Duduk diatas pasir
sambil merenung keindahan Pulau Besar memang
menenangkan hati Dhia yang dirundung keresahan semenjak beberapa hari
ini. Menikmati udara segar dan berehat disini mampu mengurangkan tekanan yang
dialami.
Pertama
kali menjejakkan kaki di Pulau Besar ini memberikan satu kepuasan kepada
dirinya. Ada sumber yang dipercayai menyatakan bahawa Pulau Besar ini terdapat
beberapa buah makam yang dianggap ‘keramat’ oleh masyarakat di Melaka ini.
Dari
jauh dia sudah nampak satu bentuk yang agak istimewa. Ia kelihatan seperti
seorang perempuan yang sedang tidur.Dia tersenyum sambil melafazkan subhanallah
kerana keindahan yang terdapat dipulau ini.
Sedang
asyik menikmati keindahan pulau, dia dikejutkan dengan suara abang Razree.
“Abang…terkejut
Dhia tau! Abang pergi mana tadi?”tanya Dhia dengan gembira sambil mengajak
lelaki itu duduk disebelahnya.
Razree
duduk disebelah Dhia. Cermin mata hitam yang dipakai dibuka lalu disangkutkan
ke kolar baju. Sengaja dia memakai cermin mata hitam itu agar sinaran tidak
terlampau terang dimatanya.
“Abang
pergi telefon nenek kejap.”
Dhia
termangu. “Abang call nenek?”
“A’ah.
Nenek risaukan Dhia dan Mak cik Suria. Dah banyak kali nenek telefon Dhia tapi
tak angkat pun.”
“Dhia
saja off kan phone. “dia mengeluh. “Kalau on kan phone pun, mesti Ray telefon
Dhia nak tahu Dhia kat mana.”jelasnya.
“Dhia,
abang nak tanya soalan boleh?”
“Soalan
apa?”acuh tak acuh suaranya menjawab.
“Aik,
Dhia. Macam tak suka aje abang tanya soalan?”
“Bukan
tak suka tapi tak ada semangat untuk menjawabnya.”
“Okey,
kalau macam tu abang tanya satu soalan aje. Lepas tu dah takde soalan lain.”
“Tanyalah…,”jawabnya
sepatah. Dia kembali merenung keindahan Pulau Besar.
“Dhia
kan dah berhenti kerja, resume pun dah dibuang kan? Apa kata Dhia kerja aje kat
syarikat nenek? Abang sanggup bayar Dhia gaji lebih daripada tempat kerja Dhia
yang dulu.”
Dhia
terdiam. Lantas dia mula bangun. Dia tidak mampu menjawab soalan itu. Razree
mendongakkan kepala.
“Dhia
tak jawab soalan abang lagi.”
“Dua
soalan abang bagi kat Dhia. Dua-dua soalan tu Dhia tak dapat jawab.”
“Tapi,
Dhia…,”
“Maaf,
bang. Dhia datang sini untuk kurangkan tekanan dan masalah Dhia. Bukan untuk
menambah masalah. Dhia naik bilik dululah.”ujarnya dan terus berlalu meninggalkan
abang Razree yang seakan termangu dengan jawapan yang diberikan.
“Dhia…”kepalanya
digaru berkali-kali. Dia mahu menghalang Dhia pergi namun perempuan itu bijak
melarikan diri.
Benar
kata nenek. Susahnya nak pujuk Dhia…
*****
Rayyan
Zikri datang pada tepat masanya dijejantas yang berhadapan dengan club Golden
Sun. Kelihatan ditangga jejantas itu,kekasihnya sedang duduk menopang dagu.
“Kenapa
awak lambat?”Dia bangun dari tempat yang didudukinya. Malam tadi dia ada show
di club Golden Sun. Terpaksalah dia tidur di club itu semalaman kerana show
yang melibatkan dirinya tamat tengah malam. Mujur dia ada bawak spare baju
didalam beg sandangnya.
“Ray peliklah tengok awak ni.”Rayyan Zikri
memandang sekujur tubuh Nur Imani dari
atas ke bawah. Terdapat sedikit kemusykilan dalam dirinya terutama pada gaya
rambut yang ditonjolkan kekasih hatinya.
“Kenapa?
Ada yang tak kena pada diri saya ke?”Nur Imani meneliti dirinya sendiri. Dia rasa tiada apa yang boleh membuatkan
teman lelakinya berasa pelik dengannya. Didalam tandas di club Golden Sun tadi,
dia sudah mengubah penampilan yang lebih sopan agar Rayyan Zikri tidak berfikir
yang bukan-bukan.
“Saya
pelik tengok rambut awak saya nampak agak kusut-masai berbanding sebelum ni.
Awak memang makan dengan Natasha dengan gaya rambut macam ni ke?”
Nur
Imani terasa airliurnya tersekat dikerongkong.
Aduhai…dia tak perasanlah rambut kusut-masai kat bilik air tadi. Macam
mana ni? Janganlah lelaki ni tanya soalan lain yang boleh buat dia
tergagap-gagap nak menjawab.katanya dalam hati.
******
Mariana
mengajak kekasih gelapnya, Adam menemani dia dirumah setelah petang makin
melabuhkan tirainya. Bukan kerana dia takut akan bersendirian pada waktu malam
nanti tetapi dia rasa sunyi. Beberapa hari lepas, dia hanya keluar makan
bersama Adam namun dia niat dihatinya teringin untuk memasak untuk kekasih
gelapnya yang baru pulang dari luar negara. Hari ini merupakan hari bertuahnya.
Dia menjadi tukang masak untuk kekasih gelapnya. Dapatlah Adam merasa
masakannya. Sebelum ini hanya ibu mertuanya sahaja yang masak didapur.
“You
tengoklah TV dulu. I nak masak ni.”ucapnya sambil menyentuh lembut bahu Adam.
“You
nak masak?”tanya Adam seakan tidak percaya. Matanya terkebil-kebil.
“You
jangan tak percaya pulak. I bukan tak pandai masak tapi I malas nak masak. You
duduk sambil tengok TV dulu, kejap lagi kita makan sama-sama okey?”
“Okey.
Masak masakan melayu ke western?”tanya Mariana senang hati.
“I
masakan melayu I tak pandailah. Ibu mertua I yang selalu masak kat rumah ni.
Kalau I, I pandai masak spaghetti aje.”
“You
nak masak spaghetti lah ni?”Adam mengangkat kening. Sebenarnya tekak dia lebih
kepada masakan melayu namun tekaknya terpaksa juga menelan spaghetti yang akan
dibuat Mariana nanti.
“Yup.
You tengok TV dulu ye. I nak pergi masak ni.” Remote TV dicapai diatas meja
empat segi didepan lalu dihulurkan kepada Adam. Sesudah itu, dia segera pergi
ke dapur.
“Okey,
thanks.”Adam menerima remote itu.
Remote
TV yang berada ditangannya diletakkan dimeja empat segi tu semula. Sudah agak
lama dia tidak menonton TV, dia rasa malas mahu menonton.
‘Baik
aku keliling tempat ni daripada tengok TV’.desisnya. Dia bangkit dari sofa tiga
berangkai itu dan berjalan mengelilingi sekitar ruang tamu rumah dua tingkat ini.
Tak sangka ruang dalam dalam rumah ini agak luas.
Adam
berjalan lagi memerhatikan setiap bingkai gambar yang terletak elok diatas
dinding. Tiba disatu bingkai gambar ini, hatinya dipaut cemburu. Terhidang
wajah ceria Mariana dan Muzaffar yang sedang berpelukan. Bertuah Muzaffar dapat
peluk Mariana. ‘Aku bilalah pulak ye.’bisiknya dalam hati.
Sekujur
tubuh Mariana memang diidamkan dari dulu lagi namun dia tahu dan dia sedar
siapa dirinya dimata perempuan itu. Dia hanya kekasih gelap bukannya suami yang
boleh dipegang sesuka hati.
Setelah
puas menatap gambar Mariana di bingkai itu, dia beralih pula ke tempat lain.
Jika boleh, semua benda didalam ruang tamu itu mahu disentuh. Bosanlah katakan…
Peti
surat yang berukiran kayu itu disentuh. Cantik! Siap ada tempat letak kunci
lagi. Dia memandang ke arah dapur. ‘Janganlah Mariana perasan aku sentuh
barang-barang dalam rumah ni.’kata hatinya. Sebenarnya dia nak tengok
surat-surat didalam peti itu. Manalah tahu, ada surat untuk Mariana, boleh dia
diberikan pada kekasih gelapnya.
Satu
persatu surat ditilik namun dia kecewa. Tiada surat yang datang dari Mariana.
Yang ada cuma satu surat daripada Muzaffar sahaja.
“Surat
dari hospital? Muzaffar sakit ke?”katanya perlahan.
‘Tak
mengapalah. Asalkan boleh tengok apa benda dalam surat ni.’gumamnya.
Kepalanya
ditoleh ke dapur semula. Mana tahu Mariana dah siap masak.
Cepat-cepat
dia membuka surat Muzaffar. Diperhatikan ayat-ayat yang terdapat didalam surat
itu.
Tatkala
dia membaca dengan khusyuknya, dia tergamam melihat sepotong ayat yang membuatkan
matanya terbeliak.
Mati
pucuk?
Anak
tekaknya bagai mahu terkeluar dari mulut. Sungguh dia tidak percaya dengan apa
yang dibacanya. Muzaffar ada penyakit mati pucuk? Jadi surat ini hanya untuk
memaklumkan ubat yang perlu diambil Muzaffar dihospital yang merawat penyakit
itu?
Ini
kena bagi tahu Mariana ni. dalam hati dia bersorak gembira. Maknanya selama ini
mereka tak pernah melakukan persetubuhan lah ye?
Perkara
ini memang diluar jangkaannya!!
“Mariana…Mariana!!”laungnya
berkali-kali. Surat yang dibaca tadi disorokkan ke belakang badan.
Mariana
yang sedang mengukus spaghetti tersentak apabila Adam memanggilnya. Segera dia
menutup api dan berlari anak ke ruang tamu.
“Ada
apa, Adam? Spaghetti lagi sikit nak masak. You dah lapar ke?”
“I
belum lapar lagi. I ada hal nak cakap dengan you. Mungkin perkara yang I nak
cakap ni kurang memuaskan hati you dan mengembirakan hati I.”
Mariana
pelik. “Apa you cakap ni? I tak fahamlah.”
“You,
I nak bagi tahu you yang suami yang you cintakan sangat tu menghidap penyakit
mati pucuk. I ulang suara…mati pucuk!”ditekankan perkataan mati pucuk itu. Biar
Mariana tahu apa sebenar penyakit sebenar suami dia.
Mulut
mariana ternganga. “What? Mati pucuk? Mana you dapat cerita ni? Suami I masih
gagah lagilah. You jangan main tokok tambah cerita tau.”dia sudah mula gelisah.
Malu pun ada apabila Adam bercakap pasal mati pucuk ini.
Adam
tersenyum sinis. “I cakap perkara yang benar. Ini buktinya…”dia mengeluarkan
surat dari belakang badannya lalu dihulurkan kepada Mariana. Biar dia tahu apa
yang dia cakapkan bukan perkara main-main!
Mariana
berdebar. Dicapai surat itu lalu dibaca penuh teliti ayat-ayat didalamnya.
Ternyata apa yang dikatakan Adam memang benar!
Maknanya,
selama ini aku kahwin dengan lelaki yang dah mati pucuk?
Oh,
no!! Impossible!!
Terjatuh
surat itu dari pegangannya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya. Muzaffar mati pucuk?
Patutlah
dia menjauhkan diri pada aku bila aku dekat dengan dia.gumamnya. Dia terasa
sedih. Nampaknya dia berkahwin dengan orang yang salah. Dia harapkan anak
daripada benih lelaki itu namun semuanya hancur berkecai.
“Sekarang
you percaya cakap I kan?”dia memeluk pinggang Mariana. “You tahu, I gembira
dengan berita ni. I rasa bagai di awang-awangan. Sepatutnya kita kahwin dari
dulu lagi. Kalau tak, kita dah ada anak pun sekarang ni.”
Mariana
melepaskan tangan Adam. Moodnya tiba-tiba berubah. Masam mukanya. Hatinya
betul-betul kecewa. Kecewanya bukan sedikit tapi terlampau banyak!
Adam
mengangkat kening. Mood Mariana dah berubahlah pulak.
“You…,”Adam
memegang kedua bahu Mariana. “You sedih ke?”
“Siapa
yang tak sedih Adam kalau suami ada penyakit macam tu. Harapan I nak ada anak
dengan dia punah.”
“Sekarang
ni you dah tahu, you cerai ajelah dengan dia.”Adam memberi cadangan.
Mariana
mendengus. “You gila? Walaupun dia mengidap mati pucuk, you ingat I nak
lepaskan dia? No way, Adam! No way!!
“Habis
I ni apa? Takkan selama-lamanya I nak jadi kekasih gelap you? Bila I tahu
Muzaffar dah mati pucuk, I rasa I macam peluang I cerah untuk mendapatkan you.
You tahu kan I cintakan you? You aje yang tak pernah hargai cinta I.”
Mariana
bangun. Dia memandang tajam lelaki itu. “Kalau macam tu, baik kita tak payah
berjumpa lagi. Baik kita putuskan hubungan sebelum berlaku apa-apa yang tak
sepatutnya! I rasa better you baliklah dulu. Fikiran I kacau dengan berita yang
baru I tahu.”
“You
tak boleh buat I macam ni! I dah lama cintakan you. I takkan putuskan hubungan
kita.”Adam mula bertindak liar. Dia memaut pinggang Mariana lalu dia mencium
tengkuk perempuan itu.
Mariana
menepis. “You janganlah macam ni! What’s wrong with you?”dia pantas menolak
badan lelaki itu jauh darinya. Dia rimas.
“I
love you, I love you…! Could you please understand that?”kata Adam bersungguh-sungguh
dan penuh romantis.
“No!!”Mariana
menekup kedua belah telinganya. Seboleh mungkin dia tidak mahu mendengar ucapan
cinta Adam.
“Asalamualaikum…,”
Mereka
berdua terpana. Kedua-duanya berpaling serentak ke muka pintu.
Mariana
terpana! Adam terkejut!
3 ulasan:
Ha kantoi!!!! Muz kantoi dgn diorg2 kantoi hahahaha pdn muka. Tinggal imani nyaris je
kantoi2..haha..
mmg kenalah si Mariana ngn adam tu!!
padan muka mrk dah kantoi...hope lps ni Ray akan berbaik dgn Dhia.
Catat Ulasan