Kedatangan yang tidak diduga
Wan Zubair memeranjatkan Nur Adriana. Seboleh mungkin dia tidak mahu bersua
muka dengan lelaki yang pernah menghuni ruangan hatinya.
Puan Farzana yang berdiri di
depan pintu tadi terus melangkah menuju ke dapur semula. Telingannya ditekup. Takut
untuk bertembung mata dengan lelaki di depannya. Janganlah Wan Zubair
membongkar rahsia tentang adegan tarik-menarik rambut hari itu didepan
suaminya. Dia tidak mahu Nur Adriana dimarahi suaminya.
Sejambak bunga ros di tangan
lelaki itu membuatkan Nur Adriana terpegun tidak terkata. Sudah lama dia tidak
diberi sejamba bunga dari orang tersayang. Dia dapat rasakan lelaki itu menaruh
harapan darinya untuk bersatu semula. Tidak mungkin dia akan bersatu semula dengan
lelaki itu. Hatinya lebur dek sikap kurang ajar lelaki itu terhadapnya.
“Buat apa kau datang sini
lagi, Zubair? Bukan ke Adriana dah putuskan pertunangan korang berdua?”marah
Ahmad Jamil tatkala menjejakkan kaki di hadapan bekas tunang anaknya. Dia mencekak
pinggang.
Wan Zubair tertunduk.
Fahamlah dia yang Nur Adriana sudah maklumkan pada ayahnya mengenai hubungan
mereka yang sudah berantakan.
“Saya nak jumpa tunang saya,
ayah.”katanya dengan tergagap-gagap. Dia tidak berani mengangkat muka. Posisi lelaki
berusia itu terlalu hampir dengannya.
Ahmad Jamil mendengus. “Kau
nak jumpa dia lagi buat apa? Nak paksa dia jalinkan hubungan dengan kau
semula?”lantang dia bersuara.
Wan Zubair terkilan.
Nampaknya kesemua ahli keluarga dalam rumah ini sudah tahu tentang perhubungan
mereka berdua. “Saya ikhlas nak jadikan dia isteri saya, ayah. Tak ada
perempuan lain yang boleh gantikan tempat Nur Adriana. Hanya dia seorang aje
yang ada dalam hati saya.”jawabnya dengan jujur dan ikhlas. Perasaan cinta
tidak perlu dipendamkan. Lebih baik semua tahu daripada merahsiakan.
Nur Adriana melongo. Sungguh
ikhlas tutur kata bekas tunangnya tapi hatinya dah tak mampu nak letakkan
sebaris nama Wan Zubair lagi. Dulu dia sayang pada lelaki itu namun kini
perasaan benci yang menular. Sekali hati terguris, sekali itu dia akan
membenci.
“Ayah, izinkan Adriana cakap
dengan dia sekejap!”pintanya tanpa memandang wajah Wan Zubair. Egonya menebal
disaat ini.
Wan Zubair lega. Nur Adriana
sudi juga untuk bercakap dengannya. Dia tersenyum sedikit. Walaupun Nur Adriana
tidak memandangnya, tetapi dia tahu di luar rumah nanti perempuan itu pasti
merenung wajahnya.
“Hmm…”keluh Ahmad Jamil. Dia
seboleh mungkin tidak mahu anaknya mendekati lelaki ini namun atas permintaan
Nur Adriana, dia terpaksa turutkan.
Nur Adriana dengan jelingan
tajamnya, melangkah keluar tanpa sedikit pun memandang wajah Wan Zubair.
Ahmad Jamil yang tidak mahu
mendengar perbualan mereka berdua terus menutup pintu.
*****
Nur Adriana keluar dengan
hati yang tidak rela. Meskipun dia yang memulakan segala-galanya namun hatinya
masih rapuh untuk bertembung dengan lelaki yang bernama Wan Zubair ini.
“Haa, cakaplah kau nak apa
sebenarnya?”soal Nur Adriana sambil berpeluk tubuh. Badannya dikalihkan ke
sebelah rumah. Wajah Wan Zubair masih lagi tidak dipandang. Kalau pandang pun
menyakitkan hati aje!
“Pandanglah muka abang kalau
ye pun…,”jawab Wan Zubair dengan nada manja. Sejambak bunga yang digenggam erat
sedari tadi diserahkan pada kekasih hati tetapi ditepis Nur Adriana.
Mata Nur Adriana naik ke
atas. Tak kuasa dia nak ambik bunga dari lelaki itu. Buat orang meluat
aje!gumamnya.
“Sayang tak nak ambik ke
bunga ni? Penat abang beli.”pujuk Wan Zubair dengan suara yag menggoda.
Terangkat kening Nur Adriana
lalu dijeling lelaki itu tajam. “Ada aku suruh kau beli? Tak ada kan?”cebiknya.
Tertunduk Wan Zubair di atas
simen itu. Sebak rasanya apabila bunga yang dibeli tidak diterima.
“Huh, aku cakap sikit nak
sedih…aku cakap sikit nak sedih!”rungut Nur Adriana.
Wan Zubair diam membisu.
Semakin sebak hatinya tatkala Nur Adriana sanggup berkata kasar terhadapnya.
“Buang masa aku kat sini
kalau bercakap sorang-sorang. Baik aku masuk dalam!”Nur Adriana sudah mahu
berpatah balik masuk ke dalam rumah. Dia bengang dengan sikap lelaki itu yang
bagaikan seorang perempuan yang manja.
Tidak semena-mena, tangannya
direntap kuat! Tergamam Nur Adriana dihadapan pintu. Hampir terjatuh dia di
situ. Ditoleh ke belakang dan nampaknya Wan Zubair melutut di atas simen dengan
menghulurkan sejambak bunga kepadanya.
“Sayang dengarlah apa abang
nak cakap dulu, please?!!”rayunya.
Nur Adriana melepaskan pautan
dari tangan Wan Zubair dengan kasar sekali. Bunga pun turut jatuh. Wan Zubair
terpana. “Kenapa dari tadi kau tak nak cakap, hah? Kau ingat aku cakap dengan
tunggul ke?”herdiknya kuat.
Wan Zubair tersentak. Dia
datang sini bukan untuk mengherdik atau memaki hamun Nur Adriana tetapi dia
datang sini untuk menjernihkan hubungan yang kian berantakan. Dia segera
berdiri tegak.
“Abang harap sayang tolong
jangan putuskan pertunangan kita! Abang mohon sepuluh jari ampun dan maaf jika
abang terkasar bahasa pada sayang. Kita lupakan kisah dulu dan mulakan
kehidupan baru dengan lebih bahagia.”sambung Wan Zubair lagi.
Nur Adriana mencebik. “Baru sekarang kau nak
mintak maaf? Kenapa tidak dari hari tu lagi? Kau cakap kau benci aku kan?
Bencilah sampai bila-bila! Keturunan kau memang suka membenci orang
kan?”tengkingnya tanpa rasa takut.
Wan Zubair rasa tercabar. Cukup pantang baginya
jika ada orang yang mengata yang bukan-bukan terhadap keluarganya.
Pang!! Tanpa ditahan lagi, satu
tamparan hinggap di pipi mulus Nur Adriana.
Terjelepok Nur Adriana di
atas simen. Pipinya diraup kasar. Sudah lama dia tidak ditampar oleh orang
terdekat. Ini kali pertama setelah dia keluar dari penjara, tamparan hinggap di
pipinya.
Wan Zubair melihat telapak
tangannya seketika. Hasil pukulannya tadi telah meninggalkan kesan pada pipi
Nur Adriana. Pantas dia berlari meninggalkan perkarangan rumah itu sebelum
terjadi apa-apa yang buruk berlaku padanya. Kereta yang diletak elok di tengah
rumah tunangnya lantas meninggalkan rumah itu dengan keadaan kelam-kabut.
“Sakitlah, bongok! Kau takde
hati perut langsung!!”jeritnya. Matanya mengekori kereta Wan Zubair
meninggalkan perkarangan rumahnya. Giginya dikacip kuat. Pipinya terasa
membengkak.
“Ayah!! Tolong Adriana!”jeritan
itu menyedarkan Puan Farzana yang sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur.
Tergesa-gesa dia ke depan. Pintu dikuak dari dalam. Terkesima dia melihat anak
tirinya tersembam di atas simen. Cepat-cepat dia meluru kearah Nur Adriana.
“Ya Allah!! Anakku.”airmatanya
mula mengalir. Dia jatuh kasihan pada anak tirinya. Dipeluk tubuh itu dengan
seerat mungkin.
Nur Adriana turut sama
mengalirkan airmata. “Ibu…kenapa Wan Zubair tampar Adriana?”raungnya. Dia
terharu kerana orang yang pertama membantunya adalah ibu tirinya.
“Sabar, sayang. Kesian anak
ibu ni. Adriana bangun ye? Kita sapu ubat kat pipi tu. Pipi Adriana dah bengkak
ni.”makin kuat pelukan Puan Farzana.
“Adriana sakitlah, ibu.”disentuh
semula pipi yang ditampar tadi. Jika ada cermin di depannya, pasti dia dapat
melihat kesan ketara pada wajahnya. Hebat jugak penangan Wan Zubair tadi
sehingga dia nak melawan balik pun dia tak mampu.
“Astagfirullahalazim! Apa dah
jadi dengan anak ayah ni?”sampuk Ahmad Jamil dengan cemas. Terus dia meluru
kearah anaknya.
“Dia kena tampar dengan Wan
Zubair tadi, bang. Habis bengkak pipi dia Wan Zubair tampar.”kata Puan Farzana
berterus-terang.
“Wan Zubair tu memang nak
kena dengan aku ni. Makin menjadi perangai budak tu!”dengus Ahmad Jamil geram. “Mari
kita bawak masuk Adriana ni. Hari dah nak hujan pulak.”mendung beranak
menandakan akan tiba hujan sebentar lagi. Mereka berdua memapah Nur Adriana
masuk ke dalam.
****
Wan Zubair memberhentikkan
kereta di satu lorong yang sunyi dari pandangan umum. Nafas ditarik kuat bagi
menghilangkan tekanan yang bergumpal di dalam badan. Stereng kereta dihentak
kuat. Melepaskan tekanan yang sedia ada.
“Kenapalah susah sangat
sayang nak mintak maaf? Salah abang pun bukannya sebesar zarah pun. Abang
mintak maaf kalau buat sayang terluka dengan sikap abang tadi.”katanya sendiri
sambil menyandarkan kepalanya di stereng kereta itu.
Apalagi yang dia perlu buat
untuk mendapatkan sekeping hati Nur Adriana yang kini makin dingin terhadapnya?
Susahnya nak tambat hati Nur
Adriana…
6 ulasan:
Benci betul kpd lelaki yg cepat naik tangan kpd kaum wanita...
hehe..smua orang benci kak..
x pe..nnt ad blasan atas apa yg Wan Zubair buat ;)
x suka lelaki nk tngan.. huhu, smbng lgi akak
makin best
hehe..
kak eya akn smbung..
tq sbb sdi jd pmbaca setia
suka suki jer nak tampo anak org. belasah jugak wan zubair nih.
haha..nnt adlah balasannya kak Eifa.. ;)
Catat Ulasan