Rayyan Zikri tidak mempedulikan wajah tegang nenek diatas katil . Kini, hanya dia dan nenek sahaja
dibilik itu. Dhia dan Nur Imani dibiarkan menunggu diluar.
Sengaja dia membiarkan Dhia dan Nur
Imani duduk diluar agar masing-masing boleh berkenalan dan menjadi sahabat
namun mampukan Dhia menerima Nur Imani sebagai teman baru diantara mereka
berdua?
“Kenapa kamu suka sangat dengan gadis
tu? Nenek tengok dia nampak kebudak-budakan! Kan bagus kalau Ray kahwin aje
dengan Dhia. Nenek lagi suka Ray kahwin dengan Dhia. Hanya dia yang memahami
diri kamu.”jelas Puan Hadijah.
“Nenek tak boleh tentukan hidup Ray.
Dari dulu lagi nenek suka kongkong kehidupan Ray. Ray benci dikongkong!”kasar nada suaranya.
Puan Hadijah terkedu. “Nenek bukan
suka-suka nak kongkong hidup Ray. Nenek cuma nak Ray jalani kehidupan yang
lebih baik. Nenek tak nak Ray jadi orang degil dan tak ikut kata.”itu memang
tekadnya sejak dari dulu lagi. Semenjak kedua ibu bapa Rayyan Zikri dan Razree
meninggal dunia, dia berjanji untuk menjaga cucu-cucunya bagai menatang minyak
yang penuh. Biarlah cucu-cucunya mengatakan dia nenek yang suka mengongkong .
Dia tak kisah. Asalkan dia puas!
Rayyan Zikri mengepal kuat kedua
tangannya. Kemarahannya tidak boleh dikawal lagi. “Ray tetap akan kahwin dengan
Nur Imani walaupun nenek tak setuju! Ray ada hati dan perasaan. Takkan semuanya
Ray nak kena ikut cakap nenek? Ray ada hak Ray sendiri untuk tentukan hidup
Ray. Nenek tak berhak halang Ray kahwin dengan orang yang Ray suka.”herdiknya
tanpa memikirkan perasaan nenek yang sakit hati padanya.
Dia perasan dari raut wajah Dhia yang
agak sebak dengan kata-katanya sebentar tadi. Biarlah sahabatnya mengerti
tentang perasaannya yang satu ini. Dulu mereka berikrar untuk tidak mencintai
dan mengahwini sahabat sendiri. Sekarang apa sudah jadi? Dhia mula sayangkan
dia ke? Itu tidak mungkin!
Puan Hadijah tergamam mendengar
herdikan cucunya. Mujur airmatanya tidak mengalir lagi. Sayu suaranya berkata. “Kerana
cinta, Ray sanggup membelakangkan nenek. Apa kurangnya Dhia dimata kamu? Dalam
persahabatan, tiada istilah tak boleh kahwin dengan sahabat sendiri. Nenek
hanya percayakan Dhia seorang sahaja. Hanya Dhia yang layak jadi isteri kamu
seorang. Bukan Nur Imani….argh!”
Kepala Puan Hadijah tiba-tiba terasa
berputar. Dia bersandar dibantal dengan keluhan panjang. Rayyan Zikri mula
gelabah tatkala melihat nenek memegang kepalanya.
“Nenek…,”katanya dengan riak risau. Dia
memicit ubun-ubun nenek bagi mengurangankan kesakitan. “Maafkan Ray sebab
berkasar dengan nenek.”dia takut nenek akan dimasukkan ke hospital kerana
dirinya.
Ya Allah, ampuni dosaku kerana membuat
nenek jadi begini.doanya dalam hati.
Direnung wajah cucu tersayang sambil
mengukirkan senyuman pahit. “Harap Ray mengerti apa yang nenek cakapkan ni.
Nenek tak mahu Ray menyesal dikemudian hari.”nasihatnya dengan nada sayu.
Tanpa menunggu jawapan dari cucunya,
matanya terus terpejam rapat.
****
Nur Imani duduk diluar pintu sambil
berjalan mundar-mandir. Dia resah menanti lelaki idaman hati berada didalam
bilik Puan Hadijah.
Bermacam-macam persoalan yang berada
dibenaknya. Adakah Rayyan Zikri sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami? Begitu mendalam sekalikah cinta lelaki itu padanya?
Insyaallah, jika tak keberatan dia akan
menerima kasih dan cinta dari lelaki yang bernama Rayyan Zikri jika lelaki itu
keluar selepas ini. Cepat juga dirinya jatuh cinta! Tak sangka kan?
Dirinya berharap agar Puan Hadijah akan
merestui perrhubungan mereka. Dia sudah mula sayangkan lelaki itu. Mana mungkin
dia akan menolak cinta lelaki itu.
Cuma satu yang dia risaukan sekarang
ini. Pekerjaan dia sebagai penyanyi club di Golden Sun! Macam manalah kalau
Rayyan Zikri tahu dia penyanyi kelab malam? Pasti dia akan dimaki hamun oleh
lelaki itu. Itu yang menakutkan dia. Mulutnya agak payah untuk membongkarkan
rahsia itu.
Doanya buat masa ini, janganlah Rayyan
Zikri tahu tentang pekerjaan sebenarnya…
*****
Setelah lima belas minit menanti,
lelaki idamannya keluar juga tetapi dengan wajah yang cemberut. Riak wajah itu
mengambarkan tentang keputusan yang Puan Hadijah maklumkan kepada Rayyan Zikri.
Pasti nenek lelaki itu tidak setuju dengan hubungan yang baru bermula ini.
“Awak…kenapa muka masam ni?”dia menjadi
risau melihat wajah Rayyan Zikri yang tampak tidak bermaya.
“Dhia mana, awak?”tanya Rayyan Zikri
tanpa menjawab soalan Nur Imani.
“Dia dah balik. Tak sempat saya nak
bertegur sapa dengan Dhia.”
Mata Rayyan Zikri membulat. “Dhia dah
balik?”
Nur Imani mengangguk pantas. “Saya tak
sempat pun nak salam dia.”
Rayyan Zikri mengerti kini. Dhia sedang
berduka dengan dirinya. ‘Kenapalah aku suka menyakitkan hati orang yang aku
sayang?keluhnya dalam hati.
“Awak okey ke tak ni?”katanya dengan
riak risau. Dia tidak mahu lelaki idamannya bermuram durja.
“Saya okey.” dalam hati dia bersusah hati.
“Awak, maafkan saya ye sebab buat awak menunggu kat luar. Saya ni over jugak
kan? Main cakap aje saya suka kat awak depan nenek saya.”
“Eh, mana ada. Saya lagi suka
adalah.”mata Rayyan Zikri tiba-tiba bersinar tatkala nur Imani berkata begitu.
“Serius awak tak marah?”
“Tak. Saya lagi suka awak cakap kat
nenek awak macam tu. Saya suka awak jugak sebenarnya.”luah Nur Imani tanpa
dipendamkan lagi. Perasaan malu ditolak ke tepi.
Semakin bersinar-sinar mata Rayyan
Zikri. “Awak suka saya jugak? Wow! I’m impress!”
“Impress? Sebab apa pulak?”kata Nur
Imani pelik.
“Sebab awak gadis yang berani luahkan
perasaan secara terang-terangan kepada lelaki. I’m impressive!”balasnya dengan
sengihan.
Tiba-tiba Rayyan Zikri melutut. Nur
Imani terpaku.
“Sudikah dirimu mencintai diriku?”dia
tanpa rasa segan memegang kejap kedua-dua tangan gadis itu.
Nur Imani tersipu malu lalu mengangguk
laju. Dalam diam dia teruja dengan ‘lamaran’ yang tidak diduga itu. Hatinya
suka sangat!
Rayyan Zikri tersenyum lebar. Akhirnya
dia diterima tanpa bertepuk sebelah tangan. Alhamdulilah…
Biarlah nenek tidak merestui mereka
berdua, dia akan teguhkan pendirian untuk mencintai gadis ini sebaik-baiknya.
Insyaallah!
*******
Dhia masih tidak dapat melupakan
kata-kata Rayyan Zikri sebentar tadi. Kerana cinta, sahabat ditolak ketepi.
Puas nenek memberikan nasihat tetapi sahabatnya langsung tidak ambil peduli.
Dia mahu memberikan nasihat kepada sahabatnya pun tidak guna juga. Pasti lelaki
itu membantah kata-katanya.
Keluar sahaja dari bilik nenek, dia
terus pulang ke rumah tanpa bersalaman dengan sesiapapun yang berada dirumah
mewah itu. Dia tertekan dengan sikap Rayyan Zikri yang cepat berubah.
Adakah dengan gelaran janda berhias
yang ada padanya, dia tidak boleh bercinta dengan lelaki bujang? Boleh apa!
Cuma itulah bila lelaki dah dapat gadis yang cun dan masih bujang, janda dan
balu pasti akan ditolak lebih awal.
Dalam masa terdekat ini, dia tidak akan
berjumpa dengan sahabatnya. Dia ingin merehatkan diri di suatu tempat. Mungkin
dia akan membawa ibunya keluar melancong, jauh dari bandar Kuala Lumpur.
Dirinya tidak dapat menerima kata-kata yang diucapkan sahabatnya.
Tadi, dia mengarahkan Hidayat Romli
menghantarnya pulang menggunakan kereta Volvo kepunyaan Rayyan Zikri. Sewaktu
dia di tempat duduk belakang, dia terlihat satu kotak kecil yang mengundang
reaksi peliknya.
Apabila dia membuka kotak itu, dia
terpana! Tie milik bekas suaminya, Muzaffar. Tak sangka kotak itu masih lagi
ada didalam kereta sahabatnya. Sedang Hidayat Romli memandu, dia sempat
membelai tie itu dengan airmata yang membasahi pipi. Sebak rasanya apabila
mengenakan tie ini.
Ketika berada didalam bilik, dia
meneliti tie itu. Sepatutnya tie ini diberikan sebagai hadiah buat suami
tercinta selepas oustation dari Melaka. Tapi tidak sampai ke tangan pemiliknya.
“Rasanya boleh ke tak bagi tie ni kat
pemilik sebenar dia?”dia jalan mundar mandir disekitar biliknya sambil
memikirkan adakah perlu dia bagi tie ini kepada Muzaffar.
“Bagi ajelah! Itu hadiah aje kan.”kata
satu suara yang muncul.
“Tak payah bagi. Buat apa nak bagi tie
tu kat bekas suami? Baik kau simpan bagi kat suami baru kau.”timbul satu lagi
suara yang seakan berbisik dengannya.
“Suami baru? Ada ke yang nak kahwin
dengan aku setelah bergelar janda ni?”jawabnya dengan bersahaja.
“Mestilah ada. Kau kan perempuan
cantik.”ujar satu suara yang berbisik tadi.
Akhirnya,
dia tekad. Tie ini harus dikembalikan ke Muzaffar.
Dia membaringkan diri dan tidur mengiring sambil mengelus tie
itu dipipi. Malam ini dia tidur bertemankan tie disisi…
4 ulasan:
Just nak betulkan ur english...perkataan 'impressive' utk adj. so x blh digunakan dlm 3 ayat tu...perkataan yg betul ialah 'impress' @ 'impressed' (verb)....
Hope dhia jauhkan diri dari Rayyan supaya dia rasa kehilangan ....
sorry kak..eya btulkn ye prkataan english tu!
adakah Rayyan akan mengetahui latarbelakan imani tu..tidakkah nanti rayyan akan rasa tertipu bila mengetahui yg imani sahaja hendak kan dirinya kerana harta yg dia milikki dan apakah Dhia akan menerima Rayyan semula atau dia akan membawa diri dan membiarkan Rayyan dan Nenek settlekan masalah mereka sendiri tanpa ada campurtangan dari dirinya..
kak ida..insyallah tak lama lagi Rayyan akan mengetahui/terbongkar rahsia pekerjaan imani tu..
Biar Rayyan menyesal sebab terlalu sukakan kekasih sampai lupakan sahabat sndiri
Catat Ulasan