“Awak temankan saya pergi satu tempat boleh?”kata Rayyan
Zikri separuh mengharap setelah dia masuk ke dalam restoran semula.
Nur Imani terkedu. “Awak ajak saya ke?”
“Mestilah saya ajak awak. Takkan saya ajak pekerja dalam
restoran ni pulak?”sindirnya.
Nur Imani tersipu malu sambil tergelak kecil. “Okey. Jomlah.
Lagipun kita dah habis makan kan? Saya pun tak nak duduk sini
lama-lama.”balasnya sambil berdiri dari kerusi yang diduduki. Dia segera
merapati lelaki kacak itu.
“Baguslah. Marilah kita pergi.”ajak Rayyan Zikri untuk keluar
dari situ. Hal nenek perlu diutamakan dahulu.
Nur Imani menyentuh lengan Rayyan Zikri, kejap. Lelaki itu
terpaku seketika. “Saya nak bayar harga makanan dulu. Takkan nak pergi tanpa
bayar dulu kan?”
Rayyan Zikri tersenyum. “Awak tak payah risau. Saya dah
bayar tadi.”
“Eh, kenapa pulak awak yang bayar? Bukan saya yang ajak awak
makan ke? Patutnya saya yang bayar bukan awak.”jawapan itu membuatkan Rayyan
Zikri tersenyum lagi.
“Sebagai seorang lelaki yang kacak lagi hensem seperti saya
ni, mana mungkin mahu membiarkan gadis manis seperti awak belanja saya.
Mestilah lelaki yang kena bayar kan? Awak simpan ajelah duit awak tu. Lain kali
kalau kita keluar buat kali kedua,
awak belanja pulak ye?”dia mengenyit mata ke gadis itu.
Nur Imani terkedu sekali lagi. Comelnya lelaki ni kenyit
mata! Eeii…geram pulak aku tengok lelaki ni.gumamnya.
“Okey.”itu sahaja yang mampu diucapkan.
“So? Jom kita pergi.”tangan gadis itu yang masih utuh
dilengannya dipegang kemas. Gadis itu nampaknya suka dengan perbuatannya itu.
Lantas, mereka berdua pergi tanpa menghiraukan pengunjung
yang berada di restoran itu.
“Awak nak ajak saya pergi mana sebenarnya?”kepalanya ditoleh
ke wajah Rayyan Zikri yang sedang leka memandu kereta. Ada baiknya dia
memulakan bicara untuk mengeratkan hubungan. Sebetulnya, lelaki itu sudah
menempa masuk ke dalam ruang hatinya.
Rayyan merenung sekilas ke wajah gadis itu sebelum
memfokuskan pemanduan. “Saya nak ajak awak pergi rumah tok kadi. Kita kahwin
lari.”guraunya.
Nur Imani tersipu malu. Bibirnya diketap erat. “Awak ni,
janganlah bergurau. Segan saya dibuatnya.”ditolak manja bahu lelaki itu. Merah
mukanya menahan malu. Ah! Lelaki ini membuatkan dia berada didunia fantasi.
Adakah dia telah jatuh cinta pada lelaki yang bernama Rayyan Zikri?
Rayyan Zikri suka melihat muka gadis itu yang berubah wajah
apabila diusik sebegitu. “Eh, awak tak sudi ke? Ramai gadis yang nak kat saya
tau. Hensem, menggoda, ada style. Rugi tau kalau awak tolak bersuamikan saya
ni.”guraunya lagi.
“Awak ni poyo ajelah. Saya tengok awak biasa aje.”sengaja
dia membuat lelaki itu sakit hati dengan dia.
Rayyan Zikri mencebirkan bibir. “Eleh, mata awak tu ada
masalah kut. Sebab tu awak kata saya ni biasa aje. Saya ni kategori jenis
idaman malaya tau. Tak caya tanya
Natasha dengan Muhaimin.”riak jawapannya
“Eleh, perasannya lelaki ni.”cebik Nur Imani.
“Tak perasan pun. Saya cakap betullah. Tak salah kan mengaku
diri sendiri hensem?”
“Tak salah tapi jangan riak.”balas Nur Imani dengan senyuman
sinis. “Awak cakaplah betul-betul. Kita nak pergi mana ni?”
“Saya nak bawak awak jumpa seseorang yang istimewa.”
“Istimewa?”wajah Nur Imani berubah keruh. “Awek awak ke?”harapannya,
janganlah lelaki ini mempunyai teman wanita lagi. Jika boleh, dia mahu lelaki
ini rapat dengannya dan seterusnya menjalinkan sesuatu hubungan yang luar
biasa. Bukan kawan biasa atau sahabat tetapi lebih dari itu.
“Awek saya kan ada kat sebelah ni. Mana boleh saya menduakan
dia.”katanya dengan senyuman manis. Harap gadis ini faham luahan hatinya.
Nur Imani tertunduk malu. Lelaki ni pandai mengembirakan
hatinya. “Awak cakaplah, kita nak pergi mana sebenarnya. Awak bergurau sekali
lagi, saya tak nak kawan awak.”rajuknya dengan gaya sedikit manja.
“Ala, itu pun nak merajuk ke. Okeylah, sebenarnya saya nak
bawak awak pergi rumah saya. Nenek saya tiba-tiba sakit. Saya risaulah.”dalam
gembira dia tadi, muncul suara sebak yang tidak mampu disembunyikan. Dia
betul-betul risaukan neneknya.
Nur Imani menelan airliur. Lelaki ini mahu ajak pergi ke
rumah dia?
‘Aku tak salah dengar kan dan aku tak bermimpi di siang hari
kan?’desisnya dalam hati. Dia terasa ingin menampar pipinya supaya dia sedar
yang kata-kata Rayyan adalah benar.
Natasha ada berkata padanya yang Rayyan Zikri adalah cucu
kepada seorang jutawan. Hari ini mungkin hari bertuahnya untuk melihat rumah
mewah Rayyan Zikri. Mana tahu esok lusa dia akan duduk dirumah lelaki itu pula.
Wah, cepatnya aku jadi kaya!luahnya dalam hati.
“Saya nak kenalkan awak pada nenek saya.”sambungnya. Itulah
tujuan dia sebenarnya mengajak Nur Imani datang ke rumahnya. Bukan setakat
mangajak gadis itu untuk melihat neneknya yang sedang sakit tetapi
memperkenalkan Nur Imani sebagai teman istimewanya. Dia tahu gadis disebelahnya
mempunyai perasaan yang sama seperti dia cuma gadis itu tidak meluahkan secara
luaran lagi.
“Nenek awak tak kisah ke saya pergi jenguk dia? Nenek awak
garang tak?”
“Eh, takdelah. Nenek saya biasa-biasa aje orangnya. Dia
wanita yang baik.”Rayyan mengetap bibir. Dia terpaksa berkata begitu walaupun
hakikatnya nenek adalah seorang yang sukar diduga dan cepat panas baran
sekirannya ada perkara yang tidak disukainya.
Harap-harap nenek suka dengan gadis pilihan aku.katanya
dalam hati.
“Baguslah kalau macam tu. Saya takdelah rasa gemuruh sangat
bila berdepan dengan nenek awak nanti.”hilang sifat gemuruhnya. Jika Rayyan
Zikri sudah berkata begitu, dia tidak perlu rasa takut lagi.
Rayyan
Zikri hanya senyum nipis.
Sudah
sampai di kawasan perumahannya, dia dikejutkan dengan bunyi pesanan ringkas di
atas rak keretanya. Segera dia mengambil telefon bimbitnya.
Nur Imani mengerling sekilas.
Dhia
lagi?dia mengeluh sedikit. Touch screen
telefonnya disentuh sekilas lalu dibaca pesan ringkas dari sahabatnya.
Aku kat umah nenek ni.
Kau datang ar cepat! Nenek tggu kau.
Itu sahaja pesanan ringkas dari Dhia. Tak sangka sahabatnya
datang kerumahnya. Walaupun hatinya masih sakit dengan perbuatan Dhia namun dia
bangga mempunyai sahabat yang prihatin akan keadaan neneknya.
“Siapa tu?”tanya Nur Imani ingin tahu. Cemburu dia dah
datang balik.
“Sahabat dunia dan akhirat…”itu sahaja jawapan yang
diberikan Rayyan Zikri. Memang benar, Dhia adalah sahabat dunia dan akhiratnya.
Tiada siapa mampu memisahkan mereka berdua…
“Ooo…ingatkan someone
special tadi.”katanya dengan nada cemburu.
*****
Gemuruh Nur Imani muncul dengan tiba-tiba tatkala masuk ke
perkarangan rumah mewah milik Rayyan Zikri. Memang mewah betul rumah dia ni.
Suka pulak aku tengok. detiknya dalam hati.
“Awak dah bersedia nak jumpa nenek saya?”
Nur imani hanya mengiakan padahal dia begitu gemuruh disaat ini.
Macam dia akan ditemuduga sebagai calon menantu pulak.
Rayyan Zikri tersenyum lebar sebelum dia keluar dari kereta.
Nur Imani dibiarkan dulu di dalam kereta. Hidayat Romli yang menunggu di luar
pintu utama terus menunduk tatkala tuannya pulang ke rumah.
“Hidayat…macam mana keadaan nenek sekarang?”tanpa mengucap
salam, terus ditanya soalan itu.
Hidayat Romli tersentak lalu dia menunduk. “Tekanan darah
tinggi Puan Hadijah naik mendadak tadi. Sekarang ni cik Dhia tengah jaga Puan
di biliknya.”
Rayyan Zikri terkejut besar. Tekanan darah tinggi nenek
naik? Sebab diakah nenek jadi begitu?
Sepantas itu, dia membisikkan sesuatu di telinga Hidayat
Romli. “ Dalam kereta tu ada seorang gadis. Aku nak kenalkan dia pada nenek.”
“Baik, tuan.”Hidayat Romli akur. Dia membukakan pintu
ditempat penumpang. Seorang gadis keluar dari kereta dengan berpakaian yang
agak sopan.
“Hai…”ucap Nur Imani dengan senyuman manis.
Hidayat Romli hanya mengangguk. Dia tidak menjawab salam
gadis itu.
Nur Imani malu. Dia baru nak kenal dengan pembantu rumah
Rayyan Zikri ni, lelaki tu buat derk pulak. Serius giler pembantu rumah lelaki
ni.
Jangan nenek Rayyan Zikri serius sudah.desisnya.
Lantas, dia bergerak seiringan dengan Rayyan Zikri yang
sudah menunggunya di ruang pintu yang terkuak lebar. Hidayah Romli hanya
membuntuti kedua pasangan itu dari belakang sehinggalah ke anak tangga. Apabila
dia dekat dengan lelaki itu, gemuruhnya hilang sedikit. Tak adalah dia rasa
takut sangat.
“Come…”pelawa Rayyan Zikri setelah Nur Imani berdiri
disebelahnya. Mereka berdua menanggalkan kasut dan masuk ke rumah.
Nur Imani terasa berada diawangan. Cantiknya rumah dia!!
Bertuah betul Rayyan Zikri dapat tinggal kat rumah mewah ni. Lampu yang besar
dan berkerlipan diatas syiling memberikan impak pada persekitaran dirumah mewah
ini.
Sungguh! Dia rasa teruja dengan rumah mewah ini.
Rayyan Zikri mengajak dia naik ke tingkat atas. Dia hanya
menurut perintah sahaja.
Tatkala mereka berdua naik keatas, Rayyan Zikri ternampak
Dhia membawa sehelai kain tuala dan sebuah bekas kecil. Dia berdehem
berkali-kali agar sahabatnya perasan kehadirannya.
Dhia agak terkejut melihat Rayyan Zikri membawa seorang
gadis. Terpana dia seketika disitu. Adakah itu Nur Imani yang selalu muncul
dibibir sahabatnya?
Dhia menunggu pasangan itu menaiki tangga hingga ke puncak.
Matanya tidak puas-puas menatap wajah sahabatnya yang kelihatan gembira dengan
gadis disebelahnya.
Sebaik sahaja pasangan itu sampai di puncak tangga, mereka
berdua berhenti.
“Dhia, terima kasih aku ucapkan sebab kau sudi jaga nenek
aku.”lembut suara Rayyan Zikri. Nur Imani hanya membatukan diri disebelah dia.
“Aik? Tadi bukan main kasar bahasa kau pada aku dan nenek.
Mana pergi suara kasar kau tu? Aku nak jugak dengar balik suara kasar kau
tu.”perli Dhia tanpa menghiraukan perasaan Rayyan Zikri yang berubah riak
wajahnya.
“Aku minta maaf sangat-sangat. Kita lupakan hal lama okay?
Lagipun kita kan sahabat. Aku tak nak gaduh dengan kau lama-lama.”dengan
membuang rasa egonya, dia pantas memegang lembut tangan Dhia.
Darah Nur Imani menyirap hingga naik ke kepala. Cemburu dia
datang lagi! Apa sebenarnya hubungan mereka berdua ini? Jika sahabat, takkan
semesra ini!
Dhia tersengih. Kemarahan yang membara pada sahabatnya
lenyap tiba-tiba. Pnadai Rayyan Zikri mengambil hatinya. “Hah, tau takut! Lain
kali jangan nak marah aje. Kawal sikit kemarahan kau tu. Bila marah tak ingat
dunia. Semua orang kau nak marah.”
“Aku tahu aku salah tapi pada masa yang sama kau pun salah
jugak. Lain kali bagilah tahu awal-awal. Kalau cakap awal, perkara macam ni
takkan berlaku dan aku takkan marah kau teruk-teruk macam tadi.”
Mereka bercakap sehingga lupa gadis disebelah Rayyan Zikri.
“Haa, kita bercakap ni sampai lupa gadis comel kat sebelah
kau tu. Siapa dia ni?”Dhia memandang gadis itu dari atas ke bawah. Not bad! Ada
ciri-ciri gadis yang baik. Tetapi kenapa hatinya berasa kurang senang dengan
gadis ini?
“Saya Nur Imani.”ujar gadis itu dengan memperkenalkan diri.
“Dialah Nur Imani tu.”Rayyan Zikri berbisik di telinga Dhia.
“Not bad.”hanya itu yang mampu diucapkan. Takkan dia nak
cakap dia kurang senang pulak kan?
Nur Imani tersenyum nipis. Apa maksud ‘not bad’ perempuan disebelah Rayyan Zikri itu? Dia mula berasa
tidak sedap hati.
“Korang pergilah masuk dulu. Aku nak letak ni kat dapur
jap.”ajak Dhia setelah mereka lama di sudut tangga.
“Nenek tengah buat apa?”
“Baring. Korang masuk aje. Kejut nenek perlahan-lahan tau.
Nanti darah tinggi dia naik balik pulak.”usiknya sebelum dia turun meniti
tangga.
Rayyan Zikri mengelengkan kepala. Ada-ada aje Dhia ni. Sempat
lagi nak mengusik dia. Wajah Nur Imani direnung penuh kasih. “Awak dah sedia?”
“Dah.”ucapnya sambil tersenyum.
Mereka berdua masuk ke bilik nenek dengan ketukan pintu
terlebih dahulu. Sesudah itu, mereka merapati katil nenek yang dilitupi dengan
kelambu.
Rayyan Zikri menolak kelambu itu lalu di cangkukan ke tepi.
Dia duduk ditepi neneknya sementara Nur Imani berdiri memerhatikan nenek dia.
“Nek…”tangannya mengusap lembut pipi nenek yang masih
terlena itu.
Puan Hadijah pantas tersedar. Matanya terbeliak memandang
cucunya di tepi. Dia menghela nafas panjang.
“Cucu nenek…mana Ray pergi tadi?”dia mahu bangkit dari
pembaringan. Rayyan Zikri membantu neneknya bangun dengan memaut kedua-dua bahu
nenek.
“Ray keluar jumpa kawan jap nek.”padahal dia jumpa Nur Imani
tadi.
Puan Hadijah bersandar di belakang bantal. Dia tergamam
melihat ada seorang gadis yang sedang berdiri diantara mereka berdua. Siapakah
gadis ini?
“Siapa dia ni, Ray?”
“Oh, lupa pulak Ray nak kenalkan. Ini Nur Imani, teman Ray.”ditekankan
perkataan teman itu. Sebenarnya ada maksud disebalik teman itu.
Nur Imani terus menyalami wanita berusia itu tetapi hanya
sesipi hulurannya disambut. Dia terasa.
“Nenek tak pernah jumpa dia pun?”katanya sedikit musykil.
Selama ini, dia hanya mengetahui teman yang paling rapat pada cucunya ialah
Dhia. Tak pernah dia dengar Rayyan Zikri ada kawan lain selain Dhia.
“Sebenarnya nek, Ray nak beritahu sesuatu ni.”dia mengenggam
erat tangan nenek.
“Beritahu apa ni?”kata Puan Hadijah sedikit pelik. “Cakap
ajelah…,”
“Ray nak minta keizinan dan restu dari nenek untuk berkawan
lebih rapat dengan Nur Imani.”
Sedang Rayyan Zikri berbicara dengan nenek, Dhia masuk
sambil menutup pintu. Dia segera menghampiri mereka bertiga.
Puan Hadijah mendengus. “Tak boleh! Nenek tak benarkan.”ayat
itu membuatkan Nur Imani menunduk ke bawah.
Dhia terpana. “Ray, kau cakap apa dengan nenek ni?”dia
menyiku tangan sahabatnya.
Rayyan Zikri tidak menghiraukan soalan sahabatnya tetapi dia
terus bertanya pada nenek. “Apa yang membuatkan nenek tak restu pada hubungan
kami berdua? Ray mengaku Ray sukakan dia. Dan kalau boleh Ray nak nenek
benarkan Ray kahwin dengan dia.”pengakuan jujur dari Rayyan Zikri menyentak
hati Puan Hadijah.
Dhia terlopong mendengarnya. “Kau nak kahwin dengan dia ni?”Dhia
menjawab bagi pihak nenek. Jari telunjuknya terarah ke gadis yang telah
mendapat tempat di hati Rayyan Zikri. Secara jujurnya, hati dia rasa kurang
senang pada gadis yang bernama Nur Imani ini. Seperti ada sesuatu yang tersirat
pada gadis itu.
Nur Imani hanya mendiamkan diri. Dia terkejut mendengar
pengakuan Rayyan Zikri secara tiba-tiba itu. Tak sangka mereka mempunyai
perasaan yang sama. Dalam hati, dia senang dengan pengakuan yang diucapkan
Rayyan Zikri.
“Nenek takkan benarkan Ray kahwin dengan dia. Langkah mayat nenek
dulu kalau Ray nak kahwin dengan dia!”serak suara Puan Hadijah menjawab.
Mereka bertiga tergamam disitu. Rayyan Zikri segera berdiri
tegak. “Apa masalahnya nek? Salah ke Ray berkasih pada orang yang Ray
sayangi?”ujarnya sedikit sedih.
“Tak salah Ray berkasih sayang tapi bukan dengan gadis ni!”
“Habis tu dengan siapa lagi saya nak berkasih sayang, nek?
Perempuan yang Ray minat semua nenek tolak. Ray pun perlukan seorang gadis
disamping Ray. Nur Imani adalah orangnya.”
Hati Nur Imani tersentuh mendengarnya. Dia merenung wajah
lelaki itu dengan pandangan bermakna. Sungguh! Hatinya telah terpaut pada
lelaki yang bernama Rayyan Zikri. Itu tak dapat dinafikan lagi!
“Nenek hanya akan pilih seorang sahaja. Dan perempuan yang
paling layak disamping Ray adalah Dhia!”tegas suaranya berkata.
Mereka bertiga tergamam. Dhia tak sangka dia dipilih nenek
untuk berada disamping Rayyan Zikri.
“Are you kidding, nek? Dhia sahabat Ray.
Ray takkan sekali-kali bercinta dengan sahabat sendiri. Ray cintakan Nur Imani.
Hanya gadis ini sahaja yang layak! Bukan Dhia ataupun orang lain!”
Dhia
terasa hati. Sampai hati Rayyan Zikri berkata begitu didepan Nur Imani.
Tak layak ke dia dicintai?
3 ulasan:
kesiannya kat dhia.. eee xsuka la jdi mcm ni :(
kesian dhia kan?dia makin dipinggirkan..hmm.. :(
sabar Dhia.... Ray ni pun satu cepat sgt melenting..
Catat Ulasan