Seawal pagi lagi, Dhia sudah menjejakkan kaki di
depan pulau chaletnya. Dia sudah menelefon abang Razree untuk menemaninya
bersenam sekaligus untuk memaklumkan tentang persetujuannya untuk bekerja di
syarikat nenek.
Kini dia mendapat
banyak ketenangan setelah menunaikan solat iskthikarah malam tadi. Matanya yang
sukar dilelapkan membolehkan dia membuat solat sunat di malam hari. Ternyata
selepas solat isthikarah, dia bertambah yakin untuk menyatakan kepada abang
Razree yang dia bersetuju untuk menerima tawaran nenek.
Angin yang
berhembus-hembus ke arahnya membuatkan Dhia menjadi segar dan lebih tenang.
Kedua tangannya dilapangkan agar dia dapat menghirup udara yang nyaman.
“Argh, damainya
rasa…”udara disitu disedut sepuas mungkin.
“Ceria nampak?”sampuk
satu suara yang berbisik ditelinga kanannya.
Dhia tersentak seraya
dia memandang ke belakang dengan mata yang membulat. Abang Razree! Bahunya
terenjut sedikit kerana kesan kejutan yang dilakukan lelaki itu lantas ditepuk
manja bahu lelaki itu. “Abang ni buat Dhia terkejut aje tau. Cubit karang,
lebam lengan tu!”Razree terkekeh-kekeh ketawa.
“Saja abang buat Dhia
terkejut sebab abang tahu Dhia tak kuat melatah.”
“Ye pun janganlah
sampai bisik kat telinga Dhia. Dhia dahlah geli bab bisik membisik ni.”muncung
bibirnya menahan geram.
“Abang kenapa lambat?
Dhia dah lama tunggu abang kat sini. Perut pun dah lapar sangat ni…”rengek
Dhia. Mulut Razree terlopong mendengarnya.
“Dhia tunggu abang
tanpa biar perut tu kosong? Abang dah sarapan kat bilik tadi.” Dhia ternganga.
Matanya terkebil-kebil. “Abang dah makan? Dhia tak makan lagi…”kendur suaranya.
“Haa..itu salah Dhia
sebab abaikan perut tu. Lain kali kalau nak jumpa, isi perut tu dulu.”nasihat
Razree bagai seorang abang kepada adiknya.
Dhia menundukkan
wajah. “Yalah, Dhia salah.”perlahan nada suaranya.
“Dah tahu salah, meh abang temankan Dhia makan
sekarang.”dia menarik tangan Dhia dan mengenggamnya.
Dhia berdebar dalam
hati. Dipegang erat oleh seorang lelaki yang bukan mahramnya membuatkan dia
tidak keruan. Dia mahu melepaskan genggaman lelaki itu namun tangan lelaki itu
begitu gagah untuk dia melepaskannya begitu sahaja.Dhia hanya membiarkan tangan
itu didalam genggaman lelaki itu sehingga tiba di warung.
*****
“Makan banyak-banyak Dhia. Abang
tengok badan Dhia dah nampak susut sekarang ni.”
“Amboi
bang…sempat lagi tilik bentuk badan Dhia?”dia malu sendiri apabila lelaki
menegur tubuh badannya. Terlampau susutkah tubuh badanku? Rasanya macam tak ada
yang berubah pun.bisiknya dalam hati.
“Abang
tak tilik tapi abang perhatikan tubuh badan Dhia semenjak kita bersua berapa
hari lepas. Dhia banyak masalah ke sebelum ni sampai badan dah tinggal kepeng
macam ni?”tanya Razree serius.
Dhia
menyengetkan mulutnya tanda tidak suka akan pertanyaan yang dilontarkan lelaki
didepannya. “Abang jangan memandailah. Tak semestinya masalah boleh membuatkan
badan kita menjadi susut.”
“Kalau
bukan masalah, sebab apa?”
“Dhia
banyak bersenam. Itu yang menyebabkan badan Dhia kurus keding macam ni.”
“Abang tak rasa macam
pasal bersenam ni…”hatinya tidak berasa tenang dengan jawapan ‘bersenam’ itu.
Dia dapat rasakan pasti berkaitan dengan masalah dalaman.
Tiba-tiba Dhia
menampar tangan kanannya. Dia terasa sakit. "Apa ni, Dhia? Main pukul aje.”
“Abang tulah. Yang tak
sedap hati pasal jawapan Dhia buat apa? Dhia cakap benda betullah!”walaupun
hakikat sebenarnya dia mengalami masalah tekanan perasaan yang maha hebat.
Pelbagai masalah yang membelenggu dirinya. Pandai abang Razree ‘merasa’ apa
yang terbuku dihatinya.
“Entahlah, abang rasa
tak sedap hati.”
“Abang ni macam pakar
kaunseling pulak.”dia menjeling dengan ekor matanya. Dia serba salah kerana
terpaksa menyembunyikan masalahnya kepada lelaki itu. Biarlah masalah itu
disimpan didalam hati.
“Dhia makan dululah.
Perut Dhia dah lapar sangat ni.”dia lantas menukar topik. “Abang pun jemputlah
makan sekali.”pelawanya. Lelaki itu dah belanja dia, takkan tak ajak makan
sekali kan?
“Hmm…makanlah. Makan
banyak-banyak. Biar badan tu berisi sikit.”nasihat Razree. Dia mula menikmati
teh susu yang dipesan tadi dengan menghirupnya perlahan-lahan.
Setelah berapa ketika,
pandangannya melekat pada wajah Dhia yang sedang khusyuk menikmati makanan.
Nampak sangat perempuan ini lapar!
“Makan perlahan-lahan
Dhia. Malu sikit makan depan lelaki.”tegurnya.
Dhia mengunyah roti
canai hingga masuk ke celah kerongkong. Mujur roti canai yang dimakan tidak
terkeluar dari mulutnya. “Sorry, abang. Dhia lapar sangat ni.”dia
tersengih-sengih.
“Lapar…lapar jugak.
Makan perlahan-lahan ye. Dhia tu perempuan. Abang ni lelaki. Nak makan kena
beradab kan?”
“Ya, bang.”akur dengan
kata-kata itu, dia mengambil secebis roti canai lalu dikunyah perlahan-lahan.
Tidak selaju tadi.
Teh susu yang tinggal
separuh diletakkan ke atas meja. “So, macam mana dengan tawaran yang nenek bagi
pada Dhia? Abang nak tahu sangat ni.”
“Haa?”dia baru sahaja
ingin menikmati makanannya, abang Razree dah tanya soalan ‘pedas’ yang
membuatkan dia terkedu sesaat.
“Dhia terima tawaran
nenek tapi…”belum sempat Dhia meneruskan kata, lelaki dihadapannya bersorak
kegirangan. Dhia mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah lelaki itu.
“Alhamdulilah.
Abang bersyukur ke hadrat Allah, Dhia terima tawaran tu!”Razree meraup wajahnya
tanda dia bersyukur diatas persetujuan Dhia menerima tawaran nenek itu.
“Dhia
tahu, abang mesti excited Dhia kerja dengan abang.”
“Mestilah
abang excited! Tak adalah muka abang berkerut aje dalam office tu.”
“Muka
abang berkerut? Kenapa?”tanya Dhia pelik.
“Abang
kalau kat ofis memang serius giler!
Muka asyik berkerut aje. Dengan pekerja abang, abang terpaksa buat muka serius
kalau tak diorang ambik kesempatan terhadap abang.”
“Wah,
kalau Dhia dah kerja dengan abang, abang memang akan serius dengan Dhia lah
ni?”
“Tak
kut . Sebab Dhia kawan abang dan abang akan senyum aje dengan Dhia.”
“Kesian
pekerja abang. Kalau dengan Dhia aje abang senyum nanti diorang mesti tak puas
hati dengan Dhia.”ujarnya sambil tersengih-sengih. “Lepas ni, abang senyumlah kat
semua pekerja abang. Senyum kan satu sedekah. Asyik serius aje. Pekerja lari
nanti.”
“Kalau
Dhia nak abang sentiasa senyum, Dhia kena selalu teman abang makan bila kerja
kat ofis nanti.”
“Itu
no hal!”katanya selamba. Ingatkan ada syarat yang dikenakan lelaki ini.
“Tadi
Dhia kata tapi. Tapi apa Dhia?”
Kelu
lidah Dhia untuk menjawabnya. “Dhia memang terima tawaran tu tapi Dhia tak nak
nenek gabungkan Dhia dengan Ray dalam satu ofis.”
Razree
tiba-tiba ketawa. “Abang tak cakap apa-apa pun pasal Ray. Dhia teringatkan dia
ke?”kata-kata itu membuatkan Dhia tersentap. Langsung dia geleng kepala
menafikan.
“Buat apa Dhia nak
ingat Ray. Dia pun bukannya ingat kat Dhia pun. Yalah, dia kan dah ada
makwe.”katanya dengan suara perlahan. Dia minum air untuk menghilangkan
keresahan yang melanda dalam jiwanya.
“Dia dah ada makwe?
Biar betul?”mata Razree bersinar-sinar. “Abang macam tak percaya ni.”
“Abang kena percaya.
Dia bukan mata keranjang macam dulu lagi. Dia dah berubah. Setia pada yang
satu.”ujarnya dengan suara yang perlahan. Dia mengetap bibir. Sahabatnya yang
satu itu makin hari makin meminggirkan dirinya. Dia resah jika teman wanita
Rayyan Zikri bakal mengambil tempatnya sebagai orang yang paling rapat dengan
lelaki itu.
“Impossible!”terkebil-kebil
mata Razree dibuatnya. “Abang rasa macam nak baling kerusi yang abang duduk ni
kat kepala abang. Abang betul-betul tak percaya dia dah ada makwe. Baguslah
kalau dia dah sedar, setia pada yang satu lebih baik.”
Dhia tergelak kecil.
“Abang ni, takkanlah sampai nak baling kerusi kat kepala pulak. Nak mati cepat
ke?”
“Abang gurau aje. Dah
lama abang tak jumpa adik abang sendiri. Abang rindu kat dia.”keluhnya sambil
menopang dagu.
“Tulah abang. Kuat
kerja sangat sampai lupa nak jenguk adik dengan nenek. Betul tak?”
“Nenek pun abang rindu
jugak.”
“Abang
jenguk-jenguklah nenek seminggu dua kali. Terubat rindu nenek kat abang nanti.”
“Tengoklah macam mana
nanti. Kalau perangai nenek masih macam dulu, abang rasa kena fikir dua kali
untuk jenguk nenek.”
“Maksud abang, perangai
nenek yang suka mengongkong tu?”
“Pandai pun Dhia teka.
Dhia tahu kan perangai nenek macam mana? Suka mengongkong kehidupan cucu-cucu
dia? Itu sebab abang susah nak balik rumah sekarang ni”
“Dhia rasa abang tak
boleh buat nenek macam tu. Abang tahu tak nenek sejak kebelakangan ni asyik
pening kepala? Dhia risau betul tengok keadaan nenek sekarang ni. Hari tu Dhia
pergi rumah nenek. Nenek tak sihat.”
“Hah? Nenek tak
sihat?”terlopong mulut Razree mendengarnya. “Abang dengar suara nenek okey aje
kat dalam telefon.”dadanya berdebar. Risau dirinya mendengar nenek sakit.
Walaupun dia tidak suka dengan perangai nenek yang suka mengongkong dirinya,
dia tetap mengambil berat akan kesihatan neneknya. Itulah satu-satunya saudara
yang dia ada ketika ini selain adiknya, Rayyan Zikri.
“Abang silap. Kat
telefon memanglah abang dengar suara nenek macam biasa tapi mana kita tahu kan
nenek kawal suara agar abang tak perasan nenek sakit.”
“Abang rasa esok abang
nak baliklah. Abang tak sedap hatilah kalau nenek tak sihat.”dia mula bangun
dari tempat yang didudukinya.
“Abang nak balik?
Kalau macam tu, kita balik sekalilah esok. Dhia pun tak ada apa nak buat kat
sini lagi selain mengadap Pulau Besar ni.”dia pun turut bangun. Makanan yang
ingin dijamah tadi dibiarkan. Dia tiada keinginan untuk menjamu selera setelah
melihat wajah lelaki itu yang kelihatan sedih.
“Great! Kita balik
sama-samalah. Nanti kita jenguk nenek sekalilah ye. Abang memang tak sedap
hatilah bila dengar nenek sakit.”riak wajah razree bertukar sedih. “Lepas ni
abang nak call nenek kejap. Dhia balik bilik dulu ye. Abang nak jumpa
setiausaha abang dulu.”
Dhia mengangguk.
“Yelah. Dhia balik dulu. Abang jangan sedih. Keadaan nenek masih terkawal saat
ini.”dia cuba menenangkan lelaki itu sebelum berlalu pergi meninggalkan lelaki
itu.
Razree perlahan-lahan
menenangkan dirinya sendiri. Dia memandang kelibat Dhia yang keluar dari warung
kecil itu.
Ya Allah! Berilah
kesihatan yang baik terhadap nenekku...desisnya dalam hati.
******
Dhia tiba di rumah
setelah memenangkan abang Razree yang agak risau apabila mendengar khabar yang
kesihatan nenek tidak begitu baik. Dia pun bodoh jugak sebab bagi tahu lelaki
itu tentang kesihatan nenek. Sempat juga dia meluku kepala sendiri selepas dia
keluar dari warung kecil tadi kerana bercakap pasal kesihatan nenek.
Setelah berjalan
berapa minit dari warung, akhirnya kakinya jejak juga ke tempat penginapannya.
Kunci chalet yang berada di poket seluarnya dikeluarkan lalu dibuka pintu
chalet itu.
Kelibat ibunya yang
sedang khusyuk melihat sebuah majalah diatas katil menarik perhatiannya. Dhia menghampiri
ibunya lalu dipeluk seerat mungkin. Wajahnya dimaniskan.
“Ibu…”katanya dengan
manja. Puan Suria tersenyum manis. Berapa saat selepas itu, dia merenggangkan
pelukan anaknya.
“Wah…sayang ibu ni
nampaknya gembira bila balik jumpa Razree. Ada apa-apa ke?”usik Puan Suria. Dia
senang melihat keceriaan yang terpancar diwajah anaknya. Mungkin ada sesuatu
yang diperkatakan Razree hingga anaknya tampak gembira didepannya.
“Dhia dah tunaikan
permintaan ibu untuk bekerja disyarikat nenek dan sekarang ni Dhia nak ibu
tunaikan permintaan Dhia pulak.”katanya dengan nada ceria.
Puan Suria menjongketkan kening. “Wah, anak
ibu ni dah pandai nak buat permintaan kat ibu ye?”dia mengusik anaknya.
Dhia tersengih. “Ala,
ibu. Bagi Dhia adil lah. Dhia dah terima tawaran kerja tu, ibu mintak Dhia
tunaikanlah pulak permintaan Dhia ni. Lagipun Dhia mintak satu permintaan aje.
Bukannya banyak pun.”dia memuncungkan bibir.
“Okey…okey. Ibu akan
tunaikan permintaan Dhia. Dhia nak apa sayang?”dia mengelus rambut anaknya yang
agak berserabai itu. Angin kencang di luar pulau chalet ini mungkin membuatkan
rambut anaknya sedikit kusut-masai.
“Dhia sebenarnya nak
jumpa Muzaffar lepas kita balik nanti. Harap ibu kasi Dhia jumpa bekas suami Dhia. Puan Suria terkedu
mendengarnya.
“Dhia dah fikir masak-masak?” tanya ibunya
lembut.
Dhia tersenyum
meleret. Nampaknya ibu cakap lembut ni, bolehlah tu.detiknya dalam hati.
“Dhia rasa Dhia buat
keputusan yang tepat. Ibu jangan risau. Dhia jumpa Muzaffar sekejap aje. Cinta
Dhia pada bekas suami Dhia tu dah lenyap di hati dan Dhia akan jumpa dia
sebagai orang yang Dhia kenalan biasa aje.”
“Pergilah kalau itu
yang Dhia inginkan. Dhia dah tunaikan permintaan ibu untuk bekerja semula dah
cukup membahagiakan ibu.”
Alhamdulilah…dapat
jugak aku bertemu Muzaffar dengan keizinan ibu.bisiknya dalam hati.
12 ulasan:
smbng lagiiii
ok dik..akk smbung lg.. ;)
smooth je jln citenya...sambunglah lg ye...jgn lelama sgt...best!
insyallah dlm brap hri lg, eya akn smbung jln citernya kak yati.. ;)
Pergh dhia nak jumpa muz?? Ades!!
kne jmpe kak...
slagi dia x jmpe muz, hti d x tnang..
apa perlunya dia berjumpa ex hubbynya..mesti siMuz akan merayu pada dirinya..adakah dirinya kuat untuk menepis permintaan Muz untuk kembali padanya semula...
apa kes nak jumpa muzz??? pasang perisai dulu yer.
mgkn kak ida lpe..
dhia nk jmpe muz sbb tali leher kepunyaan bekas suaminya masih lg ditangannya..
so hati d x tnang slagi tali leher tu x diserahkan kpada pmiliknya..
kak eifa..insyallah razree akan menemani Dhia berjmpe ngn muz
best...best,,
sambung lg....
kak Nana..nnt eya smbung lg ye.. ;)
Catat Ulasan