Suaminya yang sedang tidur nyenyak
ditatap penuh kasih. Sudah tiga hari dia tidur bertemankan suaminya. Dia rasa
bahagia. Bahagia yang sukar diungkap dengan kata-kata. Namun, keindahan yang
mereka angankan akan punah selepas ini.
Mesej dari doktor yang merawat suaminya
membuatkan dia gelisah tidak menentu. Teringat dia pesanan ringkas yang dibaca
ditelefon suaminya tadi. Suaminya tidak tahu dia memegang telefonnya.
“Izzat,
hope u bleh balik dlm masa dua hari lgi. Ibu u call I tadi. Dia tanya pasal
keadaan u…”
Kata-kata itu merunsingkan Aimi Husna.
Dia sukar untuk melelapkan mata. Maknanya suami dia kena balik rumah asallah
ni? Ya Allah, rasa tak sanggup nak melepaskan suamiku pergi dari diriku.
Inilah yang harus dia tanggung sekarang!
Kahwin lari dengan suami yang berkedudukan tinggi. Kahwin senyap-senyap pulak
tu! Apakah tanggapan ibu mertuanya nanti apabila mendapat tahu anaknya
mengahwini orang kebanyakan seperti dia? Pasti dirinya akan dicemuh dan dihina
sehabis mungkin! Dari gaya cerita yang ditonjolkan suaminya, jelaslah yang ibu
mertuanya mempunyai sikap yang amat cerewet!
Bagaimana dia mahu meneruskan hidup pada hari yang mendatang tanpa
suaminya disisi? Dia sudah semakin selesa dengan gelaran isteri ini. Jika
boleh, dia mahu suaminya terus disisinya namun apa boleh dia buat? Ibu
mertuanya sudah menunggu kepulangan suaminya.
Lengan suaminya dirangkul erat bagai
tidak mahu lepas. Malam ini dia rasa susah untuk melelapkan mata. Fikirannya
terganggu dengan pesan ringkas yang diberikan doktor suaminya tadi.
“Abang, kalaulah sayang ada kuasa, sayang
nak aje hentikkan masa supaya kita dapat bersama lebih lama lagi. Tapi sayang
tak boleh nak buat semua tu. Kuasa itu milik Allah. Sayang rasa tak sanggup nak
berpisah dengan abang.”sayu suaranya menahan sebak yang amat.
Mohd Hafizat mengeliat sedikit apabila
terasa ada yang menganggu lenanya. Aimi Husna segera meleraikan rangkulannya
tadi. Dia mengadap siling bilik. Kedua belah tangannya diletak ke atas perut.
Sambil merenung siling bilik, sambil itu dia mengelamun.
Ke mana arah tuju perkahwinan mereka
selepas ini? Adakah masih kekal ataupun berantakan?
Berantakan? Ya Allah, minta
dijauhkanlah…tak sanggup dia nak berpisah dengan suaminya apatah lagi
diceraikan.
“Sayang, kenapa tak tidur lagi ni?”tiba-tiba
suaminya bangun. Kuyu matanya sewaktu bercakap dengan isteri tersayang.
Aimi Husna tiba-tiba bangkit dari
pembaringan. “Sayang tak dapat tidurlah. Abang sambunglah tidur tu. Kejap lagi
sayang kejut abang bangun subuh.”ditepuk manja lengan suaminya.
“Hmm…”Mohd Haffizat menyambung tidurnya
kembali. Dia terlalu mengantuk. Dibiarkan isterinya membuat hal sendiri.
Aimi Husna tersenyum nipis. Abang…abang...”dia
mengelengkan kepala. Comelnya abang tidur,desisnya. Dia mengelus pipi suaminya.
Dilihat suaminya tersenyum sedikit. Dia baring semula.
“I
love you more than you love me…,”bisiknya telus di telinga suaminya.
Dikucup lembut. Ayat cinta yang diungkapkan suaminya sebelum kahwin dulu
diucapkan semula.
Matanya terasa mengantuk. Dia terus
tertidur tanpa memikirkan apa-apa perkara yang merunsingkannya. Tidurnya malam
ini hanya bermimpikan suaminya…
*****
Mohd Haffizat menguap lalu matanya
digosok perlahan. Comforter yang menyelebungi dirinya ditarik ketepi. Jam loceng telefonnya berbunyi
memaksanya bangun dan ingin menutup alarm itu. Tatkala dia menyentuh skrin
telefon Blackberry Torch, dia terus membuka peti pesanannya.
Alangkah terkejutnya dia, satu pesanan
ringkas yang belum dibaca lagi sudah ditatap oleh orang lain! Siapa lagi kalau
bukan isterinya!!
Dia membaca pesanan ringkas itu. Doktor
yang merawatnya menyuruh dia pulang secepat mungkin. Hmm…balik? Habislah sayang
dia keseorangan disini.
“Sayang…,”ucapnya dengan mengerakkan
tubuh isterinya.
Aimi Husna bagaikan terkena renjatan
elektrik terus membuka matanya.
Mohd Haffizat tersenyum nipis. “Sayang
bangun…dah nak pukul enam setengah ni.”dia memaksa sayangnya untuk bangun.
“Haa?”tenggelam timbul suaranya membalas. Matanya dikecilkan sedikit. Cahaya yang agak terang diruang
biliknya menyakitkan mata.
“Bangun…kata nak solat dengan abang
sama-sama.”pujuknya lembut.
“Hmm…”hanya itu yang diucapkan Aimi
Husna. Matanya ditenyeh berkali-kali. Kantuknya masih lagi terasa. Itulah
padahnya tidur lambat! Kan dah bangun lewat. Dia bangun dengan terpaksa.
“Kejap ye bang. Sayang ambikkan kerusi
roda jap.”dia bangkit dari katil dan berjalan terhuyung-hayang. Kepalanya
berulang kali menunduk tatkala mata ditutup. Mengantuk…mengantuk…Rambutnya yang
sengaja dilepaskan semasa tidur mungkin sudah kusut-masai sekarang.
Lantaklah! Bukan suami aku tegur
pun.bisiknya dalam hati.
“Sayang…jalanlah betul-betul.”tegur
suaminya. “Rambut dah macam hantu pontianak abang tengok.”usiknya walaupun
suara serak. Kelakar jugak isterinya bila bangun tidur.
Aimi Husna terkesima. Terus sahaja
badannya berdiri tegak bagaikan seorang askar yang sedang membuat kawat.
“Sayang mengantuklah…”
“Sayang tidur pukul berapa semalam?”
“Nak dekat pukul dua baru sayang
tidur.”dia membuka kerusi roda yang diselitkan di tepi laci meja lampunya lalu
dia mengarahkan suaminya agar duduk di situ. Suaminya hanya menurut perintah.
Perlahan-lahan dia mengangkat kakinya. Isterinya membantu dia duduk di kerusi
roda itu.
Lantas, isterinya membawa dia terus ke
bilik air. “Abang ambiklah air sembahyang dulu. Sayang ambik air sembahyang kat
singki bawah.”dengan suara yang lemah, dia berlalu ke bawah.
Mohd Haffizat tersentak! Apa kena pulak
dengan isteri dia ni? Lain macam pulak perangai dia pagi-pagi buta ni.desisnya.
Terus dia mengambil air sembahyang
didalam bilik air. Hatinya masih gundah-gulana dengan perangai isterinya.
*****
Aimi Husna menangis teresak-esak di depan
singki. Air paip yang mengalir turun ke bawah singki itu diambil lalu
disimbah-simbah hingga penuh air dimuka.
Jarang benar airmatanya tumpah pada waktu
pagi-pagi begini. Hari ini dalam sejarah, dia menangis di waktu pagi. Dia
menangis kerana bersebab! Bila terpandang sahaja riak wajah suaminya, hatinya
berasa sebak. Itu yang membuatkan dia menangis pagi-pagi ini.
“Lagi dua hari aje aku dapat tengok muka dia.
Lepas ni entah dapat tengok entah tidak. Argh!”katanya sendirian.
“Mukanya diraup kasar agar airmatanya
tidak terkesan oleh suaminya. Dia tidak mahu airmatanya dilihat suami tercinta.
Biarlah dia menangis dalam diam. Jika suaminya tahu pasti dia mahu bertanya
pelbagai soalan yang terbuku dihatinya.
“Sayang…sayang!!laung Mohd Haffizat dari
tingkat atas. “Lamanya ambik wuduk sayang oii…Abang dah sudah ni.”
Aimi Husna tersentak. Alamak, dia dah
panggil.desisnya. Lantas dia berlari naik ke atas. Baik dia ambil air wuduk di
bilik airnya.
“Lamanya sayang ambik wuduk kat bawah.
Abang ambik wuduk tak sampai pun lima minit. Sayang buat apa kat bawah tu?”
“Sayang tak buat apa-apa. Air sembahyang
pun tak ambik lagi.”balasnya pantas. “Sayang ambik air sembahyang kejap.”ucapnya
seraya masuk ke bilik air.
Mohd Haffizat yang sudah memakai kopiah
dikepala bertambah pelik dengan sikap isterinya. Soalan yang ditanya langsung
tidak dijawab isterinya. Ini mesti pasal mesej yang doktor bagi tu.tekanya. Dia
mengerakkan kerusi roda kearah kiblat. Dia tidak akan sembahyang selagi
isterinya tidak turut serta berada disebelahnya.
Bukan senang nak dapat sembahyang
berjemaah ni. Tinggal lagi dua hari aje dia kat sini. Jadi dia akan mengunakan
sebaik-baiknya dua hari ini untuk bersama isteri tersayang.
Aimi Husna keluar dari bilik air setelah
mengambil wuduk. Kepalanya disarungkan telekung yang tersangkut di penyangkut
baju pintu biliknya.
“Jomlah, bang. Kita sembahyang.”ajaknya.
Dia mula berdiri tegak dibelakang suaminya yang sudah duduk dihadapan. Sejadah
sudah terbentang diatas lantai.
Mohd Haffizat mengelengkan kepala sambil
mengeluh. Terasa hati dengan tingkah isterinya yang agak suam-suam kuku
padanya.
Tangannya mula mengangkat takbir setelah
berniat menunaikan solat subuh berjemaah. Kini, dia hanya menumpukan
perhatiannya kepada sembahyang sahaja. Selepas ini, tahulah dia nak bersoal
siasat tentang apa yang melanda fikiran isterinya.
****
Kepala Mohd Haffizat bertambah serabut.
Lain yang dirancang, lain yang dapat! Dia baru nak menyelongkar permasalahan
yang terjadi pada isterinya namun apa yang dia dapat? Senyap!
Isterinya mendiamkan diri selepas mencium
tangannya. Langsung muka dia tidak ditatap. Apa salahnya sehingga isterinya
jadi begitu? Dia tidak suka isterinya membuat muka monyok dalam masa dua hari
ini.
Jika berterusan muka monyok isterinya,
lagi susahlah hatinya untuk pergi dari rumah ini. Tekadnya dalam beberapa hari
sebelum dia pulang ke rumah, dia mahu membahagiakan isterinya.
Setelah pagi memancarkan sinar, Mohd Haffizat
sedaya upaya memujuk isterinya agar bercakap dengannya. Namun sepatah perkataan
langsung tidak terkeluar dibibir isterinya. Dia rasa bengang.
Tiba-tiba
akalnya menjentik untuk membuat sesuatu yang diluar dugaan. Biarlah dia
menanggung kesakitannya. Asalkan isterinya bercakap dengannya!!
Kakinya
mula mencecah ke lantai. Tangannya ditekap ke besi penghadang kerusi roda. Dia
mula bangkit walaupun kakinya terasa amatlah sakit. Dia cuba tabahkan diri.
Bismillahirrahmanirahim…
Akhirnya dapat jugak dia berdiri. Namun
itu hanya sesaat cuma. Kakinya yang tidak stabil terjelepok menyembah lantai
simen itu.
Aimi Husna tergamam di atas katil.
Majalah yang ditatap tadi terus diletak ketepi. Rakus kakinya berjalan
menghampiri suami yang sudah jatuh dilantai.
“Astagfirullahazim, abang!!jeritnya kuat.
Dia mula takut dan resah. Dirangkul tubuh suaminya dan memeluknya erat.
“Abang kenapa buat perkara bodoh ni?”Aimi
Husna menengking suaminya. “Dah tahu kaki tu sakit, nak buat macam ni buat apa?
Nak bagi kaki tu sakit ke?!!”
“Maafkan abang, sayang. Abang terpaksa
lakukan semua ni sebab abang nak sayang bercakap dengan abang. Abang tak suka
sayang mendiamkan diri.”ujarnya dengan nada sayu.
“Cakap ajelah dengan sayang. Buat apa nak
buat sampai macam ni sekali? Abang tahu tak sayang risau dengan abang?”
“Kalau sayang risau dengan abang, kenapa
sayang tak nak cakap dengan abang?”
Soalan itu tidak dijawab. Aimi Husna
kembali mendiamkan diri. Dia mengangkat tubuh suaminya ke kerusi roda.
”Sayang tak jawab soalan abang lagi!”
Aimi Husna menghela nafas keras. Dia
duduk diatas katil sambil berdepan dengan suaminya “Mana ada sayang tak cakap
dengan abang? Kalau sayang tak cakap, sayang akan mendiamkan diri dan mogok
dengan abang sampai abang balik rumah nanti!”
“Oh, sayang dah tahulah ni abang nak
balik rumah asal abang?”
“Kalau dah tahu kenapa tanya lagi?”Aimi
Husna menjeling.
“Abang masih bersabar dengan sikap
sayang. Buat masa ni, abang tak nak lemparkan kemarahan abang kat sayang sebab
apa? Sebab apa sayang kat sayang…Bukan sayang sikit. Tapi sayang sepenuh jiwa
raga abang. Kalau sayang tak puas hati, just tell me! Bukan bermasam muka
dengan abang. Abang tak suka!”luahnya.
Aimi Husna merenung dalam wajah suami
tercinta. Begitu luhur ucapan suaminya.
“Sayang mintak maaf. Sayang salah dalam
hal ni.”dia memegang lembut lengan suaminya. “Dah kurang sakit kaki abang ?”
“Sakit lagi tapi abang boleh tahan lagi.”
“Kalau kaki tu masih sakit, sayang call
doktor yang rawat abang tu ye.”
“Tak payah. Sayang ada pun dah cukup
rawat kaki abang. Dah kurang sikit sakitnya.”
“Lain kali jangan buat macam tu lagi ye.
Tak pasal-pasal terkeluar perkataan bodoh tu. Fikir dengan bijak sebelum
melakukan sesuatu bang.”nasihatnya. “ Abang jatuh tu melibatkan hidup dan mati
abang. Kalau sayang tak cepat-cepat tangkap tadi, memang abang masuk hospital
buat kali kedua nanti.”sambungnya lagi.
“Sayang abang ni suka bagi nasihat.
Sekarang ni, abang nak bagi permintaan kat sayang pulak.”
Aimi Husna menghampiri wajah suaminya
penuh kasih. “Permintaan apa, bang?”katanya penuh menggoda.
Mohd Haffizat berdebar. Naluri
kelakiannya berkocak tatkala wajahnya dekat dengan wajah isterinya .“Jangan
tinggalkan abang. Itu sahaja permintaan abang buat masa ini.”
Aimi Husna berpaling wajahnya. Kendur
wajahnya tatkala mendengar permintaan itu.
“Kenapa, sayang?”
“Sayang takkan sekali-kali tinggalkan
abang dan sayang akan setia walaupun abang akan pulang ke rumah asal.”itu
janjinya. Lengan suaminya dipaut erat.
“Sayang memang isteri yang setia.”Mohd
Haffizat tersenyum. Dia mengusap rambut panjang isterinya.
“Nampaknya
kita terpaksa berpisah.”ujar Aimi Husna dengan nada sebak.
“Sayang…tolong jangan sebut perkataan berpisah tu. Abang rasa sebak sangat.”Mohd Haffizat mengetap bibir. Dia terpaksa menahan airmatanya daripada terkeluar. Dia tidak mahu isterinya menangis sekali.
“Sayang tak sangka begitu cepat masa berlalu. Baru beberapa hari aje kita berkahwin, abang dah kena balik rumah abang.”Aimi Husna mengusap ubun-ubun kepala suaminya. Demi Allah! Dia begitu sayang dan cintakan suaminya. Namun dia pasrah. Suaminya harus pulang ke rumah asalnya.
“Abang terpaksa sayang…kalau ikutkan abang tak nak berjauhan dengan sayang tapi abang tak mampu nak lakukan.”
“Sayang…tolong jangan sebut perkataan berpisah tu. Abang rasa sebak sangat.”Mohd Haffizat mengetap bibir. Dia terpaksa menahan airmatanya daripada terkeluar. Dia tidak mahu isterinya menangis sekali.
“Sayang tak sangka begitu cepat masa berlalu. Baru beberapa hari aje kita berkahwin, abang dah kena balik rumah abang.”Aimi Husna mengusap ubun-ubun kepala suaminya. Demi Allah! Dia begitu sayang dan cintakan suaminya. Namun dia pasrah. Suaminya harus pulang ke rumah asalnya.
“Abang terpaksa sayang…kalau ikutkan abang tak nak berjauhan dengan sayang tapi abang tak mampu nak lakukan.”
Airmata Aimi
Husna tumpah jua akhirnya. “Abang janji dengan sayang yang abang akan jenguk
sayang bila abang ada waktu terluang?”
Mohd Haffizat terdiam. Dia berfikir sejenak. Dapatkah dia bertemu dengan isterinya selepas dia pulang ke rumah? Semenjak dia kemalangan jalan raya, ibunya terlalu mengongkong pergerakannya sehingga apa yang dibuat, semuanya ingin tahu.
“Abang tak dapat berjanji apa-apa buat masa ini. Tapi insyallah, abang akan jenguk sayang. Harap sayang faham. Sayang, abang kan dah cakap, jangan nangis. Kenapa sayang menangis jugak?”
“Sayang sayang abang…”dia terus memeluk tubuh suaminya dengan erat.
Mohd Haffizat terdiam. Dia berfikir sejenak. Dapatkah dia bertemu dengan isterinya selepas dia pulang ke rumah? Semenjak dia kemalangan jalan raya, ibunya terlalu mengongkong pergerakannya sehingga apa yang dibuat, semuanya ingin tahu.
“Abang tak dapat berjanji apa-apa buat masa ini. Tapi insyallah, abang akan jenguk sayang. Harap sayang faham. Sayang, abang kan dah cakap, jangan nangis. Kenapa sayang menangis jugak?”
“Sayang sayang abang…”dia terus memeluk tubuh suaminya dengan erat.
4 ulasan:
Bleh ke lepas nak jenguk isteri dia?? Mcm tl bleh je lps ni
mmg x boleh rasanya kak..
ibu d terlalu mengongkong d..
Tp kalu dah sayang, pasti boleh....
boleh kak anne..tp jmpe dlm sembunyi2 ajelah..
Catat Ulasan