Suasana
Unit Kecemasan Hospital Serdang kelihatan lengang. Tidak ramai orang awam yang
duduk di sekitar unit itu. Mungkin ini peluang terbaik unutk dia menyusup masuk
ke dalam bilik yang menempatkan Zeril Iskandar.
Sebelum
dia berjumpa Fida tadi, dirinya telah bersiap ala kadar. Buat apa nak pakai
cantik-cantik pergi jumpa Zeril Iskandar? Baju t-shirt lengan panjang dan
seluar slack hitam dah cukup okey. Dia datang ke sini bukan untuk mempamerkan
tubuh badan kepada Zeril Iskandar tetapi mempamerkan dirinya sendiri supaya
Zeril Iskandar tahu yang dia adalah perempuan yang biasa-biasa sahaja. Simple
dan bukan serabut macam hari tu.
Rambut
paras bahunya di ikat satu agar nurse yang mengenalinya pada hari itu tidak cam
wajah sebenarnya.
Kereta
Myvi miliknya diletak ditempat parking. Tak mahu letak depan lobi. Manalah tahu
Wan Zubair ada kat sini. Tak pasal-pasal bekas tunangnya mencari dirinya.
Seboleh mungkin dia mahu melarikan diri dari Wan Zubair. Buat apa hendak
bertemu lagi jika lelaki itu membenci sikapnya yang kurang sopan kepada ibu
tiri?
Dengan
membuat muka blurnya, dia masuk dari ruang hadapan lobi utama itu tanpa
menghiraukan nurse yang memandangnya dari kaunter utama. Buat don’t know
ajelah. Nurse tu bukan orang yang sama pun.olahnya dalam hati.
Apabila
berjaya melepasi halangan meloloskan diri dari dipandang tajam nurse di kaunter
itu, dia berlari anak masuk ke lorong yang menempatkan bilik Zeril Iskandar.
Janganlah Wan Zubair lalu didepannya. Pohonnya dalam hati.
Dikerling
dengan ekor matanya. Ke kiri ke kanan dia memandang. Berdebar jugak dadanya
jika ada pihak hospital ini mengenalinya. Dia mahu menyelinap masuk ke bilik Zeril
Iskandar secepat mungkin.
Nampaknya
lorong bilik Zeril tak ada orang lalu-lalang. Bolehlah dia masuk dengan senang
hati.
Nafasnya
ditarik lalu dihembuskan perlahan. Berdebarnya nak jumpa Zeril Iskandar! Macam
nak jumpa suami buat kali pertama dalam bilik pengantin.
Tombol
pintu ditarik lalu dibuka. Dia terperanjat bercampur terkejut. Prof.Dr.Azmi ada
kat sini. Bersama Zeril Iskandar pulak tu!
“Heii..lady!
Where have you been?”Prof.Dr.Azmi gembira dapat bertemu semula dengan Nur
Adriana. Zeril Iskandar yang leka bercakap dengan doktor itu terlopong apabila
melihat Nur Adriana masuk ke biliknya. Dia bangkit perlahan-lahan. Gembira
tidak terkata apabila perempuan yang mula mendapat tempat dihatinya datang
tepat pada masanya. Nur Adriana ada berkata padanya petang tadi yang dia akan
datang selepas solat isyak.
“Prof,
saya tak sangka Prof kerja hari ni. Saya ingatkan bos cuti berapa hari.”
Prof.Dr.Azmi
ketawa kecil. Rupanya Nur Adriana masih ingat yang dia mahu cuti beberapa hari
kerana ingin merehatkan diri setelah berapa malam tidur dihospital.
“Saya
ingatkan nak cuti lagi dua hari tapi saya nak tak nak kena kerja jugak sebab
Zeril Iskandar akan jalani pembedahan esok. Alhamdulilah…syukur sebab awak jaga
dia kat sini, degupan jantung Zeril Iskandar makin normal. Tapi saya hairan,masa
saya ada periksa Zeril Iskandar, batang hidung awak pun saya tak nampak. Awak
pergi mana? ”soalnya. Sebelum dia masuk ke dalam bilik Zeril Iskandar, kelibat
perempuan ini memang langsung tidak nampak. Nur Adriana dah balik rumah
ke?monolognya dalam hati.Dia memandang perempuan itu dengan makna yang
mendalam.
Nur
Adriana teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Apa dia nak jawab ni?
“Err…saya
keluar jumpa kawan tadi.”jawabnya dengan serba salah sambil memandang kearah
lain. Dia tahu Zeril Iskandar merenungnya meminta perngertian.
“Prof,
Boleh tak saya nak mintak izin pada doktor untuk berbual dengan Nur Adriana.
Saya ada hal nak cakap dengan dia.”pinta Zeril Iskandar lembut.
Prof.Dr.Azmi
tersenyum. Kata pesakit perlu ditunaikan. Mungkin dia perlu dia keluar sekarang
agar tidak menganggu perbualan mereka berdua. Dia datang ke bilik Zeril
Iskandar untuk merawat dan memeriksa keadaan jantung pesakit ini bukannya
berbual kosong.
“Baiklah,
saya keluar dulu.”balasnya cara lembut kemudian dia mengalihkan pandangan ke
wajah manis Nur Adriana. “Anyway, Nur Adriana. Terima kasih sebab sudi jadi ‘penjaga
khas’ sementara Zeril Iskandar sepanjang saya tiada disini.”
“Eh,
Prof. Saya mana ada jaga dia. Saya just tengok apa yang patut aje. Zeril
Iskandar yang sembuhkan diri dia sendiri, bukannya saya.”Nur Adriana
mengeleng-gelengkan kepala. Memang betullah dia tak jaga Zeril Iskandar. Nak
sentuh badan Zeril Iskandar pun dia tak berani apatah lagi nak basahkan muka
dan badan lelaki itu. Dia masih tahu batas agama dan dia sebagai perempuan yang
berpegang teguh pada agama takkan menyentuh lelaki yang bukan ajnabinya.
“Adriana, bukan ke awak dah janji dengan saya dua hari lepas
yang awak akan jadi penjaga khas sementara Zeril Iskandar?”tanya Prof.Dr.Azmi.
Nur Adriana dah tahu nak kata apa. Dia bersalah jugak sebab ingkari apa yang
Prof.Dr.Azmi katakan padanya hari itu.
“Lain
kali awak jangan ingkar ye. Mujur keadaan Zeril Iskandar semakin pulih. Baru
saya tahu kenapa dia denyutan jantung dia kembali normal. Sebab awak memberi
dia semangat seperti yang saya katakan hari itu.”puji Prof.Dr.Azmi.
“Baiklah,
Prof. So sorry. Tapi memang saya tak boleh nak jaga dia hari tu sebab keadaan
tak mengizinkan.”
Zeril
Iskandar merenung kedua-dua manusia dihadapannya. Dia pelik dengan Prof.Dr.Azmi
dan Nur Adriana terutama sekali. Nur Adriana ada janji apa-apa dengan doktor
lelaki ini ke? Penjaga khas?Prof.Dr.Azmi suruh Nur Adriana menjaga dia ke?Tapi
dia tak tahu pun. Apa yang dia tahu Nur Adriana ingin keluar dari sini secepat
mungkin kerana tidak mahu mama melihat wajahnya.
“Ehem…ehem.”sengaja
dia berdehem untuk mematikan perbualan mereka berdua.
Prof.Dr.Azmi
tersengih. Silapnya kerana terlalu banyak berbual dengan Nur Adriana berbanding
Zeril Iskandar. Akhirnya dia membuat keputusan untuk keluar dulu sambil
tangannya yang memegang fail pesakit Zeril Iskandar.
Zeril
Iskandar tersenyum sinis. Tahu pun doktor lelaki tu nak keluar. Banyak berbual
sangat. Berbual dengan dia tak nak pulak!
“Tahu
pun doktor tu nak keluar.”ujarnya sinis.
Nur
Adriana tergelak kecil. “Awak marah ke?”dia merapati lelaki itu kemudian
tersenyum.
“Eh,
mestilah saya marah. Awak tu kenal saya, bukannya kenal doktor tu pun.”balasnya
dengan nada cemburu.
“Eh,
saya kenal dialah. Dia kawan saya tau. Tak perlulah nak marah sangat. Takde
kaitan dengan awak pun.”jawab Nur Adriana dengan selamba. Buat apa Zeril
Iskandar nak marah-marah? Dia bukannya ada kaitan dengan aku pun.omelnya dalam
hati.
“Kawan
awak? Bila masa pulak awak kenal dia? Setahu saya awak kenal saya dan bekas
tunang awak aje kat sini.”
Berubah
muka Nur Adriana tatkala Zeril Iskandar mengungkapkan perkataan bekas tunang.
“Wan Zubair dah balik ke?”
“Doktor
tu dah balik. Dia balik rumah tadi. Ada hal katanya.”jawab Zeril Iskandar
perlahan. Nur Adriana terdiam. Dalam diam dia merasa lega kerana bekas
tunangnya sudah pulang. Jadi tidak perlulah dia merasa risau lagi.
“Baguslah.
Lega hati saya.”raut wajahnya kembali kepada asal. Tujuannya datang ke sini
bukannya untuk bermasam muka. Dia mahu menceriakan Zeril Iskandar yang bakal
menjalani pembedahan esok. “Awak dah makan?
“Dah.
Nurse hantarkan saya makanan tadi. Tak ada spicy
langsung. Semuanya kurang pedas.”dengus Zeril Iskandar geram.
Nur
Adriana mencebik “ Amboi..awak ingat nurse tu penjaga khas awak kat sini
ke?Tolong sikit! Diaorang nak sihatkan pesakit bukannya nak sakitkan pesakit.”tegurnya.
“Saya
dah bayar kan?So what?”
“Awak
dah bayar? Bila masa pulak awak duit? Dompet awak ada kat saya, macam mana nak
bayar?”Diseluk seluar slack yang dipakai lalu diberikan pada Zeril Iskandar.
Zeril
Iskandar apalagi. Terlopong mulutnya apabila dompetnya ada pada Nur Adriana.
“Awak ambik dompet saya? Kenapa saya tak perasan selama ni dompet saya takde.”
“Kan
saya duduk dalam kereta awak hari tu, jadi saya tak perasan ada dompet kat
dalam beg saya. Masa tu nurse kat kaunter tu nak maklumat awak tapi saya
terlupa nak bagi. Prof.Dr.Azmi nak jumpa saya.”
“Awak
duduk dalam kereta saya?”terlopong lagi Zeril Iskandar mendengarnya. Dia memang
tak suka orang lain duduk didalam keretanya. Padanya, kereta itubukan untuk
dikongsi sesiapa pun. Mama? Mama tak payah nak katalah. Dia ada kereta sendiri.
Buat apa nak masuk kereta anak sendiri.
“Sorry
sebab tak beritahu awak. Saya bukan saja duduk tapi saya tidur sekali dalam kereta
mewah awak. Please. I beg you. Jangan
marah,”pinta Nur Adriana. Dia tahu Zeril Iskandar tak suka orang kebanyakan
sepertinya duduk di dalam kereta itu.
Zeril
Iskandar memejamkan mata sesaat bagi memberikan ketenangan. Sungguh! Dia tak
suka orang awam seperti Nur Adriana duduk dan tidur dan keretanya tapi apa
boleh dia buat, semuanya dah pun berlaku. Buat apa nak marahkan perempuan yang
sudi membantunya tatkala dia dalam kesusahan.
“Saya
sebenarnya tak suka orang kebanyakan macam awak ni duduk dalam kereta saya.
Tapi awak dah banyak membantu saya, saya maafkan awak. Nanti bila saya dah
sihat, tahulah saya suruh pembantu rumah saya bersihkan kereta tu.”Nur Adriana
menjengilkan mata. Amboi, lelaki ni! Cakap tak makan saman. Ada jugak yang kena
silat ni.cebiknya dalam hati.
“Awak
nak saya balik dulu ke atau awak nak saya temankan awak kat sini? Saya datang
sini nak temankan awak tau. Sampai hati awak nak bersihkan kereta tu. Apa?
Kotor sangat ke tubuh badan orang kebanyakan macam saya duduk kat kereta awak? Saya pun bukannya suka
sangat duduk dalam kereta awak tu. Bau minyak wangi dalam kereta tu macam bau
orang baru keluar dari tandas. Busuk giler!”kritik Nur Adriana selamba.
Zeril
Iskandar pula menjengilkan mata. Nur Adriana memang seorang perempuan yang kuat
kritik rupa-rupanya.
“Wah!
Dah pandai kritik-kritik kereta saya. Habis pakaian awak yang berserabut hari
tu, awak tak nak cakap pulak yang bau dia macam bau baru keluar dari
penjara?Busuk giler tau.”katanya sinis. Bermulalah perbalahan diantara mereka berdua.
Masing-masing menunjukkan kritikan.
Nur
Adriana mengacip gigi. Geramnya!! Ada ke patut dia cakap bau dia macam baru
keluar dari penjara?Eeii…memang nak kena lelaki ni! Nanti kau!
Tangannya
dilekapkan ke dahi Zeril Iskandar. Pap! Terbaring Zeril Iskandar tiba-tiba.
Dahsyat jugak penangan dia. Baru tolak dah jatuh.
“Adoi…sakitlah.
Woi! Kau ni lelaki ke perempuan hah? Main tolak-tolak kepala orang ni. Takde
adab ke?”kasar jawapan Zeril Iskandar.Haa…kan dia dah lontarkan balik perkataan
kau tu.
Nur
Adriana tersenyum sinis. “Haa..baru tahu kan yang saya ni kuat menepuk dahi
orang. Awak jangan buat saya tepuk dahi awak sekali lagi. Jangan perlekehkan
saya tau!”ujarnya dengan berlagak sekali.
Zeril
Iskandar bangkit semula. Sakitnya dahi aku! Desisnya dalam hati. Perempuan ni
kasar betullah. Macam lelaki.
“Kau
ni apalah. Aku tak sihat ni. Main tekap aje dahi dia kat kepala orang. Aku
tekap kat dahi kau pulak nak tak?Biar benjol kepala tu.”sedikit pun tidak
menakutkan Nur Adriana malah dia lagi menjelirkan lidah.
“Ingat
saya takut?Come lah, pukul kepala saya pulak.”Nur Adriana menapak ke belakang.
Memberi ruang untuk Zeril Iskandar berdiri dihadapannya. Namun dia tahu, lelaki
itu takkan dapat bangun punya. Nak bangun sendiri pun kena orang
tolong.gelaknya dalam diam.
“Argh!!”Zeril
Iskandar meledakkan marahnya. Nak balas balik, memang dia tidak kuat. Dia kan
sakit, mana boleh bangun.
“Sakit
kan? Tulah. Kritik saya lagi. Awak buat saya, siaplah awak saya kerjakan.”
“Awak
kasar sangatlah. Patutlah doktor tu putus tunang dengan awak.”balasnya geram.
Dia mengosok-gosok dahinya yang dirasakan mula meninggalkan kesan lebam. Tadi
kata kau, sekarang mula perkataan awak balik.
“Hah!
Lain kali cakap elok-elok ye. Jangan main cakap ikut sedap mulut aje. Kalau
awak cakap baik dengan saya, saya akan balas balik dengan suara yang
lemah-lembut. Awak faham kan?”kata Nur Adriana lembut.
“Faham.”jawab
Zeril Iskandar acuh tak acuh. Hesy! Tadi cakap kasar, sekarang ni cakap lembut
pulak. Tapi dia suka dengan telatah Nur Adriana yang agak kasar ini. Takdelah
kaku sangat bila bercakap. Kalau perempuan lain bercakap dengan dia, mesti nak
tunduk muka. Buat muka seganlah katakan.
“Ok.
Saya datang sini nak temankan awak . Mama awak tak ada, Wan Zubair pun tak ada
jadi saya akan jaga awak sampai pagi esok.”ucapnya dengan senyuman terukir. Dia
duduk disamping Zeril Iskandar.
Bersinar-sinar
mata Zeril Iskandar apabila Nur Adriana berjanji untuk menemaninya hingga ke
pagi esok. Hilang rasa sakitnya dan timbul perasaan suka pada perempuan ini. Siapkah
Nur Adriana sebenarnya? Begitu pantas dia masuk dalam hatiku dan dia suka
dengan telatah Nur Adriana yang tidak dibuat-buat.
“Awak
sanggup temankan saya sampai pagi esok?”
“Saya
sanggup sebab awak dah tunaikan harapan saya untuk tidak berjumpa Wan Zubair
dan tunaikan impian saya menaiki kereta mewah awak. Jadi, saya dengan senang
hatinya ingin menemani awak sampai awak masuk bilik pembedahan.”
“Betul
ni?”
“Betul.
Saya janji. Untuk pembedahan esok, saya sanggup lakukan apa saja untuk awak.”
Takkan
pasal pembedahan aje awak sanggup temankan saya?Kenapa tak sampai bila-bila.
Awak tak sudi ke nak jadi penjaga saya dunia dan akhirat?”
Gulp!
Nur Adriana tertunduk malu. Apa yang Zeril Iskandar cakap ni?Malunya dia…Zeril
Iskandar ni suka kat dia ke?
Untuk
menutup malu, dia segera bangun dari tempat duduk disisi katil Zeril Iskandar.
“ Saya nak solat isyak. Awak rehatlah dulu. Nanti saya datang balik.” Dia
berpaling kearah pintu. Tak naklah dia pandang muka Zeril Iskandar. Malunya Ya
Allah Ya Tuhanku…
“Saya
nak sembahyang dengan awak sekali, boleh tak?”pohon Zeril Iskandar. Dia tahu
Nur Adriana malu apabila dia berkata yang dia inginkan perempuan itu menjadi
penjaga dia dunia dan akhirat.
Gulp!
Nur Adriana terpana. Zeril nak sembahyang dengan dia?
Oh,
tidak!!
7 ulasan:
Dek skt nye :) nak lg nak lg??
sikit akak ckp?haha
nnt ad smbungnnya lagi insyallah..dlm bilik Zeril Iskandar jgk.. ;)
Cpt2 up next n3 ok...xsbr nk tau crite seterusnya...
nnt eya smbung ye kak..
jgn nirau.. :)
nak....nk lagi smbungan cter uh best2 huhuhu
hehe..adik Ina..nnt akk smbung lg..insyallah..
Sis.. do contact me. I berminat dgn story ni
Catat Ulasan