Muzaffar
Ikram memerhatikan wajah ibunya yang sedang terpejam rapat diatas katil di
hospital yang sama dia dirawat.
Sudah
berapa hari dia menjaga ibunya yang terlantar sakit. Alhamdulilah, setelah
beberapa hari dia disini, kaki dan luka yang ada dibadan sudah mulai hilang.
Dapatlah dia menjaga ibunya yang sakit tenat ini. Kata doktor, ibunya menghidap
penyakit strok kesan jatuh dibawah tangga. Bahagian
sebelah kanan badan ibunya tidak boleh digerakkan dan berfungsi dengan baik.
Menjadi
tanggungjawabnya untuk menjaga ibu tatkala ibunya terlantar disini, cuma apa
yang dihairankan adalah isterinya. Dimana Mariana pergi? Batang hidung
perempuan itu langsung tidak muncul setelah ibunya terlantar di sakit di wad
neurologi ini. Adakah isterinya yang menyebabkan ibunya jatuh tangga? Jika
benarlah perempuan itu yang lakukan, dia tidak akan teragak-agak menceraikan
isterinya itu.
“Ibu
bukalah mata. Ini Muz lah.”bisik ke telinga ibu tersayang. Sebelah tangannya
yang tidak berbalut menyentuh lembut tangan ibunya yang masih kaku tidak
bergerak itu.
Tiba-tiba,
muncul tiga orang polis dari belakangnya. Dia terkejut. Rasanya ibu jatuh
tangga mungkin menjadi kes polis ni.fikirnya. Muzaffar segera bangkit dari
kerusi.
“Maafkan
kami kerana menggangu encik. Kami dapat tahu beberapa hari yang lepas mak cik
ini jatuh ditimpa tangga kan?”
“Benar,
encik. Tapi saya tak tahu siapa suspek yang terlibat menjatuhkan ibu saya.”
“Hasil
daripada rakaman CCTV yang berada ditingkat dua ini, kami dapati ada seorang
perempuan telah menepis tangan mak cik ini lalu jatuh berguling-guling ke
tingkat bawah.”
Muzaffar
Ikram terperanjat besar. “Seorang perempuan?”dadanya mula berdegup kencang.
Adakah benar telahannya tadi?
“Ya
encik. Seorang perempuan. Ini gambarnya…,”tunjuk pegawai polis itu.
Lama
dia menatap dua wajah perempuan yang agak kelam didalam gambar itu. Satu ibunya
dan satu lagi…Mariana! Memang tidak sah lagi perempuan itu yang membuat ibunya
jadi begini! Astagfirullahalazim…kenapa perempuan itu jahat sangat?!!
“Ini
isteri saya encik.”jawabnya dengan sedikt tergagap-gagap. Terketar-ketar
tangannya melihat gambar itu.
“Isteri
encik?”pegawai polis itu sedikit terkejut.
“Nampaknya
kami terpaksa menahan isteri encik untuk siasatan selanjutnya.”
“Baguslah
kalau macam tu.”Muzaffar Ikram merasa lega. “Saya harap polis mengambil
tindakan undang-undang terhadap dia.”tegas nada suaranya.
“Encik
tahu dia ada dimana sekarang?”soal pegawai polis itu.
“Saya
tak pasti dia ada dimana sekarang. Tapi saya harap polis boleh ikut saya ke
rumah saya. Mungkin dia ada disana.”ajaknya dengan bersungguh-sungguh. Biasanya
hari sabtu dan ahad, perempuan itu akan keluar berjalan-jalan dengannya. Bila
dia tiada dirumah, mungkin perempuan itu tinggal dirumah dan menemankan ibunya.
Padanlah
muka kau, Mariana!katanya dalam hati.
“Kalau
macam itu, mari kita ke sana.”pengawai itu memberi kata putus untuk
bersama-sama Muzaffar ke rumah lelaki itu.
“Ibu,
Muz nak balik rumah kejap. Nanti Muz datang balik.”katanya sendiri. Tangan
ibunya dikucup lembut.
Seminit
selepas itu, mereka berempat berlalu meninggalkan wad yang dihuni ibunya.
****
Tengah
hari yang mula memancarkan cahaya terang menimbulkan kegelisahan dihati Nur
Imani. Dia berhenti di pondok keselamatan club Golden Sun lalu dengan segera
dia menelefon Rayyan Zikri.
“Awak
kat mana ni? Kata nak keluar?”muncung mulut Nur Imani menjawab. Bengang pulak
rasanya apabila teman lelaki memberi banyak alasan. Kata nak keluarlah, itulah,
inilah. Macam-macam!! Dahlah dia ada showcase kat club Golden Sun hari ini.
“Sorrylah
sayang…Ray ada hal ni. Nanti bila hal ni dah settle, kita keluar jalan-jalan
erk? Ray kat sini busy lah…,”ujar lembut. Berharap kekasih hati memahami
keadaannya disini.
“Awak
ni…kata teman lelaki saya? Nak jadikan saya isterilah, apalah…tapi bila nak
keluar berdua, awak bagi banyak sangat alasan. Kalau macam tu, baik kita tak
payah ada apa-apa hubungan!”tempiknya ditalian. Geram betul apabila kekasih
hati tiada didepan mata. Ingin saja dia mentutp telefon namun dia tahu
segeram-geramnya pada Rayyan Zikri, sayang dan cinta pada lelaki itu semakin bercambah
walaupun baru sahaja beberapa hari menjalinkan hubungan cinta.
Rayyan
Zikri menghela nafas panjang. Nasiblah dapat teman wanita seperti Nur Imani
ini. Tak sangka gadis itu agak garang selepas mereka bercinta. Macam manalah
kalau nenek tahu yang Nur Imani bukan seperti gadis-gadis diluar sana yang
bersikap sopan-santun? Pasti di reject gadis itu untuk menjadi suri
rumahtangganya!
“Awak
jangan cakap macam tu. Ray kan teman lelaki awak.”jawabnya perlahan. “Kalau
macam tu, Ray batalkan ajelah rancangan nak cari kawan Ray tu. Kita keluar
ye.”putus Rayyan Zikri. Dia seboleh mungkin ingin mengambil hati teman
wanitanya.
“Kawan
awak? Siapa?”
“Adalah…”sepatah
dia menjawab. Dia takkan menyebut nama Dhia didepan teman wanitanya. Seorang
gadis akan cemburu jika teman lelaki menyebut nama gadis lain.
“Lelaki
ke perempuan?”cemburu Nur Imani mula bergelodak. Rayyan Zikri sebut perkataan
perempuan, dia akan bermasam muka dengan lelaki itu!
“Eh,
kawan Ray mestilah lelaki.”tipunya. Padahal sahabatnya kini hanya seorang sahaja
iaitu Dhia.
“Betul
ni?”tanya Nur Imani inginkan kepastian.
“Betul.”ya
allah, ampunkanlah hambamu kerana terpaksa menipu.bisik hatinya.
“Kita
keluar ye. Awak ambik saya kat Kuchai Lama tau.”
“Eh,
Kuchai Lama? Awak buat apa pergi situ?”Rayyan Zikri pelik.
“Saya
makan dengan Natasha tadi kat Warung Ikan Bakar. Awak datang ajelah sini ye.
Saya tunggu awak kat jejantas sebelah Club Golden Sun.”sebenarnya nama Natasha
itu hanya ideanya sahaja. Manalah ada Natasha kat sini? Dia kan sibuk dengan
teman lelakinya itu.
Rayyan
Zikri terasa pelik. Bukan main jauh teman wanitanya pergi makan. “Awak tunggu
ajelah kat situ. Nanti Ray datang. Ray sekarang ni ada kat Sungai Besi. Lima
belas minit lagi Ray sampai.”
“Okey,
saya tunggu. Sayang awak.”balasnya manja sebelum menutup telefon.
Kejap
lagi teman lelakinya akan sampai. Baju yang berkelip-kelip ini perlu ditukar
kepada baju yang lebih sopan. Mujur dia membawa baju spare untuk kegunaan
peribadi. Tidaklah Rayyan Zikri mengesyaki apa-apa tentang dirinya sebagai
penyanyi kelab malam di club Golden Sun!
Langkahnya
menuju masuk ke lobi utama club Golden Sun itu dan terus menukar baju yang ada
didalam begnya…
*****
Semasa
di Melaka, Razree menelefon nenek sambil menceritakan Dhia ada disampingnya.
Nenek ditalian agak terkejut namun dia berasa lega kerana Dhia ada bersamanya.
“Raz,
nenek mintak tolonglah jaga Dhia baik-baik kat sana. Terima kasih sebab sudi
bagi tahu nenek yang Dhia ada kat Raz.”syukur alhamdulilah kerana Dhia ada
disisi cucunya. Dapatlah cucunya mengaga Dhia dengan baik.
“Insyallah,
nenek. Raz akan jaga Dhia
sebaik-baiknya. Cuma Raz harap satu aje dari nenek. Tolonglah jangan bagi tahu
Ray yang Dhia ada dengan Raz. Dhia cakap dengan Raz yang dia masih marahkan
Ray.”
Puan
Hadijah terpempan. “Dhia ada cerita apa yang berlaku hari tu?”
“Ada
nek. Dhia cakap pada Raz yang Ray sakitkan hati dia sebab tu dia membawa diri
sampai ke Melaka.”ujarnya.
“Kesian
nenek dengan Dhia, Pasti dia terluka dengan kata-kata Ray.”balas Puan Hadijah
dengan suara yang sayu. “Raz, masa Raz ada dengan Dhia sekarang ni, Ray tolong
sampaikan permintaan nenek ye.”pinta Puan Hadijah penuh pengharapan. Razree
sudah pelik.
“Permintaan
apa nek?”
“Nenek
nak kamu pujuk si Dhia tu supaya dia kerja dengan kamu. Nenek tengok kehidupan
dia sekarang ni, nenek bertambah susah hati pulak.”
“Nenek
nak Dhia kerja dengan Raz? Raz boleh aje. Lagilah Raz bertambah suka. Tapi kan
nek, sebelum ni Dhia tak pernah mintak kerja kat tempat lain ke? Dia kan dah
ada kelulusan?”
Puan
Hadijah mengeluh lemah. “Dhia sebenarnya dah mintak kat satu tempat ni.
Sepatutnya rabu minggu depan Dhia kena pergi interview. Entah macam mana,
resume dia dah dibuang kat dalam tong sampah. Puan Halimah dengan anak dia yang
buat. Kesian Dhia.”
“Resume
Dhia dah kena buang? Astagfirullahalazim…”mengucap panjang Razree mendengarnya.
Sanggup keluarga Muzaffar memperlakukan Dhia sebegitu. Hati busuk betul!!
“Habis
tu, tak dapatlah dia nak pergi interview tu?”sambungnya lagi.
“Tak
dapat, Raz. Punah segala harapan dia nak bekerja balik setelah diberhentikan
kerja. Raz tolong pujuk Dhia tau supaya dia dapat bekerja di syarikat nenek.
Nenek harap sangat-sangat.”pintanya.
“Insyallah,
nek. Raz janji. Kat sini, Raz akan pujuk dan gembirakan hati Dhia.
“Nenek
takde kat situ. Tak boleh nak tolong pujuk sekali. Raz lah harapan
nenek.”ungkapnya penuh pengharapan.
Razree
bertekad! Dia akan memujuk Dhia supaya bekerja dengannya. Itu harapannya kini…
6 ulasan:
Agak2 abg ray ada hati kat dhia tak? Hehehecpt la kantoi si imani tu
insyallah..akan terkantoi jgk si imani tu..hihi
rasanya si gadis imani ni dah melampau sgtkan..hopefully Dhia setuju untuk berkerja ngan nenek dan dibawah satu bumbung dengan abang rayyan..dan hopefully cinta mereka akan mekar bila selalu berdampingan bersama..kan
insyallah Dhia akan bekerja dengan abg rayyan..
tp psal cinta tu kne fikirkn blik sbb htinya msih sakit...hmm..
Pulang padaku...pd rayyan or pd muz??? Plsss xyah la muz tu
insyallah bukan muz ye..hehe
Catat Ulasan