Isnin, 8 April 2013

BAB 19 Pulanglah Padaku



Rayyan Zikri merenung tajam sebuah kereta yang baru masuk ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya. Semestinya dia kenal dengan pemilik kereta itu. Siapa lagi kalau bukan nenek dia. Dalam diam dia mengkritik neneknya yang tidak bijak menggunakan akal fikiran dalam menyempurnakan misinya membalas dendam terhadap Muzaffar.
Tidak pasal-pasal diri dia terlibat sekali. Geram betul!
Pandangannya beralih pula ke wajah sahabatnya yang tampak muram itu. “Hah! Nenek kesayangan kau tu dah sampai. Pergilah dekat nenek kau tu.”sindir Rayyan Zikri sinis. Kemarahan yang menggunung terhadap neneknya ditujukan pada Dhia.
Mulut Dhia menggigil. Menahan kemarahan. Sabar ajelah ada sahabat yang macam ini. “Kenapa kau terlalu sensitif sangat, Ray? Nenek datang tu nak selamatkan kita. Bukan nak masukkan kita dalam lokap?!!”suaranya cuba dikawalkan sebaik mungkin.
“Selamatkan apa kalau dia tak bagitahu polis perkara sebenar? Tak pasal-pasal aku dikaitkan. Huh! Patutnya nenek yang masuk lokap. Bukan aku!”dengusnya.
“Ray, kau dah melampau! Sanggup kau cakap nenek kau macam tu? Kau sedar tak kau bercakap pasal apa sekarang?Nenek kau, kau tau tak?!!” Jeritnya.
“Kamu berdua! Ini balai polis. Bukan tempat untuk bergaduh.”perli Koperal Ariee yang sedari tadi memerhatikan tingkah dua insan yang tidak habis-habis hendak bertekak. Bengang pulak dia melihatnya.
Rayyan Zikri menaikkan mata ke langit. Dia bukan saja-saja nak bergaduh tapi dia mahu menegakkan keadilan. Nenek dia yang bersalah, bukan dia!
“Puan…”Koperal Ariee menunduk hormat tatkala seorang wanita berusia menghampiri mereka bertiga. Tetamu yang datang kena tunjukkan hormat.
“Nenek…”kata Dhia lembut sambil memaut tangan nenek. Alhamdulilah…mujur nenek datang menyelesaikan masalah di sini. Kalau tak, sampai ke malamlah mereka berdua tinggal di sini.
Puan Hadijah hanya tersenyum nipis memandang sahabat cucunya. “Dhia dah bagi tahu Ray pasal Muzaffar kena pukul tu?”
Dhia mengangguk. “Tapi dia marah, nek.”bisiknya.
“Sebab apa, Dhia?”dia mengerling tajam wajah cucunya. Sejak dia sampai tadi, muka Rayyan Zikri langsung tidak memaling kearahnya. Hatinya sebal. Dia datang untuk meredakan keadaan bukan untuk menambahkan kekusutan.
“Nenek tanyalah dia sendiri.”jawabnya acuh tak acuh.
“Ray, pandang muka nenek masa nenek tengah bercakap dengan kamu!”marah Puan Hadijah. Koperal Ariee diam membisu. Garangnya wanita berusia ni.telahnya sendiri.
“Ray nak balik!”jawabnya pantas. Lebih baik dia memandang langit dari memandang wajah nenek yang sedang memarahinya.
“Macam mana Ray nak balik kalau Ray takde kereta?”marah Puan Hadijah lagi.
“Ray balik naik teksi.”selamba sahaja jawapannya.
Dhia masam mencuka. Sahabatnya memang sedang marah betul padannya. Dia mula takut. Takut sekirannya sikap Rayyan Zikri yang lemah-lembut ketika bercakap seperti dulu lagi.
“Hidayat!”panggil pembantu rumah merangkap drebar Puan Hadijah.
Hidayat Romli tergesa-gesa kearah Puan Hadijah. “Ada apa, Puan?”
“Pergi ambik kereta Tuan Rayyan kat rumah Puan Halimah. Ambik kunci kereta dekat Tuan kamu tu.”arahnya dengan suara yang tegas.
Rayyan Zikri menurunkan mukanya. Dia naik meluat pula dengan arahan yang diberikan nenek. Semua arahan nak kena patuh.
Hidayat Romli akur dengan arahan yang diberikan. Dia pergi kearah Tuan Rayyan Zikri untuk mendapatkan kunci kereta tetapi ditepis Rayyan Zikri.
“Tak payah! Biar saya ambik sendiri.”acuh tak acuh Rayyan Zikri menjawab. Dia berpaling ke kiri.dan mula melangkahkan kaki untuk beredar dari situ. Nenek sudah sampai, buat apa dia ada di sini lagi?
“Ray, bagi ajelah kunci kereta tu. Kan senang kalau…,”belum sempat Dhia meneruskan ayat, sahabatnya sudah bertempik kepadanya.
“Kau diamlah! Banyak bunyi pulak perempuan ni.”katanya keras.
Airmata Dhia luruh. “Sampai hati kau cakap macam tu.”jawabnya sebak. “Nenek, tengoklah Ray tu. Dia dah berubah sikap.”rengeknya manja. Dia bersandar di bahu nenek.
Puan Hadijah mengusap rambut Dhia yang agak berserabut itu. “Sabar ye, Dhia. Biar aje dia macam tu. Nanti Dhia balik dengan nenek ye.”pujuk Puan Hadijah.Degilnya cucu dia yang seorang itu. Razree tak adalah sedgil macam Rayyan Zikri ni.
Rayyan Zikri menjuihkan bibir. Dia sedikit cemburu kerana Dhia mendapat perhatian dari neneknya sedangkan dia, nenek langsung tak hiraukan. Dia beredar dari situ tanpa menghiraukan sesiapa yang berada disitu.
“Eh, Rayyan!”Koperal Ariee menjerit nama lelaki yang sudah berlalu pergi itu. Bukan ke Inspektor Hazizi sudah memesan padanya agar dua orang yang ditahan ini tidak pergi kemana-mana? Sekarang ini lelaki itu sudah terlepas. Bagaimana dia maahu menjawab dengan Inspektor Hazizi nanti?
“Biar ajelah dia pergi, encik. Dia tak salah apa-apa. Saya yang sebetulnya orang yang merancang memukul Muzaffar. Dia takde kena-mengena dalam hal ni.”Puan Hadijah memberi kata putus.
Koperal Ariee tidak tahu hendak menjawab apa. Lantas, dia masuk ke dalam balai dan berjumpa Inspektor Hazizi. Dia betul-betul tidak sangka wanita berusia seperti itu sanggup membuat perkara yang tidak baik.
“Mari, Dhia. Temankan nenek masuk dalam balai.”ajaknya dengan senyuman pahit. Dia sedih dengan layanan yang diberikan cucunya.
Sampai hati Ray buat nenek sedih!
*****
“Ibu, kenapa lambat? Abang dah lapar sangat ni.”rungut Mariana tatkala ibu mertuanya datang secara tiba-tiba di wad.
“Maaflah. Ibu lambat sikit. Ada hal kat rumah tadi.”ujar Puan Halimah tatkala dia meletakkan bekal yang berbentuk bulat. Dia membuka bekal yang mengandungi makanan itu.
“Muz nak tak ibu suapkan?”tanya Puan Halimah
“Ala ibu. Tak apalah. Biarlah Mariana yang suapkan abang. Ibu kan baru sampai, mesti penat kan? Ibu rehat aje dulu. Biar Mariana yang suapkan abang makan.”balasnya bagi pihak Muzaffar. Dia mengambil bekal yang berisi nasi dan lauk terlebih dahulu agar ibu mertuanya tidak menyuapkan suaminya.
Puan Halimah sedikit terasa. Dia teringin nak suapkan anaknya makan tetapi menantunya menghalang. Waktu Muzaffar sakitlah dia mahu bermanja dengan anaknya.
“Mariana, biar ibu yang suapkan. Awak pergilah makan. Dari pagi tadi awak jaga saya sampai makan minum awak pun tak terjaga.”dia sebenarnya agak rimas dengan tingkah Mariana yang suka merapatinya tatkala dia sedang terlantar diatas katil ini. Apa? Dah kemaruk sangat ke perempuan ni nakkan tubuh dia?
Mariana bermasam muka. Dia bangun dari kerusi dengan terpaksa. Sukar rasanya ingin berjauhan dengan sang suami. Sudah dua hari dia berada disini, satu langkah pun dia tidak berganjak meninggalkan Muzaffar. Itupun apabila dia ingin membersihkan badan. Setelah itu, dia akan datang semula ke pangkuan suaminya.
“Mariana keluar dululah.”ujarnya dengan muka monyok. Muzaffar hanya memandang sepi kelibat isterinya yang sudah melangkah pergi meninggalkan dirinya.
Macam manalah kalau Mariana tahu yang dia ada penyakit mati pucuk? Adakah dia masih nak rapatkan diri macam sekarang ataupun akan menjauhkan diri darinya? Bagi dia, lagi senang perempuan ini menjauhkan diri darinya. Dia berkahwin bukan kerana cinta ttapi kerana terpaksa.
Puan Halimah membuat muka manis. Gembira kerana nasib menyebelahi dirinya. Dapatlah dia menyuapkan anaknya makan.
“Anak ibu, makan ye. Ibu masak sedap-sedap hari ni.”ucap Puan Halimah. Berharap makanan yang dimasak dapat mengurangkan rasa loya di tekak Muzaffar.
Muzaffar tersenyum nipis. Mulutnya dibuka luas bagi menikmati santapan yang dihidangkan ibunya.
*****
Mariana berjalan-jalan mengelilingi kawasan hospital bagi menghilangkan rasa bosan yang semakin mencengkam diri.
Dari tingkat atas, dia dapat melihat begitu ramai pengunjung yang datang. Agak sesak jugak bahagian lobi utama itu. Dia hendak turun ke bawah, kakinya terasa malas mahu bergerak jauh. Mana tahu Muzaffar suruh dia temankan ke?
“Hmm…bosannya. Nak buat apa ye?”dia termenung sejenak. Sambil termenung, dia sempat mengeluarkan telefon bimbitnya. Hendak mendengar lagu kegemaran, dia tidak membawa earphone.
“Hah, call Adam!”dia tiba-tiba mendapat idea. Kenapalah dari tadi dia tidak memikirkan pasal ini? Sementara dia bosan ini, bolehlah dia berbual dengan kekasih gelapnya. Sudah beberapa hari mereka tidak berhubung. Kali terakhir mereka berhubung pun tatkala tiada siapa yang sudi membantunya keluar dari syarikat pada waktu malam.
“Hai Adam! Ini Mariana lah…”suaranya seperti kanak-kanak sedang merengek minta gula-gula. Gedik bebenor!
Sambil berjalan, sambil bercakap. Orang disekeliling tidak dihiraukan.
“Mariana?”luruh jantungnya tatkala mendengar suara itu. Dia kini berada di KLIA dan sudah selamat sampai ke Malaysia setelah dua minggu berada di French.“Maafkan I. I tak sedar you call. I ”
Mariana merajuk.“You tak simpan nombor I lagi ke? Mana janji you kata nak letak nama I yang teratas sekali dalam contact telefon you tu. Ini yang I nak marah ni.”dia menghentikan langkahnya. Geram rasanya  apabila Adam Muhammad tidak sedar akan suaranya. Adakah kekasih gelapnya sudah berjumpa dengan teman wanita baru di French itu?
“Sayang…listen! I baru aje sampai kat KLIA ni. Takde orang nak ambik I balik rumah. You boleh tolong ambikkan I? I tak suka naik teksi laa…”ujar Adam Muhammad dengan suara menggoda.
Hati Mariana penasaran. Tersentuh hatinya mendengar suara lelaki itu yang agak menggoda. Antara Muzaffar dan Adam Muhammad, lelaki ini lebih lembut suaranya. Apabila bercakap, tiada kata-kata dilontarkan. Tidak seperti suaminya yang suka bercakap kasar dengannya.
“I bosan sekarang ni. Lepas ni I ambik you ye. You tunggu aje kat situ sampai I datang.”balas Mariana.
“Okey, I’ll be waiting, dear.”ucap Adam Muhammad sebelum dia mengakhiri perbualan mereka. Setelah telefon ditekan butang merah, dia mula mencari tempat duduk untuk berehat seketika sebelum menanti kedatangan Mariana mengambilnya.
‘Yes! Akhirnya, dapat jugak dia bertemu dengan kekasih gelapnya. Bolehlah dia berbual-bual dengan lelaki itu. Tak adalah dia tercongok aje kat luar wad hospital ni.’Mariana menjerit kecil. Gembira kerana dia bakal bertemu kekasih gelapnya.
Dari satu sudut di tepi dinding wad, Puan Halimah memerhatikan tingkah Mariana yang nampak gembira setelah bercakap dalam telefon. Alhamdulilah, Allah telah tunjukkan segala-galanya. Ooo…tak sangka dalam diam menantu dia ada kekasih gelap.
Dalam diam Mariana ni curang dengan Muzaffar! Perempuan tu memang nak kena ni!
Jaga kau, Mariana!




2 ulasan:

kak ida berkata...

kejahatan mariana telah dapat ditangkap oleh ibu mertuanya dan adakah Puan halimah menyesal dengan tindakannya selama ini..mefitnah bekas menantunya yg tidak berdosa..adakah Muzaffar akan menceritakan kepada ibunya akan kekurangan dirinya selama ini dan mengapa sehingga kini dia tidak mempunyai anak lagi ..dengan bekas isterinya yg setia itu..

Unknown berkata...

rahsia akan terbongkar satu hari nnt kak ida..tp bukan skrg..ad sesuatu tlh berlaku pd ibu Muzaffar..