Jiwa Dhia dibelenggu keresahan. Dia tidak
mampu untuk melepaskan diri. Insan yang berada dihadapannya merenung dirinya dengan
satu pandangan yang sukar ditafsirkan. Tubuhnya menggeletar.
“Aku tanya kau sekali lagi, apa kau buat
kat rumah ni, hah? Anak aku dah ceraikan kau, kau masih tak puas-puas nak datang
kat sini?Apa yang kau nak tuntut lagi kat rumah ni?”lantang Puan Halimah bersuara. Dia memang sakit hati dengan
bekas menantunya. Rasa nak cekik aje perempuan ini!
Rumah dua tingkat ini sudah berapa hari
ditinggalkan kerana menjaga anaknya di hospital. Dia hanya pulang apabila
Muzaffar memintanya memasakkan makanan yang pedas. Katanya, makanan yang
disediakan pihak hospital tidak masuk ke tekak. Pahit dan tawar.
Jadi dia pulang ke rumah dan memasak
apa yang anaknya inginkan. Menantunya, Mariana ada menjaga anaknya. Terpaksalah
dia naik teksi datang dan ke sini semata-mata mahu memasak makanan kegemaran
Muzaffar.
Setelah siap semuanya, dia keluar dari
pintu belakang. Apabila sampai sahaja di perkarangan rumah, dirinya terkejut
tatkala melihat bekas menantunya datang membuka pintu depan rumah ini. Dia
hilang sabar dan terus menengking Dhia.
“Ibu, saya tak bermaksud…,”belum sempat Dhia menyambung, Puan
Halimah memotong pantas. Dia mencekak pinggang.
“Siapa ibu kau?Aku bukan ibu kau. Hubungan
aku dengan kau dah tamat!” tersentuh
hati Dhia apabila bekas ibu mentuanya sanggup berkata sedemikian rupa.
Siapa yang buat ibunya berubah perangai seperti ini? Dulu sikap ibunya lemah-lembut
dan penyayang orangnya. Tapi sekarang? Apa dah jadi? Adakah Mariana yang
menghasut ibunya sampai dia berubah begitu drastik sekali?
“Ibu tak baik cakap macam tu. Dhia masih
anggap ibu sebagai ibu Dhia. Dhia tak pernah tamatkan hubungan kita.”lembut suaranya
berkata. Demi tuhan, dia masih sayangkan bekas ibu mentuanya.
“Argh! Aku peduli apa kau masih anggap aku
ibu kau ke tak? Dasar perempuan curang, tak reti hargai suami!”tubir mata Dhia pecah
jua akhirnya. Pedih jiwanya kerana dipanggil perempuan curang sedangkan dia langsung
tidak melakukan apa-apa di luar batasan. Dia tahu batas-batas agama.
“Sampai hati ibu cakap Dhia macam tu. Dhia
tak pernah curang pun.”kepalanya makin pening. Apa sudah jadi pada diriku ini?
“CD yang aku dapat tu memang terbukti
yang kau curang. Aku ingatkan kau perempuan baik rupanya perempuan jalang!
Huh!”dengusnya. Diamelarikan matanya kearah lain.
“Ibu, percayalah…Dhia bukan perempuan curang.”rayu
Dhia. Dia melutut dibawah kaki
bekas ibu mentuanya tapi badannya ditolak kasar. Tersembam dia di atas lantai
itu.
“Kau tak layak nak sentuh aku. Pergi!
Berambus kau dari sini!”pekik Puan Halimah dengan nada yang sedikit tinggi. Dia
bangga dapat membalas dendam terhadap anak menantunya.
Dhia bangun kembali. “Dhia takkan beredar
dari sini selagi Dhia tak dapat benda yang Dhia nak.”katanya tegas. Air mata
yang bercucuran pantas diseka lalu dia berdiri tegak menghadap ibunya.
“Kau takkan dapat apa yang kau nak! Semua
barang kau aku dan Mariana dah buang dan bakar.”katanya dengan bangga. Dendamnya
terbalas apabila barang-barang milik Dhia telah dimusnahkan.
Terlopong mulut Dhia mendengarnya.“ Ibu
bakar barang Dhia? Ya Allah….kenapa ibu buat semua tu? Kenapa ibu tak simpan? Dhia
sayang barang-barang Dhia.”raungnya. Kepalanya makin pusing dengan kata-kata
bekas ibu mertuanya. Resume tak ada?
Macam mana dia nak tunjukkan pada pegawai bertugas yang akan interview dia nanti?
‘Habislah aku…’rintihnya dalam hati.
“Buat apa aku simpan barang-barang kau kat
rumah ni? Menyemak aje!”balasnya dengan cebikan dibibir.
“Resume
aku…”rintihnya perlahan. Akhirnya dia longlai di perkarangan rumah itu.
Puan Halimah tergamam. Dhia pengsan? Ya
Allah, apa aku dah buat ni?”dia mula risau. Nak call ambulans ke tak?Adakah
Dhia pengsan disebabkan ditolak dengan kasar tadi?
“Mak cik buat apa ni?!!” Jerkah Rayyan Zikri
dan terus meluru kearah Dhia yang kaku tidak bergerak. Kepala Dhia terletak
elok di atas pahanya. Ya Allah! Janganlah dia sakit.
“Aku tak buat apa-apa. Dhia yang jatuh sendiri.”
Puan Halimah mengeleng-gelengkan kepala berkali-kali.
“Makcik yang buat! Ray nampak sendiri!”lantang
dia bersuara.
“Bukan aku yang buat. Bukan aku yang
buat!!”pekik Puan Halimah sambil menekup telinga. Pintu depan yang baru sahaja dikunci tadi membolehkan dia
masuk ke dalam rumah setelah Dhia membukanya baru sebentar tadi.
“Dhia...bangun Dhia. Aku ni.”Rayyan
Zikri menepuk perlahan muka sahabatnya yang masih memejamkan mata.
Berapa kali ditepuk perlahan Dhia tapi
masih tidak sedarkan diri, Rayyan Zikri bertekad untuk merenjis air pada wajah
Dhia.
“Dhia, sekejap ye. Aku pergi ambil air dalam kereta.”katanya dengan cemas. Dia mahu
merenjis muka sahabatnya. Dia
bertekad untuk tidak mahu mengambil sekelumit air pun di rumah ini. Itu bukan
haknya.
Dia segera bangun dan berlari masuk ke
dalam kereta yang tersorok di belakang rumah Muzaffar. Dibiarkan sahabatnya
terdampar di situ buat sementara.
Sementara itu, di dalam rumah Puan
Halimah sudah merangka rancangan untuk mengenakan dua manusia di luar rumahnya.
Dendamnya terhadap Dhia dan Rayyan perlu dilunaskan segera.
Perasaan gemuruhnya dikawal sebaik
mungkin. Nak bercakap dengan orang kenalah cool.
Nanti polis marah pulak kalau cakap laju-laju.
Telefon rumah tanpa wayar di atas meja
bulat berdekatan dengan tangga dicapai dan ditekan nombor yang hendak di diail
lalu dilekapkan ke telinga.
“Ehem...ehem.”dia memperbetulkan
suaranya. Nafasnya ditarik perlahan.
Tut...tut...
Dirinya berdebar. Rasa gemuruhnya datang
kembali.
“Assalamualaikum encik. Boleh saya
bercakap dengan Inspektor Hazizi sebentar?”katanya dengan lembut. Inspektor
Hazizi adalah orang yang pertama dia berjumpa sewaktu dia membuat laporan
berkenaan anaknya dipukul malam itu.
“Sebentar ye. Saya sambungkan ke Unit
Jenayah dan Forensik.”kata seorang anggota polis di hujung talian.
“Cepatlah...cepatlah.”rintihnya dalam
hati.
Di luar rumah, Rayyan Zikri mengetuk
kuat pintu rumah setingkat. Geramnya pada Puan Halimah tidak dapat disangkal
lagi. Dhia yang sudah membuka mata terkebil-kebil apabila mendengar suara
Rayyan yang kuat. Perlahan-lahan dia bangkit dari situ.
“Ray cakap bukak pintu ni, Mak
cik!!”pekiknya dari luar. Kesabarannya makin tipis. Dia merengus geram.
“Ray, kau buat apa tu?”lemah suara
Dhia.
Rayyan mengalih pandangannya ke
belakang. Suaranya cemas.“Aku tak boleh bersabar lagi, Dhia. Apa yang dia buat
pada kau memang aku tak dapat maafkan.”dia memandang ke depan semula. Pintu
diketuk dengan sekuat hatinya. “ Bukak Pintu ni, Mak cik! Kalau mak cik tak
bukak, saya akan masuk dari pintu belakang!”kasar suaranya.
Dari dalam rumah, Puan Halimah sudah
menujukkan reaksi takutnya. Ya Allah! Bantulah aku.rintihnya sekali lagi.
“Assalamualaikum, Puan. Saya Inspektor
Hazizi. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap ini?”katanya dengan serius.
Puan Halimah mengeluh lega. Akhirnya
dapat jugak dia bercakap dengan orang yang selama ini membantu menyiasat
anaknya yang dipukul hari itu. “Waalaikumsalam Tuan. Saya Puan Halimah. Hari
itu saya ada buat laporan polis pada Tuan tentang anak saya dipukul seseorang.”
Inspektor Hazizi terkejut. “Ya, saya
ingat. Puan dah jumpa ke dengan orang pukul Muzaffar itu?”tanya dia.
“Saya dah jumpa dan mereka ada kat luar
sekarang!”kelam-kabut suaranya berkata.
Inspektor Hazizi terkejut lagi. Tidak
perlulah dia bersusah payah untuk mencari dalang yang memukul Muzaffar. “Mereka
ada kat luar? Bagus! Saya akan arahkan pembantu-pembantu saya datang ke sana
dengan kadar segera.”katanya dengan tegas seraya menutup telefon.
Kawasan perumahan yang Puan Halimah
duduki dekat dengan balai polisnya. Senang untuknya menangkap penjenayah itu.
“Hadi…”anggota polis yang setia duduk di kerusinya
berdiri tegak. “Ya, Tuan?”
“Awak arahkan tiga anggota kita pergi
ke rumah Puan Halimah secepat mungkin. Saya akan berikan alamat rumahnya.”
Hadi menghentakkan kaki kirinya, tanda
akur dengan arahan yang diberikan. Dengan segera dia berlari memanggil tiga
anggota yang ditugaskan untuk menangkap penjenayah.
****
“Hesy! Mana polis ni? Dah sepuluh minit
tak datang-datang lagi? Bukannya jauh pun rumah ni dengan balai polis. Aku
dahlah takut ni.”rungutnya sendiri. Dia berjalan mundar-mandir di sekitar ruang
tamu sambil mengigit jari. Ketukan yang semakin kuat itu menambah debaran di
dada. Tetingkap rumah menjadi tempat untuk dia melihat Rayyan Zikri yang masih setia menunggu di depan pintu.
Di luar rumah, muka Rayyan Zikri kemerah-merahan.
Marahnya memuncak setelah ketukannya dibiarkan sepi oleh Puan Halimah di dalam
sana. Hatinya tidak tenteram selagi bekas ibu mentua sahabatnya tidak keluar
dan meninjolkan muka dihadapanya.
Tadi dia sudah pergi ke belakang rumah
untuk masuk menemui Puan Halimah tetapi wanita itu mengambil langkah bijak
dengan mengunci pintu belakang itu awal-awal supaya dia tidak dapat masuk ke
dalam rumah dua tingkat ini.
Tidak berputus harap lagi, dia mengetuk
pintu rumah itu. Dia akan ketuk
pintu itu sehingga wanita itu keluar. Biarlah jiran sebelah memarahinya di atas
kekasarannya mengetuk pintu rumah, dia tidak kisah. Asalkan wanita itu keluar
dan menjelaskan apa yang berlaku sehingga Dhia boleh pengsan di perkarangan
rumah ini.
“Ray…dahlah tu. Biarlah ibu tak nak
bukak pintu tu. Jomlah kita balik.”lemah suara Dhia bersuara. Kepalanya pening.
Mungkin dia stress dengan kenyataan yang diterima daripada ibu bekas mentuanya
sehingga dia pengsan di atas lantai ini.
Mana mungkin dia curang? Dia perempuan
yang setia pada seorang suami. Dengan siapalah dia ingin melakukan perbuatan
terkutuk dibelakang suami? Jika Puan Halimah menyatakan dia curang dengan
Rayyan Zikri, sahabatnya yang sudah lama kenal…ibu silap! Sekelumit perasaan
cinta pun tidak bercambah dalam hatinya terhadap sahabatnya.
“Aku takkan balik selagi dia tak
keluar.”keras nada suara Rayyan Zikri. Dhia terperanjat. Masih bersemangat lagi
sahabatnya ingin berjumpa bekas ibu mertuanya.
“Resume aku dah kena bakar. So, takde
apa yang perlu diambil lagi. Barang-barang milik aku yang aku tinggalkan kat
sini pun dah dibuang. Marilah kita balik. Aku nak rehat. Pening kepala masih
tak habis lagi ni.”ajak Dhia. Dia menarik tangan Rayyan Zikri namun ditepis
lelaki itu.
“Aku kata aku takkan balik selagi dia
tak bukak pintu. Kau tak faham ke hah?”jerit Rayyan Zikri. Terkejut diriya
apabila mendapat tahu resume Dhia dibakar. Lagilah panas hatinya. Kesian
Dhia…tak habis-habis kena uji.
Dhia terpana. Dah dua kali dia kena
marah. Apalah nasibnya hingga dia dimarahi dengan kasar?
“Ray, please. Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku takut kalau kita tak
balik, ibu akan call polis sebab kita menganggu ketenteraman jiran sebelah
menyebelah. Kita balik ye, Ray?”pujuknya. “Resume tu takde pun tak apalah. Aku
akan cuba cari kerja lain. Kerja kan melambak?”Bahu Rayyan Zikri disentuh
lembut bagi mengurangkan marah sahabatnya.
Rayyan Zikri menarik nafas panjang
sambil melepaskan keluhan. Betul jugak kata Dhia. Kalau menganggu keteteraman
jiran, tak pasal-pasal dia kena tangkap polis. Eeii…tak sanggup dia nak kena
tangkap ni.
“Aku beralah buat masa ni. Kalau
selepas ni, orang tua tu masih buat perangai lagi tahulah aku kerjakan. Aku tak
sanggup nak tengok kau dicaci, dihina oleh bekas suami dan ibu mertua kau. Aku
tak sanggup.”katanya dengan suara yang perlahan. Dia tak boleh kalau ada yang
membuat onar pada sahabatnya. Sekarang ini, sahabatnya dunia dan akhirat ialah
Dhia. Hanya perempuan itu sahaja yang mampu membuatkan dia gembira dan ceria.
Walaupun dia menyukai seorang
perempuan, tapi itu tidak bermakna dia akan meletakkan Dhia di tempat terbawah.
Baginya, Dhia tempat teratas. Hanya Nurul Haifa Nadhiya sahaja!
“Kita balik ye. Tarik nafas
perlahan-lahan baru kita gerak keluar. Aku tak nak masa kau bawa kereta tu kau
dalam keadaan stress. Aku takut kita kemalangan kalau kau tak kawal emosi
kau.”jawab Dhia.
“Hmm…betul jugak cakap kau. Aku perlu
tenangkan diri aku dulu. Terima kasih, Dhia sebab kurangkan kemarahan aku.”
Dhia tergelak kecil. “ Kau kan sahabat
aku? Semestinya aku perlu ceriakan kau. Jangan marah-marah lagi okay?”
“Kau pening lagi ke? Nak aku suruh
tukang urut nenek urut kepala kau?”
Dhia pantas menangkis. “Eh, kau ni. Ke
situ pulak. Pening aku dah kurang. Kejap lagi baring
dalam kereta kau, hilanglah pening dia tu. Kereta kau kan bau wangi. Bila
tidur, aroma wangian tu menusuk ke hidung.”
“Pandailah kau.”cebiknya. “Kereta aku
kan memang sejak azali lagi dah wangi. Siapa yang masuk dalam kereta aku pun
pasti akan terpikat punya dengan bau haruman tu. Termasuk Nur Imani.” Rayyan Zikri
tersenyum.
Nama Nur Imani disebut lagi. Hati Dhia
sedikit terusik. Dulu, namanya sering meniti dibibir Rayyan Zikri namun dia
merasakan perubahan nama itu sudah bertukar ke nama perempuan lain. Dalam diam
dia cemburu dengan perempuan yang bernama Nur Imani. Teringin dia berjumpa
dengan perempuan itu. Hebatkah perempuan itu sehingga sahabatnya boleh terpikat
sekelip mata.
“Kau tak cerita kat aku pun pasal Nur
Imani yang selalu kau sebut-sebut tu. Aku punyalah teringin sangat nak tahu
siapa perempuan tu tapi sampai sekarang kau tak cerita pun kat aku. Aku sedih
tau.”Dhia buat-buat merajuk. Sengaja dia ingin menduga reaksi lelaki itu.
“Aku akan cerita kat kau tapi aku rasaa
ini bukan masa yang sesuai untuk diceritakan. Aku harap kau faham. Aku tak nak
kepala aku bertambah serabut. Biarkan fikiran aku tenang then baru aku ceritakan pada kau. Aku janji”
“Promise?”Dhia seakan meragui kata-kata
yang terbit di mulut lelaki itu. “Kau jangan janji aje tapi tak pernah nak
tunaikan. Aku kenal kau bukan sehari dua. Dah berapa tahu tau.”
“Ye…ye. Aku promise.”Rayyan Zikri mengangkat tangan tanda dia berjanji untuk
menceritakan tentang perempuan yang semakin mendapat tempat dihatinya. “Jomlah
balik. Makin duduk kat sini, makin panas pulak hati aku ni.”
“Jom…jom. Hati kau dah tenang kan? So,
kita balik dengan tenanglah ye?” kata Dhia lembut. Rayyan Zikri menggangguk
sambil mengukirkan senyuman.
Mereka berdua mula bergerak seiringan
meninggalkan perkarangan rumah ini. Tiada apa yang perlu mereka buat dirumah
ini setelah tiada balasan daripada Puan Halimah.
Tidak semena-mena, mereka berdua dikepung.
Rayyan Zikri terlopong besar manakala Dhia tergamam. Masing-masing tidak
berkata walaupun sepatah.
“Tangkap mereka berdua, polis. Mereka
berdualah menyebabkan anak saya terlantar di hospital!”jerit Puan Halimah
apabila pintu sudah dibuka.
Rayyan Zikri dan Dhia serentak menoleh
ke belakang. Apa yang Puan Halimah cakapkan ni?
“Ariee, Hafiz! Bawa mereka berdua masuk
ke dalam kereta sekarang!”arah seorang anggota polis berpangkat koperal tanpa
menghiraukan teriakan dua manusia yang berada di depannya.
“Baik, Tuan!”dengan pantas, gari yang
berada di setiap anggota polis itu berada di pergelangan tangan Rayyan Zikri
dan Dhia.
Puan Halimah tersenyum kemenangan.
Akhirnya dendam terbalas jua! Baru puas hati dia.
4 ulasan:
lor takkan nak tuduh macam tu je tanpa bukti... agak2 la makcik limah hoi.. polis plak jangan bodoh no ... kan ke kene siasat dulu sengal...geram lak rasa ^_^ heheheheh
nnt eps seterusnya eya akn nyatakan sbb pn.halimah menuduh k..
nenek Ray klao tahu, mmg nahas pn.halimah tu!
smbng lgi.. hehe, dua2 kena tangkap haha.. xpa2, sweet couple
haha..mmg nnt rayyan mrah btullah dgn polis 2..main tangkp aje diorang
Catat Ulasan