Berlaku sedikit kekecohan di Ibu Pejabat Balai Polis Petaling Jaya
apabila Rayyan bertindak kasar terhadap polis. Dhia sudah mula takut. Apa yang
berlaku pada mereka hari ini memang tidak dijangka. Bekas ibu mertuanya terlalu
kejam menuduh mereka memukul Muzaffar.
Sebagai seorang perempuan, manalah dia kuat untuk memukul seorang
lelaki sehingga terlantar di hospital? Ini semua mengarut! Kalau Rayyan Zikri
tu, tak apalah. Dia boleh memukul sehingga lebam.
Sebenarnya dia sudah tahu siapa yang buat semua ini cuma mulutnya
tidak terluah untuk membongkar siapakah yang bertindak memukul bekas suaminya.
Duduk di meja panjang itu membuatkan kakinya menggeletar. Dia hanya
mampu mendiamkan diri. Sahabatnya begitu bersungguh-sungguh menyakinkan yang
mereka tidak bersalah dalam hal ini. Ditenung wajah sahabatnya yang masih tegak
berdiri dengan wajah yang muram.
Rayyan
Zikri mengangkat tangan. Dia perlu menyakinkan tiga anggota polis yang berada
dihadapannya kini. “Saya bersumpah demi
Allah yang kami taktak terlibat dalam hal ni. Ini semua fitnah! Jangan tuduh
kami berdua buat semua itu.”
Nur
Adriana terpegun. Begitu yakin sekali sahabatnya berkata. Dia tahu Rayyan Zikri
marah apabila mereka berdua di tuduh tanpa bukti yang kukuh. Dia juga marah
tapi dia perlu memendam kemarahannya.
“Buktikan
pada kami yang kamu tak bersalah, baru kami bebaskan kamu.”kata Inspektor
Hazizi tegas. Serius wajahnya memandang wajah dua-dua tertuduh.
“Inspektor
tak faham lagi ke apa yang saya katakan tadi? Saya kata tak buat, tak
buatlah!”bentak Rayyan Zikri. Meja panjang yang dikhaskan untuk membuat aduan
dan laporan dihentak kuat. Kesabarannya sudah hilang. Dia tidak boleh terima
semua ini. Apa yang berlaku begitu mengejutkan.
Dhia pantas berdiri. Sahabatnya sudah hilang kawalan. Dia pulak
menjadi takut dengan tingkah Rayyan Zikri.
“Ray, calm down. Jangan
terlampau ikutkan perasaan. Kau kena ingat kita kat balai polis sekarang. Kau
buat macam ni tak dapat selesaikan masalah.”bisik Dhia perlahan.
Rayyan terdiam. Nafasnya dihela bagi mengurangkan kemarahan yang
sudah memuncak ketika ini. Hanya Allah yang tahu perasaannya bila dia ditahan
polis tanpa sebab yang munasabah.
Dhia memegang tangan Rayyan Zikri lalu dialihkan badan sahabatnya
ke belakang. “Cakap perlahan-lahan, Ray. Marah takkan dapat mengubah situasi
sekarang. Kau cuba cakap elok-elok dengan polis, nanti tahulah dia nak buat
macam mana.”
“Aku tak boleh terima semua ni, Dhia. Kita tak bersalah. Aku tak
tahu apa-apa pun pasal ni.”kata Rayyan Zikri perlahan.
“Relax, Ray.”Dhia mengusap lembut belakang sahabatnya. Memberikan
ketenangan pada sahabatnya yang agak resah itu. “Tarik nafas, banyak-banyak.”
Rayyan Zikri terasa nyaman apabila sahabatnya mengusap badannya.
Dia bagai mendapat sedikit kekuatan. Pandai Dhia ‘menyejukkan’ dirinya. Naluri
lelakinya berkocak hebat. Jantungnya berdegup pantas.
“Okey, lepas ni kau cakap elok-elok tau. Ini balai polis, kau kena
ingat tu! Tempat ni bukan sesuka hati nak melampiaskan kemarahan. Tak
pasal-pasal kau masuk lokap nanti.”nasihat Dhia dengan lembut.
Rayyan Zikri menarik nafas panjang lalu dikalihkan badannya ke
depan semula.
“Hmm…Tuan.”walaupun mukanya muram, segaris senyuman diberikan
kepada anggota polis yang bernama Inspektor Hazizi itu.
Inspektor Hazizi merenung dalam wajah lelaki dihadapannya. Terkejut
jugak tadi dia melihat kemarahan lelaki ini. Dia hendak membalasnya namun dia
sedar dia pegawai polis. Bukan ahli gangster untuk membalas balik apa yang
tertuduh lakukan.
“Ada apa, Rayyan Zikri?”tegas suaranya bertanya. Dia tahu nama
lelaki itu pun dari Puan Halimah. Wanita berusia itu memaklumkan padanya yang
lelaki ini memukul Muzaffar pada waktu malam dua hari yang lalu.
“Saya mintak maaf pasal tadi.”Rayyan Zikri menunduk. Mengingatkan
kata-kata Dhia sebentar tadi, dia takut masuk lokap. Belum pernah seumur
hidupnya menjejaki lokap. Dia hanya tengok gambar lokap pun di carian google. Keadaan yang sunyi, gelap dan
menakutkan. Tiada air cond dan bantal untuk dia berehat. Mintak-minta dijauhkan
semua itu!
Inspektor Hazizi mengangkat kening. Dia memandang wajah tampan lelaki
itu. Mungkin lelaki ini sebaya anaknya. Tapi sayang, sikap buruk yang ada pada
Rayyan Zikri membuatkan wajah pemuda itu tampak hodoh di pandangan matanya.
“Kenapa awak mintak maaf dengan saya? Saya tak buat apa-apa
pun!”serius dia menjawab.
Rayyan Zikri mengangkat muka. “Saya tahu saya salah sebab sukar
kawal perasaan marah saya tapi Tuan harus percayakan kami berdua. Kami tidaklah
terlalu kejam sangat sampai nak memukul sahabat sendiri.”
Dhia memandang sahabatnya dengan satu persoalan. Adakah Rayyan masih
menganggap Muzaffar adalah sahabat baik mereka? Oh tidak! Perkataan sahabat itu
sudah terbuang jauh di saat mereka bercerai-berai.
Dulu mereka bertiga adalah sahabat dunia dan akhirat, walaupun dia
berkahwin dengan Muzaffar, bekas suaminya tetap menganggap dia sahabat. Pada
masa yang sama, perkataan isteri itu tersemat kukuh dalam perhubungan mereka.
“Habis tu, apa yang Puan Halimah katakan pada saya itu semua tidak
benar, begitu?” marah Inspektor Hazizi.
Rayyan Zikri dengan penuh berani memandang wajah bengis Inspektor
Hazizi. “Memang tidak benar. Sudah lama kami tidak berjumpa semenjak Muzaffar
berkahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuan isterinya.”Dia mengalih
pandangan ke arah sahabatnya yang nampak agak terasa dengan ayatnya. Terpaksa dia
meluahkan kesemuanya. Takut Inspektor Hazizi tidak yakin dengan jawapannya.
Dhia mengetap bibir. Sebak rasanya mendengar perkataan isteri itu.
Dulu dia isteri, sekarang dia janda. Apa boleh buat….nasib badan.
Inspektor Hazizi termenung sejenak. Nak percaya ke dua manusia di
depannya? Dalam hati, dia nampak kejujuran lelaki itu. Pada masa yang sama,
luarannya menidakkan apa yang Rayyan Zikri maklumkan padanya.
Setelah berfikir, akhirnya dia membuat keputusan. “ Boleh saya tahu
siapa orang yang paling rapat dengan kamu berdua? Kalau boleh, saya ingin
berjumpa dia secepat mungkin!”
Rayyan dan Dhia terpaku tanpa bersuara. Mereka saling berpandangan
diantara satu sama lain. Paling rapat? Siapa?
Takkanlah nenek kut?
“Tuan, Kenapa mesti babitkan orang ketiga dalam hal ini?Tuan masih
tak percaya dengan kami berdua?”ujar Rayyan Zikri sedikit tidak berpuas hati.
Kalau nenek tahu mereka berdua ada di balai polis, teruklah mereka kena
membebel!
Dhia sudah mula seram sejuk. Apa yang berlegar-legar di fikirannya
sejak tadi akhirnya terkeluar juga. Habislah kalau Rayyan Zikri tahu nenek yang
arahkan orang dalam memukul bekas suaminya. Mesti sahabatnya marah sebab tak
bagi tahu awal-awal!
Bukan dia sengaja mahu pendamkan tapi dia tengok Rayyan Zikri sudah
mula berubah sikap dari hari ke hari membuatkan dia takut untuk memberitahu
perkara sebenarnya. Ternanti jugak di mulut sahabatnya…siapakah sebenarnya Nur
Imani? Dia pernah bertemu ke sebelum ini?
“Izinkan saya bercakap dengan Rayyan Zikri sebentar di luar,
Tuan?”pinta Dhia lembut. Seharusnya dia mengambil peluang ini untuk
membongkarkan rahsia ini. Dia tidak mahu Rayyan Zikri memarahi nenek.
Rayyan Zikri memandang Dhia tanpa bersuara. Kenapa dengan
sahabatnya ini? Ada apa-apa yang dia tidak tahu ke?
“Kenapa mesti di luar, cik? Kat dalam dah takde tempat lagi ke
cakap?”sindir Inspektor Hazizi dengan mengangkat kening.
Dhia tersengih. “Hal ni personal
sikit, Tuan. Tuan tak boleh tahu. Antara saya dan Rayyan Zikri aje yang boleh
tahu.”
Tidak berkelip mata Rayyan Zikri memandangnya. Dia hanya mengukir
senyuman pahit.
“Kalau saya tahu awal lari dari sini, saya akan terus masukkan kamu
berdua dalam lokap!”serius Inspektor Hazizi berkata. “Koperal Ariee, awak
tunggu kat luar sampai mereka habis berbual.”arahnya dengan tegas.
Koperal Ariee berdiri tegak dan cepat-cepat mengangguk. “Baik,
Tuan!”
Dhia menarik tangan Rayyan Zikri. Memaksanya untuk sama keluar.
Rayyan Zikri hanya menurut.
Keluar sahaja dari ibu pejabat itu, Dhia melepaskan pegangan
tangannya. Rayyan Zikri mendengus perlahan sementara anggota polis yang bernama
Koperal Ariee itu menunggu di belakang. Mereka tak boleh cakap terlalu lantang,
nanti polis itu boleh dengar apa yang di katakan.
Rayyan Zikri membisikkan sesuatu di telinga Dhia.
“Aku memang betul-betul benganglah dengan Inspektor Hazizi tu. Aku
dah bersumpah bagai, dia masih lagi buat derk
aje kat aku.”kritiknya .
Dhia memejamkan mata seketika. ‘Aduhai…lembutnya suara Ray.’katanya
dalam hati.
“Takkan aku nak call nenek
suruh datang sini kut? Tak pasal-pasal telinga aku kena dengar bebelan dia tu.
Bukan kau tak tahu nenek tu macam mana perangai dia.”rungutnya.
“Ala, ajak ajelah nenek datang sini. Aku yakin nenek takkan marah
kau punya.”giliran Dhia pula membisikkan sesuatu pada sahabatnya.
“Kau gila? Aku dahlah malas nak dengar bebelan dia, kau lagi nak
suruh dia datang sini? Apa punya kawan lah kau ni?”
“Nenek takkan marah kau. Percayalah cakap aku.”kata Dhia dengan
yakin.
“Kau ni kenapa terlalu sebelahkan nenek sangat? Dengan aku bukan
main lagi nak bangkang.”ujarnya tidak berpuas hati.
“Okaylah. Aku bagi tahu sejujurnya. Nenek kau ambik orang-orang
bawahan dia pergi pukul si Muzaffar tu. Nenek bagi tahu aku semalam. Aku nak
maklumkan pada kau tapi kau tak ada.”balasnya dengan takut-takut.
Rayyan Zikri tergamam. Dia memegang kedua-dua bahu Dhia. Rasa tidak
percaya dengan apa yang sahabatnya katakan. Betul ke nenek yang rancang semua
ni?
Kemarahannya menggelegak kembali. Geramnya dia pada Dhia! Sampai
hati dia tak bagi tahu awal-awal. Kalau tidak, dia takkan datang rumah Puan
Halimah.
Masya Allah! Nenek ni memang betul-betul wanita yang tidak di duga!
Umur dah lanjut pun masih menyimpan dendam lagi.
“Sekarang baru kau nak bagi tahu aku? Bila dah ditangkap baru nak
bongkarkan? Aku terpekik melolong yakinkan anggota polis yang kita tak
bersalah. Patutlah kau diamkan diri aje. Sampai hati kau, Dhia. Kau berkomplot dengan
nenek rupanya!”pekiknya pada Dhia.
Dhia tertunduk membisu. Hah! Kan dah kena marah! Salah dia jugak
tak bagi tahu awal-awal.
“Jadi, apa perlu lagi kita tercongok kat sini? Kau call lah nenek supaya datang sekarang
jugak. Aku nak balik!”
Dhia terkedu. Marah sungguh nampaknya Rayyan Zikri ni. Macam mana
nak pujuk balik lelaki ini?
“Encik Rayyan, sila bawa bertenang. Hal ini boleh di selesaikan
secara baik.”sampuk Ariee setelah lama mendiamkan diri memerhati apa yang
dibualkan mereka berdua tadi.
“Argh! Kau diam! Jangan menyampuk bila aku tengah
bercakap.”rengusnya kasar. Tiada nada hormat pada anggota polis itu. Dia tiada
masa untuk bersopan-santun buat masa ini. Marah dia semakin lama semakin
membuak-buak.
“Ray, please! Jangan buat aku macam ni. Aku tahu aku salah.”pujuknya
dengan nada sebak. Dipegang tangan Rayyan Zikri lalu digenggam seerat mungkin
bagai tidak mahu di lepaskan.
Rayyan Zikri apalagi, menepis kuat pegangan itu. Hatinya masih
sakit. Jiwanya perit. Hari ini dia memang tiada mood untuk bergurau. Sudahlah
Nur Imani tidak muncul di depan matanya. Sekarang, dia ditangkap tanpa bukti
yang kukuh. Memang mood dia memang betul-betul hilang.
“Aku cuma kesal kenapa kau diamkan diri dan mintak aku beralah
tadi. Kau nasihatkan aku supaya bertenang dan sabar, tapi apa yang aku dapat?”
“Ray! Kenapa kau sensitif sangat ni? Pasal hal tu pun kau nak marah
ke?”jerit Dhia. Sabar dia ada hadnya. Ingat dia boleh di marah sesuka hati ke?
Dia pun ada perasaan jugak tau!
“Aku memang marah. So, apa masalah kau?!”tempik Rayyan Zikri sekuat
hati.
Koperal Ariee terpaksa menghampiri Rayyan Zikri yang agak
berserabut itu. Ditahan tubuh lelaki itu agar tidak melakukan perkara di luar
dugaan.
“Bawak bertenang, Rayyan Zikri. Di sini bukan tempat untuk bergaduh! Awak nak
kena masuk lokap ke hah?!!”katanya dengan suara yang keras.
Rayyan Zikri terpaku. Takutnya dia mendengar suara polis ini. Lebih
baik dia diam sebelum terjadi apa-apa.
“Hah, tahu pun kau diam!”tempik lelaki itu.
Dhia tersentak. Memang dia tabik dengan polis itu kerana berjaya
mendiamkan sahabatnya. Dari raut wajah Rayyan Zikri, dia dapat merasakan
rayuannya tadi tidak diambil endah oleh sahabatnya. Dengan rasa sebak di hati,
dia lekas-lekas menelefon nenek. Nenek lah yang boleh membantu mereka keluar
dari sini.
Suara nenek yang kedengaran di talian melegakan hatinya. Dia
mendengar ceria sahaja suara nenek.
“Ada apa Dhia telefon nenek ni? Ray takde kat rumah lagilah.”kata
Puan Hadijah dengan lembut. Tatkala ini dia sedang bersantai di dalam bilik
sambil menonton ceramah agama kegemarannya. Alat kawalan jauh yang digenggam
erat ditekan pause agar suara Dhia
boleh didengarinya.
Dhia menghela nafas. Lain yang ingin di khabarkan, lain pulak yang
nenek jawab.gumamnya. “Nenek, tolong datang Ibu Pejabat Balai Polis Petaling Jaya sekarang ye. Dhia
dengan Ray ada kat sini. Kena tangkap dengan polis.”katanya sedikit kalut.
Puan Hadijah tergamam. Alat kawalan jauh yang dipegang tadi
terhempas ke lantai. Dadanya berdegup kencang. Rayyan dan Dhia kena tangkap
polis? Masya Allah! Kenapa mereka dibabitkan?
‘Halimah nak kena dengan aku ni!’dengusnya geram. Dia yang membalas
dendam, mengapa dikaitkan dengan cucu-cucunya? Lantas, dia bangun dari kerusi
kayunya.
“Dhia, nenek datang dalam dua puluh minit lagi. Sabar dulu ye?”pujuk
Puan Hadijah. Pantas dia mematikan talian dan memanggil pembantunya degan suara
yang kuat.
Dhia tersenyum. Segera dia menutup telefonnya. Leganya dia kerana
nenek datang selepas ini. Janganlah Rayyan Zikri memarahinya lagi.
‘Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini
dalam menghadapi dugaan yang mendatang’.doanya dalam hati.
Diharap Rayyan Zikri sudi memaafkan
diriya selepas kedatangan nenek nanti. Amin…
4 ulasan:
best2.. nk lagiiiii♥
tq dik..nnt kak eya up lg y..
eh polis tu main tangkap je kan ... bukti diorang nak pukul muz tu apa? kan ke diorg tak de keje nak upah gangster bagai .. nyampah lak ngan xmertua dhia... sian dhia dah la takde keje resume pun kene buang kene tangkap plak :( nenek cpt tlg budak berdua tu :)
haha..nenek datang ni!hahaha
Catat Ulasan