Nur
Adriana memberhentikkan keretanya di luar kawasan rumah dengan satu keluhan
yang panjang. Dia keliru dengan perasaannya ini. Kata hati tidak merelakan dia
pergi tetapi tubuhnya tetap pergi dari situ. Sungguh! Dia bimbangkan kesihatan
Zeril Iskandar. Rasanya belum puas dia bercakap dengan lelaki itu.
Tatkala
kakinya menapak keluar dari kereta, kelibat ibu tirinya kelihatan di ampaian
baju yang bersebelahan dengan motorsikal ayahnya. Aik? Ayah tak pergi surau ke?
Awal betul ayah balik?soalnya sendiri. Kebiasaannya ayah akan pulang selepas
pukul 8 pagi dengan membawa motorsikal.
“Amboi…anak
dara tua ni baru balik dari disko eh? Dah tak reti nak duduk rumah agaknya
perempuan ni.”sindir Puan Farzana dengan selamba. Dia mengambil sehelai baju di
dalam bakul bulat berwarna merah lalu mengibas pakaian itu sebelum menyidainya
di ampaian.
Tersirap
darah Nur Adriana apabila dipanggil anak dara tua. Dah tuakah dia? Rasanya
belum lagi. Umur dia pun baru 26 tahun. Dia mencekak pinggang.
“Kau tak
puas-puas lagi kan nak kritik kehidupan aku? Aku anak dara tua ke, janda ke…itu
masalah aku! Kau tak payah busy body pasal hidup aku.”balasnya dengan nada
kasar.
“Aku
punya mulut, aku punya sukalah.”kata Puan Farzana dengan riak. Dia meneruskan
menyidai baju hingga pakaian di dalam bakul habis.
“Dasar
perempuan tak tahu malu. Dahlah terhegeh-hegeh dengan ayah aku. Patutlah ayah
aku terima peminangan kau.”ujar Nur Adriana sinis.
Mata
Puan Farzana membulat. Terhenti kelakuannya untuk menghabiskan menyidai baju.
Macam mana perempuan ni boleh tahu pulak? Siapa yang bagi tahu dia ni? “Kau
cakap apa ni hah? Bila masa pulak aku melamar ayah kau? Kau jangan memandai nak
reka cerita. Aku tak suka!”katanya dengan sedikit kalut.
Nur
Adriana tergelak sinis. “ Kau suka ke tak suka ke, itu belakang cerita. Apa
yang penting, aku tahu kau yang melamar ayah aku. Oh! Dalam diam kau ni
kategori perempuan gatal jugak erk? Menyesal aku tak tengok kau melamar ayah
aku depan rumah ni. Kalau tak, memang aku boikot kau habis-habisan dari awal
perkahwinan kau sampai ke hari ini!”bentaknya habis-habisan. Patutlah ayah
cepat terima pinangan perempuan tak guna ini selepas ibu meninggal.
Puan
Farzana menghampiri anak tirinya dengan pandangan yang menjelikkan. “Kau kenapa
nak pandang serong terhadap aku? Salah ke seorang perempuan melamar seorang
lelaki? Yang kau tu, dah putus tunang dengan Wan Zubair masih lagi nak teruskan
hubungan kau dengan dia? Perangai tak semenggah. Ada hati nak menilai orang
lain!”balasnya kasar.
Pertarungan
diantara mereka bermula namun itu hanya sementara. Ada insan yang mengganggu
pertelingkahan mereka berdua.
“Nur Adriana!” sahut
seseorang tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri.
Nur Adriana dan Puan
Farzana sama-sama tergamam. Mereka berdua segera berpaling ke sisi. Kelibat
seorang lelaki tegap berkot hitam labuh datang dengan senyuman sinis kemudian
terus mendekati Nur Adriana.
Puan Farzana bagaikan
terpukau melihat lelaki yang berdiri hampir dengan perempuan banduan itu.
Alahai, kacak sungguh budak ini ! Boleh buat menantu ni.detiknya dalam hati.
Nur Adriana terpana. Lelaki
ini begitu menakutkan! Tanpa memberi salam atau memperkenalkan diri, lelaki ini
terus menghampirinya. Siapakah lelaki ini? Pernahkah mereka bertemu sebelum
ini?soalnya dalam hati.
Dengan keberanian yang jelas lagi nyata dia
terus menendang ‘angry bird’ lelaki itu. Hah, rasakan! Baru lelaki itu tahu dia
bukan perempuan yang lemah.
“Auch!! Sakitlah.”jawab
Madz Hazrul dengan gaya meneran. Terduduk dia di atas simen itu.
“Hah, tahu sakit! Lain
kali bagilah salam dulu, brader. Kita orang islam. Salam tu penting. Jangan nak
main dekat-dekat pulak.”bentak Nur Adriana kasar.
Puan Farzana yang
sedang terleka di dunia fantasi tersedar dari lamunan apabila mendengar suara
kesakitan lelaki kacak itu. Cepat-cepat dia menyabarkan anak tirinya.
“Adriana sayang…jangan
kasar sangat. Tengok apa kamu dah buat? Terduduk dia kat atas simen. Cuba jadi
perempuan sikit. Nanti lelaki suka.”katanya dengan selembut yang mungkin.
Sengaja mahu mengambil hati lelaki itu semula. Tangan anak tirinya ditarik
perlahan.
Nur Adriana bagaikan
tidak percaya ibu tirinya boleh berkata begitu dengannya. Lembut betul! Rasa
dia tidak bermimpi di pagi hari kan?
“Lepaskan tangan
aku!”rengusnya kasar. Apahal pulak perempuan tak guna ni tiba-tiba baik dengan
aku? Eeii…rasa geli geliman-pulak. Omelnya dalam hati.
“Maafkan dia, encik.
Dia ni kasar sikit. Maklumlah…bekas pelajar silat. Itu yang kasar macam orang
lelaki. Tapi dalam hati ada taman.”kata Puan Farzana sambil tersengih-sengih.
Madz Hazrul memandang
Nur Adriana tajam. Perempuan ini sudah mempunyai kekasih hati ke? Nampaknya dia
terlepas peluang! Siapalah yang bertuah mendapat hati perempuan ini?
“Yang kau pandang aku,
kenapa? Nak kena lagi ke?”sergah Nur Adriana tanpa rasa takut.
“Awak tolonglah
bangunkan saya. Saya tak mampu nak berdiri tegak. Sakit awak tahu tak?”
Nur Adriana berpeluk
tubuh lalu mengerling kearah lain. “ Padan muka! Siapa suruh dekat dengan aku?
Kan dah kena sebijik!”Tak hingin dia nak guna tangan dia untuk bantu lelaki
ini.
Puan Farzana tanpa
dipinta terus menghulurkan bantuan mengangkat lelaki itu dari duduk di simen.
Nur Adriana mengerutkan
dahi. Eheh…apa kena dengan perempuan ni? Semangat betul dia nak tolong lelaki
ni.
Terpinga-pinga Madz
Hazrul dibuatnya. Dia bangun dengan kesakitan yang masih terasa. Handal betul
perempuan ni sepak ‘angry bird’ dia.
“Terima kasih, Puan.”ucap
Madz Hazrul seraya menundukkan kepala.
Nur Adriana menjeling
dengan ekor matanya. Ucap thank you pun
nak tunduk kepala ke? Cakap ajelah. Nak tunduk-tunduk macam jumpa orang
kenamaan buat apa?dengusnya dalam diam.
“Tak apa. Bukan susah
mana pun.”ujar Puan Farzana dengan sengihan yang melebar.
‘Eheh..perempuan ni ada
jugak yang kena cepuk karang.’ngomel Nur Adriana dengan cebikan di bibir.
“Puan, saya nak jumpa
dengan anak puan boleh? Ada hal yang saya nak cakapkan pada dia.”katanya dengan
terus-terang. Saki hatinya pada Nur Adriana terpaksa ditolak tepi kerana ada
yang lebih penting daripada itu.
“Hah? Kamu nak jumpa
Nur Adriana? Kenapa Mak cik tak boleh dengar sekali ke?”soal Puan Farzana
dengan keluhan kecil.
“Tak boleh, mak cik.
Ini perkara mustahak. Antara saya dan Nur Adriana sahaja yang boleh tahu.”jelas
Madz Hazrul.
Sekali lagi Nur Adriana
mengerutkan dahi. Perkara mustahak? Bila masa pulak aku ada kaitan dengan dia
ni sampai ada perkara mustahak kena bincangkan?gumamnya.
“Err..nampak macam
mustahak sangat. Tak apalah, mak cik
masuk dulu. Nak bagi suami makan pagi. Karang tak bagi, marah pulak dia
nanti.”jawabnya dengan senyuman yang masih tidak lekang dibibir. Dia mengangkat
bakul kosong di atas simen dan membawa ampaian bergerak ke tengah kawasan
rumah. Harap pakaian yang dijemur akan kering tengah hari nanti.
Usai dia meletakkan
ampaian bergerak itu, dia menghampiri anak tirinya dengan pandangan yang sukar
dimengertikan. Nur Adriana sudah memandang lain macam.
“Dalam diam kau
ye…,”bisik Puan Farzana dengan nada sinis.
Nur Adriana mengerling
sekilas seraya dia menolak kasar tubuh badan ibu tirinya. Hah, rasakan!
Puan Farzana merengkot
kesakitan. Mujur dia tak tersembam jatuh ke simen tadi. Kalau tak, malu aje!
Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah.
Sesudah ibu tirnya
masuk ke dalam rumah, Nur Adriana menjeling tajam. “Hah! Sekarang kita berdua
aje ada kat sini. Kau nak cakap apa dengan aku?”kasar sekali gaya bahasa yang
ditonjolkannya.
Madz Hazrul mengangkat
kening. Cakap kasar pulak perempuan ni. Dia tak tahu lagi aku cakap kasar macam
mana. cebiknya dalam hati.
“This place is not appropriate to discuss. Can we talk somewhere else?”dia
perlu berlembut dengan perempuan ini. Jika tidak, rancangannya untuk memberikan
habuan RM 10,000 tidak kesampaian.
Nur Adriana pula yang
mengangkat kening. “Tak boleh cakap kat sini ke? Aku mengantuk, nak tidur
ni.”dia buat-buat menguap. Sengaja mahu membakar perasaan lelaki ini.
“Tak boleh. Aku tak
mahu sesiapapun dengar apa yang kita bualkan.”tegas suara Madz Hazrul. Dia tahu
perempuan ini sengajamahu kelentong dirinya. Sajalah tu nak buat-buat menguap
padahal dia tahu perempuan itu tidak mahu berbual dengannya.
Oh, dah mula cakap
‘aku’ ni. Tak payah nak cover bahasa sangatlah kan! “ Kalau aku tak nak pergi,
macam mana? Kau nak marah aku ke?”ujar Nur Adriana dengan nada riak.
“Aku akan dukung kau
masuk dalam kereta aku. Aku bawak kau pergi rumah aku dan aku akan ikat kau
sampai kau tak boleh bernafas!”ugut Madz Hazrul.
Nur Adriana menelan air
liur. Uikss…garang jugak mamat ni. Eeii…takut pulak aku. Gumamnya.
“Yelah…yelah.” Akhirnya
dia terpaksa mengalah. “Tapi dengan syarat! Kau naik kereta kau, aku naik
kereta aku. Bawak asing-asing.”katanya dengan suara mendatar.
“Bagus! Tapi sebelum
tu…aku nak memperkenalkan diri aku dulu. Aku, Madz Hazrul…pembantu peribadi
Datin Zafiah. Masih ingatkah lagi nama itu dalam fikiran kau?”
Tertelan air liur Nur
Adriana buat kali kedua. Pembantu Peribadi Datin Zafiah? Yang hari tu dia jumpa
kat lobi utama tu?
“Kau…Madz Hazrul? Yang
cakap dengan aku kat telefon tu? Kau?!!”terbeliak matanya.
“Yes. Dan kau jangan
buat-buat lupakan aku pulak. Kita pernah bertembung buat pertama kali dekat
lobi utama Hospital Serdang. Aku harap kau ingat pertemuan pertama
kita.”ujarnya sinis.
Aduh…macam mana aku
boleh buat-buat lupa ni? Patutlah mamat ni nak bincang perkara mustahak. Ini
tidak lain tidak bukan berkaitan Zeril Iskandar ni!
“Jom…jom! Kita bincang
kat tempat lain. Kat sini tak sesuai untuk kita berbincang.”ajak Nur Adriana
laju-laju. Seboleh mungkin dia tidak mahu salah seorang daripada ahli
keluarganya tahu tentang apa yang berlaku padanya sebelum ini.
“My pleasure.”balas Madz Hazrul tenang. Dalam kasar-kasar Nur
Adriana, dia tahu perempuan itu lemah bab ugutan ni. Huh! Nasib kaulah Nur
Adriana!
Mereka berdua keluar
dari rumah itu.
Tanpa mereka sedar, ada
mata yang melihat tingkah mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan Puan Farzana!
*****
“Kenapa kita mesti
berbincang dalam hotel? Kalau kat warung kan lebih bagus? Dah takde tempat lain
ke nak bincang?”sindir Nur Adriana sebaik sahaja menjejakkan kaki ke hotel
mewah Palace Golden Horses. Beberapa hari lepas dia ada pergi di situ dengan
bekas tunangnya, Wan Zubair. Rasa malas pulak nak datang sini balik.
Yelah…kenangan bersama bekas tunang.
Mana boleh nak ingat-ingat.
Madz Hazrul tersenyum
sinis. “Tak salah kan kalau kita berbincang kat sini? Apa class makan di warung? Nonsense!”jawab
Madz Hazrul selamba.
Terbeliak mata Nur
Adriana mendengarnya. “Wah…over jugak kau ni. Nak jadi high class sangatlah
kan? Yelah… Orang kebanyakan macam aku ni susah betul nak makan kat tempat high
class macam hotel ni. Kalau kau rasa nak berbincang sangat kat hotel high class
ni, kau bincanglah sorang-sorang. Aku tak nak!”balasnya sambil berpeluk tubuh. Air cond lobi utama hotel mewah ini
menyapa tubuhnya. Terasa berada di luar negara gamaknya. Sejuk betul!
Mereka masuk ke dalam
hotel itu dengan disambut penyambut tetamu yang berdiri didepan lobi utama
hotel mewah ini. Nur Adriana dan Madz Hazrul tunduk kecil sambil mengukir
senyuman manis.
“Tak salah kan aku demand? Aku cakap demi kepentingan aku
sendiri. Aku dah lama tak makan kat warung semenjak aku jadi pembantu peribadi
Datin Zafiah. So what?”kata Madz
Hazrul dengan riak angkuh.
Nur Adriana ternganga.
Biar betul mamat ni tak makan kat warung? Kesian…kesian. Mesti dah lupa masakan
kampung macam mana rupanya. Yalah…duduk dengan orang kaya, mana makan semua tu.
“Kau asal orang kampung
kan?”tanya Nur Adriana sambil memandang Madz Hazrul.
“Kalau aku asal orang
kampung, kenapa? Ada aku susahkan kau?”
Nur Adriana terdiam.
Dahsyat jugak ayat mamat ni. Dua kali lima sama mulut dengan aku.desisnya dalam
hati.
“Sekarang ni aku nak
kau tutup mulut kau! Jangan banyak cakap. Kita duduk dulu. Lepas tu kau nak cakap...cakaplah
puas-puas.”
Nur Adriana menjeling tajam
lelaki itu. Eeii..ada jugak aku sumbat sambal belacan banyak-banyak! Rengusnya dalam
diam. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Banyak cakap
karang, lelaki ni marah dia pulak.
Penyambut tetamu yang
merupakan seorang wanita telah membawa mereka ke satu tempat yang terletak di ground level hotel mewah ini. Dia hanya
ikut sahaja. Dipandang lelaki itu sedang sibuk bercakap dengan penyambut tetamu
itu. Gaya percakapan lelaki itu menarik perhatiannya.
Cara cakap macam ahli
politik sedang berhujah! Nampak kelakar pun ada. Siap tangan kanan lelaki itu
terangkat ke atas.
Tapi dia hairan, tangan
lelaki itu bagaikan menyembunyikan sesuatu benda. Dia memerhatikan penuh
khusyuk benda di genggaman lelaki itu. Sepertinya, sampul surat putih bersaiz
A5.
Kepalanya diasak dengan
pelbagai persoalan. Adakah surat itu ada kaitan dengannya? Jika ya, apa benda
erk?
9 ulasan:
Duit kot!!xpun tawaran keje jdi penjaga khas zeril..like22222xxx....
haha..duit2..
tggu smbungn seterusnya.. ;)
1. Kenapalah Ariana ni GANAS sgt....dah Mcm samseng kg Dusun Pulak...
2. Walaupun mak tiri tu bencikan dia...dia masih x sesuai nak buat sesuatu yg menyebabkan dia jadi anak derhaka.
3. Tapi mmg tak jemu baca...keep on update
sikit nye dek hehehe nak lagi
kak Eijan..
Adriana kan bekas pesilat..dbb tu d GANAS!!hehe
Dia kne beralah dgn ibu tiri dia skrg ni. sbb klao ayah d tahu..abislah dia!
tq ye kak sbb sdi baca!
lov ur komen!
kak Eida sayang.. ;) hehe
sikit ye kak?haha
eya nk cbe buat pnjgn2..tp tgk dlu mcana.. ;)
truskan mmbaca kak ;)
smbng lgi♥♥♥
insyallah, akk akn smbung..tggu ye.. ;)
Ganas nya... :D
Catat Ulasan