Ahad, 10 Mac 2013

BAB 23 Berilah Sayang Peluang



“Apa yang awak cakap ni? Saya tak salah dengar kan?”tubuh badannya dipalingkan ke belakang semula. Raut wajah Zeril Iskandar yang bersinar-sinar membuatkan hatinya jatuh suka dengan lelaki itu. Oh tidak! Adakah dia telah mula menyukai lelaki ini? Janganlah, Nur Adriana. Lelaki ni memang tak layak untuk kau apatah lagi nak berdamping dengan kau.’kata hatinya.

Zeril Iskandar tahu Nur Adriana terkejut apabila dia berkata begitu tapi apa salahnya dia hendak solat bersama dengan perempuan itu? Bukannya perempuan ini solat dekat sebelah dia pun. Atas lantai sebelah katil dia aje. Itu pun tak boleh ke?

“Saya nak solat dengan awak. Solat isyak sama-sama.”jawabnya dengan senyuman melebar.

Nur Adriana terlopong. Gila ke apa lelaki ni nak solat sama-sama dengan dia? Solat ajelah sorang-sorang!.“Are you kidding? Kita mana boleh sembahyang sama-sama. Takkan saya nak sembahyang sebelah awak kut?”keningnya teraangkat. Hairan betul dia dengan lelaki ni. Buat permintaan yang bukan-bukan.

“Saya tak bergurau dan saya tak main-main dalam bab solat ni. Awak pulak jangan ingat awak sembahyang sebelah saya. Katil ni mana muat nak solat sama-sama. Awak solatlah kat tepi katil ni. Saya solat dalam keadaan berbaring.” Nur Adriana tertunduk malu. Zeril Iskandar suka betul mengenakan dia. Tapi, biar betul lelaki ni nak solat sama-sama dengan dia? Dia rasa macam duduk dalam fantasi pulak.  Lelaki ni dalam diam kuat agama dan dia berasa teramat kagum!

“Kalau macam tu kata awak, saya terpaksa menurut walaupun saya nak solat kat surau hospital ni.”jawabnya dengan nada perlahan. Terpaksa dan tidak rela. Dia biasa solat secara keseorangan. Apabila Zeril Iskandar membuat permintaan sebegini, dia jadi pelik. Apa kena dengan Zeril Iskandar ni pun dia tak tahu. “Nanti saya panggilkan Prof.Dr.Azmi.”Dia kembali berpaling ke pintu masuk bilik ini. Mahu keluar dan mengurangkan rasa gemuruh di dada.

Cemburu Zeril Iskandar membara semula. Buat apa perempuan ni nak panggil Prof.Dr.Azmi pulak ni? Nak ajak doktor lelaki tu solat sama-sama dengan mereka ke? “ Apa kaitan dengan doktor lelaki tu pulak? Kita nak sembahyang berdua aje. Bukan bertiga!”

Nur Adriana mengeluh buat kesekian kalinya. Lelaki ni memang bila tiba bab membalas, suka membalas ayat yang krang bijak. Orang tanya lain, dia jawab lain. Sabar ajelah dapat berkenalan dengan lelaki ini.

“Saya panggil Prof. sebab nak dia bantu awak ambikkan air sembahyang. Awak nak ambik sembahyang tanpa wuduk ke?”dengusnya geram.

Zeril Iskandar terdiam. Betul jugak cakap Nur Adriana tu. Kalau air sembahyang tak ada, macam mana nak sembahyang? Dia pun satu, tak fikir dulu sebelum menjawab.

“Baiklah. Saya bukannya mampu nak ambik sembahyang kat bilik air. Nak kencing pun nurse kena tadahkan mangkuk.”Dia tidak bergurau dalam bab membuang air kecil ini. Dalam beberapa hari ni dia langsung tidak membuang air besar. Jadi dia tidak perlu bangun dengan pergi ke tandas untuk membuang air besar.

“Yuks! Jijiknya. Itu pun nak bagi tahu ke?”geli pulak Nur Adriana mendengarnya. Zeril Iskandar tegelak kecil. Sepatutnya dia tidak perlu memberitahu Nur Adriana pasal perkara ni tapi mulutnya tak boleh nak berdiam diri apabila bertemu perempuan ini. Jika boleh, semua yang ada dalam dirinya dia hendak khabarkan pada perempuan yang bernama Nur Adriana.

“Opss.. Terlebih sudah!”Zeril Iskandar menutup mulutnya dengan ketawa yang masih bersisa.

“Awak ni ada-ada aje. Dahlah, saya nak jumpa Prof. kejap lepas tu ambik air sembahyang.. Awak jangan buat perkara diluar jangkaan. Duduk aje diam-diam kat situ.”tegas Nur Adriana. Malas dia nak cakap banyak-banyak. Banyak cakap kang, solat pun boleh lupa.

Zeril Iskandar tersenyum. Baiknya perempuan ni. Sanggup dia panggil doktor lelaki tu semata-mata nak bantu dia ambik wuduk. Bertuah lelaki yang dapat Nur Adriana.

“Awak pergilah. Saya tunggu. Awak jangan tak datang pulak.”ujarnya sedikit merintih. Dia harap janganlah perempuan tu beredar dari hospital ini secepat mungkin. Dia tidak sanggup membiarkan perempuan itu hilang dari pandangan matanya.

“Hesy, mengada-ngada betul!"rungutnya seraya terus keluar dari bilik. Manja betul si Zeril ni. Seram sejuk badannya apabila mendengar nada lelaki itu.

Tidak lekang senyuman dibibir Zeril Iskandar. Bestnya Nur Adriana datang!!

***

Dia berjumpa Prof.Dr.Azmi di bilik kerjanya setelah nurse di kaunter memberitahunya doktor lelaki itu sedang memeriksa rekod-rekod pesakit yang masuk ke dalam unit kecemasan ini.

“Doktor sibuk sangat ke? Saya ada hal nak cakap dengan doktor ni.”katanya setelah doktor lelaki itu mempelawa dia duduk di meja kerjanya.

“Awak nak cakap apa, Nur Adriana?”Prof.Dr.Azmi berhenti menyelak kertas di dalam fail. Dia meletakkan fail itu diatas meja dan merenung Nur Adriana.

Nur Adriana terasa malu apabila dipandang begitu.Kepalanya ditundukkan.  Doktor ni dahlah hensem, lepas tu pandang dia macam nak  telan. Hisy! Apa dia merepek ni?fikirnya.

“Awak kata nak cakap sesuatu dengan saya? Kenapa tunduk muka tu? Takut saya renung mata awak ke?”

Nur Adriana mengangkat muka.“Eh, mana ada saya malu.”pantas dia menidakkan. Doktor ni pun satu nakal jugak macam Zeril tu. Ada aje nak usik dia. Ketuk dahi baru tahu. omelnya dalam hati.

“Kalau awak malu, awak takkan tunduk muka, cik Nur Adriana.”jawabnya diselangi dengan senyuman sinis.”Okay. Now. Just straight to the point. Awak nak apa dari saya? Hmm?”soalnya semula.

“Sebenarnya saya nak mintak pertolongan sikit dari Prof.”katanya lambat-lambat. Harap doktor  lelaki ini boleh membantunya. Tapi boleh ke doktor ni bantu?Nampak macam tak boleh aje sebab tengok dia ada banyak kerja.Kalau dia tak boleh nak tolong, dengan siapa lagi dia nak mintak bantuan? Takkan nak mintak tolong dengan pihak hospital ni? Dia bukannya kenal orang kat sini pun.

“Bantuan apa? Penting ke?”tanya doktor itu sambil mengerutkan dahi.

“Penting sangat, Prof. Dan saya rasa Prof. lah yang paling layak untuk tolong saya dalam hal ni. Saya nak Prof. tolong Zeril Iskandar ambik air sembahyang. Dia tak mampu nak bangun apatah lagi berjalan ke tandas. Jadi saya harap Prof. dapat membantu dia melaksanakan wuduk itu dengan sempurna.

Prof.Dr.Azmi bersandar dikerusi sambil berpeluk tubuh. “Itu aje yang awak nak saya lakukan? Boleh. Apa salahnya? Tak sangka dalam sakit-sakit dia masih lagi ingin bersolat. Jarang pesakit di unit kecemasan ini melakukan perkara sebegini. Zeril Iskandar adalah orang pertama yang melakukannya dan saya amat berbangga dengan awak, Nur Adriana.”

Nur Adriana terkejut. “Berbangga dengan saya? Saya tak buat apa-apa pun.”

“Awak tak buat apa-apa?Jangan cakap macam tu. Kerana awaklah dia nak bersolat. Kalau tidak, dia tak akan solat. Baring aje atas katil tu tanpa berbuat apa-apa.”

“Err…Prof. jangan salah anggap. Dia yang buat keputusan untuk menunaikan sembahyang, bukan saya.”sanggahnya.

“Tapi awak mesti cakap awak nak solat kan?”Doktor ni memang pandai menggunakan psikologilah. Ini doktor  bahagian unit kecemasan ke unit psikologi? Pandai betul dia menelah apa yang ada dalam fikiran manusia.

Nur Adriana hanya mengangguk.

“Hah, kan betul apa yang saya cakap.. Kalau tak ada orang nak suruh, dia tak akan buat perkara tu. Saya memang banggalah dengan awak, Nur Adriana.”

Please, Prof. Janganlah bangga-bangga dengan saya. Saya tak buat apa-apa pun.”rayunya. “Saya tak nak buang masa lagi. Solat tak boleh dilengah-lengahkan.”Dia mula bangun dari kerusi. “Prof. dah solat ke?”

Kerongkong Prof.Dr.Azmi bagaikan tersekat apabila Nur Adriana menuturkan ayat itu. Solat? Memang dia belum solat lagi. Sibuk memeriksa pesakit tadi sampai lupa nak solat Isyak.

“Belum lagi. Saya sibuk sikit tadi sampai lupa nak solat isyak.”katanya.

“Haa..Prof kerja, kerja jugak. Suruhan tuhan jangan lupa buat. Kalau tak masuk api neraka tau.”balasnya dengan mengerakkan jari telunjuknya. Suaranya berubah menjadi sedikit manja. Macam budak kecil lagaknya.

Prof.Dr.Azmi mengeleng-gelengkan kepala sambil bibirnya mengukir senyuman manis. Suara Nur Adriana menarik perhatiannya. Agak keanak-anakan suara itu. Patutlah senang sangat Zeril Iskandar terpaut pada Nur Adriana.

Sebelum Nur Adriana masuk ke dalam bilik Zeril Iskandar tadi, dia sempat berbual-bual dengan pesakit itu. Sememangnya pesakit itu menyukai Nur Adriana. Katanya, dia suka dengan sikap perempuan itu yang berlainan daripada perempuan lain. Nampak kasar tetapi secara batinnya penyayang orangnya. Dia pun dalam diam suka dengan sikap Nur Adriana namun perasaan suka itu perlu ditolak jauh. Dia perlu setia pada yang satu.

“Awak keluarlah dulu. Nanti saya datang bilik Zeril. Saya nak tengok rekod pesakit kejap.”balasnya sambil tangannya membuka semula rekod pesakit yang ditutup tadi.

“Jangan lupa datang. Saya tak boleh nak bantu dia ambik wuduk.”pesannya dengan suara yang sedikit tegas.

“Ye…ye. Nanti saya datang.”masih lagi senyuman terukir di bibirnya.

Nur Adriana lega. Prof.Dr.Azmi memang doktor yang baik. Dia tersenyum sebelum membuka pintu lalu keluar dari situ. Selepas ini, dia akan ke surau. Mengambil air sembahyang dan meminjam telekung dan sejadah hospital. Nak tak nak, dia perlu sembahyang jugak sebelah Zeril Iskandar walaupun di atas lantai.

***

Termengah-mengah dia berlari keluar dari surau kecil yang terletak dibahagian belakang unit kecemasan setelah selesai mengambil wuduk. Telekung dan sejadah milik surau dipinjam buat sementara waktu. Mujur kebanyakan orang yang datang ke unit kecemasan ini tidak memandang jelik kearahnya yang berlari bagai ternampak hantu itu.

Sampai sahaja di depan pintu bilik Zeril Iskandar, dia mengurut dada perlahan. Dadanya yang tercungap-cungap berlari tadi segera dihapuskan dengan menarik nafas panjang. Setelah dadanya tidak terasa terlalu ‘semput’ sangat, tombol pintu ditarik lalu dibuka pintu bilik Zeril Iskandar.

“Lamanya awak kat luar tadi.”sindirnya sinis. Sengaja mendera perasaan Nur Adriana.

Nur Adriana apalagi, membuat muka selambanya dengan meletakkan telekung diatas tiang tepi Zeril Iskandar tanpa menbalas ayat itu. Arah kiblat yang dipamerkan diatas syiling, Nur Adriana ikuti. Sejadah dibentangkan di atas lantai mengikut arah kiblat yang ditunjukkan menggunakan anak panah berwarna merah.

“Eh, awak nak sembahyang dah ke?”Zeril Iskandar rasa berdebar. Ala, baru nak sembahyang dengan perempuan ni. Takkan dia nak sembahyang dulu kut? Orang nak sembahyang dengan dia ni. Getus hatinya.

“A’ah.”sepatah dia menjawab. Langsung tidak memandang wajah lelaki itu sebaliknya dia membetulkan sejadah yang dibentang tadi agar tidak terkelepit dicelah-celah sejadah itu. Air sembahyang yang masih lagi di wajahnya tidak dikesat dengan tuala kecil sebaliknya dia membiarkan sahaja. Air cond yang dibuka didalam bilik ini sedikit demi sedikit akan menghilangkan air wuduk ini. Dia tiada tuala kecil untuk mengelap mukanya. Jadi dibiarkan lebih elok.

“Awak janganlah sembahyang dulu. Sembahyanglah dengan saya.”rengeknya seperti budak kecil. “ Saya tak ambik air sembahyang lagi. Doktor lelaki tu pun tak datang lagi. Awak tunggulah saya erk?”pintanya.

Tidak keruan Nur Adriana mendengar ayat itu. Dia mengalihkan tumpuannya kearah Zeril Iskandar.  Dadanya berdegup kencang. Eeii…mengadanya dia ni.

“Awak tak ambik air sembahyang? Prof. belum tak datang lagi ke?”tanya dia dengan mengerutkan dahi. Pelik. Tadi dia yang pesan pada Prof.Dr.Azmi supaya datang ke bilik ini dan membantu Zeril Iskandar mengambil air sembahyang tapi dia tak datang jugak. Doktor tu memang nak kena ni!omelnya dalam hati.

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Prof. Dr.Azmi! Datang pun dia akhirnya.

“Prof, kenapa lambat?” Nur Adriana pantas bangun dari duduk mencangkung. Dia mencekak pinggang. Matanya dibulatkan.

Prof.Dr.Azmi tergamam. Tak sedar Nur Adriana ada di depan pintu. “ Eh, awak ni main sergah aje. Tunggulah saya masuk dulu.”nadanya sedikit marah. Dia menutup pintu bilik ini.

“Opss…Prof. dah marah la.”ujarnya sinis. Dia tak ambil hati pun. Bukan dia sengaja nak menakut-nakutkan doktor lelaki itu. Dah dia duduk di depan pintu, mestilah doktor ni terkejut.

“Saya lambat sebab saya sembahyang kat surau tadi. Yang awak bentangkan sejadah ni buat apa? Dah nak sembahyang sangat ke? Kata tadi nak sembahyang dengan Zeril?”sinis suaranya.

Nur Adriana terdiam. Prof. Dr.Azmi pergi sembahyang? Dia tak nampak pun.

“Awak angkat sejadah tu dulu. Saya nak ambik air paip kat bilik belakang.”arah Prof.Dr.Azmi tegas.

“Saya tak nampak pun Prof. sembahyang tadi. Prof. tipu saya ye?”

“Ya Allah! Buat apa saya nak menipu? Saya sembahyang kat surau la tadi. Kat bahagian lelaki. Takkan saya nak sembahyang kat bahagian wanita pulak.”terdiam Nur Adriana sekali lagi. Ada benarnya kata doktor itu. Macam mana dia tak boleh fikir dalam surau ni ada dua bahagian? Hesy. Tak pasal-pasal kena marah lagi.

“Awak ni kan, saya cubit jugak pipi awak tu. Ada aje nak menjawab. Mulut tu tak boleh nak duduk diam langsung. Menjawab aje kerjanya.”sambungnya lagi. Muncung sedepa Nur Adriana.

“Dahlah, sekarang ni saya nak pergi ambik air paip kat belakang tu. Zeril, awak dah bersedia untuk solat?”tanya dia dengan senyuman dibibir.

Zeril Iskandar mengangguk pantas. Tak sabarnya nak sembahyang. Dah lama ibadah sembahyang diketepikan semenjak dia berpisah secara tak rasmi dengan Irma Amanda.

Nur Adriana merasakan Zeril Iskandar begitu gembira apabila dapat bersolat semula. Dia turut gembira dengan pelakuan lelaki itu. Dia berdoa agar Zeril Iskandar akan berubah dan tak akan mengulangi perkara yang lepas.

Prof.Dr.Azmi pergi ke belakang. Dia mahu tadah air dalam mangkuk bulat kemudian direnjis ke muka Zeril Iskandar. Pesakit itu memang sukar hendak berjalan. Kesakitan yang ditanggung menyukarkan dia berjalan. Tak mengapalah. Dia akan membantu pesakit lelaki itu sedaya yang mungkin.

Nur Adriana mengambil telekung diatas katil Zeril Iskandar  lalu dipakai dengan selamba. Tidak malu unutk mengenakan telekung didepan lelaki itu kerana apa gunanya dia hendak malu? Bukannya dia telanjang depan Zeril Iskandar pun.

Tali yang berada di kiri dan kanan telekung itu diikat. Terpegun Zeril Iskandar di situ. Indahnya ciptaan yang maha esa. Berseri-seri wajah Nur Adriana tatkala memakai telekung.

“Awak cantik sangat, Adriana.”pujinya.

Terkedu Nur Adriana. Hesy! Mamat ni pandang dia ke tadi? Aduh, dia pulak naik segan. Aku biasa-biasa ajelah. kata hatinya. Tidak diluahkan.

“Awak ni suka sangat buat lawak kan? Saya mana ada cantiklah. Saya perempuan biasa aje. Awak jangan memandai nak cakap saya cantik tau.”cebiknya geram.

“Saya seriuslah. Awak tu janganlah suka mencebik mulut. Saya ikhlas cakap awak cantik. Kalau cakap awak hodoh, awak marah saya pulak.”

Nur Adriana mengerakkan mulutnya. Pandai betul dia ni menjawab!

“Haa..apa yang kamu berdua bualkan ni? Tak puas-puas lagi bergaduh mulut?”sampuk Prof. Dr.Azmi. Di sebalik dinding bilik belakang tadi, dia perhatikan kelakuan mereka berdua.

“Err…Prof. Tak perasan saya Prof. dah masuk.”wajahnya cemberut. Zeril Iskandar sekadar tersengih.

“Takde lah lama sangat. Baru berapa minit aje pun.”doktor itu sempat memerli dia.

“Awak ke tepi sikit. Saya nak tolong Zeril ambik air sembahyang.”Nur Adriana menjauhkan dirinya. Dia duduk depan pintu sambil tangannya memegang sejadah. “Awak, Zeril baring sekarang.”Zeril Iskandar akur dengan arahan itu.

“Baik, Prof.” Dia baring perlahan-lahan walaupun agak payah. Prof.Dr.Azmi yang perasan pesakitnya sukar untuk berbaring segera meletakkan mangkuk bulat itu di atas laci sebelum dia membantu Zeril Iskandar baring.

“Perlahan-lahan, Zeril. Lunjurkan kaki tu. Jangan gopoh. Nanti awak sakit lagi.”ujarnya risau dengan keadaan pesakitnya.

“Baik, Prof. Untuk meredakan kesakitannya, dia ikutkan kata doktor lelaki itu. Payah memang payah. Hampir satu jam dia duduk di atas katil tanpa menyandar di bantal empat segi, tulang belakangnya agak sakit. Perit tu.

“Hati-hati, Zeril.”pesan Nur Adriana pula. Dia pun turut risau melihat keadaan Zeril Iskandar. Patutlah masa dia masuk dalam bilik ni, dia lihat Zeril Iskandar hanya duduk di atas kati tanpa membaringkan diri. Lelaki ni memang ikut arahan dia ke tadi? Sebelum dia keluar berjumpa dengan Prof.Dr.Azmi dia ada berpesan pada lelaki itu agar duduk sahaja tanpa mengusik apa-apa. Serba salah jugak dia tengok lelaki ni sakit. Nak tolong, dia dah ambik air sembahyang. Lagipun mana boleh sentuh dengan lelaki bukan mahram kita.

Usai Zeril Iskandar berbaring, Nur Adriana berasa lega. Akhirnya, dapat jugak Zeril Iskandar baring dengan sempurna.

Dilihat Prof.Dr.Azmi sudah memegang mangkuk bulat itu. Nampaknya Zeril Iskandar akan ‘disirami’ dengan air lah lepas ni.

Begitu cermat doktor lelaki itu menyapu air ke muka Zeril Iskandar sesudah lelaki itu membaca ayat ambik wuduk. Dia hanya melihat perbuatan doktor itu. Jarang sebenarnya pesakit mengambil wuduk di atas katil. Zeril Iskandar adalah orang pertama yang dia tengok ambik wuduk atas katil dan dia berbangga dengan apa yang Zeril Iskandar lakukan pada hari ini.

Semoga pembedahan esok akan berjalan lancar. Insyallah…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4 ulasan:

lee jee joong berkata...

Wah best hahahaha jujur ye tak sbr nak tau berjaya ke tdk pembedahannya dan esok nak opraite mama zeril tak risau plak temankan dia

nur daeya berkata...

hehe..mama d msti risaukan dia kak..insyallah mama d akan dtg esok pg..hehe

Ruunna Qizbal berkata...

best la akak... smbng lgi ♥

nur daeya berkata...

insyallah, akk akan smbung secepat mungkin..selagi diri ini termampu.. ;)