Sampai
sahaja masuk di Side Walk Café, Nur
Adriana terkesima. Wow! Tak sangka banyak jenis kek dan pastri kat sini. Yummy…yummy…dia menjilat bibir.
Bagaikan sedang makan kek di situ.
Setelah
dia puas melihat kek dan pastri yang cantik tersusun di dalam locker, langkahnya
segera diatur mengikuti Madz Hazrul yang leka berbual dengan penyambut wanita
tadi dari belakang.
Hesy!
Tak habis-habis berbual lagi ke diorang ni?dengusnya geram. Nak kata dia
cemburu, jangan haraplah. Buat apa nak cemburu? Bukan dia ada apa-apa ikatan
dengan lelaki ni pun. Yang buat dia bengang sekarang ni, ada ke patut lelaki tu
tinggalkan dia jauh ke belakang?
Sabar ajelah hati. Kalau ikutkan, memang kaki dia dah gerak balik rumah.
Dari
melihat lelaki itu dan wanita itu berbual, lebih baik dia melihat sekeliling café
ini. Lagi bagus!
Tatkala
matanya sibuk memerhatikan reka bentuk dinding di dalam café itu, suara Madz
Hazrul kedengaran dari depan. Segera dia memerhatikan tingkah dua manusia itu.
Matanya ralit melihat wanita di sebelah lelaki itu dengan senyuman yang
bagaikan dibuat-buat tatkala lelaki itu sedang bercakap dengannya. Dalam hati,
rasa nak buka aje rambut wanita tu yang bersanggul kemas. Gedik giler! Tahulah lelaki tu hensem, tak
payahlah nak senyum sampai macam tu sekali.
“Huh!
Menyampah aku!”cebiknya.
“Nice meeting you, miss. Hope to see you
later.”kata Madz Hazrul dengan wajah ceria.
Wanita
itu mengangguk dan membalas kata-kata Madz Hazrul dengan senyuman yang mampu
membuat Nur Adriana naik meluat!
“Nice meeting you too. I need to go right
now. So, have a nice day!”kata-kata terakhir itu memberikan keceriaan pada
wajah Nur Adriana. Tahu pun nak berambus dari sini!omelnya dalam hati.
Wanita
itu berpaling ke arahnya dan berlalu pergi tanpa sedikit pun memandangnya. Dia
tak kisah pun! Lagi cepat wanita ni keluar, lagi cepat dia dapat cakap dengan
lelaki itu.
Usai
wanita itu keluar, Nur Adriana cepat-cepat meluru ke Madz Hazrul. Dengan
senyuman tak ikhlasnya, dia memulakan bicara.
“Dah
puas bermeeting dengan wanita tu? Aku
baru ingat nak balik rumah tadi. Punyalah lama nak menunggu korang habis
bercakap.”perlinya tanpa rasa takut.
Madz
Hazrul ketawa kecil sambil kakinya bergerak ke sebuah meja bulat yang diperbuat
daripada kayu.
“Kenapa
kau ketawa? Aku cakap serius ni.”tegas suara Nur Adriana berkata. Bengang pulak
dia tengok lelaki ni ketawa. Eeii…geramnya!!
“Have a seat!”pelawa Madz Hazrul mesra
tanpa menjawab soalan perempuan itu.
Nur
Adriana mengangkat kening. Terus dia melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang
terukir cantik di belakang badannya.
Seorang
pelayan lelaki yang memakai baju seperti chef datang kearah mereka berdua
dengan membawa coffee table book.
Satu coffee table book diberikan kepada Madz
Hazrul dan satu lagi untuknya. Dia membuka menu itu. Terpegun dia melihat
menu-menu yang dihidangkan. Harga pun, mesti gempak punya!
“May I have your order, please?”soal
pelayan itu sambil memandang ke arah Madz Hazrul.
Madz
Hazrul menilik menu yang berada di tangannya menjawab. “ Sure. Give me a sandwich with…hmm…Mocha Ice Blended.”balasnya
kepada pelayan itu.
Pelayan
itu hanya mengangguk. Segera menu yang dipesan dicatit ke dalam satu buku
kecil.
“And you, miss?”soalnya pula kepadaku.
Dia tersentak. Hai…ingatkan tak nak tanya dia tadi. Madz Hazrul memandangnya
pulak.
“Just give me a cup of tea.”jawabnya. Malas mahu makan kat sini. Lebih baik dia makan
kat rumah.
“Noted. Thank you.”ujarnya
dengan menundukkan kepalanya sedikit sebelum dia berlalu pergi membawa dua
coffee table book yang diberikan tadi kepada mereka.
“Boleh
tahan jugak bahasa inggeris kau ni. Aku ingat kau low standard dalam bahasa tu.”sindir Madz Hazrul sekaligus
menampakkan sengihannya.
Nur
Adriana mengerutkan dahi. ‘Huh, sabar ajelah aku dengan dia ni.’ katanya
perlahan. Nak menengking lelaki ini, nanti apa pulak kata pengunjung yang
datang sini. “ Kalau kau nak tengok aku tendang ‘angry bird’ kau tu depan orang
ramai, baik kau cakap elok-elok.”gertaknya.
Madz
Hazrul tergelak kecil. “Aku cabar kau sekarang ni. Buatlah! Aku nak tengok
kehebatan kau menendang aku.” ujarnya dengan satu jelingan maut. Dia tahu Nur
Adriana sengaja mengertaknya.
Mimik
muka Nur Adriana berubah. “ Kau saja buat aku panas hati dengan kau.
Hesy!”rengusnya. Dia saja aje nak gertak lelaki itu. Mana mungkin dia buat di
tempat awam.
“Agak-agaklah
nak buat kat tempat awam kan?”sindir lelaki itu. “Aku tak sangka kau ni bekas
pesilat. Patutlah kasar semacam.”
Juling
mata Nur Adriana mendengarnya. “ Like I care. Aku perempuan kasar ke, perempuan
sopan ke…asalkan aku tak kacau hidup orang.”jawabnya dengan sinis.
Madz
Hazrul tergelak. “ Kau ni sensitif jugak ye. Betullah cakap ibu kau tadi
walaupun kau nampak kasar di luar tapi dalam hati ada taman.”
“Cakap
biar berlapik, brader. Aku takdelah kasar mana. Sesuka hati kau aje nak menilai
orang.”rengusnya lagi. “Aku balik karang, baru padan muka!”gertaknya.
Madz
Hazrul mengetap bibir. Dia akui, kesilapan itu datang darinya. Jika dia tidak
bercakap kasar dari tadi, ayat ‘balik’ itu takkan muncul di mulut perempuan itu.
“Maafkan
aku, okey. Aku mengaku mulut aku memang takde insurans.” pohon Madz Hazrul
telus.
Mata
Nur Adriana terkebil-kebil. Amboi! Cepat betul mamat ni mintak maaf. Cakap
sikit dah takut? Memang sahlah dia takut aku lari.”gumamnya.
“Aku
pe…,” baru nak sambung ayat seterusnya, Madz Hazrul pantas meletakkan jari
telunjuk di bibir. Menyuruhnya diam. Pelayan yang datang mengambil pesanan tadi
datang membawa hidangan.
Nak
tak nak, dia terpaksalah diam.
“Your
order Mister, Miss…,”ujar pelayan lelaki itu dengan hormat. Di atas meja telah
tersedia secawan tea, sandwich dan Mocha Ice Blended.
“Thank
you.”ucap mereka berdua serentak.
Pelayan
lelaki itu mengangguk lalu terus meneruskan kerjanya seperti biasa.
Madz
Hazrul dengan selambanya mengambil sandwich di pinggannya lalu di kerat dua.
Setelah itu, diambil pulak pinggan kecil di bawah cawan Nur Adriana dan
meletakkan makanan berkhasiat itu diatasnya.
“Jemput
makan. Aku tahu kau lapar.”pelawa Madz Hazrul.
Nur
Adriana merenung dalam lelaki didepannya. Mamat ni apa kena hah? Semua pasal
aku, dia tahu. Dia lapar ke, dia bekas pesilat ke..semua lelaki tu nak tahu.
Ada jugak yang kena debik ni!
“Makanlah.
Renung muka aku lama-lama, kau jatuh cinta pulak.”usik Madz Hazrul. .Dia
mengunyah sandwich yang dikerat tadi lalu dinikmati sepuasya.
Nur
Adriana mengacip gigi sambil matanya tidak lekang dari memandang Madz Hazrul.
Jelingan maut diberikan.kepada lelaki itu. Sandwich yang berada di pinggan
langsug tidak berkutik.
Madz
Hazrul perasan perempuan itu memandangnya. Tapi sebab apa pulak perempuan ni
mesti pandang dia macam tu? Macam nak telan aku hidup-hidup! Nak kata aku cakap
kasar, takdelah pulak. Something wrong with her ke?fikirnya.
“Laa…tak
makan lagi ke? Aku dah nak habis makan ni. Sedap giler wa cakap lu.”guraunya. Gerunnya
dia tegok wajah perempuan ini.
“Boleh
aku tanya kau sesuatu?”soal Nur Adriana serius. Riak wajahnya seperti ingin
menerkam orang. Takutnya…
“Aik?
Serius benar aku tengok kau ni. Apehal?”
“Kau
umur berapa?”
Madz
Hazrul yang sedang meneguk Mochanya tersedak. Tanpa sedar, kedua-dua bahunya
bergerak serentak lalu dia ketawa kuat. Orang yang datang makan disini
memandang kearah mereka berdua.
Nur
Adriana mengerutkan dahi. Lelaki ini bertambah pelik! “Aku cakap serius ni,
kenapa kau gelak macam pontianak mengilai?”masih serius riak wajahnya.
“Pertanyaan
kau tu buat aku gelak. Muka serius betul tapi bila tanya soalan macam cikgu
tanya murid. Lawak…lawak.”
“Aku
tanya betul-betullah. Umur kau berapa?”sengaja dia bertanya tentang umur lelaki
itu. Dia tidak mahu bercakap kasar dengan orang yang lebih tua darinya. Kalau
ibu tirinya, lainlah. Perempuan tak guna tu memang tak boleh berlemah-lembut.
“Umur
aku 29 tahun. Hah! Sekarang kau dah tahu umur aku. Umur kau pulak berapa?”
Nur
Adriana tergamam. 29 tahun? Maknanya lelaki ini lebih tua darinya! Aduh…patut
aku cakap sopan sikit tadi. Nasib kaulah, Nur Adriana!
“26
tahun.”jawabnya sambil menundukkan kepala.Dia rasa bersalah kerana meninggikan
suara pada orang yang lebih tua tiga tahun darinya.
“What?
26 tahun? Impossible!”jawabnya dengan
wajah yang seakan tidak percaya.
Nur
Adriana mengangkat muka. “Kenapa abang cakap macam tu? Umur saya memang 26
tahun dan itu memang bukan impossible!”jawabnya dengan sedikit geram.
“Wah!
Dah tukar jadi abang pulak.”kata Madz Hazrul teruja. Dah lama sangat dirinya
tidak dipanggil abang. Rasa dirinya dihargai oleh seorang adik. “ Umur kau tu
macam tak sepadan dengan diri kau. Kau nampak macam wanita yang berumur 50
tahun.”
“Abang!”Nur
Adriana mengetap bibir. Madz Hazrul rasa terbuai apabila Nur Adriana memanggilnya
abang. Panggillah abang sekali lagi, Nur Adriana…
“Aku
gurau ajelah. Kau nampak muda tapi raut wajah kau yang menampakkan diri kau
bagaikan seorang perempuan tua yang berumur 50 tahun. Berkerut sana sini. Orang
cakap sikit, nak melenting. Cuba jadi perempuan yang lemah-lembut. Baru lelaki
suka.”
Nur
Adriana tertunduk malu. Selama ini dia memang suka melenting pun. Tapi dia tak
pernah tunjukkan attitude yang kurang
sopan pada orang lain selain ibu tirinya.
“Saya
mintak maaf kalau perwatakan yang saya tonjolkan pada abang sedikit kasar. Saya
ada sebab jadi begitu.”
“Perwatakan
mencerminkan keperibadiaan seseorang. Aku harap kau boleh berubah dan jangan
jadi perempuan kasar. Dahlah, makan cepat. Aku nak bagi tahu kau sesuatu yang
penting.”
Hah!
Yang itu dia paling nantikan! Perkara penting apa yang lelaki ini mahu
bincangkan? Lebih baik dia cepat-cepat habiskan sandwich ni. Tak sabar betul
dia nak tahu apa yang lelaki itu bakal katakan padanya. Dengan sampul surat
yang berada di bawah tangan lelaki itu, menambahkan lagi tanda tanya dia.
“Saya
makan dulu, bang.”ucapnya sebelum dia menjamu selera. Dari malam semalam dia
tidak makan. Bila dah dapat peluang makan ni, dia akan makan sepuas hatinya.
Lagipun, saiz sandwich ni memang agak panjang.
“Makanlah.
Abang tengok.” Madz Hazrul mengelengkan kepala. Dia tersalah cakap. “Aku takkan
tengok kau makan.”ujarnya sambil matanya meliar memerhati sekeliling Side Walk Café ini.
Nur
Adriana menikmati makanan itu sepuasnya. Gembiranya dia dapat makan.
*****
“Alhamdulilah…dah
habis makan pun. Amacam? Sedap tak sandwich tu?”tanya Madz Hazrul setelah Nur
Adriana menghabiskan makanannya.
Nur
Adriana tersenyum. “ Sedap, bang. Rasa tak puas makan lagi.”
“Aik?
Lapar sangat ke kau ni? Nak aku order
satu lagi ke?”duga Madz Hazrul.
“Eh,
tak payahlah.”Nur Adriana mengelengkan kepala. Padahal dalam hati dia nak makan
lagi. “Sekarang ni saya nak tahu sangat apa yang abang nak bagi tahu pada
saya.”dia meletakkan piring dan cawan ke tepi.
“Kau
tak sabar nak tahu ke?”
“Semestinya!
Dari tadi saya tunggu apa yang abang nak cakapkan pada saya.”jawabnya pantas.
Madz
Hazrul ketawa. “ Jenis tak sabar jugak kau ni. Anyway…,”sampul surat ditepinya
dicapai lalu dihulurkan pada Nur Adriana. “Ni untuk kau.”
Nur
Adriana tergamam. “Untuk saya?” dengan segera dia membuka sampul itu. Terkejut
gila dia melihat isi dalam surat ini. Tepat sangkaannya! Sampul surat ini
mengandungi sejumlah wang yang dibalut kemas. Adakah ini habuan yang Datin
Zafiah janjikan pada orang ramai hari itu?
“Untuk
cik Nur Adriana yang sudi membantu Tuan kami iaitu Tuan Zeril Iskandar.”jawab
Madz Hazrul dengan formal. Dia datang bertemu dengan Nur Adriana bukanlah untuk
perbalahan atau bergelak ketawa tetapi memberikan sejumlah wang yang telah
ditetapkan Datin Zafiah kepada sesiapa yang sudi memberitahu Tuan Zeril
Iskandar berada di mana.
Tangan
Nur Adriana gementar. Sudah lama dia tidak memegang duit sebanyak ini. Kali
terakhir dia memgang duit yang banyak pun ketika dia mengambil duit RM 7,800
Puan Kamariah Adnan, bakal ibu mertuanya yang tidak jadi.
“Kau
mesti gembira dapat duit sebanyak ini.” ujar Madz Hazrul sinis. Dia pun sukakan
duit jugak namun dia tahu duit bukanlah segala-galanya.
“Mestilah
saya gembira. Siapa yang tak gembira kalau dapat duit kan?” matanya bersinar.
Selepas ini bolehlah dia membayar hutang-hutang yang tertunggak.
Madz
Hazrul mengeluh. Perempuan ini memang sukakan duit. Sepatutnya Datin Zafiah
menetapkan RM 1,000 sahaja. Duit RM 10,000 terlalu banyak untuk diberikan
kepada sembarangan orang.
“Hah!
Aku nak cakap lagi satu ni.”
“Apa
dia?” katanya sambil mengira satu persatu duit disitu. Dia tidak kisah berapa
jumlahnya. Apa yang penting dia dapat melunaskan semua bil rumah nanti.
“Ya
pun, janganlah kira duit depan orang ramai. Kau tak nampak ke orang tengah
tengok kau pegang duit?”dengan pantas dia merampas duit yang dipegang Nur
Adriana.
“Oh
yeke ada orang tengok saya pegang duit?”sengihnya. “Sorry, bang. Saya cuma excited pegang duit banyak ni. Tak
pernah saya pegang duit banyak-banyak ni. Bak lah sini duit tu balik. Abang ni
main rampas aje.”sungutnya.
“Aku
nak cakap ni, kau kena dengar baik-baik. Ini peluang kau dan aku harap kau
takkan sia-siakan peluang ini.”kata Madz Hazrul dengan serius.
Nur
Adriana mengerutkan dahi. “ Apa benda abang cakap ni? Saya tak fahamlah.”
“Ehem…ehem.”dia
berdehem sekejap sebelum meneruskan ayat. “ Dalam sampul surat tu, mungkin kau
tak perasan, ada diselitkan satu surat tawaran untuk menjadi penjaga khas Tuan
Zeril Iskandar di rumah agam Datin Zafiah. Maksud aku, selepas dia keluar dari
bilik pembedahan ini, aku nak kau jaga dia seperti isteri menjaga makan pakai
suami.
“Apa?!!”
mata Nur Adriana terbeliak besar. Soalan yang sama ditujukan kepadanya. Hari
itu Prof.Dr.Azmi yang memaksanya menjaga Zeril Iskandar dan sekarang ini Madz
Hazrul pula yang mengarahkan dia menjadi penjaga khas lelaki itu.
Adakah
patut dia menerimanya atau lupakan sahaja tawaran itu?
***
Datin
Zafiah setia menanti anaknya di luar bilik pembedahan unit kardiologi. Sebagai
seorang insan yang bergelar ibu, kerisauan dalam diri bertambah-tambah
sehingga makan dan minum
dilupakan.
“Mintak-mintaklah
Zeril selamat.”katanya sendiri. Sudah sejam setengah anaknya berada di dalam,
dan dia tidak selangkah pun bergerak kemana-mana.
Matanya
mengerling ke kiri. Berharap Madz Hazrul dapat menemaninya disini namun kelibat pembantu peribadinyanya
tidak kelihatan. Mujur orang
sembarangan tidak dibenarkan lalu di lorong ini. Jika
tidak, pasti riuh-rendah suara-suara pelawat yang datang ke hospital ini.
“Hmm…Madz
Hazrul dah jumpa ke belum Nur Adriana tu? Harap-harap duit tu dah ada kat
tangan Nur Adriana sekarang ni.”gumamnya.
Tidak
semena-mena, pintu bilik pembedahan unit kardiologi terbuka. Kelihatan Doktor
Wan Zubair keluar dengan baju yang dipenuhi darah di bahagian lengan dan tangan
yang dilitupi dengan glove.
Cepat-cepat
Datin Zafiah bangun dan menghampiri doktor lelaki itu.
“Doktor,
macam mana keadaan anak saya? Dia okay kan?”tanya dia dengan nada risau.
Wan
Zubair membuka face mask dan
membuangnya di tong sampah yang terletak elok ditepi bilik pembedahan ini. Satu
keluhan terbit di bibirnya merungsingkan Datin Zafiah yang begitu bersemangat
untuk mengetahui keadaan Zeril Iskandar.
“Doktor,
anak saya okey kan?”tanya Datin Zafiah balik semula. Takutnya dia nak tahu
jawapan dari doktor lelaki itu.
Wan
Zubair menundukkan muka. “ Anak Datin tenat sekarang ni.”raut wajahnya bertukar
duka.
Terjelepok
Datin Zafiah disitu.
Anak
mama!!
7 ulasan:
alo tenat plak.. :(
smbng lgi♥
sian Zeril..d tenat bersebab..hihi
Bersebab?sbb ape eya?? Dup dap ni nak lg . Sian adriana suruh madz temankan adriana masukkan duit kat dlm bank dia jd lg selamat dan kuarkan skt je tuk hutang . hehe risau mak tiri gelap dunia duit tuduh mcm2 plak
d tenat sebab..tut tut..nnt eya smbung!haha..
mak tiri d 2 mmg ske fikir negatif!hehe
Oh No.. !!! cepat suruh Adriana msk dlm OT temankan Zeril....
hehe..rse2 d pg hospital 2 blik ke x?
tggu..bab seterusnya..
Catat Ulasan