“Abang, temankan saya
pergi satu tempat boleh?”ajak Puan Farzana sambil mengelus rambut Nur Adriana.
Anak tirinya tidur bertemankan airmata yang masih mengalir di pipi. Dia rasa
sebak.
“Awak nak pergi mana pulak ni? Anak
kita kan tengah sakit ni.”rengus Ahmad Jamil kepada isterinya. Waktu ini
pulaklah dia nak keluar.
“Bukan apa, bang. Saya tak puas hati
selagi perkara ni tak selesai.”terang Puan Farzana.
“Awak nak cari si Zubair tu ke?”ujarnya
sinis. “Tak payahlah. Dia dah hilang entah ke mana. Kita nak jejak dia pun
bukan dia ada kat rumah.”
“Bukan itu maksud saya, bang. Buat apa
saya nak jumpa Wan Zubair tu setelah dia buat anak kita macam ni? “katanya
geram. “Saya nak jumpa ibu Zubair tu. Ada hal saya nak bincang dengan
dia!”sambungnya dengan nada tegas.
Ahmad Jamil tersentak. “Awak nak jumpa
ibu dia?”tanya dia pelik. “Buat apa?”
“Ada sesuatu yang saya nak selesaikan
dengan ibu Zubair tu.”
“Bukan dah lama ke awak tak berjumpa
dia?”
“Betul!”dia menarik nafas. “Saya tak
jumpa dia tapi saya bercakap dengan dia di telefon.”
Mulut Ahmad Jamil terlopong.
“Ooo…patutlah selama ni bil elektrik naik mendadak! Awak guna rupanya!”marah
Ahmad Jamil.
Puan Farzana segera menutup mulut
suaminya. Menyuruh diam. Takut anak tirinya dapat
mendengar perbulan mereka berdua. Ya! Dia akui. Bil telefon meningkat kerana
kecenderungannya menelefon Puan Kamariah Adnan, teman sekutunya yang berniat
jahat untuk mengenakan Nur Adriana. Ketika Nur Adriana masih lagi di dalam
penjara, mereka selalu berbual dan berbincang tentang rancangan yang bakal
dilaksanakan apabila Nur Adriana pulang ke rumah nanti.
Sekarang, anak tirinya telah kembali ke
rumah dan dia mula rasakan kejahatan yang terpendam selama ini telah terburai.
Seboleh mungkin dia tidak mahu ‘bekerjasama’ dengan Puan Kamariah Adnan lagi.
Tetapi kini, kebencian pada anak
tirinya sudah tiada lagi. Dia makin sayangkan anak tirinya. Bertuah rasanya
apabila dia dipanggil ibu oleh Nur Adriana. Berlimpah-limpah kasih sayang
terhadap anak tirinya.
“Abang cakap kuat-kuat, nanti Adriana
jagalah! Diam ajelah mulut tu!”
Ahmad Jamil rasa lelah tatkala
isterinya menekup mulutnya. Dengan pantas dia menarik kuat tangan isterinya.
Hampir terjatuh Puan Farzana dari katil anak tirinya yang agak tinggi itu.
“Awak ni…saya sesak nafas tahu tak? Awak nak saya mati awal ke?!!”marah Ahmad
Jamil.
Terdiam Puan Farzana disitu. Kemarahan
yang ditonjolkan suami menakutkan dia. Kuasa veto dia dah maii dah!!
“Maaf…maaf! Saya salah. Abang maafkan
Zana erk?”pintanya lembut. Tangan suaminya dielus lembut. Mungkin dengan cara
ini akan melembutkan suaminya semula.
Ahmad Jamil pula yang mendiamkan diri.
Akhirnya dia mengalah dengan pujukan isterinya.
Siapa tak sayang bini oii!!
****
Ahmad Jamil terpaksa mengambil kunci
kereta yang tersangkut di dinding bilik anaknya secara senyap-senyap untuk
keluar ke rumah Puan Kamariah Adnan. Janganlah Nur Adriana bangun selagi mereka
tidak pulang ke rumah.
Pintu rumah di kunci sebaik mungkin.
Kalau tak kunci karang, pencuri masuk pulak rumah ni. Dahlah tiada penghuni
dekat ruang tamu. Adriana pulak tidur kat atas.
Harap Fida dan Farah balik awal hari
ini. Takde lah dia rasa gelisah tinggalkan rumah ni. Lagipun hari dah petang.
Kejap lagi nak masuk maghrib.
Setelah setengah jam menyeberangi highway, akhirnya mereka sampai juga di
rumah bekas bakal mertuanya. Rumah dua tingkat yang tersergam indah itu tampak
suram di mata mereka berdua. Yalah, rumah besar. Tapi penghuni macam tak ada
aje kat dalam rumah ni. Kereta volkswagen
Wan Zubair pun tiada di perkarangan rumah. Kalau rumah ni tak ada orang, baik
mereka pergi dari sini.
“Awak ajelah jumpa dia tu. Saya tak nak
jumpa dia.”Ahmad Jamil mengeleng-gelengkan kepalanya. Hendak melihat wajah Puan
Kamariah Adnan pun rasanya dia tidak mampu. Wanita berumur lima puluh tahun itu
lebih garang darinya. Kali terakhir mereka berjumpa pun sewaktu di makhamah
bagi pembicaraan anaknya yang mencuri
Puan Farzana mengeluh kecil. “Habis,
abang nak duduk mana?”
Ahmad Jamil tersengih. “Dah ada kereta,
duduk ajelah dalam kereta. Tak mau sabang duduk kat rumah tu. Benci pulak abang
nak tengok muka wanita tua tu.”
“Abang ni…ya pun temanlah saya masuk
sekali. Saya tak biasalah masuk sorang-sorang dalam rumah ni. Kalau abang
temankan, Zana berani sikit.”
“Eleh! Dia yang datang sini, kita pulak
yang nak kena temankan.”sinis Ahmad Jamil bersuara.
Puan Farzana sedih. “Abang ni!! Orang
nak suruh dia temankan, dia banyak songeh pulak. Tak nak kawan abang! Huh!”dia
berlalu keluar dari kereta tanpa memandang langsung wajah suaminya.
Ahmad Jamil terkekek ketawa.
“Mengada-ngada betul isteri aku ni.”kepalanya digelengkan. Dia bersandar di
kerusi pemandu sambil melelapkan mata. Lebih baik dia berehat sebentar
sementara menanti kedatangan isterinya semula ke kereta ini.
*****
Puan Farzana menarik nafas sebelum
mengetuk pintu rumah Puan Kamariah Adnan. Agak lama jugak tak bersemuka dengan
wanita itu secara depan-depan.
Tok! Tok! Tok!
Berapa kali selepas diketuk, akhirnya
muncul jugak Puan Kamariah Adnan. Terpamer riak wajah terkejut di wajah wanita
berusia itu.
“Kau, Zana?!”terlopong mulutnya
seketika. Terkebil-kebil matanya memandang wanita yang berkain batik itu.
Takkan dia datang dekat rumah yang besar ni pakai kain batik aje?
Merepek…merepek…
“Aah, saya!”katanya dengan sengihan
melebar.
“Kau datang sini buat
apa?”tergagap-gagap suara wanita berusia itu. Mata Puan Kamariah Adnan
dikecilkan. Kelihatan sebuah kereta Myvi tersadai di luar garaj rumah. Kereta
itu setahunya milik Nur Adriana.
‘Tak sangka bekas banduan tu kasi mak
tiri dia pakai kereta dia. Kalau aku, aku takkan bagi musuh aku naik kereta
aku.’katanya dalam hati.
“Saya datang sini tak boleh ke?”Puan
Farzana mengangkat kening.
“Err…bukan tak boleh. Tapi aku pelik
dengan cara pakaian kau tu. Rumah kau dengan rumah aku jauh kan? Kau tak boleh
datang sini pakai elok-elok ke? Malu tau jiran sebelah nampak cara pakaian kau
macam ni.”kritik Puan Kamariah Adnan.
“Okey apa pakai baju macam ni. Tutup
aurat lagi.”diperhatikan pakaiannya dari atas ke bawah. Nak kata menjolok mata,
tak ada pulak.
Mata Puan Kamariah Adnan juling naik ke
atas sambil mencekak pinggang. Tak faham bahasa jugak orang tua ni. Orang kata
lain dia jawab lain. “Hmm…apa-apa ajelah kau ni. Sekarang ni aku tanya kau
balik semula. Kau datang sini nak cakap apa sebenarnya? Bukan ke ada telefon
sebagai pengantara? Buat susah-susah aje kau datang sini.”
“Saya sebenarnya nak beritahu Puan
sesuatu ni. Tapi saya harap Puan jangan tersentuh hati pulak tau!”
“Kalau ye pun nak bercakap, masuklah
dalam dulu. Suami kau ada kat luar tu. Nanti dia keluar kereta, tak pasal-pasal
dia dengar perbualan kita.”
“Ala, cakap kat sini pun takpe. Saya
tak boleh lama ni. Kejap lagi suami saya kena pergi masjid kat kawasan
perumahan saya tu. Ada ceramah katanya.”
Puan Kamariah Adnan mendengus. “Cakaplah.
Apa kau nak cakap sekarang? Kata tak boleh lama.”dia mencekak pinggang.
“Saya sebenarnya nak…,”kata Puan
Farzana terhenti disitu. Dia tersengih-sengih.
Mata Puan Kamariah Adnan menjuling naik
ke atas. “Cakaplah! Apa dia?!! Bosanlah aku dengar kau cakap lambat-lambat
ni.”rungutnya.
Puan Farzana mengepal tumbuknya. Ini
masanya! Tidak semena-mena, tangan kanannya melayang di pipi wanita berusia
itu. Rasakan!
Puan Kamariah Adnan terpana! Dia
ditampar oleh orang yang bersubahat dengannya selama ini! Apa sudah jadi?
Adakah wanita didepannya sudah mula menyayangi anak tirinya? Dia sudah mula
risau.
“Ini balasan sebab anak kau tampar anak
tiri aku tadi.”jawabnya dengan nada riak.
“Anak aku?”tergagap-gagap dia berkata.
“Anak aku tampar Nur Adriana?”Memang
sahlah yang wanita ini sudah berbaik semula dengan bekas banduan itu! Aduh…sakit
jugak tamparan wanita berusia ini. Tapi dia hairan. Bila masa pulak Wan Zubair
datang rumah wanita ini?Rasanya anak dia mengepalai satu pembedahan di
hospital. Mana mungkin anaknya datang ke rumah wanita ini!
“Tak mungkin dia datang rumah kau. Tak
mungkin!”
Puan Farzana tergelak kecil. “Anak kau
siap bagi bunga ros kat anak tiri aku. Tapi apa yang dia dapat? Penampar!”bulat
matanya. “Sebab itulah aku datang sini nak balas balik apa yang anak kau dah
buat pada anak tiri aku!”balasnya angkuh.
“Kau datang sini semata-mata nak balas
dendam atas apa yang anak aku buat? Kau dalam diam pengkhianat! Kata
bersekongkol dengan aku tapi kau sebelahkan dia!”lantang Puan Kamariah Adnan
bersuara. Geramnya terhadap wanita berusia ini mula membara.
“Itu saja tujuan aku datang
sini.”balasnya dengan riak. “So, aku nak balik sekarang. Aku harap kita jangan
berjumpa lagi. Kau dan aku dah takde apa-apa hubungan lagi. Kau dan aku
musuh!”terus dia berlalu pergi tanpa menyalami wanita itu. Tiada gunanya jika
bersalam dengan keluarga yang tiada sikap hormat-menghormati.
Puan Kamariah Adnan menjerit
sekuat-kuat hatinya. Kemarahannya makin memuncak saat ini. Dendamnya pada
keluarga itu makin membara. Dulu dia hanya berdendam dengan Nur Adriana sahaja.
Kini, seluruh keluarga itu didendaminya.
“Kau tunggulah nanti. Aku akan balas
balik apa yang kau buat pada aku! Kau tunggu ajelah!!”jeritnya sekuat hati.
****
Traffic light yang berwarna merah
membolehkan dia berbual sementara dengan isteri tersayang.
“Dahsyat juga penangan isteri abang ye. Tak sangka isteri
abang kuat menampar orang.”usik Ahmad Jamil sambil mengerling isteri tersayang
disebelah.
Puan Farzana tersengih. Tadi dia serius
sewaktu di rumah Puan Kamariah Adnan. Sekarang ni dia gembira dengan usikan
dari suaminya.
“Zana ingatkan abang tidur mati tadi
dalam kereta.”perli isterinya.
“Abang pejam mata aje. Bila abang
dengar Puan Kamariah Adnan menjerit tu, mata abang terus terbuka besar. Tak
sangka jugaklah isteri abang ni tampar dia.”
“Zana balas balik apa yang patut Zana
balas. Keluarga macam diorang tu mana boleh dibawa runding. Salah sikit,
penampar hinggap di muka.”gerutunya.
“Mujur keluarga kita tak macam
tu.”Ahmad Jamil tersenyum.
“Abang, bawaklah laju sikit. Lagi
berapa minit nak maghrib. Zana takut Adriana terjaga pulak nanti.”jam kereta
sudah menunjukkan pukul enam empat puluh lima malam. Lagi berapa minit lagi
azan akan berkumandang. Dia tidak mahu suaminya terlewat ke surau.
Ahmad Jamil tersenyum lebar. “Sayang
betul Zana dengan anak abang tu. Ini yang abang bertambah sayang ni.”dia
mencubit manja pipi isterinya sewaktu traffic
light bertukar warna hijau. Dia terus memandu dengan tenang.
“Abang, bawaklah laju sikit. Dah nak
masuk maghrib ni.”paksa Puan Farzana.
Ahmad Jamil tersenyum. “Abang bawak
lajulah ni. Jangan salahkan abang kalau kita accident. Awak nak
kita accident ke?”dia menjeling
isterinya.
Puan Farzana menepuk lembut bahu
suaminya yang sedang leka memegang stereng kereta. “Abang ni…cakap yang
bukan-bukan pulak bila tengah bawak kereta ni. Kang accident betul-betul, baru padan muka abang!”dia pulak rasa
gelisah. Mana tahu ajal menjemput mereka berdua hari ini. Hatinya mula berasa
tidak sedap.
Mintak-mintaklah tiada apa yang
berlaku, Ya Allah!”pohonnya dalam hati. Dia memejamkan mata.
Tersengih Ahmad Jamil dibuatnya. Dia
menukar ke gear empat. Selepas ini dia akan menuruni bukit yang agak tinggi.
Dia sempat memandang isterinya yang nampak agak kalut itu.
Takut sangat!getusnya dalam hati. Dia
meneruskan perjalanan dengan tenang.
Tiba di pertengahan bukit, dia dapat
merasakan brek keretanya tidak dapat berfungsi dengan elok. Puas dia tarik dan
tolak brek tersebut. Tapi tak ada kesan pun. Dia pun mula rasa gelabah. “Eheh,
kenapa ni?”dia kalut.
Sudah agak lama dia menaiki kereta
anaknya. Dia tidak biasa memandu kereta jenis auto. Sepanjang anaknya berada
dipenjara, dia yang sering ke workshop untuk memastikan kereta anaknya dalam
keadaan terjaga. Ada jugak dia suruh Fida pergi ke bengkel, tapi dia tidak
mahu. Segan katanya.
“Abang!!”mata Puan Farzana terbuka
luas. Apa yang ditakutinya bakal berlaku. Astagfirullahalazim. Kau
selamatkanlah nyawa kami berdua, Ya Allah! Pohonnya tanpa henti.
“Brek tak berfungsi lah.”
“Abang jangan….Zana takut ni.”dia hendak
membantu tetapi dia tidak tahu mana satu brek dan mana satu pedal.
Beberapa kereta di hadapannya
menambahkan kegelisahan di hati mereka berdua.
Tidak sempat Ahmad Jamil berbuat
apa-apa, kereta Myvi itu berlanggar dengan sebuah kereta dihadapan. Kedua-dua
mereka terdorong ke depan.
Akhirnya mereka pasrah. Ajal dan maut
di tangan tuhan…
****
Datin Zafiah mengeluh resah. Satu
persatu masalah timbul dalam hidupnya sejak kebelakangan ini. Dia terpaksa
berpatah balik ke hospital semula untuk mengetahui situasi Zeril Iskandar.
Anaknya sudah keluar dari bilik pembedahan dan dimasukkan ke dalam wad pesakit
khas. Dia yang memaksa doktor memberikan satu bilik khas untuk anaknya berehat.
Wang ada, semuanya jalan seperti biasa.
“Doktor, saya rasa lebih elok saya bawa
Zeril Iskandar pulang. Saya susah hati jika anak saya takde depan mata. Biarlah
saya jaga dia dirumah.”itu tekadnya sekarang ini. Menjaga anaknya sehingga
sihat seperti biasa.
“Datin, dalam kondisi Zeril Iskandar
sekarang, kami tak benarkan dia pulang ke rumah. Datin kena faham. Anak Datin
memerlukan jagaan rapi. Disini semua doktor pakar ada untuk memberikan rawatan
terbaik kepada anak Datin.”jelas Prof.Dr.Azmi
“Doktor, tolonglah!! Saya sanggup bagi
berapa saja asalkan doktor benarkan anak saya tinggal di rumah.”pinta Datin
Zafiah penuh pengharapan. Dia tetap berharap agar anaknya dapat pulang ke
rumah.
Prof.Dr.Azmi mengeluh. Seorang ibu
pastinya tidak akan membiarkan anaknya keseorangan di hospital ini tanpa ditemani
sesiapa. Jika dia sebagai ibu, dia pun akan turut melakukan perkara yang sama.
Merayu dan terus merayu.
“Baiklah. Saya akan benarkan Zeril
Iskandar pulang ke rumah.”
Datin Zafiah lega.
“Tapi ada syaratnya!” terdiam Datin
Zafiah disitu.
Syarat apa pulak ni?
7 ulasan:
Sebenarnya akak lebih suka nak tau perkembangan Zeril & Adriana....dah beberapa bab x ada perkembangan hubungan mereka berdua....please cepatkan n3 mereka berdua ye....
ok kak..Zeril n adriana akn kmbli slpas bab ni..jgn bimbang k..
dahsyat gak mak tiri adriana nih. dpt penampar free mak zubair. hehe
hehe..balas balik kak..dia geramlah bila anak tiri d ditampar..
smbng lgii
hehe..dik, lpas ni episod last! x boleh nk smbung2 lg..hehe
sis novel ni dh d terbitkn ke terbitan mne.
kalo dh kluar leh bgtaw no pon 0178706973
Catat Ulasan