Suara azan maghrib bergema di luar rumah. Nur Adriana tersedar dari lena yang panjang. Tak sangka cepatnya masa berlalu sehingga dia leka dengan dunia khayalannya.
Pipi
yang ditampar tadi diraup perlahan. Masih terasa kesakitannya hingga ke saat
ini. Wan Zubair memang lelaki yang kejam! Sanggup lelaki itu menampar mukanya.
Sampai bila-bila pun dia takkan maafkan lelaki itu.
Lampu
bilik dibuka agar nampak terang. Malam ini dirasakan agak sunyi. Tiada
suara-suara yang mengejutkannya bangun dari tidur.
Pintu
dikuak lebar lalu dia memerhatikan sekeliling. “Mana pergi ayah dan ibu ni? Tak
nampak pun?”katanya sambil matanya meliar ke kiri dan kanan.
“Ayah,
ibu!”laungnya sambil berjalan keluar dari bilik.
Aik? Macam tak ada orang pun. Kalau keluar,
kenapa tak beritahu dia?gumamnya.
Dia
menuruni tangga dengan langkah perlahan. Memang sah tak ada orang ni. Gelap
nampaknya ruang tamu. Diperhatikan dapur pun turut sama gelap.
Suis
lampu utama disebelah telefon rumah dibuka bagi memberi cahaya kepada rumah
ini.
“Haa..baru
bercahaya rumah ni.”dia tersenyum sedikit.
Sebaik
sahaja dia berpaling untuk naik ke bilik untuk menunaikan solat maghrib, tidak
semena-mena pintu rumah diketuk. Dia kaget. Siapa pulak tu? Kakinya bergerak
menuju ke pintu utama. Tombol pintu dipusingkan lantas dibuka.
“Oh…Fida,
Farah rupanya.”dia menarik nafas lega.
“Hai
kak Adriana.”tegur Fida dengan nada riang. Manakala Farah hanya masuk tanpa
menegurnya. Fida menyalaminya.
“Lambat
balik?”Nur Adriana tersenyum.
“Fida
dan Farah terlepas bas tadi. Itu yang lambat balik.”balas Fida setelah menutup pintu rumah. Dia
membalas senyuman kakak tirinya. Suka dia mendengar kakak tirinya berkata
lembut kepadanya.
“Senyap
aje rumah ni. Ibu mana?”matanya memerhatikan kawasan dapur. Kawasan itulah yang
sering ibunya ‘melepak’ jika ayah tiada di rumah. Membuat kuih-muih yang
ditempah pihak surau sekirannya ada ceramah atau kuliah di masjid.
Nur
Adriana menjongketkan bahu. “Entah. Akak tak nampak pun kelibat ibu kat sini.
Ibu keluar jumpa kawan kut?”
“Akak,
dah lama ibu takde kawan semenjak ibu kahwin dengan ayah. Ibu manalah nak
keluar rumah. Asyik melekat kat rumah aje. Kalau keluar rumah pun beli
bahan-bahan nak memasak aje.”
Nur
Adriana menepuk dahi. “Akak lupalah.”dia tersengih.
“Macam
manalah nak ingat kalau dalam hati tu dah berdendam sangat dengan ibu tiri
sendiri.”sampuk Farah yang sedang duduk bertenggek diatas kerusi meja makan.
Dia meratah ikan goreng yang dimasak ibu.
Nur
Adriana mengecilkan mata. “Malam-malam macam ni kau jangan nak cari gaduh
dengan aku ye. Dah rindu ke nak makan penampar aku sekali lagi hah?”dia
mengacip gigi, geram.
Farah
menjuling mata. Kata-kata kakak tirinya langsung tidak diambil pusing. Dia
meratah ikan goreng itu sehingga tinggal tulang.
“Sabar,
kak.”Fida dengan berani menepuk lembut belakang badan kakak tirinya. Selama ini
dia tidak pernah menyentuh seinci badan kakak tirinya. Ini pun kali pertama dia
menyentuhnya.
“Aku
kalau tak tahan sabar, dah lama aku tampar muka dia tu. Nasib baik hati aku
masih boleh bersabar dengan sikap kau.”Nur Adriana menenangkan dirinya. Dia
seboleh mungkin cuba untuk mengawal
sikap marahnya. Tetapi saat dia berhadapan dengan adik tirinya yang ini memang
dia rasa kemarahannya makin memuncak. Apa yang dia buat semuanya tidak kena
dimata gadis itu.
Nur
Adriana mengajak adik tirinya duduk di sofa. Teringin untuk berbual lebih
lanjut dengan Fida.
“Esok,
Fida cuti ke kerja?”
“Biasa,
hari sabtu Fida kerja. Maklumlah kerja swasta kena kerja dari hari isnin sampai
sabtu. Kenapa akak tanya? Akak nak kerja kat tempat Fida ke?”usiknya.
“Takdelah.
Akak saja tanya.”Nur Adriana mengelengkan kepala. Padahal dalam hati dia memang
teringin nak bekerja semula. Kerja apapun dia tak kisah.
“Ayah
guna kereta akak pergi surau ke?”
Nur
Adriana pelik. “Kenapa Fida tanya macam tu? Ayah kan pergi surau naik motor.”
“Motor
ayah ada aje kat tepi ampaian tu. Ayah naik kereta akak lah kut.”
Nur
Adriana sudah terasa pelik semacam. Ayah keluar dengan ibu ke? Dah malam begini
masih tidak balik-balik lagi. Risau pulak hatinya. Inti karipap dan bancuhan
tepung untuk dibuat karipap langung tidak diusik. Inikan pula kuih seri muka
dalam loyang yang tidak dipotong lagi. Kejap lagi orang surau akan datang
mengambil kesemua kuih yang ditempah. Jika tidak disiap, pasti ibu tiriya akan
dimarahi.
“Akak
tak tahu pulak ayah dengan ibu pergi mana. Tadi akak tidur kat atas. Tak
perasan ayah dan ibu keluar pulak.”
Fida
menjongketkan kening. Dalam diam, Fida gembira mendengar kakak tirinya
memanggil ibu kandungnya…ibu. Adakah kak Adriana sudah memaafkan ibunya?
Harap-harap kak Adriana tidak mendendami ibunya lagi.
“Kak,
Farah nak masuk bilik dululah. Kalau ibu dah balik, panggil Farah tau.”dia mengendong
beg tangannya setelah membasuh tangan di singki. Badannya terasa penat setelah
seharian bekerja. Selepas ini dia mahu sembahyang maghrib dan tidur
sepuas-puasnya.
“Pergilah.
Nanti akak bagi tahu kalau ibu dah balik.”diantara dia dan Farah, Farah yang
lebih rapat dengan ibunya.
Apabila
kaki Farah baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, ketukan pintu dari luar
rumah menghentikkan gerakan kakinya. Dia segera berpaling ke tepi untuk melihat
siapakah gerangan yang datang waktu maghrib ini.
“Akak,
ada orang ketuk pintu tu. Pergilah bukak.”gesa Farah.
Tatkala
Fida mahu bangun membuka pintu, Nur Adriana mengarahkannya duduk. “Takpe. Biar
akak bukak.”dia bangun lalu membuka pintu.
Terkejut
dia apabila melihat seorang lelaki yang berkain pelekat beserta baju melayu
datang ke rumahnya. Takkan lelaki ni datang nak ambil kuih ibu kut? Kuih kat
dapur tu tak berusik lagi. Dia pulak yang rasa gelabah. Ceramah dah habis ke?
Takkanlah cepat sangat habis ceramah tu?
“Maaflah
encik. Ibu saya tak siapkan lagi kuih tu. Dia keluar dari petang tadi tak
balik-balik.”belum lelaki itu memulakan bicara, Nur Adriana terlebih dahulu
memulakan kata.
Lelaki
itu mengelengkan kepala. “Eh, bukan. Saya bukan datang nak ambik kuih. Tapi
saya datang nak jumpa cik Nur Adriana.”
Nur
Adriana malu. Bukan eh? “Encik nak jumpa saya? Setahu saya, kita tak pernah
kenal sebelum ni.”
Fida
dan Farah bergerak ke depan pintu. Ingin mengetahui lebih lanjut apa yang
mereka berdua bualkan.
“Kami menjumpai satu sampul yang berisi duit
di dalam kereta yang dibawa Ahmad Jamil Bin Abdullah.”diberi sampul itu kepada
pemiliknya.Turut serta, kad pengenalan milik pemandu kereta.
Nur
Adriana tersenyum simpul. “Ini duit saya.”sampul itu diterima dengan rasa
senang hati. Tetapi hatinya mula berasa tidak sedap. Kad pengenalan ayah dia
pun ada sama. Kenapa mesti ada kat tangan lelaki ini? Ada apa-apa yang berlaku
pada ayahnya ke?
Fida
dan Farah ingin melihat sampul berisi duit itu tapi dimasukkan ke dalam seluar
tracknya. Mereka berdua mengeluh. Baru nak tengok berapa banyak duit dalam
sampul itu tapi kakak tirinya dah sembunyikan.
“Tapi
kenapa mesti encik yang bagi sampul ni pada saya? Saya rasa saya simpan dekat
satu tempat tersorok dalam kereta tu. Macam mana encik boleh jumpa pulak?”
“Begini,
cik Nur Adriana. Saya nak khabarkan sesuatu. Harap cik Nur Adriana bersabar
dengan ujianNya.”
Nur
Adriana memandang lelaki itu pelik.“Apa yang encik nak cakapkan ni? Saya tak
fahamlah.”
“Sebenarnya
ayah dan ibu cik Nur Adriana telah menghembuskan nafas terakhir di bawah bukit
tadi. Kami telah bawa ke hospital yang berdekatan untuk tindakan lanjut. Kereta
Myvi kepunyaan cik Nur Adriana dirempuh kuat oleh sebuah kereta sewaktu ayah
cik Nur Adriana turun dari bukit.”jelas lelaki itu.
“Apa?!!”terjerit
mereka bertiga serentak.
*****
Malam
yang dingin membuatkan hati Datin Zafiah semakin gemuruh untuk mengetahui
syarat yang doktor lelaki yang berbual dengannya sebentar tadi. Tatkala doktor
lelaki itu berada didepan bilik anaknya, dia mengambil peluang untuk bertanya
tentang syarat itu.
“Doktor
masih belum menjawab soalan saya lagi. Syarat apa yang doktor ingin katakan
pada saya?”katanya kepada Prof.Dr.Azmi.
Prof.Dr.Azmi
tersenyum nipis. Nampaknya Datin Zafiah memang tidak sabar untuk mengetahui
syarat darinya. “Saya mahu Datin ambil salah seorang dari doktor pakar jantung
untuk menjaga Zeril Iskandar di rumah Datin. Datin sanggup ikut syarat saya ni
kalau Datin tak nak anak Datin terlantar di sini?”
Datin
Zafiah terdiam. Syarat yang dibuat Prof.Dr.Azmi tidak pernah terlintas
difikirannya. “Doktor pakar? Saya tak pernah terfikir pun nak ambil doktor
pakar menjaga Zeril. Saya ingat kalau saya gajikan penjaga khas, dapatlah
penyakit Zeril sembuh secara perlahan-lahan.”
“Datin
silap.”pintas Prof.Dr.Azmi. “Tidak semestinya kalau Datin gajikan penjaga khas
akan dapat sembuhkan anak Datin. Doktor pakar adalah orang yang sesuai untuk
merawat dan menjaga Zeril Iskandar. Datin boleh mengambil penjaga khas untuk
menjaga anak Datin tetapi Datin kena ambil jugak seorang doktor untuk menjaga
Zeril Iskandar.”
“Siapa
doktor pakar yang sesuai untuk jaga anak saya? Doktor ke?”soal Datin Zafiah
sambil menunding jari kearah doktor lelaki didepannya.
“Bukan
saya.”balas Prof.Dr.Azmi sambil mengelengkan kepala. “Tapi ada seorang lagi
doktor yang akan menjaga anak Datin. Nanti saya akan khabarkan siapa namanya.
Datin hanya perlu bersabar sahaja.”jelasnya sebelum masuk ke dalam wad yang
menempatkan Zeril Iskandar.
Datin
Zafiah mengeluh. Nampaknya dia terpaksa menerima syarat doktor lelaki itu.
Hendak mengambil Nur Adriana sebagai penjaga khas anaknya, perempuan itu sudah
menolak tawarannya. Jadi siapalah yang sudi untuk menjaga Zeril Iskandar? Mahu
mengharapkan Irma Amanda sebagai penjaga anaknya, lagilah dia tidak mampu.
Zeril Iskandar terlalu bencikan perempuan itu. Harapannya hanya satu.
“Datin!”suara
doktor lelaki yang berbicara dengannya tadi bergema di sebalik pintu.
“Ada
apa.doktor?”dia mula kalut.
“Anak
Datin, Zeril Iskandar…badan dia menggigil secara tiba-tiba!”kata Prof.Dr.Azmi
dengan suara yang cemas.
Mata
Datin Zafiah terbeliak. Ya Allah! Apa pulak yang berlaku kali ini?
15 ulasan:
ehh..last tp not last..
haha..last hnya di novel cetakan nnt! hehe
adesss...apa terjadi seterusnya??????? huhuhu kena tunggu plk cetakan nvel ni huhuhu..
tggu ajelah dik..
dlm brp bulan lg..hihi
ooo habis kat nvl.. haha, ingatkan dkt blog
akak... lambat lagilah nak tunggu ni!! aduh!! daripada syaz.. :)
Xsbr nk bc di edisi cetak plk..best sgt2..
kak eida x sabo ke nk bce edisi cetak plak?hehe
insyallah, akn dterbitkn nnt
Eya...
:( bab 36 mana ?? :( :( :(
:D
Tak dah habis kot.
ala ..
nape dah last..
xsbar nk baca yg seterusnye..
Cik lama lagi ke nak tunggu . Bila agaknya versi cetak di buat. Rasanya dah lama I tunggu......tlg cepat la ya...........
ala, tak best la kalau macam ni. syok-syok baca tapi tak tahu ending dia.
camne nk dptkn novel ni Sbb nk taw ending pleaseee .........delat mna ye
.
novel ni d terbitkn terbitan mne ye ,ilham karangkraf @ fajar pakeer
Catat Ulasan