“Awak
tak tidur lagi?” Nur Adriana terkejut tatkala menutup pintu dari dalam. Di
sangka Zeril Iskandar akan lena setelah dia keluar dari bilik itu. Rupa-rupanya
tidak. Wajah lelaki itu tampak suram. Adakah dia penyebabnya sehingga lelaki
itu berubah sebegitu rupa?
“Saya
tunggu awak.”ujar Zeril Iskanda malu-malu. Dia menguis-guis selimut yang berada
di atas pahanya. Dia sanggup duduk bersilang di atas kati semata-mata menunggu
Nur Adriana.
Nur
Adriana mengeluh panjang. Sanggup betul lelaki ini menunggunya. Jika boleh, dia
ingin menjauhkan diri dari lelaki ini. Kepalanya kusut memikirkan perubahan
mendadak Zeril Iskandar.
Dia
melangkah ke depan katil Zeril Iskandar.
“Awak
patut rehat. Besok awak kena bangun awal.”pesannya lembut.
“Saya
akan tidur kalau awak temankan saya.”jawabnya penuh pengharapan.
“Zeril,
awak dah keterlaluan! Jangan jadi kebudak-budakan boleh tak? Saya geram
betullah dengan awak ni. Perangai macam budak kecik!”dengusnya geram. Dahlah
malam makin larut, tak reti-reti jugak nak tidur! Apa nak jadi lah lelaki ini.
Nak ikut cakap dia je. Rungutnya dalam hati.
“Saya
suka awak marah saya. Suka sangat!”matanya bersinar-sinar. Merenung tepat ke
wajah Nur Adriana yang kemerah-merahan itu. Tertunduk muka perempuan itu apabila
dia berkata begitu. Salahkah dia suka perempuan itu memarahinya?Pastinya tidak.
Kerana dia tahu apabila dia dimarahi Nur Adriana, dia terasa disayangi. Sudah
lama dia tidak merasa dimarahi orang. Mama pun tidak pernah memarahinya.
“Tadi
muka cemberut sangat. Sekarang ni ceria pulak. Kebudak-budakkan betul awak
ni!”cebiknya.
“Awak
nak tahu, Adriana…”belum Zeril Iskandar menyambung ayatnya, dia memintas. “Saya
tak nak tahu pun.”Nur Adriana berpeluk tubuh sambil kepalanya mengadap dinding.
“Awak
ni, saya belum habis cakap lagilah.”Zeril Iskandar menggeleng-gelengkan kepala.
Mulut Nur Adriana terheret ke tepi. Bengang.
“Saya
tak pernah dimarahi sesiapapun selama ini. Awaklah orang pertama yang memarahi
saya.”katanya dengan suara yang cukup perlahan.
Nur
Adriana menjeling Zeril Iskandar dengan ekor matanya. “ Yelah, sangat.”ujarnya
sinis. “Tipulah kalau orang tak pernah marah awak. Habis, cikgu awak kat
sekolah tu takan tak pernah marah awak kut?”
“Tak
pernah. Dulu saya bersekolah di private
school. Bukan sekolah di tempat orang kebanyakan. Kan saya anak orang
kaya.”kata Zeril Iskandar dengan bangga.
Dulu
dia bersekolah di Kolej Tunku Jaafar, Negeri Sembilan. Mama hantarnya ke situ
supaya dia dapat menumpukan seratus peratus pada pelajaran kerana di situ memang
mengutamakan bidang pelajaran berbanding bidang lain. Hatinya gembira berada di
situ kerana di tempat itulah dia berjumpa pertama kali dengan Irma Amanda dan
ditempat itulah dia memulakan percintaan dengan perempuan itu. Namun kini
semuanya hancur berkecai. Teman wanita yang dicintai telah menjadi tunangan
orang. Harapannya untuk mendirikan rumahtangga bersama perempuan itu musnah.
“Private school? Wah, dahsyat tu. Duit
banyak memang dapat masuk sekolah tu. Orang kebanyakan macam saya manalah mampu
nak masuk private school.”kata Nur Adriana merendah diri.
Zeril
Iskandar tersengih. “Tapi jujur saya cakap, memang saya tak pernah dimarahi
sesiapapun didunia ini. Mama dan papa saya pun tak pernah marah saya. Saya aje
yang suka marah orang.”dia tergelak kecil.
Beruntung
Zeril Iskandar. Dia apa yang untung? Rugi adalah. Waktu di penjara dulu, selalu
dia kena marah sekirannya dia terlambat bangun solat subuh. Waktu pagi memang
susah dia hendak bangun terutama bila dia cuti kerja. Kalau bangun pun, bangun
sekejap aje. Lepas tu balik dibuai mimpi. Sembahyang pun ditinggalkan.
“Awak
marah macam singa mengaum. Kalau boleh nak bagi kemarahan awak tu semua orang
boleh dengar. Nasib baik awak marah saya masa dadah kat lorong tu tak ada.
Kalau tak dah lama awak kena ‘inject’ dengan ? dadah.
“Saya
marah teruk sangat ye? Itulah, siapa suruh usik kereta saya. Kereta tu limited edition, susah nak dapat tau.
Sembarangan orang tak boleh pegang dan sentuh walau secalit pun.”
“Ala,
awak jangan cakap besar. Allah tarik balik nikmat yang awak bagi tu baru padan
muka. Menyesal tak sudah nanti. So, jangan riak sangat.”balas Nur Adriana
diselangi dengan sedikit teguran. Lelaki ni terlalu angkuh sangat dengan apa
yang dimiliki. Syed Bukharry, billionair melayu pun pakai kereta perdana aje
bila bekerja. Tak ada pun nak angkuh macam dia ni.ngomelnya dalam hati.
Zeril
Iskandar terdiam. Dia terlalu angkuh ke bila bercakap? Aduhai…kena marah lagi
dengan Nur Adriana. Tapi takpe, marah Nur Adriana kan best? Dia suka perempuan itu memarahinya dan
dia terasa makin disayangi! Ah! Indahnya perasaan ini…
“Diam,
diam tu maknanya betullah awak cakap besar kan? Lepas ni jangan sekali-kali nak
cakap besar dengan saya. Saya luku kepala awak macam tadi, nak?”gertak Nur
Adriana.
Zeril
Iskandar ketawa kecil. “Tak nak…tak nak. Sumpah saya tak cakap besar depan awak
tapi bila cakap dengan orang lain, insyallah saya akan berlagak.”tidak
semena-mena Nur Adriana mengangkat tangan ke atas.
“Nak
kena luku ke?” terjengil matanya.
Zeril
Iskandar mengangkat selimutnya hingga naik ke kepala. Takut kena luku kepala,
baik dia selimutkan diri.
“Tau
takut.”kata Nur Adriana dengan nada angkuh. “Dah, saya ada kat sini. Awak tidur
sekarang. Esok pagi nak bangun awal.”tegas suaranya memberikan arahan. Zeril
Iskandar menurunkan selimutnya hingga ke paha.
“Awak
jangan luku kepala saya. Kalau tak, saya tak nak tidur.”
“Mengada-ngada
punya lelaki.”cebik Nur Adriana geram. “Dah, tidur sekarang.”arahnya lagi.
“Yelah…yelah.
Saya tidur. Awak temankan saya ye. Jangan balik rumah lagi tau. Awak tunggu
sampai saya selesai pembedahan baru awak boleh balik rumah.”pesan lelaki itu.
Dia mahu Nur Adriana dekat dengannya.
“Hesy,
mengada-ngada betul lelaki ni.”gerutunya lagi. “Tidurlah, saya temankan.”
“Okey,
selamat malam sayangku…Nur Adriana.”Zeril Iskandar tersengih-sengih bagaikan
kerang busuk. Sengaja dia memanggil Nur Adriana sayang. Itu langkahnya yang
pertama untuk memenangi hati perempuan ini.
Nur
Adriana merengus. “Tidurlah! Otak dah mereng kut nak panggil sayang malam-malam
ni.”
Zeril
Iskandar mula baring. Matanya dipejamkan dengan senyuman melebar. Tidurnya
malam ini diselangi dengan senyuman. Hatinya gembira malam ini. Indahnya
bersama Nur Adriana…
*****
Sejam
sebelum waktu subuh menjelma, mata Zeril Iskandar terbuka tiba-tiba. Terkebil-kebil
dia menahan cahaya lampu siling di atas katilnya. Kepalanya tidak larat untuk
berpusing ke kiri dan kanan.
“Argh…kenapa
aku bangun awal ni?”dalam keadaan lemah, dia berkata sendiri. Terasa ingin
tidur kembali tetapi matanya tidak mampu untuk menutup semula. Entah kenapa,
dia teringin melihat wajah Nur Adriana. Di mana perempuan itu sekarang? Dah
balik rumah ke?
“Kalau
dia balik, sedihnya aku sorang-sorang kat sini. Nur Adriana, di mana engkau
berada sayang?”sayu suaranya. Terasa mahu menangis di kala ini.
Tidak
semena-mena, airmatanya jatuh melurut ke pipi. Argh! Dia menangis lagi. Tangan
kanannya diangkat untuk mengesat airmata, namun dia tergamam. Ada benda
disebelahnya yang seakan-akan helaian rambut. Rambut? Rambut Nur Adriana ke?
Dengan
payah, dia memalingkan sedikit kepalanya ke kanan. Memang benar! Rambut itu
memang milik Nur Adriana.
Tangannya
perlahan-lahan diangkat lalu disentuh lembut ubun-ubun milik Nur Adriana. Jika
perempuan ini tahu dia memegang rambutnya, pasti dia akan dimarahi dengan
teruk.
“Sayang,
walau apapun yang terjadi…jangan tinggalkan Zeril ye. Zeril sayang Nur
Adriana.”bergetar suaranya. Akhirnya keluar airmata lelakinya. Sesungguhnya,
tiada perempuan lain yang akan bertakhta dihatinya. Hanya Nur Adriana seorang
sahaja yang mampu memiliki sekeping hati miliknya.
Dia
tidur kembali dengan perasaan sedih yang terbuku dihatinya. Airmata yang
mengalir di tubirnya dibiarkan. Biarlah airmata ini hilang dengan sendirinya.
*****
Pintu
bilik Zeril Iskandar diketuk dari luar. Ketukan yang agak kuat itu menyedarkan
Nur Adriana yang lena dibuai mimpi di atas tilam Zeril Iskandar.
Masya-Allah…aku tertidur kat sini rupanya. omelnya sendiri.
“Siapa
tu?”jeritnya dengan nada mendatar. Dia bangun malas sambil menonyoh sepasang
matanya. Mengantuknya tak hilang lagi. Rasa belum puas lagi dia tidur.
“Nur
Adriana, bukak pintu. Prof. ni.”kata Prof. Dr.Azmi dari luar.
Mata
Nur Adriana segar tiba-tiba. Prof.Dr.Azmi? Dia segera melangkah menuju ke depan
pintu lalu dikuak lebar. “Nak apa, Prof?”
“Saya
ambikkan air wuduk untuk Zeril Iskandar. Sekarang dah waktu subuh.”ujar
Prof.Dr.Azmi. Kedua tangan doktor itu sudah tersedia mangkuk bulat berisi air.
Mata Nur Adriana terbeliak. Dah waktu subuh? Astagfirullahalazim…lamanya dia
tidur kat sini! detiknya dalam hati.
“Dah
subuh ye, Prof. Saya tak perasan dah masuk waktu subuh.”Nur Adriana menepuk dahi.
“Kat
sini mana bunyi azan mestilah awak tak dengar. Awak tidur kat sini
ke?”Prof.Dr.Azmi mula masuk. Nur Adriana lantas menutup pintu.
“A’ah.
Saya tak sedar saya tidur sini tadi. Ingatkan bila Zeril Iskandar tidur,
dapatlah saya tidur dalam kereta saya kejap. Tak sangka pulak saya tertidur kat
sini.” rambutnya dirapikan agar kembali kepada asal. Rambutnya memang agak
selekeh apabila tidur. Mujur Zeril Iskandar tak perasan dia tertidur kat tepi
dia. Kalau tak, mana dia nak letak muka ni. First time tau tidur dengan lelaki
sebelah menyebelah ni. Ya Allah, maafkan hambamu kerana tidak sedar akan
perkara ini. Dia janji dia tidak akan tidur lagi disebelah lelaki yang bukan
mahramnya.
“Awak
pergilah solat dulu kat surau. Biar saya kejutkan Zeril Iskandar.”pesan doktor
lelaki itu. Dia mengangguk. Okey jugak tu. Bolehlah dia menunaikan solat subuh
di surau.
“Saya
pergi dulu ye, Prof. Nanti saya datang balik.”katanya dengan lembut sebelum dia
melangkah keluar dari bilik itu.
Prof.Dr.Azmi
mengangguk. Selepas Nur Adriana keluar dari bilik itu, dengan segera dia
mengejutkan Zeril Iskandar.
“Zeril
Iskandar, bangun. Dah subuh ni. Awak kena solat.”ucapnya lembut. Dia menyentuh
lembut badan Zeril Iskandar.
Zeril
Iskandar bagaikan terbuai apabila ada seseorang memegang tangannya. Ah! Mesti
Nur Adriana ni. Dengan pantas dia menangkap tangan itu. Dibawa tangan itu ke
mukanya.
Prof.Dr.Azmi
terkejut. Dia pantas menarik tangannya kembali. “Apa awak buat ni, Zeril?”jerit
doktor lelaki itu. Hampir terjatuh mangkuk yang dipegang. Tidak semena-mena
Zeril Iskandar membuka mata. “ Ya Allah, Prof. Saya terpegang tangan Prof. ke?”
“Awak
ni gila ke apa? Awak ingat siapa yang pegang tangan awak? Nur Adriana ke?”geli
rasanya apabila tangannya dibelai jantina yang sama dengannya.
“Sorry,
Prof. I’m so sorry.”Zeril Iskandar memohon ampun.
“Hesy,
Adriana nampak ni mesti dia gelak kat awak.”Prof.Dr.Azmi mengeleng-gelengkan
kepala. “ Dah, bangun. Sembahyang. Lagi satu jam lagi awak nak kena buat
pembedahan. So, dalam sejam tu awak kena berpuasa sebab nanti awak kena suntik
ubat bius.
“Saya kena puasa, Prof?” Zeril Iskandar terkejut.
“Prof.Dr.Azmi
mengangguk. “Yup. Itu perkara biasa bagi seorang pesakit sebelum menjalani
pembedahan.”ujarnya.
“Nur
Adriana mana, Prof.? Saya tak nampak pun dia?”Zeril Iskandar mula risau.
“Saya
suruh dia solat kat surau.”balasnya dengan senyuman terukir. “Kenapa awak
tanya? Awak nak sembahyang dengan dia lagi ke?”soalnya.
Memanglah
nak, siapa yang tak nak sembahyang dengan perempuan kesayangan kan?katanya
dalam hati.
“Taklah.
Saya saja tanya aje.”jawabnya dengan nada perlahan. Kempunan dia nak sembahyang
dengan perempuan kesayangannya. Hmm…
*****
Selesai
menyudahkan solat subuh dua rakaat, Nur Adriana bersandar di dinding surau. Lambat
juga dia sembahyang subuh hari ini. Dah nak pukul tujuh pun. Matanya terasa
mengantuk. Tetapi dia kena tahan mata. Selepas solat subuh, mana boleh sambung
tidur.
“Hmm…kejap
lagi Zeril Iskandar nak kena bedah. Aku pulak kejap lagi kena balik. Harap
pembedahan dia berjalan lancar.”katanya seorang diri. Tiada penghuni didalam
surau ini, dapatlah dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
“Nak
teman dia ke tak?”fikirnya. Nak teman boleh aje. Kalau sampai masuk dalam bilik
pembedahan, memang dia tak dapat nak tunaikan permintaan Zeril Iskandar.
Kemungkinan besar Wan Zubair akan turut serta menjadi doktor pembedahan
tersebut. Dia tak ingin untuk bertembung dengan lelaki itu. Hatinya sakit,
jiwanya pedih. Dah putus tunang ni, lebih baik dia menjauhkan diri. Dia tahu
Wan Zubair akan mencarinya.
“Tak
boleh…tak boleh. Aku tak boleh temankan dia. Aku mesti bagi tahu dia secepat
mungkin.” katanya lagi.
Dia
mula bangkit. Tak jadilah nak rehat kat sini. Baik dia balik rumah. Wan Zubair
pun mungkin dah nak sampai, ada baiknya dia pulang ke rumah dan merehatkan diri
sepuas-puasnya.
Selipar
disarungkan ke kaki dan dia teruskan langkahnya kembali semula ke bilik Zeril
Iskandar.
Apabila
masuk di lorong bilik Zeril Iskandar, riak wajahnya berubah. Kakinya kaku tidak
bergerak. Orang itu! Orang itu dah datang!!
Ya,
Allah. Aku tak sanggup menemui dirinya. Rintihnya dalam hati. Dia segera
menyembunyikan diri disebalik dinding. Dia menarik nafas panjang.
Zeril
Iskandar, selamat tinggal! Semoga pembedahan awak berjaya.
4 ulasan:
sambung lagi akak! :)
Insyallah akk smbung smula..tp nnt dlu sbb nk smbung karya lama akk.. ;)
wah eya wat stop kat debar2 ni hahaha .. hmmm terjumpa ke tak agaknya ngan wan tu ? best dek :)
stop kejap aje..insyallah mggu dpn eya smbung blik..tunggu ye..
Catat Ulasan