Nur
Adriana mengeluh buat kesekian kalinya apabila kakinya melangkah masuk ke dalam
rumah. Hmm…kenapalah dia mesti berjumpa dengan wanita ini? Asal jumpa saja,
pasti akan bermula pertengkaran. Jika boleh, dia ingin menjauhkan diri dari
wanita itu. Mulut cabul perempuan itu sentiasa menyakikan hatinya.
Ibu
tirinya sudah berdiri tegak di perkarangan rumah sambil berpeluk tubuh. Apa
lagi yang wanita ini mahukan darinya? Tak habis-habis lagi ke
bergaduh?desisnya.
“Macam
tak percaya pulak kau ada kawan selain Wan Zubair tu. Eh! Macam mana kau boleh
kenal lelaki hensem tu hah?”tanya Puan Farzana ingin tahu. Lelaki tadi itu
tampak segak pada pandangannya. Dalam diam dia ingin mejadikan lelaki itu
menantunya.
Nur
Adriana bertambah meluat dengan sikap wanita tua ini. Semua perkara dia nak tahu. Tarik rambut lagi
sekali baru tahu! “ Kau ni kenapa nak menyibuk hal orang? Tak salah kan aku
berkawan dengan lelaki tu?”dia membeliakkan mata.
“Kalau
aku cakap salah, kau nak tarik rambut aku ke?”ujar Puan Farzana sinis.
Nur
Adriana bengang. “Kau ni apasal? Tak habis-habis nak ganggu hidup aku? Aku tak
ganggu hidup kau kan? Dia mencekak pinggang. Tak sudah-sudah wanita ini mahu
mengacau hidupnya. Dia baru ingin menenangkan fikiran dan memikirkan semula
tawaran yang Datin Zafiah berikan padanya, wanita ini sudah membolak-balikkan
hidupnya.
Boleh
jadi gila kalau hari-hari bergaduh dengan wanita ini. Argh!
“
Aku nak jadikan lelaki itu menantu aku. Kau tolong adjust kan boleh tak?”tanya Puan Farzana lembut sambil memaut bahu
anak tirinya.
Nur
Adriana terkedu. ‘Apa kena dengan wanita ni? Tiba-tiba ‘berbaik’ dengan aku?
Ini mesti ada muslihat ni.’katanya dalam hati.
Tidak
suka dengan perbuatan ibu tirinya, dia pantas menepis kasar tangan wanita itu.
“Hesy, apa ni? Gelilah!”
Terperanjat
Puan Farzana dengan tindakan refleks anak tirinya. “Saja. Aku nak peluk bahu
anak tiri aku tak boleh ke?”mulutnya dicebikkan. “Aku tanya kau baik-baik, kau
jawab kasar pulak. Hormatilah aku sebagai ibu tiri kau. Bukan susah mana pun!”
Nur
Adriana pula yang mencebik. “Nak hormati kau sebagai ibu tiri aku? Huh! Sorry
la. Nak aku hormati kau, kau hormati diri aku dulu.”katanya dengan riak.
Puan
Farzana mengangkat kening. “Macam tu pulak ye? Patut kau yang hormati aku
sebagai ibu tiri kau. Buat apa aku nak hormatkan kau? Kaedah mana yang kau
pakai ni sampai nak kena hormatkan orang muda dulu baru hormat orang tua?”
Mata
Nur Adriana naik ke atas. Malasnya nak dengar wanita ini ‘berceramah’.
Menyakitkan telinga sahaja.
“Kau
ni, banyak cakap lah.”dia mula berasa rimas. “Aku naik dulu lah. Nak
mandi.”pamitnya. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Hari ini merupakan
hari yang malas baginya. Apa yang dia bayangkan sekarang hanyalah tidur, tidur
dan tidur. Tak puas dia tidur di hospital semalam. Hari ini biarlah dia tidur
puas-puas.
“Tunggu
dulu, Nur Adriana.”Puan Farzana terus memegang kejap lengan anak tirinya.
Nur
Adriana cuba untuk tidak meninggikan suara. Mana tahu ayah ada kat ruang tamu,
nampak dia marah ibu tirinya, pasti ayah akan mengamuk punya!
“Kau nak apalagi ni?”mendatar sahaja suaranya. Dia
merenung wajah ibunya dengan pandangan tajam.
“Aku harap kau maafkan aku atas apa yang aku dah buat
pada kau sebelum ini.”Puan Farzana menundukkan kepala. Tanda kesal dengan apa
yang berlaku. Jika boleh, dia mahu tamatkan perbalahan mereka berdua. Biarlah
dia beralah kali ini.
Nur Adriana tergamam. Wanita ni memang dah buang tebiat
agaknya sampai nak meminta maaf? “Baru sekarang kau nak minta maaf, kenapa
bukan dulu?”nadanya naik sedikit. Tapi dalam hatinya, dia terharu ibu tirinya
sudi meluahkan kata maaf kepadanya. Dia pun ada salah pada wanita ini, cuma
sikap ego yang ada pada dirinya tidak dapat dihapus dan sengaja membiarkan
kata-kata maaf itu terluah di dalam hati sahaja.
“Aku akui kesilapan aku dan aku harap kau tolonglah
maafkan aku.”pohon Puan Farzana. Sudah lama dia berniat untuk memaafkan anak
tirinya tapi hatinya berkeras untuk meluahkan kata maaf itu pada Nur Adriana.
Nur Adriana bingung. Adakah kata-kata yang muncul di
bibir wanita itu adalah benar dan bukan omongan kosong semata-mata? Wajarkah
dia memaafkan ibu tirinya?
“Aku
tak dapat nak kata apa buat masa sekarang. Aku nak rehat. Jangan ketuk pintu
bilik aku masa aku tengah rehat.”arahnya dengan tegas. Dia tidak mahu diganggu
ketika ini.
“Ibu
harap sangat Adriana maafkan ibu. Ibu akan tunggu sampai perkataan maaf itu
muncul di mulut Adriana bila tiba waktunya nanti.”katanya lembut.
“Hmm…”hanya
itu yang terkeluar di bibirnya. Segera dia menapak masuk ke dalam tanpa
memeandang ibu tirinya.
Puan
Farzana mengeluh buat kesekian kalinya. Biarlah masa yang akan menentukan. Tapi
dia berharap selepas ini tidak ada pergaduhan diantara mereka lagi. Itu
harapannya.
****
Madz
Hazrul kembali semula ke hospital. Sengaja dibiarkan kereta mewah milik Datin
Zafiah diletakkan di ruangan tengah pintu masuk Hospital Serdang. Jika boleh,
dia ingin mengajak bosnya pulang ke rumah. Dari raut wajah yang di pamerkan Datin
Zafiah, dia tahu bosnya kurang sihat.
Semalam,
dia terpaksa berjaga malam semata-mata untuk menemankan Datin Zafiah mengaji di
bilik bacaan. Walaupun matanya mengantuk yang amat, dia kena gagahkan diri
untuk menemankan bosnya.
Di
dalam kereta tadi, sudah berapa kali dia menguap. Mujur mulutnya tidak menguap
di depan Nur Adriana tadi. Kalau tidak, mesti perempuan itu gelakkan dia.
Sampai
sahaja masuk di lobi utama, dia pergi ke kaunter pertanyaan. Salah seorang
operator yang duduk di situ segera bangun apabila kelibatnya menghampiri
kaunter itu.
“Ye,
Encik. Ada apa yang boleh saya bantu?”soalnya sopan. Perempuan bertudung itu
memaniskan wajahnya.
Madz
Hazrul membalas senyuman itu. “Saya nak tahu, di mana letaknya unit kardiologi?”
“Encik
naik tingkat tiga, belok kanan dan jalan terus. Nanti di situ encik akan nampak
signage unit kardiologi.”
Madz
Hazrul lega. Tidak perlulah dia bersusah payah untuk mencari bilik yang
menempatkan Tuan Zeril Iskandar.
“Terima
kasih.”ucapnya dengan senyuman manis. Pekerja itu hanya mengangguk sahaja.
Dia
berjalan dengan langkah yang penuh yakin. Cermin mata hitamnya disematkan di
kocek tepi bajunya. Matanya yang sedikit sepet itu mampu menarik pengunjung
yang datang ke hospital ini.
Tatkala
menaiki ekskalator, deringan telefonnya tiba-tiba bergema kuat. Dia
terperanjat. Siapa pulak yang telefon ni?”Madz Hazrul pelik. Dia memandang
seketika cermin telefonnya. Belum pernah
lagi dia melihat nombor ini di dalam telefonnya. Setahunya, jika nombor
telefon sudah ditulis nama, nama itu
akan muncul di paparan skrin. Nombor baru yang dipaparkan ini tidak pernah
sekali pun dia lihat.
Siapa
erk?
Telefonnya
ditekan butang hijau lalu dilekapkan ke pipi. Dia menarik nafas perlahan. “Assalamualaikum.
Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap ini?”
Dia
berhenti ditepi tempat duduk pengunjung. Dia tidak duduk, hanya berdiri sambil
matanya meliar memandang orang ramai lalu-lalang.
Suara
ditalian tidak muncul setelah seminit berlalu. Dia melihat skrin telefon itu
dengan bosan. Ditatap lama nombor yang berada di skrin itu. Masa talian masih
berjalan, tapi suara tak muncul.
“Kalau
tak nak cakap, baik awak tutup aje telefon tu. Menyusahkan orang kat sini aje
menunggu suara awak tu.”cemuhnya. Tak guna dia berlembut jika orang yang
menghubunginya tidak bersuara.
“Hazrul,
kau kena balik rumah sekarang jugak!!”tidak semena-mena, muncul satu suara di
talian.
Air
liurnya bagaikan tersekat di kerongkong. Terkedu dia mendengar suara itu.
Apa
yang sudah berlaku di rumah Datin Zafiah?
****
Prof.Dr.Azmi
keluar dari bilik kecemasan dengan keadaan lega. Akhirnya Zeril Iskandar
selamat dibedah. Cuma dia hairan, lama betul doktor Wan Zubair membasuh tangan?
Katanya sekejap sahaja.
Dia
membuang glove yang digunakan tadi ke
dalam tong sampah. Tangannya perlu dibersihkan.
Usai
membuka kedua-dua sarung tangan itu, matanya tertancap pada seorang wanita yang
agak berusia di kerusi luar bilik pembedahan. Rasanya Datin Zafiah, mama Zeril
Iskandar. Lantas dia menghampiri wanita itu dan duduk disebelahnya.
“Saya
ingat Datin dah balik tadi. Rupanya Datin masih lagi kat sini.”katanya dengan
lembut.
“Doktor,
betul ke apa yang doktor Wan Zubair katakan pada saya tadi?”tanya Datin Zafiah
dengan suara mendatar. Tiada senyuman manis di wajahnya. Sungguh, dia masih
lagi tidak percaya anak dia sebenarnya menghadapi sakit jantung kesan daripada
memakan pil dan minuman alkohol.
“I just don’t understand, Datin.”kata
Prof. Dr.Azmi pelik. “Apa yang doktor Wan Zubair katakan pada Datin tadi?”soalnya.
“
Betul ke anak saya mengalami penyakit cardiomypothy,
doktor?”katanya dengan nada suara yang lemah.
Prof.Dr.Azmi
mengangguk dalam kepayahan. Dia sebenarnya tidak mahu maklumkan kepada mama
Zeril Iskandar tentang penyakit itu. Takut Datin akan terkejut besar apabila
dia mendapat tahu anaknya mengambil makanan dan minuman yang diharamkan dalam
islam.
“Saya
tak sangka Zeril Iskandar buat macam tu. Saya ingat dia anak yang boleh
diharap, rupanya jauh panggang dari api. Saya kesal ada anak macam tu.”Datin
Zafiah meraup mukanya. Perasaan kesalnya menggunung.
“Hmm…ada
eloknya Datin berehat dirumah dan tenangkan fikiran. Saya rasa Datin terlampau
ikutkan hati disebabkan Zeril Iskandar lakukan perbuatan buruk di belakang
Datin. Tapi Datin kena tahu, pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang.”Tegur
Prof.Dr.Azmi dengan sopan.
Datin
Zafiah mengeluh. “Hati saya sakit, doktor.”luahnya tanpa dipendam.
Prof.Dr.Azmi
tersenyum. “Maaflah, saya bukan saja suka-suka nak tegur Datin, tapi ada
baiknya Datin jangan tanamkan sifat sakit hati pada anak Datin. Berilah Zeril
Iskandar untuk berubah selepas ini. Apa yang dia buat dulu, biarkan ia berlalu.”nasihatnya
dengan yakin sekali. Datin Zafiah mahu memarahinya, dia tidak kisah. Dia cuma
mahu menegur apa yang patut sahaja.
Datin
Zafiah merenung jauh bilik pembedahan di depannya. Dia menongkah dagu. Anaknya
masih lagi di situ. Dia terfikir dalam diam, perlukah dia mengikut nasihat
doktor lelaki ini? Apakah Zeril Iskandar akan berubah dan berjanji padanya
untuk tidak membuat perkara bertentangan lagi?
“Datin
terasa ke dengan apa yang saya cakap ni?”Prof.Dr.Azmi merenung dalam wajah
wanita itu. Dia mula takut. Tengok wajah wanita itu, dia rasa bersalah pulak.
Riak wajah wanita itu tampak muram. Menyesal dia memberi nasihat kepada wanita
itu.
Ada
baiknya dia beredar dari sini. Datin Zafiah seakan tidak mahu menjawab
soalannya. “Datin, saya pergi dululah. Tangan saya dah melekit ni.”dia mula
bangun dari situ. Buat apa dia perlu duduk di sini sekiranya pertanyaan dia
tidak di jawab?
Sepatah
kata pun tidak terkeluar dari mulut Datin Zafiah. Prof. Dr.Azmi akur dengan
kelakuan wanita itu lalu dia beredar dengan mengucapkan salam.
Datin
Zafiah menjawab salam dalam hati. Hah! Nasib baik doktor tu dah pergi, kalau
tak telinga ni kena dengar nasihat banyak-banyak pulak.
Suasana
sepi semula. Tiada ramai orang yang lalu di lorong unit kardiologi ini. Dia bersandar
malas di kerusi yang didudukinya.
Aduhai,
peningnya kepala hari ini. Rasa nak tidur aje. Dia menghela nafas dan
memejamkan mata buat seketika. Berharap selepas ini Madz Hazrul akan datang
mengambilnya pulang.
“Datin!
Datin!”
Datin
Zafiah membulatkan mata. Kepalanya dipalingkan ke kiri. Madz Hazrul! Dia berasa
lega kerana pembantu peribadinya datang ke sini. Selepas ini boleh lah dia
balik ke rumah.
“
Hazrul. Awak ni terburu-buru kenapa?”Dia melihat raut wajah pembantu
peribadinya kelihat gelisah. Apa yang berlaku sebenarnya?
Madz
Hazrul tercungap-cungap. Datin Zafiah menyuruh pembantu peribadinya bertenang
sebelum memulakan bicara. Dia pulak jadi takut tengok pembantu peribadinya jadi
begitu.
“Tarik
nafas dulu, Hazrul. Apa yang awak nak cakapkan pada saya ni?”soalnya tidak
sabar.
“Datin…,”tercungap-cungap
dia berkata. Datin Zafiah mengelengkan kepala. Hazrul…Hazrul…
“Ada
sesuatu dah berlaku di depan garaj rumah Datin!”Akhirnya Madz Hazrul dapat menyebut
kesemua perkataan dengan lancar.
Datin
Zafiah tergamam.
4 ulasan:
yeyeyeye.. Alhamdulillah akhirnya dia nk berbaik ngan ank tiri dia Adriana.. ♥
best smbng lgi
hehe...nnt akk smbung lg ye..
laju jgk adik bce! haha
Eh eya . sape yg call madz tu ye???hmm harap mak tirinya berubah ke sbb berkenan dgn madz suruh adjust????
siapa yg call madz?
opss..sorry..eya lpe nk ltak siapa yg call lelaki tu..
Security guard rumah Datin Zafiah yg call...
Catat Ulasan