tumbuh jambanglah.”Aimi Husna menyentuh jambang yang mula meliar dipipi
suaminya.
“Nanti
abang cukur bila abang ada masa. Siapa suruh sayang cium pipi abang? Ciumlah
bibir abang.”usiknya.
“Eeii...tak senonoh!”Aimi
Husna malu sendiri. Kenapalah dia pergi cium pipi suami dia?baik cium tangan
aje.gumamnya.
Kunci
kereta diambil diatas meja solek lalu dibimbit beg tangannya sambil melambai
mesra suaminya yang tidak berganjak diatas katil.
*****
Encik
Marzhuki membantu isterinya menghidangkan makanan diatas meja. Hari ini
keluarga Haji Osman datang ke rumahnya dan hari ini juga merupakan hari
bersejarah bagi keluarganya kerana anaknya dilamar pihak perempuan.
“Abang,
letak pinggan sekali kat setiap meja. Nanti tak payah nak bagi satu persatu
pinggankat diorang tu."arah Puan Fowzia.
Encik Marzhuki hanya mengikut arahan isterinya.
“Bibik,
kau dah siap buat puding ke belum?”
“Saya
belum buat lagi non, saya tengah buat air sirap.”takut-takut bibik yang bernama yati itu menjawab.
“Laa…kenapa
tak siap lagi? Tinggalkan air tu dulu. Buat puding dulu…diorang nak sampai dah
tu.”sedikit marah nada Puan Fowzia.
“Awak
ni, ye pun bersabar lah. Kalau paksa siap cepat-cepat nanti tak sedap pulak
pudding tu. Bibik tu ka nada kerja lain nak kena buat.”marah Encik Marzhuki.
“Abang
ni suka menangkan orang lain. Isteri sendiri asyik disalahkan aje.”dengusnya.
“Bukan
saya salahkan awak. Awak tu yang kelam-kabut sangat. Lagipun Haji Osman tu
datang lepas zohor nanti. Tak payahlah nak tergopoh-gapah sangat.”
Puan
Fowzia mencebik. Dalam diam dia mengkritik sikap suaminya yang terlampau
menyokong orang lain daripada isteri sendiri. Salah ke dia nak siapkan
cepat-cepat? Bukan senang Haji Osman tu nak datang rumah ni. Bila lelaki itu
datang, haruslah dia berikan perkhidmatan yang terbaik kepada keluarga lelaki
itu.
“Awak
mesti kritik saya dalam diam kan?”
“Mana
ada!”dalihnya walaupun itu memang hakikat sebenarnya. Dia mengkritik sikap
suaminya.
“Saya
kenal awak bukan setahun dua. Dah 26 tahun saya kenal awak. Kekurangan dan
lebihan awak semua saya dah tahu.”kata Encik Marzhuki secara sinis.
Puan
Fowzia menjeling. “Apa-apa ajelah, bang. Saya cuma nak buat yang terbaik untuk
keluarga kita. Haji Osman tu bukan calang-calang orangnya. Kaya pulak tu.
Encik
Marzhuki terdiam. Isterinya ini memang sukakan harta! Dia jadi takut.
Selepas
itu, mereka terus mendiamkan diri. Kalau masing-masing ingin menegakkan benang
yang basah, memang tak siaplah kerja kat dalam rumah ni.
****
Aimi
Husna membuat keputusan untuk membeli sebuah Philips Aqua Touch iaitu pencukur
untuk lelaki yang amat sesuai dengan suaminya yang mempunyai jambang. Bukan
dia tak suka suaminya berjambang tetapi bila cium kat pipi atau bibir…opss!
Nakal jugak aku ni, rasa tak selesa pulak. Walaupun harganya agak mahal namun
demi suaminya dia sanggup untuk membelinya.
Pada
mulanya dia teragak-agak untuk membelinya. Harga produk ni memang melangkaui
fikirannya. Ingatkan lima puluh ringgit sahaja harganya. Rupa-rupanya dua ratus
lima puluh sembilan ringgit! Mana tak tersekat airliurnya dikerongkong. Baik
dia beli shake yang cukur macam biasa tu.
Namun,
bila difikirkan balik, kalau dia beli shake yang jenis manual itu suaminya akan
kena luka sekirannya tidak dibuat dengan betul. Mau kurang hensem suaminya
nanti!
Sempat
juga dia membeli alat perakam digital untuk diberikan kepada suaminya.
Niatnya
hanya satu apabila membeli alat perakam itu. Supaya bila suaminya tiada disisinya
selepas ini, dapatlah dia mendengar suaranya kata-kata romantik daripadanya.
Itu pun sudah memuaskan hatinya.
Setelah
selesai semuanya, dia merehatkan diri seketika didalam kereta sebelum memulakan
perjalanan pulang ke rumah. Alat perakam digital yang diakui baik kualitinya
dicuba.
“Testing…testing
one two three…”Aimi Husna tergelak kecil. Macam orang kurang siuman pulak bila
bercakap sorang-sorang ni.
“Ehem…ehem…”dia
membetulkan tekaknya agar tidak serak.
“Assalamualaikum…Hai
abang! Sayang disini…abang tengah buat apa tu? Sayang rindulah kat abang. Abang
rindu kat sayang tak?gelaknya.
“Abang
kalau kat sana jangan nakal-nakal tau. Sayang kat sini akan setia pada abang
walaupun kita kahwin tanpa restu keluarga, sayang tetap bersyukur. Abanglah
suami yang paling terbaik pernah sayang kenal.”suaranya mula kedengaran sebak.
“Abang
dengar tau sayang nak nyanyi ni. Jangan kritik suara sayang tau.”ujarnya dengan
nada manja.
Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kau lah segalanya
Madah digubah
Ketika cinta Masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Punahlah jua kini akhirnya
Dalam
nada sebak, dia berkata. “Abang, sedap tak sayang nyanyi? Mesti abang cakap tak
sedap kan? Sayang nyanyi ni khas untuk abang. Abang hayatilah bait-bait lagu ni
tau. Sayang doakan kaki abang akan pulih nanti.”
“Selamat
tinggal abang…”sambungnya lagi. Butang stop ditekan tatkala tangisannya makin
kuat. Teresak-esak dia menangis di stereng kereta. Ucapan selamat tinggal itu
amat payah untuk diungkapkan. Dia tidak mahu suaminya mengetahui yang dia
menangis sewaktu merakamkan suaranya di perakam digital ini. Dia mahu suaminya
gembira dan terubat rindunya mendengar suara dia yang ceria ketika berada
dirumah asalnya nanti.
****
Sewaktu
Aimi Husna pulang ke rumah, barang keperluan yang dibeli diletak diatas meja
sementara sebuah plastik yang berisi alat perakam digital disorokkan ke dalam
laci kecil bersebelahan TV. Airmata yang menitis tadi sudah hilang dari tubir
matanya.
Kakinya
laju meniti anak tangga. Dia tahu waktu zohor sudah masuk. “Assalamualaikum,
abang…sorry lambat.”dia menghampiri suaminya.
Mohd
Haffizat yang sedang membaca buku Mastika tersentak apabila mendengar suara
isterinya.
“Sebetulnya
sayang pergi mana ni? Dah nak dekat Zohor baru balik. Abang risau
sangat-sangat.”luahnya.
“Abang…maafkan
sayang. Tadi jammed kat kawasan Jalan Tun Razak. Itu yang sayang balik lambat
ni. Ada kemalangan kat sana.”
“Abang
ingat sayang kemalanganlah tadi.”Mohd Haffizat mengurut dada.
“Abang
ni fikir bukan-bukan aje.”digenggam tangan suaminya. “Abang, sayang ada belikan
sesuatu untuk abang.”
“Apa
dia?”kening Mohd Haffizat terangkat.
“Tara!!”dengan
terujanya Aimi Husna menunjukkan pencukur elektrik yang dibelinya tadi. “Saya
nak cukur jambang abang kat pipi tu. Dah berserabai sayang tengok.”dia mengusap
pipi suaminya penuh kasih.
“Laa…sayang
belikan abang benda ni? Abang ingat sayang belikan abang baju untuk abang
pakai. Kat rumah ni, abang asyik pakai baju yang sama aje. Rasa tak
selesalah…”rungut suaminya.
Aimi
Husna tersengih. “Sayang lupalah nak belikan abang baju sebab sayang terlampau
leka dengan…,”belum sempat dia meneruskan kata, dia terus menekup mulutnya.
Adoi..dia terlebih cakaplah pulak. Mujur dia tak cakap pasal alat perakam tadi
kalau tak tak ada kejutan buat suaminya nanti.
“Amboi,
sayang…cakap pun terhenti. Sayang leka dengan apa tadi? Cakaplah dengan abang.”
“Eheh..mana
ada. Sayang cuma terlampau leka dengan baju baby kat kedai baby shop aje tadi.”hah!
Alasan terbaik yang dia main taram
aje.
“Oh..patutlah.
leka dengan pakaian baby rupanya. Dah tak sabar nak ada baby dengan abang ke
ni?” Mohd Haffizat mengeletek pinggang ramping isterinya.
Aimi
Husna kegelian. “Memang tak sabar. Tapi abang sakit so sayang sabar dululah ye…”ujarnya
manja.
Mohd
Haffizat senyum melebar. “Abang dah tak sabar nak ada anak dengan
sayang.”ucapnya sambil mengucup tangan isterinya.
“Tunggu
ye, bang. Insyallah kalau ada rezeki, kita akan ada anak juga akhirnya. Biar
abang sihat sepenuhnya baru kita fikirkan tentang anak.”jelasnya dengan nada
sebak.
Anak?
Entahlah. Dia pun tidak tahu bila mereka akan mempunyai anak. Suaminya akan
meninggalkan dirinya, mana mungkin dia akan memperolehi anak?
6 ulasan:
smbng lagi.. sedih :(
hehe..sedih ke dik?sian..
Eya....buat jiwa akk kacau...
Wah sedihnya :( lagi dek
kak Anne, jiwa akk kacau?sian2..hihi
kak eida..sedih ke kak?hehe..
Catat Ulasan