Muzaffar
Ikram panas hati melihat lelaki yang berada disebelah isterinya itu. Diterpa
lelaki yang berada disebelah isterinya dan mencekak kolar
kemeja yang dipakai lelaki itu. Tanpa menunggu lagi, tangannya menumbuk pipi
lelaki itu.
“Woi,
apa ni?!!jerkah Adam. Terjelepok Adam ke lantai. Mungkin selepas ini ada kesan
pada pipinya. Dia bangkit untuk membalas balik apa yang suami Mariana lakukan
padanya namun dia sedar polis ada dibelakang lelaki itu.
Tiga
polis dibelakang Muzaffar ingin menghalang daripada Muzaffar dari menumbuk
lelaki itu tetapi tidak sempat. Muzaffar Ikram lebih cepat bertindak.
“Puas
hati aku!”rengusnya. Bangga kerana dapat menumbuk lelaki itu walaupun tangan
sebelahnya sakit.
“Abang,
Adam ni datang untuk…,”belum sempat Mariana meneruskan kata dan memberi alasan,
satu tamparan hinggap di pipi Mariana membuatkan perempuan itu terkedu.
Muzaffar
Ikram puas. Lega hatinya dapat menampar isterinya. Tangannya yang sakit tidak menghalangnya untuk melepaskan
kegeramannya. Jika kedua-dua tangannya pulih seperti biasa, ingin saja
‘membelasah’ isterinya. Marahnya kini begitu memuncak.
“Abang!
Kenapa tampar saya? Saya tak buat apa-apa pun.”pijar pipi Mariana menahan
sakit.
Muzaffar
mendengus. “Kau tak payah nak buat drama depan aku! Aku dah dengar
segala-galanya.”tempiknya. “Dasar perempuan curang. Menyesal aku kahwin dengan
kau!”tempiknya kuat.
“Abang
dah salah anggap. Adam ni hanya kawan biasa aje.”dalihnya. Dia menjadi takut
dengan sikap suaminya yang sudah berubah mendadak.
Satu
tamparan hinggap di pipi isterinya buat kali kedua. Mariana terkedu sekali
lagi. Terus jatuh tersembam dirinya diatas lantai.
“Aku
ceraikan kau bukan talak satu…tapi talak tiga!!”lantang Muzaffar Ikram bersuara
mengejutkan tiga polis yang berada belakangnya termasuk Adam.
Mariana
terlopong mendengarnya. Dia kehilangan suara tatkala ucapan itu diungkapkan.
Tangisannya mula berlagu pilu.
“Tidak!!”jeritnya
sambil menangis. Dia menekup mukanya dilantai.
“Mariana,
bangun. Jangan menangis, sayang. Pedulikan kata-kata lelaki ini. Kita keluar
dari sini.”pujuk Adam agar Mariana dapat mengurangkan tangisannya.
Makin
kuat tangisan Mariana. Kepalanya tidak boleh dengar apa yang diperkatakan
kekasih gelapnya. Dia tidak dapat menerima perpisahan ini.
Seraya
itu, dia terus memeluk kaki kanan suaminya. “Abang, maafkanlah saya. Saya masih
sayangkan abang lagi.”rayunya dengan esak tangis yang mengalir ditubir matanya
namun Muzaffar tidak mengendahkan rayuan tersebut. Kaki jantannya kuat menepis
tubuh bekas isterinya.
“Sayang
penipu!”bentaknya. “Oh, bukan main beria-ria kau cakap Dhia tu perempuan curang
dulu tapi dah terbalik pulak. Tak sangka kau curang belakang aku. Memang kau
dasar perempuan bangsat!”
“Abang…maafkanlah
saya.”dia kembali memeluk lutut suaminya namun Muzaffar bertindak pantas dengan
menjauhkan dirinya.
Anggota
polis yang tercongok berdiri di belakang Muzaffar Ikram cepat-cepat menangkap
pergelangan tangan Mariana dan mengari tangan perempuan itu.
Mariana
terkaku. “Buat apa polis datang sini, bang? Apa kaitan polis ni dengan abang?”dia
cuak. Tangan dia sudah digari.
“Maaf
puan. Kami perlu menahan Puan untuk siasatan lanjut mengenai kes Puan Halimah
terjatuh di Hospital Unviersiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).”tegas jawapan
anggota polis itu.
Mariana
dibangunkan anggota polis itu. Dia terpinga-pinga.
“Bukan saya buat, bukan saya!”nafinya
walaupun hakikatnya dia yang melakukannya.
“Kami ada bukti yang Puan lakukan.
Sekarang ni jangan cakap banyak. Ikut kami ke balai!”sedikit tinggi suara
anggota polis itu menakutkan Mariana. Perempuan atau lelaki yang membuat
kesalahan tidak boleh bersikap lembut nanti dia ambil kesempatan!
“Rasakan!
Biar kau masuk penjara lagi bagus! Orang macam kau tak layak hidup dengan
aku.”Muzaffar mula menyesali perpisahannya dengan Dhia, bekas isterinya yang
terdahulu. Jika masa dapat diputarkan kembali, dia tidak akan sekali-kali
menceraikan perempuan yang bernama Nurl Haifa Nadhiya. Hanya perempuan itu yang
memahami dirinya. Dia mula rasa bersalah kerana menceraikan perempuan itu.
Harap
aku boleh jumpa dia semula.bisiknya dalam hati.
“Abang,
saya tak salah. Saya tak salah!!”jerit Mariana bagai orang kurang siuman.
Anggota polis segera membawa Mariana keluar.
Muzaffar
Ikram tidak menghiraukan teriakan Mariana malah dia membuat selamba saja.
“Haa,
yang kau berdiri tercongok kat sini, dah tak reti nak balik rumah ke?”perlinya
sinis kepada Adam.
Adam
mendengus. “Aku akan balik. Tapi jangan ingat aku akan berdiam diri. Apa yang
kau buat pada Mariana aku akan balas balik!”
Muzaffar
Ikram ketawa berdekah-dekah. “Kau nak buat apa kat aku hah? Dah terang lagi
bersuluh yang perempuan tak guna tu curang belakang aku, yang kau nak support
dia sangat buat apa? Sedar-sedarlah diri tu sikit. Kau balas dendam pada orang
yang salah.”katanya dengan nada angkuh.
Jari
telunjuk Adam tepat dibatang hidung lelaki didepannya namun Muzaffar bijak
menepis. Keningnya terangkat.
“Kau
yang patut sedar siapa diri kau! Dahlah mati pucuk. Siapa yang kahwin dengan
kau selepas ini pasti menyesal! Jangan nak tunjuk berlagaklah wahai Encik
Muzaffar Ikram!”dia menjelir lidah.
Muzaffar
Ikram mengacip gigi. Dia tahu aku mati pucuk?Habis…habislah aku! Sepatutnya
orang lain tak boleh tahu. Kenapa dia ni boleh tahu? Adakah Mariana sudah tahu
akan penyakitnya? Cis! Perempuan tak guna. Sanggup dia burukkan aku.gerutunya
dalam diam. Dia harus menyembunyikan penyakitnya daripada diketahui lelaki ini.
“Bila
pulak aku ada penyakit tu? Kau jangan memadai dan buat cerita.”
Tadi
lelaki itu ketawa. Sekarang gilirannya pulak. “Jangan ingat aku tak tahulah,
bro.”sinisnya. Kakinya menuju ke peti surat kecil yang mengandungi surat dari
hospital tadi. “Kalau kau tak percaya, ni hah! Aku boleh tunjuk bukti yang kau
tu mati pucuk.”ditekan perkataan mati pucuk itu. Dilempar surat itu ke muka
bekas suami Mariana. Biar lelaki itu rasa sakit hati!
Terketar-ketar
bibir Muzaffar Ikram dibuatnya. Dibaca segala isi didalam surat itu. Ya, surat
itu memang miliknya!
Ya,
Allah! Kenapa aku tak sedar surat ni?dia mengucap panjang didalam hati.
Menyesal dia tak tengok betul-betul surat-surat yang diberikan posmen. Kalau
tidak, memang surat ini sudah disorok ataupun dibakar agar mariana tidak tahu
penyakitnya.
“Dah
puas baca?”Adam tersenyum sinis. “ Aku tabik dengan kau bro sebab walaupun kau
mati pucuk, kau tetap disayangi Mariana. Aku, apa yang aku dapat? Aku nak cinta
daripada dia, tapi dia tetap nak kau jugak. Hebat jugak orang yang mati pucuk
macam kau ye. Orang yang ‘normal’ macam aku pun tak boleh dapat cinta dia.”sindirnya
tanpa rasa takut.
Berdesing
telinga muzaffar Ikram mendengarnya. Tidak semena-mena, dia menumbuk muka Adam.
Dia mula panas hati dengan lelaki ini.
Jatuh
tersembam Adam disitu.
“Blah
kau dari sini! Blah!!”pekiknya dengan suara yang lantang.
Cukup
pantang bagi dirinya bila berkali-kali telinganya mendengar perkataan mati
pucuk. Tambah-tambah lagi lelaki ini yang sengaja mahu memperendahkan dirinya.
Adam
pantas meluru keluar dengan sedikit darah yang mengalir dicelah bibirnya. Hebat
jugak penangan bekas suami Mariana, katanya dalam diam.
Muzaffar
Ikram menutup pintu dengan kasar kemudian dia duduk disofa dengan helaan nafas.
Dia mengeluh panjang sambil kepalanya mengadap siling rumahnya.
Apalah
nasibku ini?Hmm…
*****
Nenek
mengeluh saat cucunya tidak berjaya memujuk Dhia. Dia berdoa supaya Dhia dapat
bekerja di syarikatnya namun harapan itu punah setelah Razree mengatakan yang Dhia masih belum beri keputusan.
“Laa…kenapa
Raz cakap Raz call nenek? Kan Dhia dah merajuk. Dia tu dahlah sensitif sikit
lepas bercerai ni. Macam-macam dah berlaku kat dia.”
“Raz
minta maaf nenek. Raz baru tahu sikap dia yang cepat sensitif bila Raz cakap
pasal tawaran bekerja. Bila Raz tanya soalan pasal kerja, dia tak nak jawab.”
Puan
Hadijah mendengus. “Raz, nenek harap Raz pujuklah Dhia tu selagi Raz ada kat
situ dengan Dhia.”
“Raz
bila dah tahu perangai Dhia macam tu, Raz rasa ada baiknya kita biarkan dia
bertenang dulu, lepas dia dah rasa okey, baru Raz cakap.”
“Tapi
nenek tak boleh sabar, Raz! Nenek kalau boleh nak Dhia tu bekerja di syarikat
nenek. Nenek tak mahu dia macam tu aje sampai bila-bila.”
“Raz
faham perasaan nenek. Tapi Raz tak tahu nak cakap macam mana lagi supaya Dhia
setuju kerja dengan Raz. Nenek cuba bagi cadangan supaya Dhia setuju?”
“Cadangan?
Kejap, nenek fikir dulu.” Puan Hadijah berfikir seketika. Razree hanya menunggu
jawapan daripada nenek.
Setelah
berapa saat berlalu, nenek mendapat satu idea. “Okey, nenek dah dapat idea. Apa
kata nenek cakap dengan mak cik Suria? Mak cik Suria bila cakap dengan nenek,
mesti dia tak membantah punya. Nanti nenek cakap dengan mak cik Suria kamu bila
mereka berdua dah balik nanti.
“Raz
rasa, ada baiknya biar Raz cakap dengan mak cik Suria. Dia kan ada kat sini,
senanglah Raz nak ajak dia berbual.”
“Mak
cik Suria dia ada kat mana sekarang?”
“Mak
Cik Suria tengah menjamu selera kat warung Pulau Besar bersama dengan secretary
saya. Dhia kat dalam bilik. Mungkin tengah berehat kut? Nanti saya cakap dengan
mak cik Suria ye.”Razree memberi kata putus.
“Okeylah
kalau macam tu. Nenek harapkan kamu aje sekarang ni? Dahlah. Nenek nak rehat
dulu. Kepala ni asyik pening aje. Semalam pening, hari ni pun pening lagi.”
Razree
mula risau. “Nenek, pergilah berehat. Bila Raz dah balik Kuala Lumpur nanti,
Raz akan jenguk nenek.”
“Hmm…nenek
nak rehat dululah. Jaga diri kat sana Raz.”
“Nenek
yang wajib jaga diri. Raz tahu jaga diri Raz sendiri.”nasihatnya kepada nenek.
Ini kali pertama dia memberi nasihat kepada neneknya sendiri. “Raz mintak diri
dululah ye. Insyallah, Raz akan bagi berita gembira kat nenek.
Assalamualaikum…,”katanya dengan hormat.
Selepas
ini, tahulah dia hendak memujuk mak cik Suria!
Mak
cik Suria, Razree datang ni!!dia tersengih sendirian lalu membawa diri ke
warung yang mak cik Suria sedang menjamu selera.
6 ulasan:
best ... nak lagi nak lagi kali ni kes nak pujuk mak dhia plak ngan muzz dah salah langkah.. padan muka
padan muka Muz!! hehe
ske sgt kata CERAI! hehe
nak lagiiiii :)
hehe..nnt akk bg ye yunk.. ;)
pergh..hukum karma dah berlaku pada mariaana..tetapi adakah itu sudah mencukupi untuk menebus semua tuduhan yg telah diberikan kepada Dhia..dan adakah Muz..akan mencari dan merayu pada Dhia agar kembali pada dirinya..kalau akak ditempat Dhia..sekali dia melafazkan kata kata kesat dan menyakitkan hati itu dan perilakunya yg berkawen dengan Mariana dan memalukan nya dengan menuduhnya curang dan sekaligus melafazkan kata talak didepan org ramai..akak tak akan toleh kembali..kalau dia boleh melakukan begitu pada akak..biarlah akak berlalu pergi..tak guna nak menegakkan cinta lama mereka..
Tidak cukup kak ida..
Dhia takkan berpaling pada Muz lagi..
ssah utk seorang perempuan yg diceraikn secara tiba-tiba...
Catat Ulasan