Perasaan
gelisah Dhia begitu menebal ketika ini. Dia seboleh mungkin ingin keluar dari
bilik itu namun kakinya berat untuk melangkah. Lama jugak perbualan ibu dan
nenek.
Pintu
biliknya dibuka sedikit. Jika dibuka terlalu luas, ibunya pasti akan
menjengilkan mata kerana mendengar perbualan mereka berdua. Dia memerhatikan ibunya
masih lagi setia digagang telefon. Apa yang mereka bualkan lama sangat tu?
Berkisar tentang dia ke?
“Harap-harap
ibu kasilah aku pergi rumah bekas suami aku.“Katanya sendiri.
Dia
mula tutup pintu bilik. “Hmm…bilalah nak habis berbual tu. Aku tak sabar nak
tahu keputusan ibu ni.” Resahnya kian menjadi tidak menentu. Dia dengan langkah
lemah menuju ke katil lalu merebahkan dirinya di tilam empuk itu. Dia perlu
sabarkan diri. Ibunya pasti akan datang ke biliknya nanti. Dia perlu tunggu
sahaja.
Matanya
dipejamkan seketika bagi menenangkan jiwanya yang resah.
Tidak
semena-mena, pintu diketuk kuat dari luar. Mata Dhia terbuka luas. Ibu!
Cepat-cepat dia bangkit dari pembaringan dan terus berlari anak ke pintu bilik.
“Ada
apa, ibu?”sengaja dia menyoal ibu. Buat-buat tak tahu apa yang berlaku kat
bawah tadi padahal dia dapat tangkap perbualan ibu dan nenek tadi.
“Ibu
rasa Dhia pergilah rumah Muz tu.”kata Puan Suria dengan suara yang mendatar.
Eheh…kenapa dengan ibu aku ni?gumamnya dalam hati.
Tanpa
meneruskan kata, Puan Suria berpaling dan ingin masuk ke bilik. Dhia terkedu.
Terus tangan ibunya ditarik. Puan Suria tersentak.
“Ibu
kan dah kasi kamu pergi rumah Muz tu, kamu pergi ajelah.”katanya perlahan. Dia
mahu berlalu pergi dari situ, tapi tetap ditahan anaknya. “Nak apalagi, Dhia?”
“Ibu
buat muka. Dhia tak suka.”
“Hmm…”keluhan
mula terbit di bibir Puan Suria.
“Ibu!!
Cakaplah kenapa ni? Ibu buat Dhia serba salah tau. Kalau ibu memang tak suka
Dhia pergi rumah Muz, fine! Dhia takkan pergi.”melihat muka kelat ibunya
membuatkan dia bertambah gelisah tidak menentu.
“Ibu
kasi anak ibu pergi cuma ibu takut sesuatu.”
“Ibu
takut sesuatu? Ibu jangan khuatir. Dhia pergi sana dengan Rayyan. Rayyan ada,
Dhia takkan takut. Dhia lagi kuat adalah.”katanya dengan penuh yakin.
“Nenek
ada bagi tahu Dhia tak yang nenek bawak orang-orang dia pergi pukul si Muz tu?”
Dhia mengangguk. “Ada. Dhia tabik kat nenek sebab sanggup dia bawak orang-orang
dia pergi pukul Muz. Bagi Dhia, lagi bagus orang-orang nenek pukul Muz tu sebab
Dhia nak dia rasa kesakitan yang Dhia alami masa diceraikan hari itu.
“Itu
yang ibu takutkan sekarang ni.”
“Ibu,
please? Dhia tak nak ibu sakit sebab perkara kecik macam ni. Dhia tahu apa yang
Dhia lakukan dan Dhia janji Dhia takkan bersatu kembali dengan Muzaffar lagi.
Apa yang berlaku pada Dhia dulu, Dhia takkan ingat lagi sebab Dhia tahu hidup
perlu diteruskan dengan sebaik mungkin.”ulasnya panjang lebar sambil memegang
erat tangan ibunya.
“Ibu
bukan apa, Dhia. Ibu cuma takut kamu dituduh memukul Muz bila kamu dah sampai
sana nanti.”mukanya ditundukkan dengan wajah kesal. Janganlah Muzaffar menuduh
anaknya. Dia tak nak anaknya ditangkap polis. Bukan dia tidak kenal Puan Halimah
sekeluarga. Sudah kenal lama pun. Tapi sikap Puan Halimah yang suka menuduh
orang tanpa usul periksa menakutkan dirinya.
“Ala,
ibu. Jangan takutlah. Rayyan ada untuk bantu Dhia.”tanpa lelaki itu, dia tidak
akan menjadi perempuan yang tabah seperti sekarang. “ Ibu jangan khuatirlah.
Kejap lagi Rayyan nak datang. Dhia nak siap dulu. Lagipun, Dhia tak beritahu
Dhia pun yang Dhia nak pergi ambik resume kat rumah Muz. Saja nak bagi tahu dia
lepas dia datang rumah ni nanti.”
Puan
Suria kembali tersenyum. Amboi, anak ibu. Tak bagi tahu Rayyan lagi dah
awal-awal? Kalau Rayyan tak nak pergi macam mana?”Dia menguji anaknya.
“Rayyan
mesti pergi punya. Rayyan kan ikut cakap Dhia. Don’t worry be happy, ibu.”balasnya dengan suara yang riang. Puan
Suria mengeleng-gelengkan kepala. Telatah anak tunggalnya ini mencuit nalurinya
sebagai seorang ibu.
“Dah,
cepat pergi siap. Nanti Rayyan datang, kamu tak sempat ambik resume. Ibu doakan
Dhia dan Rayyan selamat pergi dan selamat balik ye. Baca ayat kursi
banyak-banyak sebelum masuk rumah Muzaffar.”Puan Suria menekankan ayat doa
dalamnya. Sungguh, dia takut anaknya pergi ke rumah itu. Dalam fikirannya,
terbit pelbagai fikiran yang
negatif.
Dhia
pelik dengan ayat ibunya. Macam ada sesuatu dalam ayat yang ibu ucapkan
padanya.
“Dhia
siap-siap dululah ye. Ibu pergilah masuk bilik, rehat. Tak payah masak pun tak
apa. Kalau Dhia singgah kat warung nanti, Dhia pergi belikan lauk untuk kita
makan.”katanya dengan senyuman manis.
“Yelah…yelah.
Dhia pergi siap okay? Ibu masuk bilik dulu, nak rehat.”pohon Puan Suria meminta
diri.
“Okay!”Dhia
membenarkan ibunya masuk ke dalam bilik. Dia masuk semula ke dalam bilik dan
menutup pintu dengan lega yang teramat. “Akhirnya, Aku dapat pergi jugak rumah
tu. Argh…rindu pulak kat rumah tu.”monolognya sendiri.
Puan Suria masih lagi diluar bilik. Dia
merenung bilik Dhia yang tertutup rapat.
“Dhia…semoga
kau tabah, nak!”katanya dengan suara yang sayu. Dia kembali ke bilik dengan
kesedihan yang menyelubungi dirinya.
****
Rayyan
sudah tiba di rumah sahabatnya. Segera dia mendail nombor Dhia. Apabila suara
daripada dhia sudah berkumandang ditalian, terus dia bercakap tanpa memberikan
salam.
“Dhia!
Aku dah ada depan rumah kau ni. Kau keluarlah cepat.”suruh Rayyan Zikri pantas.
Rayyan
dah ada depan rumah? Mata ni pejam celik pejam celik kejap. Dahsyat betul mamat
ni bawak kereta. Cepat aje nak sampai.
“Kau
masuk ajelah rumah aku. Kau duduk kat sofa dulu. Aku tak kunci pintu pun.”
“Ibu
kau ada kat rumah tak?”Rayyan segera mematikan enjin. Dia menapak keluar dari
kereta. Ingatkan dia boleh berbual dengan Dhia dalam kereta ni, rupanya tidak.
Tak pasal-pasal kena masuk rumah sahabatnya itu.
“Ibu
aku ada kat dalam bilik. Kau masuk aje.”arah Dhia cepat-cepat.
Rayyan
Zikri pantas mematikan talian. Dia masuk ke dalam rumah Dhia. Pintu rumah tak
berkunci, apalagi…masuk ajelah.
Setelah
dia menanggalkan kasutnya di luar, dia terus masuk ke dalam dan duduk di sofa
tiga berangkai yang ada diruang tamu itu.
“Hmm…”Rayyan
Zikri mengeluh. Dia menatap telefon bimbitnya buat sementara waktu. Di sebalik
cermin telefon blackberrynya, kelihatan wajah Nur Imani berada di ruangan utama.
Sungguh manis gadis ini. Hatinya semakin kuat untuk memiliki gadis itu.
“Manalah
kau sekarang, Imani? Aku rindukan kau…,”Rayyan Zikri mula berjiwang.
“Imani?
Siapa tu?”sampuk Dhia dari belakang.
Rayyan
Zikri tersentak sekaligus terkesima dengan kedatangan dan penampilan
sahabatnya. “Haa…turun pun kau. Lama tau aku tunggu. Patutlah kau tak keluar
tadi. Bersiap rupanya.”Pakaian yang tersarung ditubuh Dhia ditatap puas.
Sahabatnya nampak elegan dengan berpakaian sebegitu.
“Argh,
Ray. Kau jangan simpan perasaan pada sahabat kau. Nur Imani tu nak letak
mana?”kata satu suara yang muncul di telinganya.
“Hesy!
Mamat ni. Aku cakap, dia boleh berangan pulak.”Dhia membaling bantal kecil
kearah sahabatnya. “Tahulah aku cantik.”pujinya sendiri.
“Eleh,
perasan diri tu cantik. Ibu kau lagi cantik daripada kau.”kutuk Rayyan Zikri.
“Ibu
aku cantik maknanya aku pun cantik jugaklah. Aku kan mewarisi kecantikan ibu
aku?”balas Dhia balik. Dia membiarkan rambut paras bahunya dibiar lepas.
“Nak
menang aje dia tu.”cebik Rayyan. “Aku datang jumpa kau sebab aku ada hal nak
cakap dengan kau. Tahu-tahu kau dah bersiap-siap. Kau nak keluar pergi mana?
Aku ingat nak cakap dengan kau aje kat sini.”
“Kau
ikut aku keluar, jom? Kau bawa aku pergi satu tempat ni? Aku ada banyak benda
nak cakap dengan kau.”
Cadangan
yang baik. “ Bagus jugak tu. Kita cakap kat luar bagus pun okey jugak. Lagipun
aku tak nak ibu kau dengar perbualan aku dengan kau kat sini.”Rayyan Zikri
menyentuh dagunya seraya telefon bimbitnya dismpan balik ke dalam kocek baju.
“Jomlah. Sambil bincang, sambil minum air the tarik kaw-kaw. Apa macam?”
Dhia
menunjukkan tanda thumbs up. “Bagus jugak idea kau tu. Tapi kau ajelah belanja
aku. Aku takde duit nak bayar kau ni.”jawabnya sedikit tersengih.
“No problem punyo. Dengan kau, aku tak
kisah pun keluarkan duit aku. Small matter, dear.”Dhia mengetap bibir. Dia
panggil aku dear? Rasa macam nak naik ke langit bila dia panggil macam tu. Hati
perempuannya terusik. Dia seakan-akan terbuai diawang-awangan apabila
sahabatnya memanggil dear.
“Hoi!
Kau pun berangan jugak cakap orang. Dahlah, jom kita gerak. Lagipun lepas ni
aku nak jumpa someone special.”
“Someone
special? Siapa?”perasaan Dhia membuak-buak ingin tahu. Rayyan dah ada perempuan
lain ke yang dia tak tahu?
“Adalah.
Nanti aku cerita kat kau. Jom, gerak sekarang.”Rayyan Zikri mula bangkit dari
sofa itu.
“Hmm…”Dhia
mengeluh panjang. Dia dapat merasakan sahabatnya sukakan seseorang. Dirinya
jadi cemburu tiba-tiba. Bertuah siapa yang dapat Rayyan Zikri.
****
Sewaktu
di dalam kereta, masing-masing senyap. Tiada topik langsung dibualkan. Hati Dha
begitu meronta-ronta ingin tahu siapa ‘someone
special’ sahabatnya.
“Kau
tak nak bagi tahu aku sekarang ke siapa someone special kau tu?”Soal Dhia ingin
tahu.
Rayyan
Zikri yang sedang fokus pada pemanduan tersentak apa bila ditanya soalan itu.
“Kenapa kau nak tahu? Kau cemburu ye…”jawabnya sambil tersengih-sengih.
Dhia
menjeling dengan ekor matanya seraya dia menumbuk kuat bahu sahabatnya. “Cakap
macam tu lagi. Aku mana ada cemburulah. Kau memandai aje.”dengusnya geram.
Padahal hatinya gelisah apabila ditanya begitu. Salahkah dia cemburu? Selama
ini, Rayyan Zikri yang paling rapat dengannya. Dia cemburu bersebab. Takut jika
sahabatnya mempunyai teman wanita, dia akan dipinggirkan. Dia tak mahu
dipinggirkan Rayyan Zikri. Sekirannya boleh, dia ingin lelaki itu sentiasa
didekatinya.
Rayyan
Zikri merungut. “Sakitlah. Janganlah pukul kuat sangat. Nanti aku sakit. Imani
tak nak dengan aku pulak.”
Cemburu
Dhia naik hingga ke kepala. “Siapa Imani tu?”marahnya dengan tiba-tiba. Dia
merenung dalam wajah Rayyan Zikri yang sedang fokus pada pemanduan.
Rayyan
Zikri mengetap bibir. Rahsia dah terbongkar. Terpaksalah dia berterus-terang
dengan sahabatnya.
“Kenapa
kau tak nak cakap? Maknanya betullah Imani tu someone special kan?Huh! Ada awek tak nak cakap dengan aku.”dengus
Dhia geram. Rayyan Zikri merenung sekilas wajah sahabatnya yang masam mencuka
itu.
“Eh?
Yang kau nak buat muka toya kenapa? Salahkah aku suka kat dia?”soalnya hairan.
Dhia ni tiba-tiba aje nak marah dia. Salah ke aku nak suka kat Imani?Bukannya
Imani tu lelaki sampai nak marah-marah. Hmm…Dhia…Dhia.
“Memang
salah! Salah sebab kau tak maklumkan pada aku. Aku sahabat kau kan?!”lantang
Dhia bersuara.
Rayyan
Zikri terkedu. “Dhia, kau cemburu ke?”
“Yes,
Memang aku cemburu! So, what?”dengan bengang Dhia menjawab.
Rayyan
Zikri terkedu sekali lagi. Dhia cemburu? Apa maksud Dhia dengan cemburu itu?
Adakah Dhia menyukainya?
2 ulasan:
aaaaaaaaa best2... nak lagi ♥
tq dik..nnt akk smbung lg ye..
Catat Ulasan