“Masya Allah! Datin!”terkejut Wan Zubair
apabila Datin Zafiah terduduk di atas lantai. Pantas dia meluru kearah wanita
berusia itu lalu dipapahnya.
“Datin? Are you alright?” kata Wan Zubair dengan lembut. Dia memahami
keadaan seorang ibu yang akan berasa sedih sekirannya anak yang disayangi dalam
keadaan tenat.
“Saya sedih, Doktor. Anak saya
sakit.”tersedu-sedan Datin Zafiah menangis. “Zeril mewarisi penyakit papanya
dan saya tak sanggup nak melihat anak saya menderita penyakit itu. Saya sanggup
gadaikan nyawa saya asalkan Zeril sihat seperti biasa.”naluri seorang ibu tidak
akan membiarkan anaknya sakit.
“Maksud Datin, Zeril Iskandar mewarisi
penyakit papanya? Saya tak rasa sebab keturunan, Datin. Zeril Iskandar sakit
sebab lain.”
Datin Zafiah terkedu. “Kalau bukan sebab
keturunan, sebab apa Doktor?”
“Sewaktu kami melakukan pembedahan, kami
dapati jantung Zeril Iskandar mengalami masalah Cardiomypothy iaitu masalah otot jantung. Ini tidak ada kaitan
dengan penyakit keturunan. Semuanya berpunca dari Zeril sendiri, Datin.”
Datin Zafiah mengesat airmatanya. “Saya
tak faham maksud Doktor. Boleh Doktor terangkan apa puncanya?”soalnya ingin
tahu.
“Sebenarnya Datin, anak Datin mengambil
alkohol dan pil ekstasi secara berlebihan.”
Mata Datin Zafiah terbeliak. “Doktor
cakap anak saya minum arak dan makan dadah? Anak saya tak pernah buat perkara
yang bertentangan dengan syariat islam. Doktor jangan cakap yang
bukan-bukan!”katanya dengan nada marah. Dia cukup pantang kalau ada ahli
keluarganya melakukan sesuatu yang tidak elok di belakangnya. Tambah-tambah
kalau anaknya meminum minuman keras tanpa pengetahuannya.
Wan Zubair tersentak. “ Datin kena jugak
percaya cakap saya. Saya cakap berdasarkan pemerhatian yang kami jalankan
sebelum pembedahan ini berlaku. Sebagai seorang doktor, tugasnya kena merawat
dan memeriksa apa yang berlaku pada pesakit. Saya berharap Datin dapat menerima
apa yang saya katakan.”dalam diam dia kesal dengan apa yang Zeril Iskandar
lakukan. Sanggup dia membuat perkara yang tidak elok di belakang mamanya.
Datin Zafiah tertunduk. Sebaknya mengamit
semula. “Saya tak sangka, doktor. Anak yang saya sayang sanggup lakukan perkara
tak elok dibelakang saya.”
“Sabar, Datin.”Wan Zubair memegang lembut
bahu Datin Zafiah. Memberinya kekuatan.
“Saya kesal dengan anak saya. Kenapalah
dia buat semua tu? Makan pakai dia saya jaga dia dengan elok, dia buat macam ni
pada saya? Selama ni, kasih sayang saya pada dia tak cukup ke?”airmatanya
mengalir kembali.
“Saya pun turut kesal dengan apa yang
berlaku. Saya ingatkan Zeril Iskandar mempunyai penyakit jantung yang biasa
tetapi tanggapan saya silap. Dahlah, Datin. What
is past is past. Maafkanlah Zeril Iskandar. Mungkin ada hikmah ini semua
terjadi.”pujuk Wan Zubair.
“Entahlah, Doktor. Macam-macam yang dah
berlaku sejak dua menjak ini. Saya nak terangkan pada doktor, saya tak mampu
sebab ini melibatkan hal keluarga. Tak mengapalah, doktor. Terima kasih atas
penjelasan itu tadi.”katanya dengan suara yang mendatar. Hendak memarahi
anaknya, waktu ini bukan waktu yang sesuai. Anaknya masih lagi terlantar di
atas katil bedah. Apa yang perlu dia buat? Tabahkan saja hatinya. Sesudah Zeril
Iskandar sihat walafiat sepenuhnya, tahulah apa yang dia akan lakukan pada
anaknya nanti!
“Sama-sama, Datin. Sekarang ni saya nak
bersihkan tangan saya dulu. Banyak darah ni. Takut Datin Zafiah geli pulak
dengan darah ni.”
“Saya takkan geli kerana saya tahu darah
itu milik anak saya.”
“Kalau ada apa-apa kemusykilan berkaitan
Zeril Iskandar, Datin boleh tanyakan kepada Prof.Dr.Azmi, salah seorang doktor
yang bekerjasama merawat dan memeriksa Zeril Iskandar.
“Insyallah. Terima kasih sekali lagi,
doktor. Dulu saya ingatkan Zeril kena jalani pembedahan disebabkan seorang
perempuan. Tapi bukan ye doktor?”
Wan Zubair tersentak. Mujur dia tidak
melangkah ke bilik air lagi.
“Seorang perempuan? Maksud Datin?”dia
mula hairan. Adakah Datin Zafiah memaksudkan Nur Adriana?detik hatinya.
“Namanya Nur Adriana. Dia pernah datang
ke sini tapi mungkin doktor tak nampak dia kut? Perempuan itulah yang membantu
anak saya sampai boleh bernafas semula. Pagi tadi, pembantu peribadi saya ada
mengatakan yang perempuan itu ada datang ke sini tapi bila saya masuk dalam
bilik Zeril Iskandar, perempuan itu dah menghilangkan diri. Mungkin dia takut
saya marah dia.”
Wan Zubair mula rasa tidak sedap hati.
“Nur Adriana? Saya rasa pernah jumpa dia. Tapi saya dah lupa macam mana wajah
dia.”sengaja dia berkata begitu walhal dia amat mengenali wajah dan karakter
tunangnya.
“Awak pernah jumpa Nur Adriana? Kat mana?”bersinar-sinar
mata Datin Zafiah.
“Kat sini-sini aje. Tapi tak pernah
bertemu empat mata. Saya tengok dia pun sekilas aje. Masa tu saya tengah
cakap-cakap dengan nurse kat depan bilik Zeril Iskandar dan saya tengok dia
masuk dalam bilik Zeril.”Wan Zubair mereka cerita.
Datin Zafiah mengeluh. “Ala, patut saya
cakap dengan doktor awal-awal bagi Nur Adriana tak balik rumah. Saya dahlah
susah nak jumpa dia.”
“Penting sangat ke Datin sampai nak kena
jumpa perempuan itu?”tanya dia ingin tahu.
“Penting. Saya nak bagi wang pada dia
tapi dia takde.”
“Wang?”Wan Zubair menjongket kening.
Banyak perkara yang dia tidak tahu tentang Dhia setelah tunangnya keluar dari
penjara.
“Doktor Wan tak tengok ke kat tv10? Dah
nak dekat seminggu saya siarkan iklan tentang kehilangan Zeril Iskandar.”
Wan Zubair mengelengkan kepala. Manalah
dia ada masa nak tengok tv? Sibuk memanjang. “Sorry, saya sibuk. Dah lama saya
tak menonton televisyen.”katanya jujur.
Datin Zafiah tersenyum. “Haa, Nur Adriana
lah perempuan yang berjumpa dengan anak saya tu.”
Darah Wan Zubair menyirap. Jika boleh,
sekarang ini dia mahu berjumpa Nur Adriana. Hesy! Kenapalah aku tak tahu semua
ni dari awal?katanya dalam hati.
“Datin, saya pergi dululah ye? Kalau tak
basuh ni, banyak bacteria pulak di
lengan saya.”dia tidak mahu berdiri di sini lama-lama. Sebenarnya dia ingin
tahu lebih lanjut apa yang berlaku pada tunangnya sebelum mereka berdua bertemu
di hospital ini.
Tanpa mengucap salam, dia terus beredar
dari situ. Datin Zafiah mengangkat kening. Apa kena dengan doktor tu? Tak bagi
salam terus aje pergi. Ya pun salamlah dulu!
Dia kembali duduk di kerusi dengan
mengesat bekas airmata yang mengalir tadi.
Tak sangka dalam diam anaknya melakukan
perbuatan di luar batasan. Selepas Zeril Iskandar sembuh nanti, tahulah dia nak
ajar anaknya!
Tunggulah mama nak ajar Zeril!
****
“Kau tak bosan ke berfikir lama-lama
pasal perkara tu, hmm?”soal Madz Hazrul setelah lama mereka berdua membisu
tanpa sebarang kata. Mujur dia masih boleh bersabar lagi kalau tak memang kaki
ni dah lama bergerak nak balik!
Dhia tersentak. Fikiran yang jauh
melayang hilang begitu sahaja tatkala suara lelaki itu meluahkan rasa. “Abang
bosan ke tunggu saya bagi jawapan?”
“Sejujurnya aku bosan. Yelah, bukan main
lama aku nak tunggu kau bagi jawapan. Nasib baik penyambut tetamu tadi bagi aku
port paling belakang kalau tidak memang aku dah angkat kaki tinggalkan kau kat
sini sorang-sorang.”
Nur
Adriana menjongketkan kening. “Kenapa tak balik sekarang? Kan senang?”soalnya
selamba. Dia dah dapat apa yang diimpikan. Tidak perlulah dia bersusah payah
untuk meminjam duit dari orang lain.
Madz
Hazrul mengacip gigi. Selamba aje mulut perempuan ni bercakap. Sumbat cili api
baru tahu! “ Amboi…sedapnya kau bercakap. Kalau ikutkan memang aku nak balik,
tapi punyalah lama nak tunggu jawapan daripada kau. Kalau aku tak dapat
keputusan dari kau, Datin Zafiah marah aku tau tak?”tinggi sikit nada suaranya.
Nur
Adriana menghela nafas sebelum dia berdiri untuk beredar dari sini. Surat
bersaiz A4 yang disertakan dalam sampul yang lelaki ini berikan padanya tadi
dipulangkan kembali. Hanya duit yand diambil“ Saya nak
balik dululah, abang. Rasa-rasanya tak dapatlah nak buat keputusan
sekarang.”hatinya berbelah-bagi untuk menerima tawaran itu. Lagipun, dia takut
Datin Zafiah akan bertanyakan tentang kehidupannya sebelum mendapat kerja itu.
Dia seboleh mungkin ingin menyembunyikan identity sebagai perempuan banduan.
Madz
Hazrul mula serabut. Punyalah lama dia tunggu jawapan perempuan itu,
senang-senang aje dia bagi jawapan ‘tak dapat nak buat keputusan sekarang’.
Sabar ajelah wahai hati…
“Kenapalah
kau susah sangat nak bagi jawapan? Aku cuma nak tahu dari mulut kau yes or no aje. Dua perkataan tu susah
nak pilih ke? Apa laa…”Madz Hazrul menepuk dahinya sendiri.
Nur
Adriana menarik nafas kemudian dihembuskan. “Okay lah. Kalau abang nak tahu
sangat. Saya tak berminat dengan tawaran ni. Abang carilah orang yang sesuai
dan boleh jaga Zeril Iskandar dengan baik. Diri saya tak mampu nak menjaga
dengan baik, ada hati nak jaga orang lain pulak.”dia mahu tinggalkan tempat
ini. Duit dah berada di genggaman, bolehlah dia gunakan sebaiknya.
Tubuhnya
dipalingkan ke belakang. Dia mahu beredar sekarang.
Madz
Hazrul bengang. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan Nur Adriana. Dengan
pantas lengan perempuan itu ditarik dan dipegang kejap.
Terdorong
Nur Adriana ke belakang. Badannya bersentuhan dengan tubuh badan lelaki itu.
Sampul surat yang berisi duit jatuh bertaburan. Terlopong mulutnya melihat.
Cepat-cepat dia menolak kasar tubuh lelaki itu lalu diangkat kesemua duit yang
jatuh.
Setelah
semua duit diangkat, dia memandang Madz Hazrul tajam.
“Abang
ni kenapa hah? Orang dah cakap tak nak, tak naklah. Tak reti bahasa ke apa
ni?”pekiknya.
“Aku tak puas hati dengan jawapan kau.
Kenapa kau mesti cakap tak nak? Berduyun-duyun perempuan yang datang nak jadi
pembantu rumah pada Tuan Zeril Iskandar. Memang kau tolak tuah la!”
Nur Adriana lantas berdiri tegak. “Bila
masa pulak saya nak jadi pembantu rumah Zeril Iskandar? Saya tak cakap apa-apa
pun. Abang cari ajelah yang lain. Lagipun saya dah bekerja. Tak boleh nak
berhenti macam tu aje.”dia terpaksa berbohong untuk mengelakkan pertembungan
dengan Zeril Iskandar.
“Kau dah kerja? Kenapa tak bagi tahu
awal-awal? Cakap secara direct kan senang?”keluh Madz Hazrul. “ Tapi aku tengok
kau macam tak kerja aje?”
Jantung Nur Adriana berdebar. “Abang ni
memandai aje. Saya kerjalah. Bos bagi cuti lama sikit sebab saya selalu kerja
malam.”itu sahajalah alasan yang terbaik untuk diberikan kepada lelaki ini.
Madz Hazrul mengeluh lagi. “Hesy!
Susahlah macam ni.” Dia mencekak pinggang. “Datin Zafiah memang berharap kau
jadi penjaga khas Zeril Iskandar. Orang lain susahlah nak kawal dia. Dah
berpuluh pembantu dicari, tapi semua berhenti awal.”rungutnya perlahan.
“Teruk sangat ke sikap Zeril Iskandar
sampai semua yang kerja berhenti?”
“Hmm…takdelah teruk sangat. Cuma sejak
dua menjak ni, sikap dia berubah hundred percent. Apa yang pembantu rumah buat,
semuanya tak kena pada Tuan Zeril Iskandar.”
“Dia dengan saya okey aje. Siap bergurau
senda lagi tu.”
“Hah! Yang tulah aku suka pasal kau!
Kalau kau jadi penjaga khas dia, dia akan kawal kemarahan dia.”puji Madz
Hazrul.
Nur Adriana mengetap bibir. ‘Lelaki ni
terlalu excited sangat aku kerja
dengan si Zeril tu.gumamnya.
“Nanti balik saya fikirkan balik ye! Bagi
saya sedikit masa.”akhirnya Nur Adriana membuat keputusan. “Abang tahu kan
rumah saya? Nanti saya call abang
bila saya dah buat keputusan. Zeril Iskandar kan masih dalam wad lagi so lebih baik bagi saya masa untuk buat
keputusan ye.”
Madz Hazrul tersenyum. “Noted! Kau
bagilah nombor telefon rumah kau. Nanti aku senang nak call kau.”dalam hati dia menjerit kegembiraan. Ada peluang aku nak
kenal dia ni.gumamnya.
Nur Adriana hanya memberikan nombor
telefon rumahnya.
Madz Hazrul mencatat nombor telefon rumah
perempuan itu di dalam telefonnya. “Kenapa kau bagi nombor rumah, nombor
telefon kau tak ada ke?”soalnya ingin tahu.
Sekali lagi Dhia terpaksa menipu. “Dah
tamat talian. Nanti saya beli sim card
baru.”ujarnya.
“Hmm…baru nak cakap lama dengan
kau.”katanya perlahan.
“Apa dia?”Nur Adriana mengangkat kening.
Madz Hazrul mengeta bibir. “Eh, takde
apa-apalah.”dia menafikan. “Jomlah, kita balik. Datin Zafiah nak jumpa aku
tu.”dia melangkah laju meninggalkan perempuan itu.
Nur Adriana tergamam. Aik? Kenapa dengan
lelaki ni? Biul agaknya.
“Eh, abang. Janganlah cepat sangat.
Hesy!”dia berlari anak mengejar lelaki itu.
Setelah berada di sisi Madz Hazrul, Nur
Adriana merungut. “Abang ni kenapa hah? Laju betul berjalan. Tak tunggu orang langsung!”cebiknya.
“Abang tak bayar lagi bil makanan tu. Saya takde duit nak bayar semua tu.”dia
tidak mahu menggunakan duit yang diikat kemas di dalam sampul surat itu.
Biarlah madz hazrul yang membayarnya. Lelaki ini yang mengajaknya datang ke
sini, takkan dia nak kena bayar pulak kan?
“Tak payah bayar. Kat sini semua free
sebab Datin Zafiah shareholders
terbesar kat sini.”Madz Hazrul terus berlari meninggalkan Nur Adriana.
Patutlah bukan main beria-ria lelaki ni
cakap dengan penyambut tetamu tadi. Rupa-rupanya mereka dah kenal lama!Ooo…tak
sangka Datin Zafiah pemegang saham terbesar kat hotel mewah ni.
Bertuah Zeril Iskandar. Dia? Apa ada?
Bekas banduan aje…hmm…
Dia membiarkan lelaki itu pergi dahulu.
Selamat tinggal Abang Madz Hazrul!katanya dalam hati.
6 ulasan:
err tak faham cerita nie
x faham citer ni?hehe
minta maaflah klao citer ni x best..
eya msih mncuba..
klao Tanpa nama nak thu, eya boleh ceritakan dr awal bab hingga ke bab sekarang.. ;)
Hmm agak2 dr wan cr adriana sbb ape ye nanti pasal duit ke?? Hehe eya , adriana tak takut ke pgg dui byk2 siap jatuh2 lg hahaha bahaya
d cari sbb nak thu smua psal nur adriana sebelum tunang d kuar dr penjara..
kn hri 2 d x smpat nk ckp ap2 sbb wan zubair nmpk tunang d main tarik rmbut ngn ibu tiri d?
bestnyaaaaaa... smbng lgiiio
sya suka semua watak2 lelaki dlm cita nih.. sweet je
and cute skali.. hahahahaha
haha..cute kn lelaki2 dlm ni?
akk cbe smbung secepat mungkin
Catat Ulasan