Lancar
mulut Mohd Haffizat apabila membaca akad nikah yang diberikan pegawai jabatan
agama tanpa rasa kekok. Empat saksi yang berada dibilik kecil itu hanya
tersenyum gembira mendengar akad nikah darinya.
“Dengan
ini maka sahlah kamu sebagai pasangan suami isteri. Tahniah saya ucapkan.”kata
pegawai jabatan agama yang bernama Ustaz Nabawi.
Aimi
Husna menangis teresak-esak. Tanda gembira kerana telah menjadi isteri kepada
Mohd Haffizat.
Mohd
Haffizat bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah menyempurnakan hajatnya untuk
berkahwin dengan Aimi Husna setelah dua tahun memadu kasih tanpa sebarang
ikatan perkahwinan. Alhamdulilah…
Dengan
semangat membara untuk mendapatkan title suami dan isteri, mereka sanggup
berhempas pulas menelefon orang yang diperlukan untuk menjadi saksi kepada
perkahwinan mereka. Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dilakukan sebelum
berkahwin telah berjaya dilaksanakan.
Aimi
Husna yang tiada wali bertekad untuk
menelefon dua orang saksi di Komleks Darul Kifayah bagi membuktikan yang
ibu bapanya telah meninggal dunia. Surat kematian ibu bapa yang diperlukan
Jabatan Agama Islam Pahang memang tiada semenjak dia dilahirkan. Makanya, dua
saksi diperlukan untuk mengesahkan kematian ibu bapanya.
Setelah
selesai urusan perkahwinan didalam bilik Ustaz Nabawi, Aimi Husna menolak
kerusi roda suaminya keluar dari bilik itu. Masih terkesan ucapan akad nikah
dari Mohd Haffizat tadi. Sejujurnya, dia gembira dengan title baru ini. Title
sebagai seorang isteri kepada Mohd Haffizat.
Suaminya
tampak gembira setelah semuanya berjalan lancar.Walaupun muka suaminya merah
kerana menahan tangisan, namun itu tidak menghalangnya untuk bergembira.
Segan
juga untuk bertembung mata dengan suaminya. Maklumlah, baru kahwin kan?
Perasaan segan tu memang sudah wujud didalam diri dan tidak boleh dinafikan
lagi.
Tatkala
mereka sampai di kereta milik Mohd Haffizat, suaminya menoleh kearahnya. Aimi
Husna terus mengecilkan mata. Malulah weii!!
“Sayang…kenapa
malu dengan abang ni?”Mohd Haffizat melihat isterinya yang tersipu-sipu malu.
Tudung yang dikenakan dikepala isterinya nampak sepadan dengan kulit isterinya
yang kuning langsat itu.
Aimi
Husna tersengih-sengih sambil menutup sebahagian mukanya. Memang dia malu. Malu
sangat-sangat! Dia rasa macam tak percaya dapat jadi isteri kepada lelaki yang
bernama Mohd Haffizat. Nak kata bermimpi, lelaki itu berada didepan matanya.
“Sayang,
abang peliklah tengok sayang ni. Cuba jatuhkan kain tudung tu. Abang nak tengok
muka sayang, bukan nak tengok tudung tu.”guraunya sambil menarik hujung tudung
isterinya.
Aimi
Husna yang masih lagi dengan sifat malunya akur dengan perintah suami yang baru
dinikahinya. Dengan perlahan, kain tudung itu melurut ke bawah.
“Cantiknya
isteri abang…”puji Mohd Haffizat tanpa berselindung lagi.Dia akui isterinya
lebih cantik bertudung. Ayu sahaja wajah isterinya bertudung litup.
“Sayang
lebih cantik kalau pakai tudung. Lepas ni sayang pakai ajelah tudung. Tak payah
tonjolkan rambut sayang lagi.”
“Sayang
rasa belum sampai serulah nak pakai tudung lagi. Tunggulah, bila sayang dah
bersedia, sayang akan pakai okey.”
“Itu
harapan abang, sayang. Sebagai seorang isteri, sayang kenalah ikut cakap abang.
Apa yang abang suruh, sayang buat ye. Abang tak nak sayang disoal diakhirat
kelak sebab tak tutup aurat.”lembut suaranya memberikan satu getaran jiwa buat
sang isteri.
Aimi
Husna terdiam. Suaminya sudah mula memberi ‘ceramah’ kepadanya. Dia suka
nasihat itu tetapi agak sukar dia mahu menutup kesemuanya. Tunggulah…bila
serunya sampai, insyallah dia akan memakai tudung.
“Sayang
dengar tak apa abang cakap ni? Abang tak nak sayang buat pekak aje bila abang
cakap pasal aurat ni. Demi abang, sayang sanggup tutup aurat?”tutur kata Mohd
Haffizat sedikit tegas.
“Sayang
dengar. Tapi sayang tak buat demi abang tau. Sayang buat demi Allah.”dia
menaikkan jari telunjuknya ke langit.
Mohd
Haffizat terpukau mendengar jawapan isterinya. “Meh sini sayang. Dekat dengan
abang kejap.”
Aimi
Husna memandang sekeliling sebelum dia merenung wajah suaminya. “Abang nak buat
apa? Kalau nak cium pun, bukan kat sini tempatnya. Kan ramai orang
mundar-mandir kat sini?”dia malu sendiri.
Mohd
Haffizat menarik perlahan tangan isterinya hingga terdorong isterinya
menghampiri wajahnya.
“Abang…malulah
kat orang ramai. Kalau balik rumah nanti, abang nak cium banyak kali pun tak
apa.”
“Abang
cuma nak kucup dahi sayang aje. Bukan cium mulut pun…”tanpa mempedulikan orang
yang berada disekeliling kawasan itu, dia mengucup lama dahi isterinya penuh
kasih.
Aimi
Husna tersenyum mendengarnya. Nikmat betul dapat ciuman pertama daripada
seorang suami yang baru dikahwini. Dia merelakan kucupan itu. Kasihnya buat
suami bertambah mekar dari hari ke hari.
Sayang
sayang abang…katanya dalam hati.
*****
Hari
pertama duduk sebilik memberikan kepuasan kepada Mohd Haffizat. Tidak perlu
lagi dia makan dan tidur dan secara sendirian lagi. Ada Aimi Husna
disampingnya, semua itu akan dilakukan berdua-duaan.
Aimi
Husna membawa sehelai kain tuala, baju dan seluar suaminya keluar dari almari
miliknya. Insyallah, dalam masa terdekat nanti dia akan belikan sebuah almari
yang besar bagi menempatkan pakaian milik mereka berdua. Almari yang digunakan
terlalu kecil untuk menampung pakaian dia dan suaminya.
“Abang
lepas ni pergi mandi ye? Sayang nak turun bawah siapkan makan malam untuk
abang.”dielus lembut tangan suaminya sambil menatap mata hitam milik suaminya.
“Sayang
tak nak temankan abang mandi?”usiknya. “Abang teringin nak mandi dengan sayang
lah. Baru terasa nikmat.”kata-kata itu menggeletek hati Aimi Husna.
“Abang
jangan bergurau waktu malam macam ni boleh tak? Sayang masih lagi dalam mood
malu tau. Tak biasa lagi dengan keadaan hari pertama perkahwinan. Nanti-nanti
kita mandi bersama ye?”hidung suaminya dicuit manja.
Tangan
isterinya pantas ditangkap Mohd Haffizat lalu dikucup lembut. Hnedak buat macam
mana kalau isteri tak biasa lagi. “Betul nak mandi dengan abang?”
“Betul.
Sayang janji.”dia mengangkat tangan bagaikan bersumpah. “Tunggu sayang dah
selesa dengan semua ni, baru kita mandi sama-sama ye. Abang jangan risau.
Sekarang ni biar sayang bawak abang pergi bilik air. Abang mandi elok-elok tau.
Kalau rasa ada problem dalam bilik air tu, abang bagi tahu sayang.”pesan Aimi
Husna.
Tersenyum
Mohd Haffizat mendengarnya. Tak sia-sia ada isteri yang prihatin akan kesihatan
dan keselamatannya.
“Nanti
kalau ada apa-apa yang abang perlukan, abang bagi tahu sayang. Sayang pergilah
masak untuk abang. Abang dah lapar ni.”rengek Mohd Haffizat sedikit manja.
“Boleh.
Tapi abang jangan kritik apa yang sayang masak tau. Sayang masak ala kadar aje.
Bukan macam chef terkenal.”
“Okey…okey.
Abang takkan kritik tapi abang akan makan dengan berselera sekali. Apa yang
sayang masak, abang akan makan.”
Aimi
Husna tersenyum gembira. Hatinya lapang mendengar kata-kata yang terbit dimulut
suaminya. Segera dia menolak kerusi roda suaminya hingga sampai ke depan pintu
bilik air. Dibuka pintu bilik air seluasnya agar suaminya boleh mandi dengan
selesa.
“Abang,
kat bilik air sayang takde kolam ye macam kat rumah abang. So, don’t expect
apa-apa okey.”
“Abang
faham dan abang takkan kritik apa-apa yang berkaitan dengan rumah ni.”katanya
dengan bersungguh-sungguh. Dia faham dan memahami keadaan golongan kebanyakan
seperti isterinya.
“Okeylah.
Sayang nak turun bawah dulu. Abang jaga diri. Mandi perlahan-lahan.”pesannya
sekali lagi.
Mohd
Haffizat mengangguk. “Yelah…nanti cakap banyak-banyak satu kerja pun tak jalan.
Abang mandi dulu.”dia mula menolak kerusi rodanya masuk ke bilik air.
Sementara
suaminya mandi, Aimi Husna bergegas turun ke bawah untuk menjalankan tugasnya. Sebentar
lagi azan isyak akan berkumandang dan kalau boleh dia mahu menunaikan solat
buat kali pertamanya sebagai isteri disebelah suaminya. Dia mahu cepat-cepat
siap masak dan menunaikan solat bersama-sama suami tercinta.
*****
“Abang,
tadi saya telefon doktor yang merawat kaki anak kita tu. Dia kata dalam
beberapa hari lagi, baru kita boleh jenguk Izzat. Saya betul-betul benganglah,
bang.”kata Puan Fowzia tatkala sedang menggosok baju suaminya didalam bilik.
Walaupun
dia mempunyai orang gaji dirumah, suaminya iaitu Encik Marzukhi tetap
memaksanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Katanya,
pembantu rumah hanya untuk mengemas apa yang patut sahaja dirumah ini. Bukan
membuat segala keperluan suami.
Memang
ada terbit ketidakpuashatian pada dirinya mengenai tanggungjawab yang diberikan
pada dirinya tetapi lama-kelamaan dia menjadi semakin suka untuk melakukan apa
yang suaminya mahukan. Itulah tanda cinta dia kepada lelaki yang bernama
Marzhuki Mohd Talib ini.
“Biarlah
dia kat sana. Kita tak payah kacau dia. Kalau doktor cakap anak kita dah boleh
balik, kita jemputlah dia. Awak tu yang terlampau susah hati sangat.”kata Encik
Marzhuki tatkala menyelak surat khabar diatas katil.
“Siapa
tak susah hati, bang? Anak kita tu kat hospital. Saya sebagai ibu, mestilah
saya nak jenguk anak saya. Kenapa doktor tu tak kasi saya jenguk Izzat pulak. Saya rasa
tak sedap hatilah.”luah Puan Fowzia dengan risau. Dia terlalu mengambil berat
tentang anak tunggalnya yang satu ini. Jika boleh, dia mahu anaknya sihat dan
cergas seperti dulu.
“Awak
tak payah risaulah. Doktor tu nak merawat anak kita supaya dia pulih seperti
dulu. Nanti lagi beberapa hari lagi dia baliklah.”
Puan
Fowzia menutup seterika sambil mendengus perlahan. Geram pulak bila suaminya
cakap macam tiada apa-apa yang berlaku. Baju kerja suaminya digantung kemas
didalam almari besar bersebelahan dengan katil mereka. Setelah itu, dia duduk
bersandar ditepi suaminya.
“Hmm…abang
cakap aje macam tu. Saya sebagai ibu dia rasa risau sangat-sangat. Saya tengok
abang macam macam selamba badak aje. Langsung tak ambik berat pasal anak
tunggal kita tu.”rungutnya.
Encik
Marzhuki segera melipat surat khabar tu dan meletakkan di atas katil. Bengang
pula dia dengan tingkah isterinya yang tidak habis-habis risau tak tentu pasal.
“Awak
ingat saya tak ambik berat pasal anak kita tu? Saya sayang dia tapi saya tak
adalah terlampau kritikal sangat risau pasal Izzat. Awak aje yang terlebih
risau.”cebik Encik Marzhuki.
Puan
Fowzia memuncungkan bibir. “Saya risau pun tak boleh. Menyampahlah dengan abang
ni.”rungutnya lagi.
“Awak
kena ingat, syurga dibawah telapak kaki suami. Jangan menyampah dengan saya.”tegas
kata-katanya memberi amaran.
Puan
Fowzia menarik selimut didepannya lalu dia membaringkan diri. Baik dia tidur
dulu. Tenangkan fikiran.
“Nak
tidurlah. Cakap dengan abang, satu jawapan pun tak menyenangkan hati saya.”dia
berpaling ke kiri daripada mengadap suaminya. Lampu diatas laci ditutup.
Serta-merta keadaan dibilik ini menjadi suram.
Encik
Marzhuki mengeleng-gelengkan kepala. Isterinya ini memang tak boleh dibawa
berbincang. Ada saja jawapan yang menyakitkan hatinya.
“Sebelum
saya nak tidur ni, saya nak cakap sesuatu.”katanya sambil baring.
“Apa
dia?”jawab Puan Fowzia sepatah.
“Esok
kawan saya datang bawak rombongan meminang untuk anak kita tu. Awak buatlah apa
yang patut untuk sambut kedatangan mereka tu.”ujarnya sambil menutup lampu disisinya.
Mata
Puan Fowzia yang terpejam itu terus terbuka luas tatkala mendengar perkataan
meminang. Lantas, dia berpaling kearah suaminya.
“Anak
Haji Osman ke, bang?”hari itu suaminya ada memberikan dia sekeping gambar. Tertera sekali nama perempuan itu. Tak salah namanya, Azura Osman.
“A’ah.”jawabnya
sepatah. Matanya dipejamkan sewaktu membalas kata dengan isterinya.
“Ya
Allah bang…saya berkenan betul dengan anak Haji Osman tu. Dahlah cantik, kaya
pulak tu. Bertuah kalau dapat menantu macam anak Haji Osman.”ujarnya dengan
senyuman melebar. Dia memang dah lama berkenan dengan anak Haji Osman tu.
Walaupun dia hanya melihat gambar anak perempuan Haji Osman yang suaminya
berikan kepadanya beberapa hari lalu, dia tetap berasa puas. Asalkan perempuan
itu cantik dan berharta. Itu sudah cukup baginya.
Mana
mungkin dia mahu mengambil perempuan kebanyakan menjadi menantunya. Dia hanya
akan mengambil perempuan yang berharta sahaja!
7 ulasan:
mata duitan betullah mak cik nih.. haha
smbng lagi
best2
hehe..btul2...mata duitan btul!
Msti sedih plk pasni klu si izzat ni kena paksa kt mak dio srh kawin ngn azura..merana la jwbnye aimi nti..
sedih kan bla dipksa2 ni? izzat hanya setia pada yang satu sahaja iaitu Aimi Husna
boikot mak cik Fowzia..!! eee... mata duitan betul!
hehe..boikot jgn x boikot dik!! hehe
Hafizzat tu lumpuh ke sekadar patah jer?? Xclear dia sakit camne lah
Catat Ulasan