Nur
Adriana lari masuk ke bilik meninggalkan bakul pakaian yang terdampar diatas
lantai. Telefon yang dipegang tadi turut dibawa naik ke bilik. Dia tidak mahu
ayah dan perempuan tua tak guna itu mendengar setiap perbualannya bersama Zeril
Iskandar.
Setelah
pintu ditutup rapat, dia memulakan perbualannya semula.
“Hello,
Zeril. Apalagi yang awak nak dari saya? Bukan ke saya dah cakap dengan awak
semalam hubungan kita dah tak ada apa-apa lagi? Awak nak apa sebenarnya?”bentak
Nur Adriana.
Zeril
Iskandar mengetap bibir. Sampai hati Nur Adriana sanggup memutuskan tali
persahabatan mereka. Dia cuma ingin mengenali Nur Adriana. Apa salahnya jika
dia ingin berkawan?
Dulu
dia susah hendak berkawan dengan orang awam seperti Nur Adriana. Baginya, orang
kaya layak berkawan dengan orang kaya sahaja. Orang miskin dan berkedudukan
rendah tidak layak. Memang dulu dia mementingkan status dan sekarang ini, dia
memerlukan kawan.
“Saya
nak jumpa awak sekali lagi, boleh tak?” Pintanya penuh pengharapan. “ Jantung
saya semakin berdegup pantas bila awak takde kat sisi saya.”
Nur
Adriana terpaku tanpa kata. Biar betul Zeril Iskandar nak jumpa dia semula. Tak
puas lagi ke Zeril bercakap dengan dia semalam?omelnya dalam hati.
“Awak,
saya nak sangat jumpa awak. Esok saya nak buat pembedahan. Mana tahu saya mati
masa dalam pembedahan tu, saya tak dapat nak tengok muka awak lagi.”sambungnya
lagi. Dia betul-betul mengharapkan Nur Adriana dapat menemaninya apabila dia
masuk ke bilik pembedahan. Dia mahu melihat wajah itu dan ingin perempuan itu mengungkapkan
kata-kata semangat padanya dari awal pembedahan hinggalah akhir pembedahan.
“Awak
tak boleh buat saya macam ni, Zeril. Saya dah bagi tahu pada awak semalam yang
saya takkan jumpa awak lepas ni. Awak faham tak?!!jawabnya dengan bengang.
“Please,
Adriana. I beg you.”rintih Zeril Iskandar. Dia tidak akan berputus asa untuk
memujuk Nur Adriana datang ke sini. Walau apapun yang terjadi, dia tetap
mahukan Nur Adriana datang ke sini.
“Awak
merayu macam mana sekalipun, saya takkan jejak kat hospital tu lagi. Mama awak
tak suka saya terlalu dekat dengan awak. Dia marah saya di telefon semalam.
Jelaslah yang mama awak memang tak sukakan saya.”tegas Nur Adriana menjawab.
“Awak
tak nak jumpa saya, Nur Adriana? Baiklah. Kalau itu permintaan awak, saya akan
cakap dengan doktor Wan Zubair yang saya tak akan jalani pembedahan. Biarlah
saya mati dalam hospital ni dan awak tak akan jumpa saya lagi.”gertak Zeril
Iskandar.
Nur
Adriana berdebar. “Apa awak cakap ni? Takkan sebab saya tak nak jumpa awak,
awak nak mati? Come on lah, Zeril. Jangan libatkan doktor Wan Zubair pulak.
Awak yang kena buat pembedahan, kenapa mesti doktor Wan Zubair tu terlibat
sama?”
“Saya
wajib libatkan doktor Wan Zubair sebab dia bekas tunang awak, Nur Adriana.
Tanpa dia, saya takkan dapat nombor telefon rumah awak.”
Terkaku
Nur Adriana dibalik pintu. Wan Zubair bagi tahu kisah pertunangan mereka pada
Zeril Iskandar ke? Apa semua ini?!
“Wan
Zubair mana?”lantang suaranya. Perasaan geram muncul apabila Wan Zubair
memberikan nombor telefon rumahnya kepada Zeril Iskandar.
“Dia
ada kat luar tengah periksa pesakit lain. Dia bagi saya pinjam telefon
hospital. Awak pun janganlah marah dia. Saya yang paksa dia bagi nombor telefon
awak. Awak jangan marah dia. Nak marah, marahlah kat saya kalau awak mahu.”pujuk
Zeril Iskandar.
Nur
Adriana mendengus geram. Ada-ada aje taktik si Zeril ni. Apa kena dengan mamat
ni pun dia tak tahu. Nak kata lelaki ni suka kat dia, tak ada pulak signal yang mengatakan
Zeril Iskandar sukakan dia.
“Biarlah
saya nak marah dia ke tak. It’s none of your business! Ini urusan saya dengan
Wan Zubair. Tak ada kena mengena dengan awak.”tinggi suaranya.
“Awak
ni suka tinggikan suaralah. Cuba bagi suara tu perlahan sikit. Saya tak nak
kena heart attack sekali lagi.”usik Zeril Iskandar.
Nur
Adriana terdiam. Suara dia terlampau lantang sangat ke?
“Sorry…”jawabnya
perlahan. Suaranya dilembutkan.
“Haa…macam
tulah. Awak tu perempuan, jangan cakap kasar sangat dengan lelaki. Nanti lelaki
tak nak dekat dengan awak tau.”usiknya lagi.
Pandai
pulak lelaki ni nak mengusik dia. Ingatkan garang macam gorila
mengaum.gumamnya.
“Awak
jadi nak datang tak ni? Saya nak keputusan dari awak sekarang. Kalau awak tak
nak datang, saya akan pastikan diri saya tak akan masuk bilik pembedahan esok.”ugut
Zeril Iskandar.
Hesy!
Lelaki ni suka betul mengugut. Mujur dia sakit, kalau sihat memang kena sekeh
kepala tu.gumamnya lagi.
“Saya
datang. Tapi saya pun ada permintaan nak bagi kat awak jugak.”Sekali-sekali dia
bagi permintaan kat Zeril Iskandar ni pun okay jugak. Asyik dia aje yang kena
ikut cakap lelaki ni.
“Apa
dia? Kalau awak nak pinjam duit kat saya, saya akan bagi kat awak masa sihat
nanti. Saya tak larat nak pergi bank keluarkan duit.”
“Awak
melalut apa ni? Saya bukan nak pinjam duit kat awaklah. Suka fikir lain. Saya
tak cakap lagi, awak dah fikir lain.”
Zeril
Iskandar ketawa kecil. Nur Adriana memang pandai mencuit hatinya. Dia semakin
suka bercakap dengan perempuan ini.
“Sorry…sorry.
Saya ingatkan awak nak pinjam duit kat saya sebab saya tengok awak macam orang
tak ada duit. Baju selekeh aje saya tengok masa awak datang. Siap tak pakai
kasut lagi. Itu yang saya fikir awak nak pinjam duit kat saya.”
“Awak
ni mengadalah. Saya ada duit lagilah. Tak ada maknanya saya nak pinjam kat
awak.”getusnya. Sebetulnya dia memang tak ada duit tapi dia masih lagi belum
terdesak nak meminjam duit pada orang lain. “Awak ni sengaja nak kenakan saya.
Karang betul-betul saya tak datang, padan muka awak.”ugutnya.
“Ala…ala…Awak
cakap aje apa permintaan awak tu. Saya janji saya diamkan mulut saya.”Zeril
Iskandar akhirnya mengalah. Nur Adriana nakal jugak orangnya. Cakap sikit, dia
ugut. Apa punya perempuanlah dia ni.desisnya dalam hati.
“Sebenarnya
saya tak nak jumpa mama awak. Saya nak kita jumpa berdua aje. Dalam bilik tu.”
Zeril
Iskandar pelik dengan permintaan Nur Adriana. Kenapa pulak Nur Adriana tak nak
jumpa mama dia? Mama ada buat sesuatu pada dia ke?fikirnya.
“Awak
takut dengan mama saya ke?”Nur Adriana terdiam. Bukan dia takut pada mama Zeril
Iskandar tapi dia malu berjumpa Datin Zafiah secara berdepan.
Biarlah Zeril Iskandar dan dia berjumpa rahsia.
“Saya
tahu awak takut. Tapi mama saya mana ada garang. Dia biasa-biasa aje.”sambung
Zeril Iskandar. Secara luarannya muka mama dia memang nampak bengis namun jauh
disudut hati mama mempunyai hati yang lembut. Dia akan tegas kepada
pekerja-pekerja di kilang sahaja.
Kilang
dia?Hmm…dah lama tak pergi melawat kilang. Asyik fikir masalah Irma Amanda
sahaja.
Irma
Amanda?Huh! Nak ingatkan perempuan tak guna tu nak buat apa? Buat serabut
kepala aje. Nampak aje baik pakai tudung dan jubah labuh tapi dalam diam pergi
menggatal dengan lelaki lain.
“Tapi
saya tetap dengan keputusan saya yang saya nak jumpa awak secara rahsia. Tiada
orang ketiga atau keempat.”Harap Zeril Iskandar dapat mengerti kehendaknya.
“Hanya
kita berdua?”Zeril Iskandar ketawa kecil. Boleh jugak tu. Dapat dia berkenalan
secara mendalam dengan Nur Adriana.
“Yelah.
Saya datang lepas Isyak nanti. Awak jangan biarkan Wan Zubair kat situ ye. Dia
ada kat situ, saya tak nak jumpa awak.”ugutnya.
“Baiklah
sayang, intan payung.”jawab Zeril Iskandar ketawa lagi. Nur Adriana bengang.
Lelaki ni sakit-sakit pun kuat mengusik. Ada yang kena lesing karang!
“Dah
mulalah tu mengusik dia. Aku silat kau nak?”Nur Adriana sengaja berkata kau dan
aku untuk menakutkan Zeril Iskandar.
“Aku
tak takut pun.”balas Zeril Iskandar ketawa berdekah-dekah. Dia pun turut sama
menggunakan kau.
Nur
Adriana menjeling disebalik talian. “Dahlah, saya nak tutup telefon dulu. Nak
basuh baju. Nanti malam kita jumpa.”Nur Adriana berjanji.
“Okey,
saya tak sabar nak jumpa awak. Lagi berapa jam aje lagi.”Sememangnya Zeril
Iskandar memang tidak sabar untuk bersua muka dengan Nur Adriana.
“Yelah…yelah.
Assalamualaikum.”kata Nur Adriana sebelum
mengakhiri perbualan.
Zeril
Iskandar menjawab salam dengan senyuman terukir dibibir. Diletakkan telefon
bimbit milik doktor Wan Zubair diatas laci sebelah katilnya.
“Senangnya
dalam hati kalau jumpa Nur Adriana…”dia bernyanyi-nyanyi kecil sebelum
memejamkan mata ingin berehat. Dia ingin bermimpikan Nur Adriana. Tiada wajah
lain, hanya Nur Adriana sahaja…
***
Nur
Adriana turun semula ke bawah. Dia mahu membasuh baju. Matanya memerhatikan
sahaja pasangan suami isteri itu yang masih leka menonton televisyen.
Mendengar
sahaja derap kaki anaknya di tangga, Ahmad Jamil segera bangkit. Puan Farzana
yang sedang berbaring manja diriba suaminya tersentap apabila suaminya
tiba-tiba bangun dari sofa. Sakit kepalanya. Terus dia bangun.
“Siapa
telefon kamu tadi, Adriana?”soal Ahmad Jamil ingin tahu.
“Hah?”Nur
Adriana termangu. Baru sahaja dia mahu meletakkan telefon rumah semula ke
tempat asalnya, ayah telah memanggilnya. “Salah nombor, ayah.”dia menjawab
perlahan. Terpaksa tipu untuk merahsiakan siapa Zeril Iskandar sebenarnya.
Puan
Farzana menjeling tajam kearah Nur Adriana. Salah nombor? Takkanlah…kalau salah
nombor, kenapa mesti sampai naik atas? Lepas tu lama pulak tu duduk dalam bilik.
Jika salah nombor, kenapa mesti cepat-cepat tutup telefon tu dan turun semula
ke bawah? Pelik…pelik.
“Ooo…ayah
ingatkan orang TNB tadi.”Ahmad Jamil lega. Mujurlah bukan orang TNB. Sudah
berapa kali orang TNB telefon dan menyatakan kepadanya untuk menjelaskan tiga
bulan bil tertunggak namun dia tidak mampu untuk menjelaskan bil itu. Mana dia
ada duit nak bayar?
“Kenapa
dengan orang TNB, ayah?”soal Nur Adriana hairan. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
tu bukan pasal bil elektrik ke? Ada yang dia tidak tahu ke pasal bil ini?
Ahamd
Jamil tidak mampu menjawab. Dia risau anaknya akan bertanya tentang bil
tertunggak yang tidak dibayar lagi.
“Ayah,
bil elektrik dah bayar ke belum?”soalnya. Dia dapat mengagak yang ayah belum
menjelaskan bil elektrik.
Ahmad
Jamil masih lagi mendiamkan diri. Macam mana dia nak jawab soalan anaknya itu?Sudah
terbukti yang dia tidak menjelaskan bil elektrik itu selama tiga bulan.
4 ulasan:
aid tinggalkan jejak kat sini...heheheheeh
lama tak brjimba dkt ini...heheheh
nak smbungan..................................
hehehe... best plk
tingglkn jejak..
x nk tngglkn komen psal ni ke?haha
Boleh..boleh..nnt akk buat ye..tggu..
Catat Ulasan