Nur
Adriana berdiri tegak dihadapan telefon awam yang bewarna biru itu.Matanya
mengerling ke kiri dan kanan.Agak ramai juga orang yang berada dikawasan
perhentian bas ini.Maklumlah, hari sudah lewat petang.Kebanyakannya pekerja
yang baru balik dari tempat kerja.Sama seperti dia dulu. Tepat pukul 5.30
petang sahaja, dia pasti akan terpacak di perhentian bas.
Sebelum
petang melabuhkan tirai, Nur Adriana sudah membuat keputusan. Dan
keputusannya adalah muktamad!Dia perlu menelefon Datin Zafiah seberapa
segera.Biar pemuda tak sedar diri itu tahu jalan pulang ke rumah. Dah
besar pun masih menyusahkan ibu bapa!
Beg
dompetnya dikeluarkan dari beg galas yang setia di bahu kirinya. Gangang
telefon dicapai.Sekali lagi dia mengerling ke kiri dan kanan. Takut apa yang
diperkatakan pada Datin Zafiah nanti akan diketahui umum. Melepasah dia
nanti untuk mendapatkan habuan tersebut.
Dilekapkan
gangang itu dengan rapat sehingga mengena pipinya. Dia mahu bercakap secara
perlahan-lahan agar orang lain tidak mendengarnya.
Sambil
memegang gangang, dia membuka dompet dan mengambil duit syiling yang ada.Duit
syiling itu dimasukkan ke dalam lubang yang telah disediakan.Setelah Berjaya
memasukkan duit syiling itu, ditekan pula nombor Datin Zafiah yang masih
diingatinya.Syukurlah, kerana Allah masih memberikan kekuatan pada dirinya
untruk mengingati sesuatu walaupun dengan pantas.
Tut..tut…
Nur
Adriana menanti dengan penuh sabar. Jika sudah berbunyi tut..tut, maknanya
panggilan dari sana sememangnya akan terjawab juga nanti.Dia berharap Datin
Zafiah seorang yang cool dan selamba sahaja.Tidak terlalu formal dalam
percakapannya. Waktu dia bekerja dulu pun, seringkali dia berjumpa dengan
client yang bersatatus VIP terutamanya Datin-datin yang ingin menempah banner
atau buntings untuk majlis yang seangkatan dengannya.
Ada
juga Datin yang berlagak bagus sehinggakan ada yang tidak mahu bercakap
dengannya langsung. Diserahkan pula kepada pengawal peribadi.Hina sangatkah
dirinya sampai perlu menyerahkan segala percakapan itu kepada pengawal
peribadi?
******
Terdetik
dihati Datin Zafiah untuk menenangkan dirinya dengan membaca Al-quran dibilik
bacaan.Selain memohon kepada Allah s.w.t didalam solat agar diberikan petunjuk
supaya anaknya kembali ke sisinya, dia tidak lupa untuk mengalunkan sendiri
ayat-ayat al quran supaya ketenangan dapat diperolehi ketika membacanya.
Tidak
membenarkan sesiapapun menganggunya di bilik bacaan kecuali pengawal
peribadinya, Muhd Hazdrul.Dia takut ada panggilan yang tidak terduga pada
waktu-waktu begini.Manalah tahu, dengan kuasa Allah, anaknya sudah dijumpai.
Datin
Zafiah memberi telefon bimbitnya kepada Hazdrul.Dia tidak mahu diganggu dengan
panggilan telefon sekarang ini.Apa yang penting, dia perlu membaca ayat-ayat
suci al-quran untuk memenangkan dirinya.
Pengawal
peribadinya sudah memaklumkan bahawa pengumuman berkaitan kehilangan anaknya
akan diumumkan sekali lagi pada pukul 8 malam di tv10 dan tidak lupa juga
pencarian penjaga khas untuk anaknya, Zeril Iskandar. Dia tahu tentang itu dan
dia takkan terlepas peluang untuk melihatnya.
Tiada
seorang pun yang masih menelefonnya lagi untuk menyampaikan berita yang anaknya
telah dijumpai. Dia akan tetap tunggu dan sabar menantinya. Mungkin hari ini
???
“Hadzrul,
saya nak baca Al-quran dulu.Awak tunggu diluar. Ada orang call, just inform me.”ujar Datin Zafiah
lembut.
“Baik,
Datin. Saya keluar dulu.”Muhd Hazrul keluar dan menutup pintu.Datin Zafiah
mengangguk.
Dengan
lafaz bismillahirahmanirahim, dia membuka al-quran perlahan-lahan.Alunan
ayat-ayat suci Al-quran bergema jua memenuhi bilik bacaan itu.
Hadzrul
membetulkan kot hitam panjang yang dipakainya.Nampak agak berserabut.Sebagai
seorang pegawal peribadi khas kepada Datin Zafiah, Tidak kira dimana sahaja dia
harus berpenampilan kemas.
Diseluk
poket kot kanannya.Diambil handphonemilikDatin
Zafiah, diubah menjadi silent agar tidak menganggu Datin Zafiah yang sedang
khusyuk mengalunkan ayat suci al-quran.Diletakkan telefon itu diatas meja bulat
disebelahnya.
Sudah
empat tahun dia bekerja sebagai pengawal peribadi kepada Datin
Zafiah.Alhamdulilah.Dia rasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Datin
Zafiah.Orangnya baik dan sentiasa mengambil berat.Tidak pernah pun dia memarahi
atau menengking pekerjanya.Lain pula dengan Zeril Iskandar, anak lelaki tunggal
Datin Zafiah.Sikapnya memang sukar dijangka.
Beberapa
minit kemudian, telefon diatas meja itu bergetar.Hadzrul yang masih setia
berdiri tegak di sebelah pintu bilik terkejut.Diambil semula telefon itu dan
dia melihat dicermin telefon itu bermula dengan nombor 03.
03?
Telefon
bimbit itu dilekapkan ke pipinya.Lantas, suaranya kedengaran.Menyentakkan Nur
Adriana yang agak lama menanti jawapan dari Datin Zafiah.
“Hello,
Hadzrul Affendi bercakap. Siapa ditalian?”soalnya dengan hormat.
“Err..Assalamualaikum.Saya
Nur Adriana.” jawabnya lembut.‘Siapa pulak Hadzrul Affendi ni?Pengawal peribadi
ke?’katanya dalam hati.
“Waalaikumsalam.Cik
ni siapa?”soalnya lagi.Hatinya entah kenapa berdebar bila mendengar suara
perempuan itu.Lain macam pulak rasanya.Suara perempuan ini mengingatkannya pada
bekas teman wanitanya dahulu. Tapi mungkin orang lain kot.
“Dan
awak pulak siapa?”soalannya berbalas soalan.
“Saya
Hadzrul Affendi, pengawal peribadi Datin Zafiah. Ada apa yang boleh saya bantu
cik Nur Adriana?ucapnya penuh hormat dan tertib.
‘Hadzrul
Affendi? Nama lelaki ini seakan-akan sama dengan bekas teman lelakinya dulu.
Takkanlah orang
yang sama kot?’
“
Ohh, pengawal peribadi Datin rupanya. Tadi saya tengok di tv10, ada pengumuman
mengenai kehilangan seorang pemuda. Itu sebab saya call nombor ni.”
“Pasal
pengumuman itu, memang Datin Zafiah yang arahkan tv10 supaya menyiarkan
pengumuman itu.Baru hari pertama kami membuat pengumuman sebegitu.Kenapa ya,
cik?”soal Hadzrul.
Aduh!
Hormat betulcara percakapan dia. Segan pulak aku bila bercakap dengan mamat
ini.”Maaf, Encik Hadzrul. Saya tak banyak syiling nak bercakap panjang lebar
dengan encik.So, boleh saya bercakap dengan Datin Zafiah?”
Hadzrul
tersenyum.Jujur betul perempuan ini bila bercakap.
“Baiklah..Saya
panggil Datin sekarang.Tapi, tunggu sekejap.Datin kini berada didalam bilik
bacaan. Boleh awak call dalam masa 5 minit lagi?”
“Sure. Saya tunggu.Tapi cepat sikit
ya.Saya ada banyak benda nak buat lagi lepas ini.”kata Nur Adriana tanpa rasa
bersalah.
Tanpa
mengucapkan salam, Nur Adriana pantas menutup telefon. Baki duit syiling
didalam telefon awam itu dikeluarkan.
Dia
hanya tunggu sahaja disitu.Hari sudah semakin gelap.
****
Pintu
bilik bilik bacaan itu diketuk secara perlahan-lahan. Takut akan menganggu
bacaan bosnya pula. Dalam diam dia gembira Nampaknya idea Datin Zafiah berhasil
juga. Tidak sangka baru sahaja berapa jam disiarkan pengumuman itu, sudah ada
yang menelefon.
Datin
Zafiah yang masih lagi mengalunkan ayat suci al-quran itu tersentak dengan
ketukan diluar.Hadrul ke?
“Masuk!”arah
Datin Zafiah dari dalam.
Hadzrul
masuk sambil tangannya mengenggam telefon bimbit bosnya.
“Ada apa
Hadzrul?”soal Datin Zafiah sambil memandang muka pengawal peribadinya.
“Maafkan
saya kerana menganggu, Datin.Baru sahaja sebentar tadi ada seorang perempuan
call.Dia mahu bercakap dengan Datin.”Hadzrul berterus-terang.
“Siapa?”Datin
Zafiah pelik.
“Namanya
Nur Adriana. Katanya, dia tahu dimana Zeril Iskandar berada.”
Datin
Zafiah menutup al-quran dengan cermat.Pantas dia bangun dari tempat yang
didudukinya dan menuju kearah pengawal peribadinya.Gembira dengan berita yang
baru diterimanya. Syukur alhamdulilah..
“Beri
telefon saya.Saya mahu bercakap dengan dia.”Datin Zafiah menghulurkan
tangan.Menyuruh Hadzrul meletakkan telefon bimbitnya di tangannya. Namun,
Hadzrul
“Maaf,
Datin. Saya akan bagi Datin setelah dia call semula. Katanya, dia akan call dalam berapa minit lagi.”
“Kenapa
pulak? Awak tak minta nombor telefon dia ke supaya senang saya call balik.”
“Maaf
sekali lagi, Datin.Perempuan ini hanya
menggunakan nombor telefon awam sahaja.”
Datin
mengeluh hampa. Harap perempuan itu akan menghubunginya semula.
Tiba-tiba,
bunyi telefon kedengaran.Datin Zafiah tersentak. “Bagi saya telefon tu. Awak
keluar dulu.Nanti saya panggil awak.”Hadzrul menganggukkan kepalanya.Faham yang
bosnya memerlukan privacy, dia keluar dengan segera.
Datin
Zafiah memerhatikan nombor yang tertera dicermin telefon bimbitnya. 03?Dia
pasti Nur Adriana yang menelefon.Kata Hadzrul, perempuan ini hanya menggunakan
telefon awam sahaja. Tanpa menunggu lagi, segera dia menekan butang panggilan
masuk.
“Assalamualaikum..Nur
Adriana.”Ucap Datin Zafiah dengan lembut.
“Waalaikumsalam,
Datin. Maaf menganggu. Saya dapat nombor Datin ni dalam tv10 tadi. ”
“Jadi,
memang benarlah apa yang dikatakan Hadzrul pada saya tadi?”
“Pasal
apa, Datin? Pengawal peribadi itu cakap apa?” tanya Nur Adriana. Dia sudah
blurr sekejap. Manalah dia tahu apa yang encik Hadzrul Affendi katakana pada
Datin Zafiah.
“Hmm..pasal
anak saya, Zeril Iskandar. Awak ada jumpa dia kan? Betul ke?”
Oh!
Tak sangka nama mamat ego tu Zeril Iskandar. Nama sedap tapi perangai hampeh!
Dalam diam Dhia memuji mamat ego itu, pada masa yang sama sempat mengkritik.
“Benar,
Datin.”kata Nur Adriana dengan tergagap-gagap. Aduh! Tak pasal-pasal ayat kena
formal.Enam bulan dipenjara, tidak pernah sekalipun dia bercakap formal
begini.Ada pun, dengan pegawai penjara ataupun warden. Yang lain, semuanya
ayat-ayat selamba aje.
“Are you alright, dear?”
“Err..saya
okay. Saya memang jumpa Zeril tu. Dia ada berhampiran dengan saya.”
“Awak
berada dimana sekarang?Sekejap lagi, saya akan arahkan pekerja saya pergi
mengambil Zeril.”
“Eh,
tak mengapalah Datin.Saya akan suruh dia balik sendiri.”Sebenarnya, dia tidak
mahu Datin Zafiah tahu yang Zeril Iskandar telah melakukan sesuatu diluar
jangkaan sebagai orang islam dan dia tidak mahu membuat Datin Zafiah menangis
melihat keadaan anaknya yang tidak tentu arah itu. Dia faham perasaan seorang
ibu yang akan menangis jika anaknya tidak seperti dahulu lagi.
“Zeril
ada berdekatan dengan awak ke?”
“Benar,
Datin. Dekat sangat-sangat.Datin jangan risau. Zeril Iskandar akan pulang
semula ke rumah dengan selamat. Datin tak perlu hantar pekerja Datin untuk
mengambil Zeril.Saya akan uruskannya.”janji Nur Adriana kepada Datin Zafiah.
Datin
Zafiah berasa lega.Bagus juga perempuan ini.Ada bakat jadi penjaga khas secara
tidak rasmi.Penjaga khas?
Rasanya,
sudah sampai masanya Zeril diberikan penjaga khas yang baru dan dia dapat
rasakan yang perempuan ini sesuai untuk menjadi penjaga khas anaknya.
“Boleh
berikan saya nombor telefon awak? Nanti boleh saya call awak kembali.Sebenarnya
ada hal yang saya nak katakan pada awak.Berkenaan Zeril Iskandar.Tapi sebelum
itu.”pantas ayat itu memotong percakapan Datin Zafiah.
“Maaf
ya, Datin.Saya memang tidak pernah menggunakan telefon bimbit semenjak
kebelakangan ini.Tidak perlulah saya beritahu kenapa.Asalkan nombor telefon
Datin saya sudah tahu, itu sudah cukup.Lagipun masa telefon hampir tamat.Duit
syiling saya memang tidak mencukupi untuk membuat panggilan selanjutnya.Saya
minta diri dulu, Datin. Esok, saya akan maklumkan pada Datin tentang Zeril
Iskandar ya.
Assalamualaikum…”ujar Nur Adriana.
Tanpa
sempat Datin Zafiah berkata apa-apa, talian sudah mati.Seketika, Datin Zafiah
mengeluh.Baru nak berbual lebih lanjut, telefon sudah dimatikan.Sepatutnya, Nur
Adriana memberikannya nombor telefon.Senang dia telefon semula.
Nur
Adriana berasa lega.Nasib baik masa berbual telah tamat tempoh. Jika tidak,
memang habislah duit syiling aku ni. Tak pasal-pasal kena korbankan duit.Gagang
berwarna merah itu diletakkan semula ke tempat asal.Tadi, dia sudah berjanji
pada Datin Zafiah agar Zeril Iskandar dapat pulang dengan selamat.Harap-harap
mamat ego itu masih lagi berada di lorong sunyi.Dia dapat rasakan mamat ego itu
pasti berada didalam kereta lagi.Masa mamai mana boleh bawa kereta.Tak
pasal-pasal kena accident. Siapa yang susah? Aku juga.Eh? Kenapa pula aku yang
susah?
Entah
kenapa hatinya tidak tenang selagi mamat ego itu tidak pulang ke rumah.Adakah
dia risau? Bila difikir semula, apa kena mengena aku dengan dia sampai buat
hati ini tidak tenang? Bukannya aku ada tali persaudaraan dengan mamat ego itu.
Setakat saudara sesama islam, adalah.
Ataupun
, disebabkan habuan dari Datin Zafiah yang menjadikan dirinya tidak tenang? Ada
benarnya juga. Takut orang lain yang akan mendapat habuan tersebut.
Esok
masih ada. Dan peluang itu akan digunakan sebaiknya. Tunggu ajelah Zeril
Iskandar. Kita bakal bertemu kembali!
*****
Zeril
Iskandar merasakan dia tidak terdaya mahu meneruskan perjalanan ke tempat lain.
Kepalanya terasa pening dan tidak terdaya untuk bangun semula.Nasib baik dia
sudah masuk ke dalam kereta.Enjin keretanya hanya dipanaskan.Membiarkan
air-cond menyejukkan keretanya yang sejak dari semalam tidak berusik.
‘Mama..mana
mama, Zeril nak mama…’rengeknya sendiri Dia bersandar dan memejamkan mata
sebentar.. Rasa rindu kepada mamanya mula mengasak dada.Kini, dia baru
merasakan penyesalan akibat meninggalkan mamanya secara tiba-tiba.
Detak
jantungnya seakan berdenyut-denyut dengan pantas.Badannya terasa menggigil
tidak terkawal. Zeril Iskandar mula merasakan akan ada sesuatu yang akan
berlaku padanya. Dadanya terasa sempit. Dia cuba menarik nafas berkali-kali,
namun kesakitannya tidak juga berkurangan. Mungkin kerana dia mengambil
pil ekstasi yang terlalu banyak. Itu sebab jantungnya tidak dapat berfungsi
dengan normal.
Tanpa
membuang masa, dia mengambil first aid di bawah peti dashboard. Didalam
peti inilah dia meletakkan ubat-ubatan jika terjadi sesuatu pada tubuh
badannya.
Kotak
ubat Panadol dibuka dengan agak rakus.Salah satu pek pil didalamnya
dicapai.Dibuka dan terus dia menelan tanpa meminum air.
Tekaknya
terasa perit.Patutnya dia mengambil ubat dan menelannya bersama air.Ini tidak,
terus sahaja menelan ubat itu tanpa memikirkan apa-apa.
Bila-bila
masa sahaja dia akan muntah. Tapi Zeril Iskandar cuba juga untuk bertahan. Dia
tidak mahu muntah didalam kereta mewah ini.
Pintu
kereta terkuak, dan dia bangun dan berlari ke longkang berdekatan.
‘Uwek..uwek..’
akhirnya dia muntah juga. Banyak juga isi yang terkeluar dari anak tekaknya
hingga terkena kemejanya.
Zeril
Iskandar yang tidak larat untuk bangun terbaring disitu juga. Di atas atas
jalan tar itu. Dibuka butang kemejanya yang sudah terkena muntah.Dia puas.Puas
kerana dapat memuntahkan kesemua isinya.
‘Mama..mama..’rengeknya
sekali lagi. Tiada siapa pun yang mendengar suaranya ketika ini.Hanya dia
seorang sahaja. Hanya Zeril Iskandar..
BERSAMBUNG... ;D
2 ulasan:
faster sambung ye baby... hehehe...
hehe.....mama zeril nk mama,zeril nk mama...cam baby jer...hihi cute sngt...
Catat Ulasan