“Apa yang awak cakap
ni? Saya tak salah dengar kan?”tubuh badannya dipalingkan ke belakang semula.
Raut wajah Zeril Iskandar yang bersinar-sinar membuatkan hatinya jatuh suka
dengan lelaki itu. Oh tidak! Adakah dia telah mula menyukai lelaki ini?
Janganlah, Nur Adriana. Lelaki ni memang tak layak untuk kau apatah lagi nak
berdamping dengan kau.’kata hatinya.
Zeril Iskandar tahu Nur
Adriana terkejut apabila dia berkata begitu tapi apa salahnya dia hendak solat
bersama dengan perempuan itu? Bukannya perempuan ini solat dekat sebelah dia
pun. Atas lantai sebelah katil dia aje. Itu pun tak boleh ke?
“Saya nak solat dengan
awak. Solat isyak sama-sama.”jawabnya dengan senyuman melebar.
Nur Adriana terlopong.
Gila ke apa lelaki ni nak solat sama-sama dengan dia? Solat ajelah
sorang-sorang!.“Are you kidding? Kita mana boleh sembahyang sama-sama. Takkan
saya nak sembahyang sebelah awak kut?”keningnya teraangkat. Hairan betul dia
dengan lelaki ni. Buat permintaan yang bukan-bukan.
“Saya tak bergurau dan
saya tak main-main dalam bab solat ni. Awak pulak jangan ingat awak sembahyang
sebelah saya. Katil ni mana muat nak solat sama-sama. Awak solatlah kat tepi
katil ni. Saya solat dalam keadaan berbaring.” Nur Adriana tertunduk malu.
Zeril Iskandar suka betul mengenakan dia. Tapi, biar betul lelaki ni nak solat
sama-sama dengan dia? Dia rasa macam duduk dalam fantasi pulak. Lelaki ni dalam diam kuat agama dan dia
berasa teramat kagum!
“Kalau macam tu kata
awak, saya terpaksa menurut walaupun saya nak solat kat surau hospital
ni.”jawabnya dengan nada perlahan. Terpaksa dan tidak rela. Dia biasa solat
secara keseorangan. Apabila Zeril Iskandar membuat permintaan sebegini, dia
jadi pelik. Apa kena dengan Zeril Iskandar ni pun dia tak tahu. “Nanti saya
panggilkan Prof.Dr.Azmi.”Dia kembali berpaling ke pintu masuk bilik ini. Mahu
keluar dan mengurangkan rasa gemuruh di dada.
Cemburu Zeril Iskandar
membara semula. Buat apa perempuan ni nak panggil Prof.Dr.Azmi pulak ni? Nak
ajak doktor lelaki tu solat sama-sama dengan mereka ke? “ Apa kaitan dengan
doktor lelaki tu pulak? Kita nak sembahyang berdua aje. Bukan bertiga!”
Nur Adriana mengeluh
buat kesekian kalinya. Lelaki ni memang bila tiba bab membalas, suka membalas
ayat yang krang bijak. Orang tanya lain, dia jawab lain. Sabar ajelah dapat
berkenalan dengan lelaki ini.
“Saya panggil Prof. sebab
nak dia bantu awak ambikkan air sembahyang. Awak nak ambik sembahyang tanpa wuduk
ke?”dengusnya geram.
Zeril Iskandar terdiam.
Betul jugak cakap Nur Adriana tu. Kalau air sembahyang tak ada, macam mana nak
sembahyang? Dia pun satu, tak fikir dulu sebelum menjawab.
“Baiklah. Saya bukannya
mampu nak ambik sembahyang kat bilik air. Nak kencing pun nurse kena tadahkan
mangkuk.”Dia tidak bergurau dalam bab membuang air kecil ini. Dalam beberapa
hari ni dia langsung tidak membuang air besar. Jadi dia tidak perlu bangun
dengan pergi ke tandas untuk membuang air besar.
“Yuks! Jijiknya. Itu
pun nak bagi tahu ke?”geli pulak Nur Adriana mendengarnya. Zeril Iskandar
tegelak kecil. Sepatutnya dia tidak perlu memberitahu Nur Adriana pasal perkara
ni tapi mulutnya tak boleh nak berdiam diri apabila bertemu perempuan ini. Jika
boleh, semua yang ada dalam dirinya dia hendak khabarkan pada perempuan yang
bernama Nur Adriana.
“Opss.. Terlebih
sudah!”Zeril Iskandar menutup mulutnya dengan ketawa yang masih bersisa.
“Awak ni ada-ada aje.
Dahlah, saya nak jumpa Prof. kejap lepas tu ambik air sembahyang.. Awak jangan
buat perkara diluar jangkaan. Duduk aje diam-diam kat situ.”tegas Nur Adriana.
Malas dia nak cakap banyak-banyak. Banyak cakap kang, solat pun boleh lupa.
Zeril Iskandar
tersenyum. Baiknya perempuan ni. Sanggup dia panggil doktor lelaki tu
semata-mata nak bantu dia ambik wuduk. Bertuah lelaki yang dapat Nur Adriana.
“Awak pergilah. Saya
tunggu. Awak jangan tak datang pulak.”ujarnya sedikit merintih. Dia harap
janganlah perempuan tu beredar dari hospital ini secepat mungkin. Dia tidak
sanggup membiarkan perempuan itu hilang dari pandangan matanya.
“Hesy, mengada-ngada
betul!"rungutnya seraya terus keluar dari bilik. Manja betul si Zeril ni. Seram
sejuk badannya apabila mendengar nada lelaki itu.
Tidak lekang senyuman
dibibir Zeril Iskandar. Bestnya Nur Adriana datang!!
***
Dia berjumpa
Prof.Dr.Azmi di bilik kerjanya setelah nurse di kaunter memberitahunya doktor
lelaki itu sedang memeriksa rekod-rekod pesakit yang masuk ke dalam unit
kecemasan ini.
“Doktor sibuk sangat
ke? Saya ada hal nak cakap dengan doktor ni.”katanya setelah doktor lelaki itu
mempelawa dia duduk di meja kerjanya.
“Awak nak cakap apa,
Nur Adriana?”Prof.Dr.Azmi berhenti menyelak kertas di dalam fail. Dia
meletakkan fail itu diatas meja dan merenung Nur Adriana.
Nur Adriana terasa malu
apabila dipandang begitu.Kepalanya ditundukkan.
Doktor ni dahlah hensem, lepas tu pandang dia macam nak telan. Hisy! Apa dia merepek ni?fikirnya.
“Awak kata nak cakap sesuatu
dengan saya? Kenapa tunduk muka tu? Takut saya renung mata awak ke?”
Nur Adriana mengangkat
muka.“Eh, mana ada saya malu.”pantas dia menidakkan. Doktor ni pun satu nakal
jugak macam Zeril tu. Ada aje nak usik dia. Ketuk dahi baru tahu. omelnya dalam
hati.
“Kalau awak malu, awak
takkan tunduk muka, cik Nur Adriana.”jawabnya diselangi dengan senyuman sinis.”Okay. Now. Just straight to the point.
Awak nak apa dari saya? Hmm?”soalnya semula.
“Sebenarnya saya nak
mintak pertolongan sikit dari Prof.”katanya lambat-lambat. Harap doktor lelaki ini boleh membantunya. Tapi boleh ke
doktor ni bantu?Nampak macam tak boleh aje sebab tengok dia ada banyak
kerja.Kalau dia tak boleh nak tolong, dengan siapa lagi dia nak mintak bantuan?
Takkan nak mintak tolong dengan pihak hospital ni? Dia bukannya kenal orang kat
sini pun.
“Bantuan apa? Penting
ke?”tanya doktor itu sambil mengerutkan dahi.
“Penting sangat, Prof.
Dan saya rasa Prof. lah yang paling layak untuk tolong saya dalam hal ni. Saya
nak Prof. tolong Zeril Iskandar ambik air sembahyang. Dia tak mampu nak bangun
apatah lagi berjalan ke tandas. Jadi saya harap Prof. dapat membantu dia
melaksanakan wuduk itu dengan sempurna.
Prof.Dr.Azmi bersandar
dikerusi sambil berpeluk tubuh. “Itu aje yang awak nak saya lakukan? Boleh. Apa
salahnya? Tak sangka dalam sakit-sakit dia masih lagi ingin bersolat. Jarang
pesakit di unit kecemasan ini melakukan perkara sebegini. Zeril Iskandar adalah
orang pertama yang melakukannya dan saya amat berbangga dengan awak, Nur Adriana.”
Nur Adriana terkejut.
“Berbangga dengan saya? Saya tak buat apa-apa pun.”
“Awak tak buat
apa-apa?Jangan cakap macam tu. Kerana awaklah dia nak bersolat. Kalau tidak,
dia tak akan solat. Baring aje atas katil tu tanpa berbuat apa-apa.”
“Err…Prof. jangan salah
anggap. Dia yang buat keputusan untuk menunaikan sembahyang, bukan
saya.”sanggahnya.
“Tapi awak mesti cakap
awak nak solat kan?”Doktor ni memang pandai menggunakan psikologilah. Ini
doktor bahagian unit kecemasan ke unit
psikologi? Pandai betul dia menelah apa yang ada dalam fikiran manusia.
Nur Adriana hanya
mengangguk.
“Hah, kan betul apa
yang saya cakap.. Kalau tak ada orang nak suruh, dia tak akan buat perkara tu.
Saya memang banggalah dengan awak, Nur Adriana.”
“Please, Prof. Janganlah bangga-bangga dengan saya. Saya tak buat
apa-apa pun.”rayunya. “Saya tak nak buang masa lagi. Solat tak boleh
dilengah-lengahkan.”Dia mula bangun dari kerusi. “Prof. dah solat ke?”
Kerongkong Prof.Dr.Azmi
bagaikan tersekat apabila Nur Adriana menuturkan ayat itu. Solat? Memang dia
belum solat lagi. Sibuk memeriksa pesakit tadi sampai lupa nak solat Isyak.
“Belum lagi. Saya sibuk
sikit tadi sampai lupa nak solat isyak.”katanya.
“Haa..Prof kerja, kerja
jugak. Suruhan tuhan jangan lupa buat. Kalau tak masuk api neraka tau.”balasnya
dengan mengerakkan jari telunjuknya. Suaranya berubah menjadi sedikit manja.
Macam budak kecil lagaknya.
Prof.Dr.Azmi
mengeleng-gelengkan kepala sambil bibirnya mengukir senyuman manis. Suara Nur
Adriana menarik perhatiannya. Agak keanak-anakan suara itu. Patutlah senang
sangat Zeril Iskandar terpaut pada Nur Adriana.
Sebelum Nur Adriana
masuk ke dalam bilik Zeril Iskandar tadi, dia sempat berbual-bual dengan
pesakit itu. Sememangnya pesakit itu menyukai Nur Adriana. Katanya, dia suka
dengan sikap perempuan itu yang berlainan daripada perempuan lain. Nampak kasar
tetapi secara batinnya penyayang orangnya. Dia pun dalam diam suka dengan sikap
Nur Adriana namun perasaan suka itu perlu ditolak jauh. Dia perlu setia pada yang
satu.
“Awak keluarlah dulu.
Nanti saya datang bilik Zeril. Saya nak tengok rekod pesakit kejap.”balasnya
sambil tangannya membuka semula rekod pesakit yang ditutup tadi.
“Jangan lupa datang.
Saya tak boleh nak bantu dia ambik wuduk.”pesannya dengan suara yang sedikit
tegas.
“Ye…ye. Nanti saya
datang.”masih lagi senyuman terukir di bibirnya.
Nur Adriana lega.
Prof.Dr.Azmi memang doktor yang baik. Dia tersenyum sebelum membuka pintu lalu
keluar dari situ. Selepas ini, dia akan ke surau. Mengambil air sembahyang dan
meminjam telekung dan sejadah hospital. Nak tak nak, dia perlu sembahyang jugak
sebelah Zeril Iskandar walaupun di atas lantai.
***
Termengah-mengah dia
berlari keluar dari surau kecil yang terletak dibahagian belakang unit kecemasan
setelah selesai mengambil wuduk. Telekung dan sejadah milik surau dipinjam buat
sementara waktu. Mujur kebanyakan orang yang datang ke unit kecemasan ini tidak
memandang jelik kearahnya yang berlari bagai ternampak hantu itu.
Sampai sahaja di depan
pintu bilik Zeril Iskandar, dia mengurut dada perlahan. Dadanya yang
tercungap-cungap berlari tadi segera dihapuskan dengan menarik nafas panjang.
Setelah dadanya tidak terasa terlalu ‘semput’ sangat, tombol pintu ditarik lalu
dibuka pintu bilik Zeril Iskandar.
“Lamanya awak kat luar
tadi.”sindirnya sinis. Sengaja mendera perasaan Nur Adriana.
Nur Adriana apalagi,
membuat muka selambanya dengan meletakkan telekung diatas tiang tepi Zeril
Iskandar tanpa menbalas ayat itu. Arah kiblat yang dipamerkan diatas syiling,
Nur Adriana ikuti. Sejadah dibentangkan di atas lantai mengikut arah kiblat
yang ditunjukkan menggunakan anak panah berwarna merah.
“Eh, awak nak
sembahyang dah ke?”Zeril Iskandar rasa berdebar. Ala, baru nak sembahyang
dengan perempuan ni. Takkan dia nak sembahyang dulu kut? Orang nak sembahyang
dengan dia ni. Getus hatinya.
“A’ah.”sepatah dia
menjawab. Langsung tidak memandang wajah lelaki itu sebaliknya dia membetulkan
sejadah yang dibentang tadi agar tidak terkelepit dicelah-celah sejadah itu.
Air sembahyang yang masih lagi di wajahnya tidak dikesat dengan tuala kecil
sebaliknya dia membiarkan sahaja. Air cond yang dibuka didalam bilik ini
sedikit demi sedikit akan menghilangkan air wuduk ini. Dia tiada tuala kecil
untuk mengelap mukanya. Jadi dibiarkan lebih elok.
“Awak janganlah
sembahyang dulu. Sembahyanglah dengan saya.”rengeknya seperti budak kecil. “
Saya tak ambik air sembahyang lagi. Doktor lelaki tu pun tak datang lagi. Awak
tunggulah saya erk?”pintanya.
Tidak keruan Nur
Adriana mendengar ayat itu. Dia mengalihkan tumpuannya kearah Zeril Iskandar. Dadanya berdegup kencang. Eeii…mengadanya dia
ni.
“Awak tak ambik air
sembahyang? Prof. belum tak datang lagi ke?”tanya dia dengan mengerutkan dahi.
Pelik. Tadi dia yang pesan pada Prof.Dr.Azmi supaya datang ke bilik ini dan
membantu Zeril Iskandar mengambil air sembahyang tapi dia tak datang jugak.
Doktor tu memang nak kena ni!omelnya dalam hati.
Tiba-tiba pintu dikuak
dari luar. Prof. Dr.Azmi! Datang pun dia akhirnya.
“Prof, kenapa lambat?”
Nur Adriana pantas bangun dari duduk mencangkung. Dia mencekak pinggang.
Matanya dibulatkan.
Prof.Dr.Azmi tergamam.
Tak sedar Nur Adriana ada di depan pintu. “ Eh, awak ni main sergah aje.
Tunggulah saya masuk dulu.”nadanya sedikit marah. Dia menutup pintu bilik ini.
“Opss…Prof. dah marah
la.”ujarnya sinis. Dia tak ambil hati pun. Bukan dia sengaja nak
menakut-nakutkan doktor lelaki itu. Dah dia duduk di depan pintu, mestilah
doktor ni terkejut.
“Saya lambat sebab saya
sembahyang kat surau tadi. Yang awak bentangkan sejadah ni buat apa? Dah nak
sembahyang sangat ke? Kata tadi nak sembahyang dengan Zeril?”sinis suaranya.
Nur Adriana terdiam.
Prof. Dr.Azmi pergi sembahyang? Dia tak nampak pun.
“Awak angkat sejadah tu
dulu. Saya nak ambik air paip kat bilik belakang.”arah Prof.Dr.Azmi tegas.
“Saya tak nampak pun
Prof. sembahyang tadi. Prof. tipu saya ye?”
“Ya Allah! Buat apa
saya nak menipu? Saya sembahyang kat surau la tadi. Kat bahagian lelaki. Takkan
saya nak sembahyang kat bahagian wanita pulak.”terdiam Nur Adriana sekali lagi.
Ada benarnya kata doktor itu. Macam mana dia tak boleh fikir dalam surau ni ada
dua bahagian? Hesy. Tak pasal-pasal kena marah lagi.
“Awak ni kan, saya
cubit jugak pipi awak tu. Ada aje nak menjawab. Mulut tu tak boleh nak duduk
diam langsung. Menjawab aje kerjanya.”sambungnya lagi. Muncung sedepa Nur
Adriana.
“Dahlah, sekarang ni
saya nak pergi ambik air paip kat belakang tu. Zeril, awak dah bersedia untuk
solat?”tanya dia dengan senyuman dibibir.
Zeril Iskandar
mengangguk pantas. Tak sabarnya nak sembahyang. Dah lama ibadah sembahyang
diketepikan semenjak dia berpisah secara tak rasmi dengan Irma Amanda.
Nur Adriana merasakan
Zeril Iskandar begitu gembira apabila dapat bersolat semula. Dia turut gembira
dengan pelakuan lelaki itu. Dia berdoa agar Zeril Iskandar akan berubah dan tak
akan mengulangi perkara yang lepas.
Prof.Dr.Azmi pergi ke
belakang. Dia mahu tadah air dalam mangkuk bulat kemudian direnjis ke muka
Zeril Iskandar. Pesakit itu memang sukar hendak berjalan. Kesakitan yang ditanggung
menyukarkan dia berjalan. Tak mengapalah. Dia akan membantu pesakit lelaki itu
sedaya yang mungkin.
Nur Adriana mengambil
telekung diatas katil Zeril Iskandar lalu dipakai dengan selamba. Tidak malu unutk
mengenakan telekung didepan lelaki itu kerana apa gunanya dia hendak malu? Bukannya
dia telanjang depan Zeril Iskandar pun.
Tali yang berada di
kiri dan kanan telekung itu diikat. Terpegun Zeril Iskandar di situ. Indahnya
ciptaan yang maha esa. Berseri-seri wajah Nur Adriana tatkala memakai telekung.
“Awak cantik sangat,
Adriana.”pujinya.
Terkedu Nur Adriana.
Hesy! Mamat ni pandang dia ke tadi? Aduh, dia pulak naik segan. Aku biasa-biasa
ajelah. kata hatinya. Tidak diluahkan.
“Awak ni suka sangat
buat lawak kan? Saya mana ada cantiklah. Saya perempuan biasa aje. Awak jangan
memandai nak cakap saya cantik tau.”cebiknya geram.
“Saya seriuslah. Awak
tu janganlah suka mencebik mulut. Saya ikhlas cakap awak cantik. Kalau cakap
awak hodoh, awak marah saya pulak.”
Nur Adriana mengerakkan
mulutnya. Pandai betul dia ni menjawab!
“Haa..apa yang kamu
berdua bualkan ni? Tak puas-puas lagi bergaduh mulut?”sampuk Prof. Dr.Azmi. Di
sebalik dinding bilik belakang tadi, dia perhatikan kelakuan mereka berdua.
“Err…Prof. Tak perasan
saya Prof. dah masuk.”wajahnya cemberut. Zeril Iskandar sekadar tersengih.
“Takde lah lama sangat.
Baru berapa minit aje pun.”doktor itu sempat memerli dia.
“Awak ke tepi sikit.
Saya nak tolong Zeril ambik air sembahyang.”Nur Adriana menjauhkan dirinya. Dia
duduk depan pintu sambil tangannya memegang sejadah. “Awak, Zeril baring
sekarang.”Zeril Iskandar akur dengan arahan itu.
“Baik, Prof.” Dia
baring perlahan-lahan walaupun agak payah. Prof.Dr.Azmi yang perasan pesakitnya
sukar untuk berbaring segera meletakkan mangkuk bulat itu di atas laci sebelum
dia membantu Zeril Iskandar baring.
“Perlahan-lahan, Zeril.
Lunjurkan kaki tu. Jangan gopoh. Nanti awak sakit lagi.”ujarnya risau dengan
keadaan pesakitnya.
“Baik, Prof. Untuk
meredakan kesakitannya, dia ikutkan kata doktor lelaki itu. Payah memang payah.
Hampir satu jam dia duduk di atas katil tanpa menyandar di bantal empat segi,
tulang belakangnya agak sakit. Perit tu.
“Hati-hati, Zeril.”pesan
Nur Adriana pula. Dia pun turut risau melihat keadaan Zeril Iskandar. Patutlah
masa dia masuk dalam bilik ni, dia lihat Zeril Iskandar hanya duduk di atas
kati tanpa membaringkan diri. Lelaki ni memang ikut arahan dia ke tadi? Sebelum
dia keluar berjumpa dengan Prof.Dr.Azmi dia ada berpesan pada lelaki itu agar
duduk sahaja tanpa mengusik apa-apa. Serba salah jugak dia tengok lelaki ni
sakit. Nak tolong, dia dah ambik air sembahyang. Lagipun mana boleh sentuh
dengan lelaki bukan mahram kita.
Usai Zeril Iskandar
berbaring, Nur Adriana berasa lega. Akhirnya, dapat jugak Zeril Iskandar baring
dengan sempurna.
Dilihat Prof.Dr.Azmi
sudah memegang mangkuk bulat itu. Nampaknya Zeril Iskandar akan ‘disirami’
dengan air lah lepas ni.
Begitu cermat doktor
lelaki itu menyapu air ke muka Zeril Iskandar sesudah lelaki itu membaca ayat
ambik wuduk. Dia hanya melihat perbuatan doktor itu. Jarang sebenarnya pesakit
mengambil wuduk di atas katil. Zeril Iskandar adalah orang pertama yang dia
tengok ambik wuduk atas katil dan dia berbangga dengan apa yang Zeril Iskandar lakukan
pada hari ini.
Semoga pembedahan esok
akan berjalan lancar. Insyallah…
4 ulasan:
Wah best hahahaha jujur ye tak sbr nak tau berjaya ke tdk pembedahannya dan esok nak opraite mama zeril tak risau plak temankan dia
hehe..mama d msti risaukan dia kak..insyallah mama d akan dtg esok pg..hehe
best la akak... smbng lgi ♥
insyallah, akk akan smbung secepat mungkin..selagi diri ini termampu.. ;)
Catat Ulasan