Sampai sahaja di sebuah warung, Dhia duduk di kerusi
yang berdekatan dengan tray yang dipenuhi pelbagai jenis lauk. Dia datang sini
bukan nak makan, just nak minum dengan Rayyan sahaja. Tak tahulah pulak sahabatnya
itu mahu makan di sini.
Setelah berapa minit memesan minuman, Rayyan membawa
dua gelas teh tarik di mej yang diduduki mereka.
“Nah, untuk kau. Special teh tarik kaw!”Rayyan
tersengih sendiri.
Dhia tergelak kecil. “Thanks, Ray.”ucapnya. Sudu yang berada dalam cawan itu dikacau lalu
dihirup perlahan.
“Small matter!”Rayyan
melabuhkan punggung di atas kerusi plastik berwarna merah. Dia pun turut sama
mengacau minuman bersusu itu
Setelah selesai minum separuh dari air the tarik
itu, dia memulakan pertanyaan.“Kau nak cakap apa dengan aku? Aku tengok riak
wajah kau nampak macam ada kau sembunyikan sesuatu dari aku. Apa bendanya? Cuba
cerita kat aku?”soalnya.
Riak wajah Dhia berubah keruh. “Aku cakap ni kau
jangan nak marah-marah pulak dengan aku,”
Rayyan mengeluh. “Cakap terus-terang dengan aku, tak
payah nak belitkan cerita. Buat apa aku nak marah kau? Kalau aku marah kau pun
sebab kau buat muka. Dengan aku jangan buat muka. Aku tak suka.”tegasnya.
“Aku…aku…”bergetar bibir Dhia mahu meneruskan kata.
“ Aku sebenarnya nak kau temankan aku pergi rumah lama aku. Aku nak ambik
sesuatu dari rumah tu.”mukanya ditundukkan.
Rayyan Zikri yang kembali menghirup air teh tariknya
tersedak. “Kau cakap apa ni?”matanya mula memerah. “ Kau nak pergi rumah lama
kau? Apalagi yang kau nak ambik dari situ? Ni yang aku mula nak marah. Dah
terang-terang si jantan tak guna tu dah ceraikan kau, lepas tu kau nak datang
rumah tu balik. Kau ingat diorang kasi ke kau masuk rumah tu? Aku tak rasa
diorang akan kasi punya malah dia akan halau kau keluar dari rumah tu.”marahnya
tanpa mempedulikan kebanyakan mata yang memandang.
Dhia terkedu. “Ray, perlahan sikit suara kau. Kau
pun janganlah emotional sangat. Tengok kat sekeliling, orang ramai pandang kau
tau.”ujarnya dengan malu-malu. Segan pulak rasanya ada orang memerhatikan
tingkah mereka berdua.
“Dah kau buat aku marah. “ jawab Rayyan Zikri
selamba. “Aku tak suka kau pergi rumah lagi. Menyakitkan hati aje!”rengusnya.
“Aku pergi bersebab, Ray.”balasnya tanpa rasa
bersalah. Dia meramas tangannya. Mengurangkan rasa gelisah di dada. Dia takut
jugak nak khabarkan pada sahabatnya. Sudah jelas lagi nyata yang Rayyan tidak
menyukai dia pergi ke rumah lamanya.
“Apalagi yang kau nak ambik dari rumah kau tu? Tak
cukup ke apa yang ada kat rumah kau sekarang?”bulat mata lelaki itu menahan
marah. Tak salah kan marah sahabat untuk kebaikan?
Dhia terdiam. Marah betul mamat ni kat dia! “Eh, aku
nak ambik resume akulah! Minggu depan aku dah start kerja.”
Rayyan Zikri tergamam. “Kau nak kerja minggu depan?
Cepatnya…!!”
Dhia mengangkat kening. “Salah ke aku kerja? Kau tak
apalah, nenek kau boleh tanggung kau. Aku takde orang nak tanggung lagi. Baik
aku cari kerja baru dari duduk rumah.”
“Kata nak kerja dengan aku? Mana janji kau?”tanya
Rayyan sambil berpeluk tubuh. Dari dulu lagi mereka berjanji untuk bekerja
bersama-sama. Sekarang ni, janji dah tak ditepati.
“Aku terpaksa mungkir janji, Ray. Aku betul-betul
terdesak nak cari kerja ni.”
“Kenapa masa kau mintak kerja tu, kau tak mintak
sekali untuk aku?”soalnya dengan nada bengang.
“Kat syarikat tu perlukan satu coordinator aje.
Kalau ada dua tempat untuk coordinator, dah lama aku copkan untuk kau.”balas
Dhia bersahaja.
“Ala, habis tu aku kena kerja sorang-sorang lah
ni?”Rayyan Zikri merungut. Biasanya, Dhia yang selalu menemaninya makan apabila
tiba waktu lunch dipejabat. Apabila Dhia sudah mendapat kerja di tempat baru
ini, susahlah dia nak keluar makan dengan sahabatnya nanti.
“Kau kerja ajelah sorang-sorang. Kalau kau tak nak
kerja kat tempat lain pun, kau kerja aje dengan abang kau. Abang Razree kan
penaung kat syarikat nenek kau?”
“Abang Razree?”Rayyan Zikri berfikir seketika. Sudah
agak lama dia tidak bertemu dengan abang kandungnya. Kata abangnya, dia malas
mahu duduk dirumah besar itu. Asyik dikongkong nenek aje. Sebab itulah dia
bertindak keluar dari rumah untuk meloloskan diri dari dikongkong neneknya.
“Yup. Abang Razree kan kerja kat syarikat nenek? Kau
joinlah sekali kerja kat situ. Tak payah susah-susah nak cari kerja lain.”
“Aku tak biasalah kerja kat syarikat milik keluarga
ni. Kau tahu kan, aku nak hidup berdikari. Aku tak nak perhabiskan duit nenek.
Biarlah aku bergantung hidup dengan duit aku sendiri.”
Dhia menepuk dahi. “ Ya Allah. Kau ni…kalau kau
kerja kat syarikat nenek pun, kau dapat jugak gaji macam kau kerja kat tempat
lain. Kau dah jadi cucu kaya, kau tak nak gunakan sebaik-baiknya. Kalau aku,
aku memang kerja aje kat syarikat nenek tu.”
“Dah tu, yang kau nak kerja kat syarikat lain kenapa
pulak? Nenek aku kan ada company sendiri? Kau aje yang terhegeh-hegeh nak cari
kat tempat lain.”balasnya sambil menyilangkan tangan.
“Aku bukan cucu nenek yang sebenar. Kau tu cucu
‘original’ nenek!” Dhia menuding jari telunjuknya kepada Rayyan.
Rayyan Zikri mengacip gigi. “Eleh, yang nenek
panggil dia cu…cu… tu apa kebendanya? Cucu jugak kan?”ejeknya.
“Ala, yang cucu tu nama aje. Bukan cucu betul-betul
pun.”sanggah Dhia.
“Nenek tu dah anggap kau macam cucu ‘original’ dia
tau tak? Kau aje tak perasan kan hal ni. Lagipun, dia teringin nak ada cucu
perempuan.”
Bersinar mata Dhia mendengarnya. “Wow! Bagus jugak
tu. Boleh aku rampas harta nenek banyak-banyak. Yang kau cucu’original’ nenek
tak dapat sesen pun.”dia ketawa mengekeh.
Rayyan Zikri membeliakkan mata. “Kau beranilah rampas
harta nenek aku, aku tempeleng kau cukup-cukup.”katanya dengan riak.
“Tempelenglah kalau berani.”Dhia menjulurkan mukanya
didepan Rayyan Zikri. Sengaja dia mencabar sahabatnya.
Rayyan Zikri
apalagi, mengepalkan penumbuk dan memukul perlahan pipi Dhia.
“Woi, apa ni! Sakitlah!”dengusnya geram.
“Eh, aku baru pukul sikit dah cakap sakit?”Rayyan
Zikri mengerutkan dahi. “Manja jugak kau ni rupanya.”ejeknya.
“Sakitlah! Tempat yang kau pukul tu ada ulser tau
tak? Memandai aje pukul pipi orang!”rungut Dhia perlahan. Sememangnya dia
mempunyai penyakit ulser mulut sedari kecil lagi. Penyakit keturunanlah katakan.
Minum banyak air pun tak guna jugak kalau penyakit tu memang dah wujud lama.
Rayyan Zikri tersengih-sengih sambil mengangkat
kening. “Tau sakit. Lain kali jangan cabar aku, faham?”
Dhia mengeluarkan muncung panjangnya.
“Mengada-ngada!”getusnya. Dia mula menjinjit beg tangannya. “Dahlah, aku malas
nak layan kau! Kalau kau tak nak ikut aku pergi rumah Muzaffar, takpelah. Biar
aku pergi seorang.”dia berdiri tegak dan mahu beredar dari situ. Duduk dengan
lelaki ni buat dia sakit hati aje. Ingatkan lelaki ni boleh tolong dia dapatkan
resume tu kat rumah bekas suami dia.
Rayyan Zikri mulai pelik. “Eeh, kau nak pergi Muzaffar
tu sorang-sorang? Tak nak bawak aku sekali ke?”
“Kau kan marah aku tadi sebab pergi rumah dia? Lebih
baik aku pergi sorang-sorang.”rengusnya.
Rayyan Zikri mengeluh . “Kau betul nak pergi rumah
lama kau tu? Kau tak takut kena makin hamun dengan ibu mertua dan si Muzaffar
tu?”katanya cuba menakut-nakutkan sahabatnya.
Dhia terdiam. Dia dah lali kena makin hamun dengan
bekas suami dan ibu mertuanya ketika di majlis perkahwinan hari itu. Nak pergi
sana buat kali kedua, mungkin dia sudah ada keberanian dalam diri.
“Tak mengapalah. Kau kan marah aku pergi sana tadi.
Aku pergi sorang pun takpelah. Janji dapat resume aku.”tingkah Dhia.
Rayyan Zikri mengeleng-gelengkan kepala. Dia turut
berdiri juga. Tubuhnya menghampiri Dhia. Dengan sengihan nakalnya, dia meluku
kepala sahabatnya.
“Hah, ambik kau! Dah lama tak kena luku kepala
dengan aku kan?”
Dhia mengadu kesakitan. Dia mengusap-gusap kepalanya
yang diluku sahabatnya. “Sakitlah kepala aku, sengal. Tak malu ke luku kepala
orang? Malu tau ramai orang kat sini.”
“Dah tahu, kenapa buat hal?”Rayyan Zikri mencebik.
“Aku mana ada buat hal. Kau aje yang buat hal dengan
aku.”rajuk Dhia.
“Kau nak kena sekeh kepala dengan aku lagi ke? Bila
masa pulak aku buat hal dengan kau?”mata Rayyan Zikri membulat.
“Yalah, aku ajak kau pergi rumah tu, kau
bising-bising pulak.”jawabnya acuh tak acuh. Dia memandang ke sekitar lain.
Pandang Rayyan Zikri menyakitkan hati aje!
Tidak semena-mena, Rayyan Zikri mengenggam erat
tangannya lalu diheret dan dibawa ke kereta.
“Hesy, apa ni?!! Dhia mula malu dengan adegan pegang
memegang diantara mereka berdua. Mesti pengunjung yang datang ke warung ini
ingat mereka pasangan suami isteri. Padahal mereka hanya kawan baik sahaja!
“Kau masuk dalam kereta!”bentak Rayyan Zikri sambil
membuka pintu kereta sebelah pemandu.
Dhia menelan air liur. Lelaki ni marahlah pulak!
Rayyan Zikri berlari anak masuk ke dalam perut
kereta. Geram betul dia dengan sikap Dhia. Saja aje nak buat kepala dia
tension!
Dhia membatukan diri. Dia mengetap bibir. Rayyan
Zikri ni cepat betul berubah sikap! Totally
different!
****
“Kenapalah lambat sangat orang depan ni?Huh! Kalau
tak reti bawak kereta, baik duduk rumah aje. Sengal betul!”dengus Rayyan Zikri
geram. Dia memukul stereng berkali-kali.
“Hey, Ray. Cuba bawak bersabar. Kan kita ada kat
traffic light sekarang ni.”kata Dhia setelah agak lama mendiamkan diri dalam
kereta ini.
“Aku bengang tahu tak. Agak-agaklah pemandu tu.
Pergilah depan sikit. Kan banyak ruang kat depan tu. Sengaja nak bagi kereta
belakang menyempit!”
“Please, Ray! Jangan begini. Kalau ya pun kau marah
kat aku, janganlah marah pada pemandu kat depan tu. Aku tahu kau sengaja
kaitkan pemandu kat depan tu dalam situasi sekarang. Kau nak marah kat aku,
tapi kau tak dapat nak luahkan kemarahan kau kat aku. Kau luahkan kemarahan kau
pada orang lain. Macam aku tak kenal kau.”cebik Dhia geram. Sikap sahabatnya
ini memang sukar dijangka!
“Dah terang lagi benderang yang memang aku tak suka
kau pergi rumah Muzaffar tu, kenapa kau degil hah? Kau memang suka naikkan
darah aku kan?”lantang suaranya tanpa memandang Dhia. Dia memecut laju kereta
yang berada dihadapannya tadi setelah lampu hijau bercahaya. Perasaan marahnya
diluahkan melalui pemecutan kereta yang dibawa.
Dhia terdiam. Marah betul mamat ni kat dia! Nasib
baik dia ada kat tengah highway sekarang ni, kalau tak, memang dah lama dia
turun dari kereta ni. Asyik nak ikut kemarahan dia aje!gumamnya dalam hati.
“Kalau kau nak pergi, fine. Aku boleh ikut! Tapi kau
harus ingat yang aku takkan masuk dalam rumah tu. Tidak sekali-kali aku akan
masuk dalam rumah tu!”jawabnya dengan suara yang masih sama. Lanatang dan
bengis.
Dhia tidak boleh bersabar lagi.“Yang kau nak marah
sangat ni kenapa? Aku dah kata nak pergi sorang aje kan? Yang kau
terhegeh-hegeh nak ikut tu kenapa?”dia pulak yang membentak. Ingat dia sorang
ajelah yang boleh marah sesuka hati. Orang lain tak boleh nak keluarkan
kemarahan.
“Shit!”Rayyan Zikri memukul semula stereng
keretanya.
Dhia terdiam sekali lagi. Dahsyat betul Rayyan Zikri
marah. Takutnya…
*****
Tidak lama selepas itu, kereta Volvo Rayyan Zikri
menghampiri kawasan perumahan Muzaffar. Dia tidak berhentikan keretanya di
depan rumah lelaki tak guna itu sebaliknya dia menyembunyikan keretanya dari
pandangan ‘orang-orang jahat’ dalam rumah dua tingkat itu.
“Dah sampai, keluarlah!”kasar sekali gaya bahasa
yang dilontarkan Rayyan Zikri.
Dhia memandang tajam sahabatnya sebelum dia
melangkah keluar dari perut kereta dengan kemarahan yang memuncak. Geram betul
dia dengan sikap Rayyan Zikri.
Setelah Dhia menutup pintu kereta, Rayyan Zikri
mengucap panjang. “Hah, nak pergi sangat kan, pergilah kau
sorang-sorang.”katanya seorang diri.
****
Dhia berjalan kaki dengan rasa gementar yang amat.
Serasa amat payah untuk menapak diri masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. Jika
ada sahabatnya di sisi, pasti dia tidak akan takut sebegini rupa.
“Huh, tarik nafas Dhia. Kau harus kuat!”ngomelnya
seorang diri. Terpaksa dia masuk ke rumah itu tanpa ditemani sesiapa.
Semakin hampir dengan rumah itu, dadanya berdegup
hebat. Apalah reaksi orang rumah sekirannya dia datang tanpa diundang? Jika dilihat
di drama atau filem tempatan, pastinya tetamu tak diundang akan dihalau keluar.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Kuatkanlah imanku
untuk berhadapan dengan orang dalam rumah ini.
Apabila pintu pagar berjaya dibuka, jantungnya
bagaikan terhenti seketika. Kakinya terasa berat untuk melangkah masuk ke
dalam.
Janganlah dia tengking aku, Ya Allah…desisnya dalam
hati.
Dengan penuh berhati-hati, dia masuk dengan helaan
nafas yang panjang. Pintu utama rumah ini nampaknya berkunci. Nak masuk ke tak
nak?fikirnya sejenak.
“Boleh ke?”tanya dia sendiri.
“Eh, Dhia. Bukan kau ada kunci rumah ni ke?”sampuk
satu suara yang tidak dia ketahui.
Dhia terpana. Benar! Dia ada kunci pendua rumah ini.
Masih tersimpan elok di dalam handbagnya. Dengan pantas, dia mengeluarkan kunci
pendua itu lalu digenggam erat.
“Ada baiknya aku bukak sendiri.”telahnya. Nampaknya
orang rumah mungkin tidak perasankan kehadirannya disini. Diteliti setiap kunci
yang terdapat ditangannya.
Sebaik sahaja kunci pintu utama dijumpai, dia
memegang tombol pintu dengan kejap. Tangan kirinya yang memegang kunci pendua
itu segera dicucukkan ke tempatnya.
Dengan sekali masuk, Dhia berjaya membuka pintu itu.
Lagaknya seakan pencuri pula. Datang tanpa diundang, masuk tanpa meminta
kebenaran.
“Alhamdulilah…dapat jugak aku bukak pintu ni.”keluhnya
perlahan diiringi dengan ucapan syukur.
“Nurul Haifa Nadhiya! Apa kau buat kat sini, hah?!!”satu
jeritan dari belakang memeranjatkan Dhia. Tidak sanggup dia pandang ke
belakang.
Siapakah itu?
6 ulasan:
Sape kt blakg tu!!bekas mak mertua ke muzaffar??ah suspen je..kecut perut dhia kejap..hehe,best dik eya..smbg lg dik..
alhamdulilah..akk ckp best jgk!
jeng2..siapa tu?
ik sape tu eya? bini dia ke? tak temakan kan laki nye kat spital? ke xmertua dia?? best dek lagi2.. :)
aha..kne tnggu!
haha
smbng lgi.... eh sapa sebut nma dia?
haha
sape sbut nme dia ye? suspen2..haha
Catat Ulasan